Assalamualaikum.. hui.. berabuk, berdebu, bersawang Kay Jue Blog ni! Aaa..aa..cccuumm! bersin Cik Kay Jue.. hehe.. (gimik je tu.. sorry la kalau ter’over’ :P)
lame tak update entry. busy ngn preparation untuk final aku rabu ni 16 November 2011. Tarikh yang menggembarkan. Hari yang pembuka segala debaran. Hu.. rasa macam nak muntah, sakit kepala, sakit otak aku dibuatnya. Iye la seharian seh, aku menjalankan aktiviti “MESRA BERSAMA BUKU-BUKU TERCINTA”. Itu al-kisahnya untuk bulan November ni.
Ok, apa yang aku nak story untuk entry kali. Hah.. hui.. semalam memang terasa deritanye.. (tak la derita sgt) memang terasa seksanya..(tak la seksa sgt) apabila salah satu keperluan atau nikmat Allah s.w.t yang selama ni kita guna tiap-tiap hari diambil balik buat seberapa ketika. Masa ni la baru terdetik di hati aku “ya Allah sesungguhnya aku sebagai hamba-Mu hampir terlupa bersyukur kepadaMu, dengan nikmat yang Engkau kurniakan.”Apakah nikmat itu?? Hehe.. AIR la.. semalam hampir sehari suntuk tak de air kat kolej kediaman puteri. Makne nyer hampir sehari suntuk Cik Kay Jue tak mandi.. (ei.. busuk!) tak suka aku keadaan yang sebegini rupa. Hinggakan aku boleh bau, bau badan aku sendiri. Hish, itu baru hampir sehari tak mandi.. last merasa keadaan yang sebegini masa kat PLKN. Hu.. MEMANG BUSUK. :PAlhamdulillah dalam jam 6 petang baru ada air. Itupun di paras 1. Hm.. jadi la asalkan dapat mandi. Ini pun belum tentu samaada esok ada air atau tak. mudah-mudahan ada la hendak nyer.. ok.. da.:)
*p/s : Hm. Macam tu rupanya Allah nak suruh hambaNya ingat padaNya. Itu baru diuji dengan ujian yang kecil. Macam dengan saudara-saudara kita di luar Negara sana. Hm.. aku doakan mereka sentiasa dalam lindungan Allah dan di kuatkan semangat dan imam mereka untuk hadapi dugaan dari Nya… Amin..
setiap dugaan yang datang mengajar kita tentang kehidupan
BalasPadam:)
ckp psl plkn tiba rindu dgn bdk blok lima...
BalasPadam@Anum betul tu.. dan juga membuatkan kita lebih matang..
BalasPadam@mayasufi betul tu.. rindu la mummy.. huhu.. :'(
BalasPadam