Memaparkan catatan dengan label zaman comot-comot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaman comot-comot. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

50 Awesome Childhood Checklist

Assalamualaikum. Ckj terjumpa video ni kat youtube. Jadi ckj saje nak share kat Kay Jue Blog ni sebagai koleksi label Menarik ckj. Mungkin ada yang pernah tengok. hehehe.
Lebih kurang dalam 80% yang dia senaraikan ckj pernah buat masa zaman comot-comot dulu. Tergelak tengok video ni. Banyak juga ea benda yang tak masuk akal dan pelik-pelik yang kita buat masa kecil dulu. hahaha. 

Rabu, 24 Julai 2013

kawan

Biarlah aku tak ramai kawan daripada ada ramai kawan tapi satu pun tak boleh pakai. 
 
Lepas zaman sekolah, ckj da tak jumpa da kawan yang betul-betul sahabat. Serius memang susah nak jumpa. Betul tak? Sebab tu ckj dan kawan ckj sanggup jumpa kalau ada peluang nak jumpa walaupun jauh. 

ok that's all. Assalamualaikum.

Isnin, 15 Julai 2013

kita da tak seserasi dulu...

Assalamualaikum.Salam ramadhan you all.. >_< Alright, hari ni ckj nak berbual (berbual??) mengenai kesesasian. terutamanya dalam persahabatan. Keserasian ni penting dalam perhubungan juga dalam kerja kan?

Apa yang ckj nak share kat Kay Jue Blog hari mengenai apa yang ckj rasa dengan kawan baik ckj. Kawan lama yang ckj da kenal dia sejak daripada sekolah menengah lagi. Macam yang biasa berlaku, kawan ckj ni berpindah ke negeri lain masa kami di tingkatan empat. Sejak daripada tu kami cuma berhubung melalui telefon.
Dipendekkan cerita, makin lama, makin jarang kami berhubung. kadang-kadang sampai setahun sekali. ada kalanya timbul dalam hati ckj rasa macam dia da jadi asing bagi ckj. Situasi dan persekitaran kita da kian berbeza. kian berubah mengikut arus masa dan kematangan  kita sendiri. Mungkin dulu dia kawan rapat, kawan baik ckj. Kini tidak lagi. Hanya sekadar kawan. ya kawan. 

Keserasian kami kian lenyap. Ckj dengan cara ckj dan kawan-kawan yang berada disekeliling ckj. Begitu juga dia. Tapi.. jauh di sudut hati ckj, ckj amat rindu masa kami rapat dulu. masa kami serasi. :')
Kalau tak serasi macam mana ngham? kan? 

Khamis, 11 Julai 2013

kejadian sebelum ramadhan tiba..

Assalamualaikum semua.. >__< Salam Ramadhan.. Macam mana di hari kedua berpuasa? ok sudah? ndak da yang termakan? hehehe. Biasanya pada hari kedua berpuasa ni puasa kita semua da stabil da.. tak de yang 'TER' hehehe. 

Alright. Hari ni ckj nak share kat Kay Jue Blog kejadian beberapa hari sebelum ramadhan tiba. (kejadian?? macam dahsyat sangat. padahal tak de la hebat mana pun) Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan ckj dengan kawan baik ckj, Cik Payung. Lama juga kami tak berjumpa. Ada jodoh lagi rupanya nak berjumpa dengan dia. >_< 
Banyak perubahan yang berlaku antara kami. Terutamanya dari segi fizikal. hehehe. disebabkan lama sangat tak bergambar bersama, sampai 51 keping gambar berjaya direkodkan pada hari tersebut. Siap buat gwiyomi lagi. hahaha. Gembiranya tak berkata, jelas digambarkan pada riak muka masing-masing. Syukur Alhamdulillah. oh ya tak lupa juga pada adik Cik Payung yang jadi cameraman percuma pada hari itu. hehehe.

*kenapa ayat dalam entry 'agak' skema?? 

Isnin, 27 Mei 2013

Spontan

Hari Sabtu lepas ckj keluar dengan kawan comot-comot ckj. Ckj terima mesej wechat daripada kawan ckj, Qu. Dia ajak keluar makan. Dah hampir tiga tahun juga tak jumpa, Kali ni dapat keluar bersama Riuh suasananya dengan gelak ketawa bercerita tentang hal-hal yang lalu dan kini. Aktiviti yang tak dirancang. spontan. Da alang-alang semua ada kat rumah hujung minggu lepas. memang ok sangat la kan?
ok that's all. terima kasih atas kesudian anda membaca. Assalamualaikum. >_<

*Kadang-kadang hal yang berlaku spontan tu lebih menyeronokkan daripada hal yang dirancangan kan? Sebab bila kita da merancang, Kita akan bayangkan macam-macam yang bakal berlaku. Bila apa yang kita bayangkan tak berlaku, itu yang menghampakan. betul tak?

*huhu esok result final exam keluar.. wish me luck ok? 

Khamis, 9 Mei 2013

Addicted!

Sekarang ni ckj kat rumah memang tengah mood mengemas dan asingkan barang-barang lama. So, kali ni ckj terjumpa keychain Naruto and the geng. hehehe.. Dulu masa ckj Sekolah Menengah ckj memang minat giler ar dengan anime ni. Tak sangka pula ckj ada kumpul keychain watak utama anime ni.  May be dulu ckj ketagih or minat sangat kot kat anime Naruto ni. 
Tapi sekarang ckj da tak minat da. sebab tak lalu la nak ikut episodenya.. banyak sangat. huhu..
>____<
Assalamualaikum. 

Selasa, 7 Mei 2013

Ada lagi ke subjek ni kat sekolah hari ni?

