Selasa, 31 Mei 2011

Thanks Kak Ida

Hari ini aq da berjaya menghabiskan pembacaan aq untuk buku ‘Lambaian Kaabah’. Lepas habis baca buku ‘U-Turn ke Jalan Lurus’ aq terus sambung baca buku ni. Buku ni Kak Ida yang bagi, masa perjumpaan Rakan PI yang terakhir dalam aktiviti tukar-tukar hadiah. Alhamdulillah habis sudah aq membacanya. :) Banyak pengajaran dan macam-macam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan ibadah haji dan tempat-tempat peninggalan sejarah perjuangan baginda, diceritakan dalam buku ni. Terima kasih Kak Ida sebab hadiahkan buku ni. Menarik dan banyak ilmu yang manfaat dalam buku ni. :) Kalau kita mahukan ilmu yang lebih, rajin-rajin la membaca! >_< Assalamualaikum.

Isnin, 30 Mei 2011

Kejadian menyimbah cecair asid. Utusan Malaysia online- Kesihatan

Langkah keselamatan andai menjadi mangsa simbahan sebarang cecair sama ada berasid atau alkali, kata Prof Zainudin, setiap individu perlu bersedia tidak kira mangsa.

“Kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan kena. Jika bukan diri sendiri, sekurang-kurangnya kita boleh membantu mangsa jika berada di tempat kejadian sebelum membawa mereka ke klinik atau hospital.

“Perlu diingat, asid pada kadar kepekatan tinggi ia sangat merbahaya dan jika kita melengahkan rawatan, ia boleh memberi kesan yang teruk kepada mangsa,” kata beliau.
Sebagai persediaan, beliau menyarankan supaya membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair.

Jelas beliau,  biasanya di tempat awam sukar untuk mendapatkan bekalan air. Jadi dengan membawa sebotol air, jika bukan untuk diri sendiri, ia mungkin boleh membantu mangsa yang berada berdekatan dengan kita.

Selain itu, mangsa juga katanya perlu menanggalkan pakaian yang terkena asid. Selepas itu katanya, bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.
Satu lagi katanya, bagi mereka yang memahami asas kimia yang mudah, sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali.

“Mungkin bunyinya seperti lucu, namun soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid,” kata beliau.

Mengambil contoh serbuk yang banyak dijual di pasaran untuk melegakan perut yang sebu, ia juga sangat membantu.

Selain itu, pemakaian pakaian yang bertutup juga katanya mampu menghalang cecair daripada mencederakan tubuh mangsa.

Beliau turut menyarankan wanita memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.
“Mata merupakan pancaindera yang sangat sensitif. Jika tidak kena gaya, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk. Pemakaian kaca mata sangat membantu,” kata beliau.

Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula kata beliau, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.


Semoga apa yang disampaikan ini dapat memberikan sedikit sebanyak info yang berguna kepada kita semua. >_<


Ahad, 29 Mei 2011

APA?! BLOK P?! Adush....

Petang tadi awok negok ler peti sorat. Dengor kabornye sorat dari poli udoh sampey. Ate’ awok pun ngitei ler peti sorat kat luar romah... negok ade’ ke ei’dok sorat nye. Hm.. memang ade’.
Oppss.. tersilap dialek (bahasa) lak.. sorry. Ate’ mane’ buatnye’.. udoh sebulan awok duduk romah. Cakap pun memang pakai dialek perak. Hihi.. aq harap sangat2  masa kat poli nanti aq tak cakap dialek perak. Huhu.
Hei.. panjang bebenor mukadimah nyer. Aq translet balik ea. Hihi. Macam ni, petang tadi aq tengok peti surat, dengar2 cite surat poli da sampai. Bagitau yang aq dapat kamsis (asrama) blok ape. Dengan rasa bedebar-debar nyer aq buka sampul surat tu. Tengok2 aq dapat BLOK P. Adush blok paling jauh dan paling belakang dalam map poli. Huh.. ape leh buat. Terima je la, daripada tak dapat langsung kan? Lagi pun aq memang berharap sem 3 nanti aq dapat blok yang jauh sikit. (nak exercise la katakan.. hihi) masa kene arrange balik ar. Bangun of coz kene bangun awal. But it’s ok. Demi me ‘maintain’ kan (rosak bahasa.. sorry..huhu) berat badanku kembali. Hihi. Alar biasa la girl bende cam ni memang kena fikir. Hihi. Tapi memang masa mula-mula dapat tau tu agak tidak suka la. Setelah memikiran bilik yang jauh lebih selesa daripada bilik masa sem 2... Hm.. itu lebih baik. Kan? Untuk keselesaan aq juga, sebab aq ni jenis yang suka lepak dalam bilik je. Malas seh mau keluar kalau tak de benda penting. Syukur alhamdulillah. Dapat juga duduk kamsis semester 3 ni. K tu je untuk hari ni. Terima kasih sebab sudi baca. assalamualaikum.

