Ahad, 16 Disember 2012

Muet!!!


MUET. Hm.. korang da ambil da huh? Ckj da ambil da pada bulan oktober yang lepas. Huh.... entah apa la resultnya nanti.. risau juga ckj menantikannya.

Alright ckj mau share skit pengalaman ckj ambil peperiksaan MUET ni di  Kay Jue Blog. MUET ada 4 paper. Speaking, reading, writing dan listening.  Secara ‘giler’ nya ckj langsung tak ambil apa-apa kelas dan buat apa-apa persediaan untuk ambil exam muet ni. Bukan sebab ckj rasa ckj da pandai English tapi ckj tak sempat nak ambil kelas. Lagi pun masa ckj dapat tau untuk daftar  muet ni pada hari terakhir daftar.

Memang kabut la masa tu. Berbelah bagi nak ambil semester ni, semester depan atau nanti-nanti. Memang stress juga masa ni. Sebab nak daftar muet kena pergi beli nombor PIN dengan bayaran RM 101.00 di BSN. Tanpa berfikir panjang, pada hari terakhir tu ckj dengan kawan ckj berkejar ke pekan PD untuk beli nombor PIN tu dan malam tu juga daftar online.
Masa daftar online tu pula tempat untuk buat exam muet di poli dah penuh. Jadi, untuk sementara ckj dan kawan ckj pilih tempat di KL dulu. Stress juga masa ni. Buntu entah kat mana la tempat exam muet kat KL yang kiteorang pilih tu. Dipendekkan cerita, kawan ckj telefon majlis peperiksaan tanya macam mana nak buat dan dikenakan bayaran RM 25.00 untuk buat pertukaran tempat. Huh.. apa da.. Alhamdulillah dapat tukar di sekolah bukit saujana PD.

Sebelum ambil muet.. ckj ingatkan paper paling senang adalah paper listening.. tapi ternyata lepas ambil exam.. itulah paper yang paling susah bagi ckj.. huhuhu.. Masa ambil paper speaking pula.. nasib baik ckj dapat group dengan kawan ckj, tak de la rasa malu sangat. Ckj pun tak tau apa yang ckj cakap masa exam ni. Huhuhu.. ape la.. tapi kawan ckj kata dia terkejut sebab ckj speaking lon don tak de gagap.. ( huh.. memang la tak gagap tapi asyik ulang point yang sama je..) huhu..

Untuk paper reading bagi ckj la.. ini paper yang paling senang antara 3 paper yang lain. Writing.. urm.. entah la.. dia memang macam kita buat karangan english masa sekolah dulu.. tapi patah perkataan dia banyak. Itu la bezanya dan soalan dia umum perlukan kita berfikir. Berfikir memang boleh tapi fikiranku dalam bahasa melayu. Yang payahnya nak translet apa yang difikirkan itu dalam bahasa inggeris dan tulis perkataan dan ayat yang sesuai dikertas. Huh.. memang payah bagi cki yang english SPM dapat E ni.

Alright itulah sedikit sebanyak pengalaman ckj dalam mengambil exam MUET ni. Doakan ckj dapat keputusan yang ok.... terima kasih sebab sudi membaca entry terpanjang ckj ni.. Assalamualaikum.

6 ulasan :

  1. dah lama kak lady tinggalkan ujian muet ni.. dh lepas dah.. hehehe.. ape satu pun dh x ingt.. Gud lak yer.. semoga keputusannye cemerlang..

    BalasPadam
  2. bagus betul ckj ceritakan pengalaman amnil muet ni.. hehe, boleh juga HS ambil sedikit pengalaman dari ckj

    BalasPadam
  3. Harap2 lulus la yea... Leceh kot muet nk amik 2 kali

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum kjue.. :)

    Kira skrg ni tgh tunggu result muet la ya..

    Urmm..akk hari tu muet ambil kat sebuah sekolah ni.. time listening, kan pasang radio kuat kan.. tapi tak guna jugak..time test listening tu la, waktu tu jugak lori, kenderaan berat lalu..huk3. Bunyi bising giler..akk pun pasrah jugakla masa menjawab tu,hehehe

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)