Memaparkan catatan dengan label Holiday Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Holiday Ku. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2013

Hari Raya Saya

Assalamualaikum. Macam mana raya ok? Raya ckj.. urm.. bosan. Pagi raya, ckj makan lemang dan ketupat  segera serta dicicah dengan rendang daging. Pakai baju raya pergi solat raya di masjid then bergambar sekeluarga di ruang tamu. Selepas tu suasana kembali seperti hari-hari normal yang biasa. Yang lainnyer cuma rancangan di televisyen lebih menarik daripada biasa. itu je.
Oh ya ckj tak balik ke kampung raya tahun ni. Mungkin sebab tu kot raya ckj tahun ni bosan. Tapi best juga duduk rumah relax-relax bersama keluarga. 

Alright tahun ni ckj memang buat kuih raya wajib ckj, Kuih Konflek Madu. Tapi ada tambahan satu kuih lagi yang handmade, kuih samprit ( tak reti eje la.. hehehe). Lain-lain kuih da siap. Semuanya  jadi snack enak dimakan ketika menonton televisyen oleh kami sekeluarga. Maklumlah, bukan ada orang datang rumah pun. 
googlepunyagambar.com

Itu je la cerita hari raya ckj tahun ni. 

Sabtu, 27 Julai 2013

Lepaskan...

Assalamualaikum. Berkat bulan ramadhan ni, ckj ada terima 3 kekosongan kerja sambilan. Kerja-kerja yang biasa korang buat masa tengah cuti semester. Lebih kurang macam tu la.

kerja pertama...

Kerja kedua...

Kerja yang ketiga.. ckj dapat tau daripada mak ckj yang katanya anak kawan dia ajak ckj kerja dengan dia sebagai waitress kat hotel kat KL tolong parents kawan dia punya chatering. Masuk jam 4 petang balik jam 1 pagi. 

Tiga-tiga kerja tu terpaksa ckj tolak. Kerja yang pertama tu ckj da dapat permission da daripada parents ckj, tapi parents si amira ni pula yang tak bagi dia kerja taska. Adeh.. Dia beria-ria tanya ckj macam da dapat permission daripada parents dia. Aleh-aleh belum lagi rupanya.. huh..

Yang kedua tu, kerja kat 7e. Nampak gaya mak ckj bagi.. tapi menurut peramalan mak, ayah mesti tak benarkan anak perempuan comel dia ni berkerja di tempat yang 24 jam buka. Bukan apa takut kena kerja sampai lewat malam. So, bila da mak ckj kata macam tu. Ckj tak jadi la nak ambil kerja tu untuk lepas raya nanti. 

Yang ketiga, pun nampak gayanya sama reason nya macam yang kedua tu. Boss besar tak benarkan. sebab anak dia ni terlampau comel. huhu.. 

tak pe la.. Ckj sebagai anak terima dengan hati yang terbuka dengan keputusan parents ckj yang begitu ambil berat dan memikiran tentang keselamatan anak mu ini. 

*Ingat! walau apa pun yang kita nak buat, kita yang masih lagi bergelar anak ini amat-amat memerlukan redha dan permission daripada parents kita. Especially permission from your dad! Lagi-lagi kalau kita ni seorang perempuan. ingat ye anak-anak. hehehe.. 

Khamis, 11 Julai 2013

kejadian sebelum ramadhan tiba..

Assalamualaikum semua.. >__< Salam Ramadhan.. Macam mana di hari kedua berpuasa? ok sudah? ndak da yang termakan? hehehe. Biasanya pada hari kedua berpuasa ni puasa kita semua da stabil da.. tak de yang 'TER' hehehe. 

Alright. Hari ni ckj nak share kat Kay Jue Blog kejadian beberapa hari sebelum ramadhan tiba. (kejadian?? macam dahsyat sangat. padahal tak de la hebat mana pun) Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan ckj dengan kawan baik ckj, Cik Payung. Lama juga kami tak berjumpa. Ada jodoh lagi rupanya nak berjumpa dengan dia. >_< 
Banyak perubahan yang berlaku antara kami. Terutamanya dari segi fizikal. hehehe. disebabkan lama sangat tak bergambar bersama, sampai 51 keping gambar berjaya direkodkan pada hari tersebut. Siap buat gwiyomi lagi. hahaha. Gembiranya tak berkata, jelas digambarkan pada riak muka masing-masing. Syukur Alhamdulillah. oh ya tak lupa juga pada adik Cik Payung yang jadi cameraman percuma pada hari itu. hehehe.

