Isnin, 24 Jun 2013

yeeeehuuu..

tapi walaupun begitu aku tetap kena datang poli hari ni ambil kuiz.. -_-

nisfu syaaban

Assalamualaikum . salam nisfu syaaban buat semua blogger  yang beragama islam.. sama2lah kita melakukan amalan-amalan soleh yang kita mampu buat pada malam ini dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan. amin.. :)

Ahad, 23 Jun 2013

Hana Kimi

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak view drama Hana Kimi versi Jepun. Ckj dapat tau tentang drama ni daripada detective fiqa. Dia buat review fasal drama ni. Dari segi jalan ceritanya macam menarik. So ckj search la kat google nak tengok drama hana kimi ni. Ckj jumpa kat Dramacrazy.net.
Cerita dia mengisahkan tentang seorang gadis yang menyamar menjadi lelaki dan masuk ke sekolah asrama lelaki, Ashiya Mizuki. Sano Izumi, seorang atlet lompat jauh yang telah menolongnya suatu ketika dulu. Sehingga Ashiya mengganggap Sano adalah pahlawannya, Namun Sano berhenti menjadi atlet setelah mengalami kecederaan.Kerana  itu, Ashiya Mizuki nekat mengubah penampilannya menjadi lelaki dan memasuki sekolah Sano untuk berusaha membuat Sano kembali melibatkan diri dalam sukan lompat jauh. Berjayakah Ashiya ? hehehe.

cerita ni ada 3 versi. versi jepun, korea dan taiwan. Setakat ni ckj cuma tertarik tengok versi jepun je.Hehe.. Serius best cerita ni klakar. Yang paling ckj suka ada unsur-unsur persahabatan. >_< 

Sabtu, 22 Jun 2013

Menu Hari ini.. jeng jeng jeng!

Setelah jenuh memikiran masakkan apa yang hendak ckj masa hari ni, ckj buka la blog resepi.. cari resepi.. akhirnya dapat resepi dari blog Resepi Nannie Kuzaifah. Setelah puas ckj stalker blog kak nannie ni, Alhamdulillah. Dapat jumpa juga resepi yang sesuai, mudah dan tak guna banyak bahan iaitu Ayam Masak Kicap. hahaha.. Mesti ada yang kata 'ele itu pun x reti.. ' biar la.. yang penting sekarang ckj da tau.. haha.
Mempersembahkan...
comot sikit sebab piring kocik
untuk sayur pila aku memang masak tanpa resepi. (aku tau masak sayur je sebenarnya.. :P)
Alhamdulillah laku lauk aku hari ni. Habis. yeay! >___<   lepas da beban aku untuk minggu ni. hehe..

Assalamualaikum. 



On Duty

Assalamualaikum. Sejak aku da duduk kat rumah sewa ni, kiteorang ada buat jadual harian. Setiap hari akan ada orang-orang yang terlibat untuk buat kerja rumah, macam menyapu, mop lantai, cuci dan sidai pakaian, buang sampah dan memasak. Tugas yang paling berat sekali kat sini bagi ckj, memasak. 
Hari ni tugas ckj memasak. Dari semalam lagi duk fikir aku nak masak apa untuk budak-budak rumah ni. Aku da la kurang sikit dalam bab-bab masak ni.. adeh..

Tapi kalau difikirkan secara positive nyer, elok juga buat macam ni, ada juga pengalaman untuk belajar masak dan masakkan untuk orang kan? tapi.. tapi.. tapi.. aku nak masak apa weh! huhu..still thinking~~

Jumaat, 21 Jun 2013

Bila bosan saya...

Assalamualaikum . Seingat ckj , ckj ada post entry fasal cara ikat tali kasut tahun lepas kot.. :P  kat sini .Tempoh hari baru berpeluang mencubanya. haha. Da bosan sangat kat rumah sewa tak buat apa. dalam banyak-banyak cara ikat tali kasut, ckj cuma tertarik untuk cuba 3 cara je. jum layan gambar kat bawah ni. >_<
yang menjadi pilihan ckj cara yang last sekali. Nampak cantik dan kemas di mata ckj dan sesuai dengan kasut ckj. tarraa.. 
  ok tak? 

Selasa, 18 Jun 2013

see the same word first

It said that 90% of people will see the same word first.
Don't cheat!
Type the first word you see in the comments and then look and see what everyone else saw!


huh? betul ka fakta ni? korang nampak perkataan apa mula-mula sekali?

copypaste dari : Fuza

Isnin, 17 Jun 2013

Sudu

Assalamualaikum. Ckj terjumpa benda menarik mengenai sudu. Cara meletakkan sudu dipinggan selepas makan.
 Tak sangka pula ada makna-makna yang tertentu. Ckj main letak je. May be untuk tempat makan yang mahal-mahal kot. entah la.hehe.