Sabtu, 28 Mei 2011

ALAMAK! Apa nak buat ni?? Huhu..


Pagi2 lagi aq da sendirian kat umah. Adik pergi Kem Rakan Muda di Putrajaya. Parents kuar pergi service (paham2 jer la xtau nak eje.huhu) kereta. hm.. bosan.. apa boleh buat tengok TV dah tu layan internet. Pastu buat bende yang same berulang-ulang. Hm.. so sad. Tiba-tiba.. dalam jam 2.30 petang kot, ada orang ketuk pintu.Tuk tuk tuk! (mcm tu la sound effect nyer :P) Assalamualaikum.. mujur la kat pintu ada teropong. Intai dulu tengok sape. Alamak.. sepupu bapak aq..! adush.. pe nak buat ni.. ape nak buat ni. (soalan tu berulang-ulang dalam pale otak aq) then aq buka pintu. Sambil tu terus tepon mak aq.
Sedutan perbualan telefon si Anak yang cemas dan si Ibu yang relax.
Si Anak : huhu.. mak pe nak buat ni saudara ayah datang. Huhu.. bile mak nak balik..
Si Ibu : pergi la bancuh air. Pastu hidang la biskut. Mak tak tau lagi ni balik bile..  kete tak siap lgi.
Si Anak : hm.. Iye la.. huhu.
Apabila tetamu da masuk aq bukakan TV then aq ke dapur buat macam yang mak aq suruh td. Huh.. berpeluh2 aq dibuat nyer. Entah apa rasa air teh yang aq buat. Setelah lebih kurang dalam 15 minit kemudian (fuhh yoo siap set time lgi yerk! tak boleh blah :P) para tetamu pun da menjamak segala ape yang dihidang mereka pun pulang. Lega aq. Dah la aq ni pendiam orgnya. Mane la tau nak berbual2. Memang panic. Nasib baik tetamu x ramai. Tapi aq tau setiap ape yang berlaku hari ni, pasti ada hikmahnye. Aq pun dapat pengalaman setelah sekian lame tak kene macam ni lepas aq start study kat poli. Hihihi. Klakar lak rasanyer bile dikenangkan balik. That’s all. Assalamualaikum. >_<

Rabu, 25 Mei 2011

FuuH.. Penat, Berpeluh dan Menyegarkan

Hari ni aq rasa aq da manfaatkan masa dengan  penat, berpeluh dan menyegarkan badan. Entah apa mood aq hari ni jadi rajin lak nak bersihkan rumah. Habis satu rumah aq sapu dan mop. Hasilnyer lantai rumah aq nampak bling bling...! berkilat seh.. macam cermin.. hihi.. keluar gak peluh dari badan ni setelah hampir 25 hari aq cuti. Lepas da keringkan badan, rasa segar je badan ni.. ringan je.. hihi. Mula-mula memang malas nak buat kerja2 pembersihan lantai rumah (pembersihan?? Perkataan buku lagi?? Hihi..) bile da buat terus hilang rasa malas dan rasa best jer nak habiskan kerja. (ajaib tul..) kalau korg tak percaya cuba la. Baru tau. Peace~~ >_< sampai sini dulu ya. Assalamualaikum..



Isnin, 23 Mei 2011

Picnic with 5D members

Assalamualaikum.. haei.. 22 mei 2011. Ahad. Alhamdulillah dengan cuaca yang agak baik pada pagi yang indah, members 5D dah pilih tarikh ni untuk habiskan masa hari bersama dengan kawan2 lame. :)  Kul 7 pagi aq ngn ekin da bertolak dari rumah dan berkumpul kat rumah najib, untuk wat persiapan barang2 dan semua berkaitan. Selesai semuanyer dalam jam 7 lebih pagi bertolak ke PD. Alhamdulillah jalan tak busy, lancar. Sempat gak budak2 ni main lumba2 kat jalan raya yang agak lengang tu. Hish.. macam2 la. Tapi seronok. :) .
Sempat gak kiterorg benti kat R&R Seremban. hihi. Jam 10.08 pagi sampai la kami di Port Dickson setelah berpusing-pusing cari tempat yang sesuai untuk buat BBQ dan pasang khemah. Then, aktiviti mengeluarkan barang2 dari bonet kereta dijalankan. hihi... :)