*kenapa ayat dalam entry 'agak' skema?? 

Sabtu, 22 Jun 2013

On Duty

Assalamualaikum. Sejak aku da duduk kat rumah sewa ni, kiteorang ada buat jadual harian. Setiap hari akan ada orang-orang yang terlibat untuk buat kerja rumah, macam menyapu, mop lantai, cuci dan sidai pakaian, buang sampah dan memasak. Tugas yang paling berat sekali kat sini bagi ckj, memasak. 
Hari ni tugas ckj memasak. Dari semalam lagi duk fikir aku nak masak apa untuk budak-budak rumah ni. Aku da la kurang sikit dalam bab-bab masak ni.. adeh..

Tapi kalau difikirkan secara positive nyer, elok juga buat macam ni, ada juga pengalaman untuk belajar masak dan masakkan untuk orang kan? tapi.. tapi.. tapi.. aku nak masak apa weh! huhu..still thinking~~

Jumaat, 21 Jun 2013

Bila bosan saya...

Assalamualaikum . Seingat ckj , ckj ada post entry fasal cara ikat tali kasut tahun lepas kot.. :P  kat sini .Tempoh hari baru berpeluang mencubanya. haha. Da bosan sangat kat rumah sewa tak buat apa. dalam banyak-banyak cara ikat tali kasut, ckj cuma tertarik untuk cuba 3 cara je. jum layan gambar kat bawah ni. >_<
yang menjadi pilihan ckj cara yang last sekali. Nampak cantik dan kemas di mata ckj dan sesuai dengan kasut ckj. tarraa.. 
  ok tak? 

Selasa, 11 Jun 2013

KL -> PD -> Kajang -> Poli -> KL

Assalamulaikum. tengok tajuk tu korang mesti da tau itu nama tempat. Arrow tu memberitahu destinasi yang dituju. Selama dua hari berturut-turut ckj travel / ulang alik secara sengaja dan tak sengaja juga secara mengejut serta kelam kabut. hah.. macam mana tu huh? 
Ada berita baik dan mengembirakan ckj. ada juga berita yang agak.. tak best.esok insya Allah ckj share kat Kay Jue Blog ea. ckj penat la. tak baring lagi hari  ni. baru je sampai rumah jam 8 malam tadi. alright sampai sini dulu. Thanks for reading. >_<

Isnin, 27 Mei 2013

Spontan

Hari Sabtu lepas ckj keluar dengan kawan comot-comot ckj. Ckj terima mesej wechat daripada kawan ckj, Qu. Dia ajak keluar makan. Dah hampir tiga tahun juga tak jumpa, Kali ni dapat keluar bersama Riuh suasananya dengan gelak ketawa bercerita tentang hal-hal yang lalu dan kini. Aktiviti yang tak dirancang. spontan. Da alang-alang semua ada kat rumah hujung minggu lepas. memang ok sangat la kan?
ok that's all. terima kasih atas kesudian anda membaca. Assalamualaikum. >_<

*Kadang-kadang hal yang berlaku spontan tu lebih menyeronokkan daripada hal yang dirancangan kan? Sebab bila kita da merancang, Kita akan bayangkan macam-macam yang bakal berlaku. Bila apa yang kita bayangkan tak berlaku, itu yang menghampakan. betul tak?

*huhu esok result final exam keluar.. wish me luck ok? 

Ahad, 9 Disember 2012

Saya suka musim buah!

Assalamualaikum. Minggu lepas ckj balik kampung. Biasalah kalau dah hujung tahun ni mesti banyak orang kahwin.  korang pun mesti banyak dapat jemputan kahwin kan? Tak lupa juga tengah musim gugurnya buah daripada pokoknya. Kan? Hehehe.