Aktiviti Malam Minggu...

Ahad, 16 Jun 2013

Sponsor Penipu

Assalamualaikum. hari ni ckj buka fb ada berita mengenai blogger yang buat GA ditipu oleh sponsor . Orang yang sama pula tu. Sampai 3 blogger terkena. Ckj simpati dengan mereka. Geram dengan si penipu tu. Apa yang dia dapat buat macam tu? Dosa ada la. Nak tau lebih lanjut? klik link kat bawah ni.


Sabar je la. Ini peringatan buat diri ckj dan juga pada korang yang nak buat GA. Selidik betul-betul. Jangan sampai terkena lagi. 

Sabtu, 15 Jun 2013

God Save Our King

Assalamualaikum. hari ni ckj nak view anime Kyo Kara Maoh atau nama lainnya God Save Our King. Cerita ni mendapat tempat pertama dalam rating anime ckj. Serius cerita ni memang best! 
Mengisahkan tentang Yuri Shibuya watak utama cerita ni, pelajar sekolah menengah yang biasa. sehingga pada satu kejadian yang aneh berlaku pada dirinya dalam usaha menyelamatkan rakannya daripada sekumpulan pembuli. ini sinopsis penuh cerita ni yang ckj ambil di Chia anime.

Yuri Shibuya was living a pretty normal life. That changed the day he was dunk into a toilet after an attempt to save a classmate from a gang of bullies. Instead of just getting a good soaking, he's pulled in. The next thing he knows, he's in a world that vaguely resembles medieval Europe. If that's not odd enough, he's told that he is to be the next Maoh, just because he has black hair and black eyes. The Maoh is the King of the Mazoku, who are coexisting not-so-peacefully with the humans in this world. Much to his subjects' dismay, he's totally different from the rulers they're accustomed to. He's kind, considerate, a believer in justice, and not willing to use violence to solve conflicts. Not exactly someone they want running a country on the very brink of war. Now, Yuri has to deal with trying to become a good Maoh, while at the same time attempting to adapt to this lands' customs and culture, all in a world where the tension between the humans and Mazoku is reaching its peak.

 Maaf la ckj tak reti nak view macam haruno hana view. hehe.
Arlright sampai sini dulu. Thanks for reading. 

*bagi mereka yang minat dan layan anime korang ada tengok anime ni tak? 

Jumaat, 14 Jun 2013

Sewa

Assalamualaikum. Hari ni genap sehari ckj ada di PD. Untuk MP ni ckj tak duduk asrama. tak dapat pun asrama untuk kali ni. So, ckj duduk rumah sewa. First time ni duduk rumah sewa sepanjang 6 sem kat poli ni. Jauh juga ar jaraknya dari poli kalau jalan kaki. Tapi nak buat macam mana ckj tak de kenderaan. Jadi, kaki la yang banyak berjasa untuk MP ni. >_< Terima Kasih Ya Allah beri aku kaki yang sihat. Syukur Alhamdulillah. 

Nasib baik ckj tak de kelas. Cuma sesekali je la kena ulang alik dari poli ke rumah sewa. Kalau ada kelas, tiap-tiap hari la nampaknya kena berjalan. Keadaan rumah sewa ok la setakat ni cuma kotor je sebab da sebulan tak berpenghuni. Hari ni baru nak kemas-kemas insya Allah. :P
Semalam ckj siapkan assignment untuk dihantar hari ini. Serius ckj punya tulisan Ya Allah teruk seh! buruk giler! Tangan ni entah kenapa jadi keras nak pegang pen. haha. May be lama sangat kot tak menulis?? hui bahaya ni. Harap-harap otak tak beku nak mengingat dan menghafal.

Alright that's all for today thanks for reading yeah! >___<

Khamis, 13 Jun 2013

Ini semua MP punya fasal

Pagi semalam kawan aku call katanya fasal MP tu dia da jumpa lecture da. Oleh itu, Jumaat ini Kuiz 1 akan diadakan.
WHHHHHAAAATT!!
 weh aku kat KL lagi ni. Memang kena bergegas juga ar. Nak tak nak hari ini kena balik PD. Hui..! Jenuh semalam aku mengemas dan packing barang-barang semua. Harap-harap tak de barang yang tertinggal. 
Ini semua MP punya fasal. Demi kau, MP aku buat apa je. Asalkan aku tak stay PD sampai 6 bulan. 
Ya, Allah permudahkan segala urusan. Semoga segalanya berjalan lancar dan aku lulus untuk MP ni. Amin.. Assalamualaikum. 

