Memaparkan catatan dengan label Buku and me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku and me. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

wahai omak kawinkan aku..

Assalamualaikum. Hahahaha.. tak boleh blah tajuk entry. Sebenarnya ckj belum lagi nak kahwin la. Cuma hari ni ckj nak share dengan korang keistimewaan diantara orang bujang dengan orang yang da kahwin.

Ckj nak share sikit apa yang ada dalam  buku yang ckj baru je habis baca beberapa hari yang lepas, '100 Pesanan Terakhir Rasulullah'

Alright kita teruskan, pesanan ke-65 : Berkahwinlah, Itu Sunnahku. Ckj ambil mana yang ckj rasa nak share ea. 

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan, "Apabila seseorang itu berkahwin, maka terselamatlah separuh daripada agamanya." Mereka yang berkahwin akan menyelamatkan separuh daripada agamanya manakala jika dapat mengawal nafsu perut, bermakna mereka dapat mengawal seluruh agamanya. Orang yang berkahwin mempunyai kelebihan iaitu pahala mendidik anak dan isterinya.

Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis sahih bermaksud, "wahai pemuda-pemuda, barang siapa yang mampu diantara kamu serta berkeinginan hendak berkahwin, hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara maruah. Sesiapa yang tidak mampu, maka dia hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang nafsu."

Ada satu riwayat Ibnu Abbas yang suatu ketika dahulu ketika dia sakit dan isterinya pada masa itu telah mati lebih dahulu. Dia pun berkata kepada sahabat-sahabatnya, "kahwinkan aku kerana aku hendak mati dalam keadaan berkahwin dan tidak mahu mati dalam keadaan bujang."

itulah serba sedikit pesanan yang terdapat dalam buku ni. Nak tau lagi 99 persanan? cubalah dapatkan buku ni. >_____<

Jadi, Banyakkan kelebihan dan kebaikkan berkahwin?

*Siapa nak kahwin angkat kening... wah ramai yang angkat kening.. bagus-bagus. hehehe..
 Siapalah yang tak mahu hidup berpasangan. kan?


Rabu, 22 Mei 2013

Hamba & Pencipta

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak review buku ni.
Sebenarnya ckj da lama da habis baca buku. Buku ni lebih kepada cara-cara untuk kita perbetulkan hubungan kita dengan Pencipta kita. Dalam buku ni da 4 bahagian. Ketuhanan. Kitab. Hubungan kemanusiaan. Kehidupan. 


Topik yang menarik yang ckj pilih dalam buku ni ialah Belajar No.1 tapi Dakwah bukan No.2. Topik ni menceritakan dakwah boleh dilakukan dalam aktiviti seharian kita. Ia juga membetulkan prespektif  masyarakat mengenai dakwah. Serta banyak lagi. 
Alright that's all. >_<

Isnin, 4 Februari 2013

Pemilik Cintaku...


Hebat tak tajuk entry kali ni? Hehehe.. sebenarnya itu tajuk buku. Mesti ramai yang tahu dan baca karya Ustazah Fatimah Syarha kan? Ckj baru tahu mengenainya daripada roomate ckj. Setakat ni dia ada 2 buah buku hasil karya ustazah Fatimah Syarha. Ckj baru saja habis baca buku beliau yang bertajuk “Pemilik Cintaku Setalah Allah dan Rasul”. 
Ckj suka cara penulisan beliau. Sesuai dengan jiwa ckj . sedikit sebanyak dapat juga memberikan ckj ilmu dan motivasi buat diri ini yang sebelumnya tidak tahu jadi tahu. Itulah manfaatnya bila kita membaca.. betul tak?

Bagi yang belum pernah baca atau sedang mencari  buku yang sesuai untuk dibaca cuba la baca buku ini. Insya Allah memberikan kesan dan manfaat buat anda. Apa lagi jum membaca! >_<
Assalamualaikum.

Isnin, 28 Januari 2013

Menjadi wanita paling bahagia..!