Alright tujuan asal balik kampung sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu ckj pada 1 disember yang lepas.. Alhamdulillah da selamat da dia jadi diijab kabulkan.. :) ini la pelamin dorang.. simple je.. tema merah pink kalau tak silap ckj.
Alright tutup cerita kahwin tu. Ok kat kampung ckj ada juga pokok buah-buahan. Pokok rambutan, duku dan langsat.Untuk musim buah kali ni ckj berpeluang pelik sendiri buah rambutan bersama mak ckj di pokok rambutan arwah nenek. Tgk ni pokoknya..
 pokok langsat
pokok rambutan
Untuk raja buah pula itu eshan dari pak cik ckj yang ambil dari dusunnya dan juga kiteorang beli je kat tepi jalan. Kalau beli di kampungkan memang sah la buah tu baru pelik dari pokok. Of cause la fresh lagi rasanya.. >_< tak sempat mau capture pic.. hehehe... buah ni paling banyak kiteorang dapat. Entah berapa biji. Tapi lebih dari 10 biji. >_<
Secara jujurnya tulus dari hati (ceh wah!) ckj, ckj bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa suasana musim buah sebenar... ckj harap generasi akan datang dapat merasakannya juga nanti. So, jum la tanam buah! :P

Isnin, 22 Oktober 2012

Hingga ke Puncaknya...


Assalamualaikum.. >_<  ada sesuatu yang menarik ckj nak cerita kat Kay Jue Blog hari ni. Sebelum cerita nak senyum lebar dulu.. >_______________________< hehehe..  Alright jum..

Pada sabtu lepas 20 Oktober 2012 ckj pergi daki gunung. Gunung Datuk, Melaka. (ada yang pernah daki gunung ni tak?)  ini adalah pengalaman pertama ckj mendaki gunung. Bertolak daripada poli jam 6.30 pagi. Mula mendaki jam 9.30 kot (kalau tak silap ckj) dan ckj sampai kepuncak gunung datuk dalam jam 11 lebih macam tu la.. >_< Alhamdulillah sampai juga ckj ke puncak gunung. 
cantik tak? inilah view dari atas gunung :-)
masa naik mendaki kasut ckj kira ok la.. bersih.. tapi masa nak turun gunung habis kotor..
aktiviti sampingan di atas gunung.. perggh tak sangka ckj ada juga bawa roti potong. tengok la tu siap ada mentaga kacang lagi!
Memang satu kepuasan yang bermakna. Iya la kita dah penat-penat mendaki mengharungi segala kepayahan semasa mendaki dan akhirnya sampai di puncak kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang begitu luas dan cantik. Hilang rasa penat dapat tengok view dari atas. >_<
>_< 
Memang satu pengalaman yang indah bagi ckj dapat mendekati dan menikmati cipta Allah yang Maha Hebat dan Maha Besar.  Susah macam mana pun, kalau kita berkeinginan nak dapatkan sesuatu tu kita akan usaha juga sampai kita dapat betul tak?  Itulah simbolik yang ckj nampak sepanjang ckj mendaki hingga ke puncaknya.. >_<

Alright sampai sini dulu. Thanks for reading my post >__<

Khamis, 23 Ogos 2012

Al-kisah disebalik nyalaan api pelita...

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah untuk malam raya kali ni ckj dapat la merasa bersiapan malam raya yang ckj tak pernah rasa sebelum ni. Ckj tukar sarung kusyen, masukkan minyak tanah dalam pelita, masukkan kuih dalam mulut dan balang.. dan macam-macam la.. hah.. kalau macam ni baru la ada feel raya betul tak.? kesian kan ckj, raya kali ni baru dapat merasa semua tu.. huhu..