Rabu, 12 Jun 2013

MP

Assalamualaikum. Hari isnin yang lepas ckj  teman kawan ckj pergi ambil test JPJ untuk lesen kereta, di Lukut, N9. Alhamdulillah dia lulus. Balik daripada lukut kawan ckj ni ajak ckj pergi ke poli PD katanya  nak jumpa lecture.
Dalam perjalanan ke poli PD tu, tiba-tiba kawan ckj telefon tanya ckj sama ada ckj nak ambil MP ke tidak. MP? Mengulang Penilaian dengan memperbaiki markah PB (penilaian berterusan) tanpa mengambil final exam. MP ni berjalan selama sebulan secara percuma. Syaratnya dia mesti gagal satu subjek yang pernah dia belajar.  Ckj ambil MP tu.
Serius last minute dapat tahu. Aku da bayar yuran da weh! RM 282 tau! huhu. Nampaknya kena klim balik la kat pejabat poli. Tak pe la benda ni boleh settle. So, agak kelam kabut juga la ckj dibuatnya. cadang hari isnin nak balik KL tapi terpaksa la tangguh balik. ckj pulak masa tu da buntu nak tidur kat malam tu. huh. Dipendekkan cerita, ckj malam dirumah kawan ckj di Kajang. Esoknye pula ckj akan ke PD lagi. Nak daftar MP di Unit Exam poli PD. 
Esoknya jam 10 pagi ckj dan lagi 4 orang kawan ckj yang ambil MP pergi ke unit exam daftar. Ingatkan sekejap je la urusannya. tapi lama tahu! bukan lama apa, lama menunggu. bayangkan dari jam 10 pagi sampai jam 3 petang tak settle lagi. Kiteorang perlukan tandatangan dan cop daripada lecture yang terlibat. Tapi semua lecture tak de. Dorang meeting. huh. 
Tak pe la demi masa depan, aku sabar je la. biar ckj susah sekarang asalkan ckj tak membazir masa selama 6 bulan untuk satu subjek. ckj  bersyukur sangat MP ni ada. Alhamdulillah. 

Selasa, 11 Jun 2013

KL -> PD -> Kajang -> Poli -> KL

Assalamulaikum. tengok tajuk tu korang mesti da tau itu nama tempat. Arrow tu memberitahu destinasi yang dituju. Selama dua hari berturut-turut ckj travel / ulang alik secara sengaja dan tak sengaja juga secara mengejut serta kelam kabut. hah.. macam mana tu huh? 
Ada berita baik dan mengembirakan ckj. ada juga berita yang agak.. tak best.esok insya Allah ckj share kat Kay Jue Blog ea. ckj penat la. tak baring lagi hari  ni. baru je sampai rumah jam 8 malam tadi. alright sampai sini dulu. Thanks for reading. >_<

Sabtu, 8 Jun 2013

Jealous

Jealous.. Kadang-kadang ckj iri hati dengan orang yang serba perfect di mata ckj. Perkara yang akan buat ckj jealous tentang seseorang ialah dari segi kepandaian dia, kebolehan dan kemahiran dia yang tak de pada ckj, dan sosial dia. Ckj akan mula la mengeluh.. huh... bestnyer dia.. dah la pandai ini.. tahu buat macam ni pula tu.. Sedih pun ada juga sesekali bila mengenangkan diri ni tak macam mereka. Rasa rendah diri pula hu.. 

Tapi tak de la sampai nak  balas dendam atau buat sesuatu kat orang tu. Cuma benda tu ckj jadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk diri ckj supaya boleh jadi macam mereka. Apa yang terbaik, jadilah diri kita sendiri sebab itu yang membezakan kita dengan orang lain. >_<

Assalamualaikum.

Jumaat, 7 Jun 2013

The Many Ways Of Da'wa


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari

Rabu, 5 Jun 2013

Storage

Assalamualaikum. tiba-tiba ckj terjumpa benda ni dalam laci ckj.

dulu orang guna benda ni untuk simpan data. tak boleh simpan lagu dan video sebab saiz dia kecik. Sekarang da tak pakai da rasanye disket ni. ckj saje la try pasang kat lappy ckj. tapi dia punya fungsi da boleh nak match dengan apps dalam lappy. huh..
teringat pula cerita lecture ckj. Katanya masa dia belajar dulu,  disket tak wujud lagi. Jadi dia simpan data dalam CPU je. Bila nak buat present kat kolej, dia terpaksa bawa CPU yang besar tu ke kolej sebab data semua simpan dalam CPU tu. Sampai macam tu sekali susahnya dulu.

Sekarang orang da mula pakai cloud drive kan? Asal ada internet da boleh da buka data yang kita simpan kat mana-mana je kita berada. betul tak?

*Teknologi kian canggih, pandai-pandai la kita memanfaatkannya >_<