Syukur Alhamdulillah untuk semester kali ni ckj dapat peruntukkan sedikit masa ckj untuk membaca buku-buku motivasi dan imilah. Ckj berjaya habiskan baca buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, dalam buku ini dia jadikan Asiah (isteri firaun laknattullah), Aisyah (isteri Rasulullah SAW) dan Mariam (ibu Nabi Isa a.s) sebagai inspirasi wanita-wanita yang mendapat ganjaran syurga Allah SWT. Banyak kisah-kisah mengenai mereka diceritakan dalam buku. 
pinjam google
Yang menarik perhatian ckj masa mula-mula nampak buku ini selepas membaca tajuknya ialah saiz buku ini. Kecik je ¼  saiz kertas A4 atau saiz poket. Senang nak bawa ke mana-mana.  Penulis buku ini adalah orang yang sama yang menulis buku Dont be sad. Buku ni juga dilabel sebagai buku best seller. Kalau berkenan try la cari buku. Insya Allah bermanfaat untuk kita sebagai kaum wanita. Ok. That’s All. Assalamualaikum.

Sabtu, 12 Mei 2012

Jangan Bersedih

Assalamualaikum. Hari ni aku mau review buku yang aku hampir nak habis baca. hehe. Dah lama da nak review tapi aku tunggu sampai aku habis baca dulu. Buku ni ada 940 muka surat. Alright buku ni.
Mungkin ramai yang da pernah baca buku. Aku baru dapat membacanya. Bagus la buku ni. Padat dengan motivasi dan tak bosan bila aku baca. Banyak memberikan kesan positive dalam diri aku dan berjaya membuatkan minda aku terbuka. Memang patut pun buku ni jadi buku yang terlaris di Malaysia. Kepada korang yang nak merasai perubahan dalam diri, cuba dapatkan buku ni. Insya Allah ia membantu. :) 


Ahad, 25 Mac 2012

hilang tak berganti!

Assalamualaikum. Korang pernah baca buku ni tak? Buku ni satu-satunya buku yang buat aku tergelak sorang-sorang bila baca. Pandai la penulis buku mencuit hati aku. Klakar cerita dalam buku ni. Fasal 3 orang kawan baik yang tinggal satu rumah. Macam-macam peristiwa lucu berlaku. Best. Sayangnya buku ni dah hilang. Dihilangkan oleh kawan aku. Huhu. Sampai sekarang dia tak ganti. Dia boleh buat tak tau je. Hish.. geram betul. Aku teringin giler mau baca balik buku ni. Huhu…

Jumaat, 2 Mac 2012

YA ALLAH... Tiba-Tiba Kini Saya Telah Tua!

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah dengan tahap kebosanan yang teruk di bangunan TM tingkat 1, dalam masa 3 hari aku berjaya menghabiskan pembacaan aku untuk buku ni. banyak pekara yang berkenaan dengan firman-firman  Allah s.w.t dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w  serta tips2-tips yang aku dapat tahu yang aku dapat dalam buku ni. salah satu daripadanya :-

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Tanda orang yang munafik ada tiga: jika dia berkata, maka dia berdusta; jika dia berjanji, maka dia tidak menepati dan jika dia diberi tanggungjawab, maka dia khianat.” (Muttafaqu’alaih)

“...jika kamu ditimpa sesuatu, maka jangan berkat, ‘Seandainya aku melakukan, maka akan berlaku begini dan begitu. Tetapi, berkatalah, Allah menakdirkan sesuatu dan apa yang Dia mahu, maka Dia akan lakukan. Maka, sesungguhnya seandainya membuka perbuatan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Nak tau lagi banyak? Dapatkan buku ni. >_<

*p/s : aku bersyukur sangat dengan adanya buku ni, sebab peneman aku masa aku bosan. >_<

Isnin, 20 Februari 2012

Doa Untuk Aku


Masa cuti sebelum aku start praktikal aku baca balik novel lame, tak pena-pena aku aku baca balik bila da baca. Kali ni saje-saje je nak hilangkan bosan kononnyer.. Last2 tak baca habis sebab aku da tau da cerita dia dari A sampai Z. Hehe. Iya la da baca da. Cerita dia memang best. 

Ini dia sinopsis cerita ini yang aku ambil kat website PTS.
Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.

*p/s: nak tau cerita selanjutnye? dapatkan buku ni. hehe.. Assalamulaikum. 