Ni ckj mau kongsi dengan korang.. Sebenarnya ada satu kisah yang terjadi masa ckj tengah tuang minyak tanah dalam pelita ni.. hehehe.. Ckj tuang minyak tanah ni kat tepi tangga rumah.. then minyak tu tumpah.. habis tepi tangga tu bau minyak tanah.. ckj dengan sepupu ckj da panik da ni.. jenuh duk fikir macam mana mau hilangkan bau minyak tanah tu. Last-last kiteorang lap je dengan kain basah... huhu..
Esok tu kan... tangga rumah tu baru je cat then cat tu tanggal sebab terkena minyak tanah.. yang sepupu ckj ni.. cakap kat mak dia yang adik-adik dia yang buat.. tak ngaku.. adeh.. Ckj da serbe salah da ni.. Tapi kalau nak fikir logik adik-adik sepupu ckj tu memang nakal pun.. 
Bila ckj keluar tengok tangga rumah tu terpaksa la dilapik dengan tikar getah.. huhu.. da mencacatkan pandang da kat tu... huhu.. Nasib baik atuk dia tak perasan.. huhu.. er.. bukan salah saya cat tangga tu tanggal.. hehehe.. Masing-masing buat tak tau je. Macam tak de apa-apa yang berlaku.. kiteorang siap dapat duit raya lagi daripada atuk dia.. hahahaha.. kenangan di Aidilfitri.. syuuuhh... :P

Rabu, 22 Ogos 2012

kuih raya yang wajib ada di rumah CKJ

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya. urm.. raya kekok pula ckj nak mulakan story di Kay Jue Blog ni. Al maklumlah agak lama juga tak meng 'update' entry.. hehehe. Alright..

Pada tiap-tiap tahun sejak ckj tau nak buat  Kuih Cornflakes Madu  ni, kuih cornflakes ni  jadi macam tradisi / kuih raya wajib ada di rumah ckj tiap kali raya.. .tapi untuk raya kali ni Ckj tak sempat pun mau buat  kuih ni. Dladola yang buat kali ni.. Atas sebab ckj balik ke  Kuala Lumpur agak lewat sikit kerana  poli PD cuti lambat. Semua kolej-kolej, Universiti, Matrix dan lain da cuti da..  
goooglepunyagambar.com
Dapat la buat dalam satu atau dua bekas besar. Dan kuih ni la yang paling cepat habis.. bukan tetamu yang makan.. tuan rumah yang makan.. hahaha.. Serius.. kuih ni sedap! dan senang nak buat.. 

p/s:  korang pula apa kuih wajib yang mesti ada di rumah korang tiap kali raya? meh la share dengan ckj.. >_<

Ahad, 8 Julai 2012

Sampai 3 beg kau...

Assalamualaikum. Semalam aku shopping barang-barang keperluan untuk asrama. First time pergi beli barang - barang ni sendiri tanpa bonda sisi. Hanya bertemankan kawan shopping aku. Siapa lagi kalau bukan Ezzaty. hehehe. 
Rancangan asal aku hanya nak pergi ke Carrefour yang berdekatan dengan rumah aku, menunggang kenderaan dua roda. Tetiba ayah Ezzaty ada hal di Wangsa Maju. Dia pun ajak aku ke Carrefour Wangsa Maju tumpang kereta ayah dia. Dalam hati aku, "Cantik la...! aku memang malas nak bawa motor. "

Besar juga Carrefour kat Wangsa Maju ni. Masuk-masuk je aku dengan Ezzaty tercari-cari escalator dia. haha. Beli punya beli sampai tiga beg kau! aku borong. Da la semalam hari tanpa plastik. Nasib baik aku da buat persediaan awal! bawa beg dari rumah. (semangat mau borong satu carrefour! :P)  
err.. memang tiga beg... tapi selepas sesi pengemasan dan penyususan barang jadi 4 beg pula... ngee~~
Malu pula rasanya diri ni... sebab Ezzaty hanya beli sebotol febreze dan aku... sampai tak mandang tangan nak bawa barang-barang borongan aku. huhu. Da la aku tumpang kereta Ayah Ezzaty. Entah apa kata Ayah Ezzaty. Biar je la... lagi pun aku da beritahu Ezzaty suruh dia teman aku beli barang kemarin. hehehe.. Buat tak tau je la.. :P 

Barang aku yang WAJIB beli.. taaraa..
saya MESTI pilih! hahaha..

*p/s : korang pula macam mana? da siap2 packing dan beli barang-barang keperluan balik ke sarang? hehe..

Ahad, 10 Jun 2012

Rumah dia kat pokok sana nun..

Assalamualaikum. Cerita fasal ckj ke luar negeri tu tak habis lagi tau. hehehe. ini la intipati entry hari ni. 