Kiteorg berangkat pulang jam 6.05 petang. Semuanyer berakhir dengan  ceria dan gembira walaupun penat, perkelahan ini menjadi satu lagi kenangan yang terindah dalam cuti semester ni. Alhamdulillah selesai.. :)

Special Thanks To:
Transport : Ekin (Makcik) & Acab (Pakcik)
Makanan : Yana, Izzaty, Elina, Wany, Najib & Acab
Minuman : Najib, Yana & Syawa
Pinggan : Fahmi
Alatan BBQ : Fahmi, Ezzriq & Acab
Camera : Ezzriq, Yana, & Syawa

Jumaat, 20 Mei 2011

7 Pekara Aneh pengali Kubur

Assalamualaikum.. haei.. aku ada info sikit mau share kat sini tadi aq saje je search google mau cari pic karton boboi boy, aq terjumpe la blog juzt2u ni. Nama cam menarik then aq walking jap kat blog dia then follow sekali :) . Bagus ar blog dier banyak info. Salah satu info menarik yang aq terbaca kt blog dier pasal 7 Pekara Aneh pengali Kubur. (kalo korg nak baca klik je kat tulisan yg diboldkan ni)  Mudah-mudahan dapat kita sampaikan pada yang lain dan amal kan.. insyallah.. >_<

Sabtu, 14 Mei 2011

Makin Naik larh

Assalamualaikum.. haei.. al kisah aq menghabiskan masa cuti aq, tak banyak benda yang aq dapat buat. Aq sendiri pun tau la nape. Aq banyak habiskan masa dengan menonton TV. (yang tak tahan nyer tengok katon lak tu. Channel astro 611 & 612 mmg favourite aq la tu :P) Pastu kalo tengok TV tak sah kalo mulut tak menggunyah sesuatu. Kesan nyer.. aq dapat rasakan badan aq makin lame makin GEMOK  dan pipi makin TEMBAM.. oohh.. tidaaakkk...! katakan tak nak pada kegemokkan!  huhu.. ni kalo da naik berat badan susah seh mau turunkan..  tapi duduk rumah makanan  banyak.. dan sedap. Hihi.. mane tak nyer masakkan mak lagi tu... (mmg sedap ar kan?) Kalo di poli tu susah nak dapat makan yang sedap2.. cian kt aq.. contoh nye burger macam pic kat bawah ni...  korang tak tergoda n menelan air liur ker tengok.. huhu.. sedap nyer.. huhu..

Isnin, 2 Mei 2011

Kereta oh kereta..


Assalmmualaikum.. haei.. hari ni lepas solat subuh, aq ngn mak aq dah kuar umah da. Cari tempat2 yang xde org. Jalan punyer jalan, ada tempat yang agak sunyi tapi aq org.. hihi.. pastu aq memandu kete. First time seh lepas berbulan lame nyer x sentuh benda alah ni lepas dapat lesen. Huhu.. sedih2.. :( xde masa nak practice (huh? Tul ke aq eje ni? Alar belasah je la.. huhu) untuk first time nyer aq rasa agak berdebah n takut sikit ar.. bile da memandu ok. Aq nak mahirkan bahagian gear. Tah bape kali da aq berpusing kt tempat yang same. Makin banyak pusing aq rasa makin baik pemanduan aq.. (pemanduan?? Bahasa buku seh.. uhuk uhk..) hihi. Nanti aq nak practice lagi. Target aq habis je cuti 2 bulan ni aq da boleh da memandu! Yeah! Kay jue you can do it! Chaiyok!

Ahad, 1 Mei 2011

Pesta buku

Assalmmualaikum.. haei.. pesta buku. Tulah kisah yang aq nak share hari ni. Alar semua org tau pesta buku. Ada banyak buku kat PWTC. Buku sume dijual murah2.. boleh la dikatakan setiap tahun mesti pergi tempat ni. Nak kata aq ni ulat buku, memang tak ar.. tapi tah ar. Aq pun tak tau. Dah macam satu tradisi lak. It’s ok forget it. Memang ramai orang kat pesta buku tu.. huh.. nak jalan pun susah. Mungkin sebab hari ni adalah hari terakhir pesta buku. aq beli buku U-TURN KE JALAN LURUS,daripada galeri ilmu. >_< saje je aq beli buku ni untuk habiskan masa cuti aq ni dengan pekara yang berfaedah sikit.
Harap buku ni dapat memberikan manfaat pada aq untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Insyallah. >_<