Ahad, 19 Jun 2011

Al Kisah Hari Daddy!!


Assalamualaikum. Haei. Semua orang tau hari ni hari daddy. So, Kay Jue juga sebagai seorang anak ingin mengucapkan ‘Happy Father’s Day”. Daddy and Mummy kata belum masanya untuk Kay Jue dan Dla Dola give some present to Mum and Dad. Sebab kata mereka “duit beli present tu you all beli pakai duit mummy and daddy juga kan? So apa guna nye? Tu diibaratkan macam Mummy and Daddy bagi duit kat you all then suruh you all belikan something untuk kami pada hari-hari yang semacam ini rupa. Right?” Hm..  yes Mummy, yes Daddy.. i think so. Kata Mummy lagi, “kalau you all mau beli present untuk Mummy and Daddy, you all tunggu masa you all da bekerja nanti. Masa tu boleh la belikan Mummy emas ka..belian ka.. perak ka..” (huu besar betul impian mak aq ni. Alright Mummy demi Mum and Dad yang tersayang, aq akan usahakannya! Yeah!).
Itu la yang Mummy and Daddy aq cakap masa mula2 aq mengenal Hari Daddy dan Hari Mummy. Of cause la kita mau bagi something kan? Tapi kalau itu yang mereka mau. Aq faham.
Teringat pula masa zaman comot-comot dulu. Aq dan Dla Dola sama-sama buat kad untuk bagi pada mereka... buat depan2 mereka lak tu. Macam mau lawan siapa punya kad lagi cantik. >_< hihi. Klakar pula bila dikenang balik.

Lastly, ucapan hari Daddy aq :
Terima Kasih kerana bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kami, mengukupkan keperluan kami, menunaikan kehendak kami, dan banyak lagi. Terima Kasih kerana merotan, memarahi, melarang dan menasihati kami. Dengan semua itu la, kau insan yang bergelar Daddy, Ayah,Bapak, Apok, Walid,Papa, dan Abah berjaya mendidik kami menjadi orang yang berguna dan berakhlak mulia hari. Kay Jue Sayang Daddy!! Sayang Sangat! 

Sabtu, 18 Jun 2011

Zaman comot-comot, memang TERBAIK!


Assalamualaikum. Haei. Hari ni aq berpeluang lepak bersama-sama dengan member lame aq. Member zaman comot2.. hihi. Ann Ika dan Teddy Sue. terubat segala rindu. terkeluar segala kegilaan yang terkurung dalam diri aq selama aq di poli, bila jumpa dorang. Biar pun tak dapat nak jumpe semua, yang penting jumpe.  Macam-macam cerita yang nak dikongsikan. Sampaikan masing-masing macam berebut-rebut mau bercerita.. >_< . kalau dibiarkan mau berlarutan sampai ke malam. aq tertarik dengan story Ann ni. Cerita dia macam ni.. ada satu hari tu dia tertinggal bas untuk pergi praktikal. Dia pun call la member2 dia. Ramai yang tak dapat tolong. Last2 terfikir nak call member lame. Syukur dia dapat tolong. Hah.. lebih kurang macam tu la ceritanya. Lepas dia da cerita macam..  Aq dengan Teddy pun cerita pasal member di tempat belajar kitaorang. Memang tak sama dengan member masa zaman comot2. Kini barulah aq tau kenapa masa aq da nak habis sekolah dulu cikgu2 selalu cakap “ mesti awak akan rasa masa zaman sekolah paling best dan awak akan merinduinya...”. Ye cikgu! Memang betul tu.. saya amat sangat merinduinya.. huhu..http://www.emocutez.com 

"Sesungguhnya kawan masa zaman comot-comot tu memang THE BEST dan TERBAIK kerana kita boleh share apa saja tanpa segan silu."

Jumaat, 17 Jun 2011

Header for my blog part 2

Alhamdulillah dengan lafaz bismillah. Aq meletakkan header ni di Kay Jue Blog. Syukur dapat gak design header. Walaupun tak berapa hebat macam header VIP aq yg lain. Thnks kepada yang prihatin dan pendapat anda semasa pembikinan header ini dijalankan. ( huh.. bukan nye hebat sgt pun. Juz nak buat header da kecoh2 .. ish2.. ) biasa la aq mmg kecoh pun. Kadang2 poyo. Hihi ( aq sedar diri la..) tapi kecoh2 pun aq juz dalam dunia internet je. Kalau realiti aq pendiam org nye.. hihi. Ok that’s all. Maaf sekiranya aq ada salah dan silap yang menyinggung perasaan mana2 pihak tanpa aq sedari. Assalamualaikum >_<