Masa ckj di kampung hari tu. Di halaman rumah nenek. Ada sarang burung kat pokok bunga depan rumah nenek ckj. Tak sangka ada burung buat sarang kat pokok yang rendah. Mak ckj la yang perasan ada sarang burung kat pokok bunga tu. Ckj pun apa lagi capture-capture the pic ar.. haha..(broken english) 
bapaku pictures phone
Ckj takut nak capture dekat-dekat sangat. Kang tak fasal-fasal mak burung tu datang, terus serang ckj. huhu. jap-jap ckj zoom lagi.
bapaku pictures phone
huhu.. tak berapa nampak sangat la.. yang ckj bulatkan tu muncung anak burung tu tunggu mak dia bawa ulat kat dia. hehehe.

Maaf la ckj first time tengok sarang burung yang real depan-depan mata. Tu yang macam budak jakon tu. hehe. Serius ckj tak sangka kat pokok yang rendah, yang boleh kita capai pun ada burung buat sarang kat situ.

*p/s : Kredit to my dad sebab pinjamkan handphone beliau untuk ckj ambil gambar ni. hehehe..
 maaf la kalau entry ni entah apa-apa. cuma kejakunan ckj melihat sarang burung yang ada anak burung di dalam nya.. huhu..

Jumaat, 8 Jun 2012

Baik Punyer!

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah sampai juga aku di Kuala Lumpur hari. 
Alright. Dek kerna line internet kat kampung aku langsung tak memberikan respon yang baik, aku postpone entry aku hari ni. Tak salah kan?

6/6/2012 rabu aku, mak dan mak cik aku bersiar-siar ke Kampung Gajah. Dah alang-alang sampai tu, singgah la kat pasar Kampung Gajah. Beli ikan haruan dan jagung.

Klakar pula aku tengok gelagat mak cik yang jual jagung tu dengan sorang pelanggan ni.
googlepunyagambar.com
Penjual jagung :  Sayang.. jagung sayang.. 4 tongkol RM 5.00 sayang.. 
Aku dan mak : Senyum sambil tengok pelanggan yang di sapa oleh penjual jagung tu.
Pelanggan : Kalau sayang bagi la free satu sayang..
Penjual  jagung : huh... tak boleh la sayang ni pun da cukup murah baru je petik dari pokok pagi tadi..

Aku , mak dan mak cik pun berlalu dari situ sambil senyum menahan ketawa dengan situasi yang berlaku. Hahahaha.. Macam-macam hal. =P

googlepunyagambar.com
Jadi, untuk hari tu kami sekeluarga makan ikan Haruan yang baru je mati dalam 2 atau 3 jam yang lalu. Dan jagung yang baru je di petik pagi tadi. Ikan tu mak aku buat ikan bakar haruan dan ikan haruan masak tempoyak. Fuh ! Sedapnya! Memang lain la rasanya makan benda fresh dengan makan benda yang da beberapa hari ada kat pasar. Jagung pula, mak aku buat jagung rebus dan bubur jagung pada petangnya. Lemak je rasa bubur tu. Jagung tu isinya gemuk-gemuk  je. Memang puas hati la beli. Ini baru baik punyer kan?

*p/s : sesekali dapat makan makanan yang fresh, terasa betapa nikmat hasil alam tu kan?

Selasa, 5 Jun 2012

Suasana hijau

Assalamualaikum. yeay! ada line internet.. hehehehe...  gumbira rasanya tak terluah hahaha. Alright.sekarang ckj tgh buat sticker ketiga. Dua sticker da siap.. siapa la yang empunya sticker tu ea? hehehe.

Adeh... Panasnyer kat sini... Melampau-melampau panasnya. Cuaca kat sini lain sikit la dengan cuaca kat Kuala Lumpur. Duduk kat dalam rumah rasa macam duduk kat tempat mandi wap. huhu. Tapi waktu malam best. Sejuk sebab banyak pokok-pokok. =) 
gambar hiasan :P
Kat kampung ni juga tak macam kat KL tu. Udara kat sini segar-bugar. Oksigen daripada pokok-pokok hijau pun banyak . Suasana tenang je.. tapi bosan sikit. huhu. Dalam pada tu juga ckj rasa bersyukur sangat-sangat sebab kat Malaysia ni masih ada tumbuh-tumbuhan hijau dan masih ada kampung-kampung. Ckj sedih tengok ada kawasan-kawasan yang da gondol sebab nak wujudkan pembangunan. huh..  