Khamis, 18 Ogos 2011

Huh... jenuh seh!


Huh... alhamdulillah.. habis juga aku baca buku ni dalam sibuk2 aku dengan assignment dan macam-macam kerja lagi. Iya bila da baca kena habiskan.. kalau tak, nanti kat akhirat nanti buku tu tuntut macam mana? Risau gak kan? Buku ni tak tebal mana pun..  144 muka surat jer... baru hari ni dapat habiskan. Hehehe.. :P
Buku ni cerita pasal seorang adik yang benci sangat2 kat kakak dia. Then bila semuanya da terlambat, barulah si adik menyesal. So, kalau berminat nak tau cerita selanjutnya, dapatkan buku ni. hehe. Sayang kakak! Hehe tapi aku tak de kakak. Aku lah kakak.. hahaha.. ok. Assalamualaikum. :)

Khamis, 30 Jun 2011

Yeh berjaya juga!


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur aku pada Allah s.w.t. kerana hari ni aku telah berjaya menghabiskan pembacaan aku pada buku ‘Uswatun Hasanah’ ni, sebelum aku start study. Ini pun disebabkan elektrik tak de. Tu yang aku berjaya habiskan baca tu. Hehe.Buku ni aku pinjam daripada Syue. Tapi dia tak baca lagi aku da rasmikan dulu. Hehe.. thanks Syue sebab bagi izin pada aku untuk baca buku ni dulu. Buku ni memang best. Banyak menceritakan tentang keperipadian dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w daripada segala segi yang boleh kita jadikan teladan yang baik. Sama macam maksud tajuk buku ni iaitu teladan yang baik. Nak tau apa keperibadian dan akhlak Baginda yang boleh kita ikut? Dapatkan buku ni.. hihi..


Oh ya.. Salam  Israk Mikraj.


Selasa, 31 Mei 2011

Thanks Kak Ida

Hari ini aq da berjaya menghabiskan pembacaan aq untuk buku ‘Lambaian Kaabah’. Lepas habis baca buku ‘U-Turn ke Jalan Lurus’ aq terus sambung baca buku ni. Buku ni Kak Ida yang bagi, masa perjumpaan Rakan PI yang terakhir dalam aktiviti tukar-tukar hadiah. Alhamdulillah habis sudah aq membacanya. :) Banyak pengajaran dan macam-macam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan ibadah haji dan tempat-tempat peninggalan sejarah perjuangan baginda, diceritakan dalam buku ni. Terima kasih Kak Ida sebab hadiahkan buku ni. Menarik dan banyak ilmu yang manfaat dalam buku ni. :) Kalau kita mahukan ilmu yang lebih, rajin-rajin la membaca! >_< Assalamualaikum.

Jumaat, 1 April 2011

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

Assalamualaikum. Haei. Hebatkan tajuk buku ni.. disebabkan tajuk buku la aq tertarik mau meminjam dan membacanya. Aq pinjam buku ni daripada Syue. Masa semester 3 nanti aq pulang. Hihi... 
Buku ni banyak menceritakan tentang Rasulullah. Dari semua segi. Buku ni juga bukan setakat hebat pada tajuk, tapi isinya pun hebat. Nak tau apa yang hebatnya? Dapatkan dan bacalah buku ni. >_< Sesungguhnya membaca tu jambatan ilmu. Hehe..  Thanks Syue bagi pinjam! >_< Sem depan aq pulang balik. Hihi.

Ahad, 6 Mac 2011

Dah lamaku cari akhirnya ketemu jua

Assalamualaikum. Haei.. Aq happy hari ni. Sebab dapat juga aq beli buku ‘Rabiyatul Adawiyah’ ni. Da lame seh aq cari. Tengok2 ada kat kedai buku yang dekat-dekat dengan rumah aq. Syukur la sekarang buku ni ada di tangan aq untuk aq baca. aq memang teruja mau tau siapa dia Rabiyatul Adawiyah ni. Dengar-dengar, seorang wali Allah.
Hm... ok that’s all aq mau baca buku ni.Harap selepas baca buku ni aq dapat mengenali siapakah Rabiyatul Adawiyah. >_<