Ahad, 9 Disember 2012

Saya suka musim buah!

Assalamualaikum. Minggu lepas ckj balik kampung. Biasalah kalau dah hujung tahun ni mesti banyak orang kahwin.  korang pun mesti banyak dapat jemputan kahwin kan? Tak lupa juga tengah musim gugurnya buah daripada pokoknya. Kan? Hehehe.

Alright tujuan asal balik kampung sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu ckj pada 1 disember yang lepas.. Alhamdulillah da selamat da dia jadi diijab kabulkan.. :) ini la pelamin dorang.. simple je.. tema merah pink kalau tak silap ckj.
Alright tutup cerita kahwin tu. Ok kat kampung ckj ada juga pokok buah-buahan. Pokok rambutan, duku dan langsat.Untuk musim buah kali ni ckj berpeluang pelik sendiri buah rambutan bersama mak ckj di pokok rambutan arwah nenek. Tgk ni pokoknya..
 pokok langsat
pokok rambutan
Untuk raja buah pula itu eshan dari pak cik ckj yang ambil dari dusunnya dan juga kiteorang beli je kat tepi jalan. Kalau beli di kampungkan memang sah la buah tu baru pelik dari pokok. Of cause la fresh lagi rasanya.. >_< tak sempat mau capture pic.. hehehe... buah ni paling banyak kiteorang dapat. Entah berapa biji. Tapi lebih dari 10 biji. >_<
Secara jujurnya tulus dari hati (ceh wah!) ckj, ckj bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa suasana musim buah sebenar... ckj harap generasi akan datang dapat merasakannya juga nanti. So, jum la tanam buah! :P

7 ulasan :

  1. lama tak makan durian..rindu la pulak..hehe..

    bestkan musim buah..xD

    BalasPadam
  2. Hi pretty! azwa singgah melawat blog awak yang sangat comel plus plus ni :) hehe..

    Jemput join GA ni. Tarikh tamat ialah pada 10/12/12. CEPAT! Join sebelum terlambat! :)

    http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2012/12/bloggership-giveaway-by-fatini-irdina.html

    BalasPadam
  3. sy paling suka buah rambutan. ;)

    BalasPadam
  4. owh, dh musim rupanya.. patut laa kt dapur umah sy tiba2 ada sebakul rambutan, huh...

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)