*p/s : dunia makin maju, Bumi makin kehausan. :'(
*rasa macam buat karangan sayangilah bumi kita pula.. hehehe...

Isnin, 4 Jun 2012

Aku ke luar negeri lagi..

Assalamualaikum. huh.. kejap lagi aku da nak gerak ke luar negeri lagi. hehehe. Kali ni aku ke Perak pula. Parents aku la pagi tadi teitba je mengejut beri tau mau balik kampung lepas zohor ni. Adeh.. kelam- kabut aku paking barang semua. huhu. 

Aku tak tau la kat sana ada line internet ke tak. Kalau tak de rasanya Kay Jue Blog ni akan terbiar seketika la nampaknya. huhu. harap-harap ada la line kan?  Aku minta maaf sangat pada yang request sticker tu aku send lambat sikit ea kalau line internet tak de kat sana. huhu..

Ok lah korang aku ni pun curi-curi post entry ni..hehehe.  Doakan aku selamat sampai dan selamat balik. adios...

Ahad, 27 Mei 2012

Makan Nasi beralaskan kuali

Assalamualaikum. Alright. Kisahnya begini. Siang tadi aku teman kawan aku pergi KLCC. Ambil contoh report daripada senior. Sampai je kite orang kat KLCC, senior tu text kat kawan aku kata dia tak jadi datang. adeh... ada ke patut baru beritahu sekarang? ni da kira kes menyusahkan kami. huhu. Apa boleh buat.huh.. Dah alang-alang da kat KLCC ni, kawan aku pun ajak la aku pergi makan. 

Kiteorang pergi makan kat food court. Aku first time makan nasi dalam kuali. Tak de ar kuali yang besar tu. Kuali yang sama saiz macam pinggan makan korang tu. May be ada yang da pernah makan, it's ok. Aku newbies untuk tu. hahaha. huh? tak percaya ea? tengok ni..

Maaf la aku da gaul nasi tu dengan lauk baru teringat nak capture picture. huhu.  Aku makan Black Pepper Chicken. Hehehe rasa macam pelik pun ada. Macam sambil masak kita makan. haha. 

*p/s : korang pernah makan macam ni tak? 

Isnin, 14 Mei 2012

Kedai Tudung Aidijuma

Assalamualaikum. ok aku terus start je ea. Semalam kawan aku, Ezzaty ajak aku teman dia pergi Majid Jamek. Dia mau beli hadiah untuk staf-staf kat tempat praktikal dia sebagai penghargaan. Aku pun memang bosan dan tak buat apa-apa kat rumah ok je la nak kuar.  Dah alang-alang keluar ni. Aku pun ajak la kawan aku ni cari kedai tudung Aidijuma yang aku tengok kat facebook.
Akhirnya dapat juga aku pergi kedai tu semalam. Kedai dia kat Pasar Seni a.k.a Central Market. Selama ni aku asyik duk tengok kat facebook dan website dia je tudung-tudung yang ada. Tapi kali aku pergi sendiri tempat dia. Hehehe.  Ini semua dek kerana cerita cekarama kat tv 3 sabtu lepas. Cerita Teratak Shamsiah. Tudung pokodot yang Rita Rudaini pakai dalam cerita tu, Tudung Aidijuma yang sponsor.  Cantik la pula tengok Rita Rudaini pakai. Tu yang aku lagi sibuk duk cari kedai Aidijuma tu. Aku tengok kat website, ada cawagan dia kat Pasar Seni. 


Rasanya cawangan Aidijuma kat Pasar Seni ni macam baru je lagi,  sebab kedai dia banyak lagi ruang kosong. Ada tu memang la ada tudung. Haha. Tudung pokodot tu pun ada kat sana. Huh.. tapi aku tak beli la. Tak de yang warna yang aku berkenan.
Hah, apa-apa pun aku da puas hati sebab da tau da kedai tu kat situ. Nanti boleh la borong tudung bawal yang cantik-cantik kat situ. Hehe.


 *p/s : kalau korang nak tengok tudung-tudung dia boleh picit SINI