Assalamualaikum. Hari ni ckj dengan tak sengajanya telah mengemas rumah. Bukan kemas apa pun.. kemas barang-barang yang tak digunakan lagi. alih-alih tak sangka boleh jumpa lagi benda ni..


Perrrgghh! ada lagi buku sekolah rendah dalam rumah aku! hahaha...

Sekarang ckj da nak habis poli da.. Buku ni da bertahun. Buku Tahun Enam, masa tu tahun 2004.. lama kan? hehehe.. oh ya ada lagi ke subjek kajian tempatan ni kat sekolah rendah hari ni?? 
rasanya da tak de kan?

Isnin, 11 Jun 2012

frost

Di suatu petang yang panas terik. Sekitar tahun 1998-2000 peristiwa ini berlaku. 

huh.. penat betul bila da habis main masak-masak dengan kawan ni. Dahaga la.. hm... 
Aku pun pergi ke dapur buka peti ais. Aku tengok dan aku perhati satu-satu bahagian peti ais tu mencari air sejuk. Namun tak kelihatan. huhu. Aku pun buka kat bahagian frost. Alar kalau peti ais lamakan ada bahagian ais tu.. Masa tu peti ais kat rumah aku lebih kurang macam ni..
Warna pun sama hijau macam ni. Rendah je.Peti ais sekarang tinggi dan besar kan? hehe. 

Alright sambung balik cerita. Aku tenung je frost peti ais yang di saluti ais tu.. tetiba-tiba aku dapat satu idea. nak tau tak apa aku buat? hehe.. Aku jilat frost tu. Nak rasa ais dia. sejuk weh! best. Mana tak nyer masa tu frost peti tu tembal macam ni..
uih... sedapnyer.. aku pun leka kat situ sampai menjengkekkan kaki aku untuk jilat ais yang ada kat frost tu. Jilat punya jilat, tiba-tiba lidah aku macam kena tarik oleh frost tu. Alamak lidah aku da melekat kat peti ais.. huhuhuhu.. jenuh aku tarik lidah aku. Tapi tak berjaya. Aku pula masa tu takut nak tarik kuat sangat. Kang tak fasal-fasal putus lidah aku. Aku dah nak nangis da masa ni.

Aku pun menjerit.. tak lama lepas tu mak aku datang tolong. Istighfar panjang mak aku. Terkejut tengok aku. huhu. "kau ni tak de kerja lain ke. Yang pi jilat forst tu buat apa!" Aku pun pergi dari situ macam tak de apa yang berlaku. hahaha.

Terima Kasih sangat-sangat kat mak aku. Kalau tak mesti aku dah tak de lidah da sekarang. Bila aku kenang-kenangkan balik klakar la.. adeh... boleh pula macam tu.. hehehehe.. biasa la masa tu umur aku baru berapa tahun.. kalau tak silap dalam 6-8 tahun macam tu. haha. Thanks sebab sudi baca. Assalamualaikum.

*p/s : korang ada tak kenangan dengan peti ais macam aku? hehehe.. meh la share. 

Sabtu, 2 Jun 2012

Simple tapi Sweet la!

Assalamualaikum. huh.. Penat betul berjalan ke luar negeri. hehe. Aku baru je balik dari Melaka dan Negeri Sembilan. Baru sampai Kuala Lumpur jam 5 petang tadi. Wah-wah bila aku nyatakan nama negeri tu macam jauh sangat je kan? hehe.. Pada hal tak la jauh mana pun. Sebelah menyebelah je kan? saje-saje suke kata AKU PERGI LUAR NEGERI. :P
Alright. Tetiba pula aku teringat kat satu lagu yang sweet. Kalau tak silap aku la kan, hanya mereka yang pernah join  Kem PLKN Tawau, Sabah je kot yang tau lagu ni. Tak pun semua yang join PLKN. Tak pun siapa-siapalah je la yang memang tau lagu ni. hehehe.. :P

Ingat, ingat itu Remember...
Jangan lupa itu Don't forget..
Saya sayang, kamu! I love you!
Hanya engkau Only you...

Lagu yang simple tapi Sweet la. >_< Rasa sedih dan sayang kat budak-budak PLKN Tawau lagi berganda masa kiteorang nyanyi lagu ni pada malam terakhir kem. huhu. Rindu sangat masa tu. hehe.

*p/s : sorry la kualiti lagu very-very the low...(haha broken english) dan entah apa-apa tapi nak share juga tak pe kan? >_<

Rabu, 23 Mei 2012

Helah tak Siap Kerja sekolah!

Assalamualaikum. Korang pernah tak siap kerja sekolah tak? mesti pernah kan? Aku teringat pula masa sekolah  rendah dulu. Aku ni jenis yang agak malas juga mau buat kerja sekolah. Terutamanya kerja sekolah yang jenis macam ni..
Tulis benda yang sama banyak kali. huh.. bosan. Aku pernah tak siap dua muka surat benda ni. Lepas tu kerja bertambah la jadi banyak. Bila nak hantar kat cikgu, aku buat helah.. Aku ambil gam then lekatkan dua-dua muka surat kerja yang tak siap tu. Settle. Nakal betul. Bila cikgu aku tengah duk tanda buku aku, dia tanya kat aku...

"kenapa muka surat ni tak boleh buka. Ish! susah nak buka ni."

Aku pula buat-buat tak tau. lepas cikgu pulangkan buku tu kat aku, aku pun buat-buat pelik cuba buka muka surat yang melekat tu. hahaha. Nakal betul aku masa tu. adeh... Malu + serbe salah pula rasanya bila aku ingatkan balik peristiwa tu. huhu. Maafkan saya cikgu. :P 

Itu masa aku sempat buat helah. kes kali ni aku terlupa yang aku tak buat kerja tu. Kerja yang sama. tapi kali ni subjek khat. da berkurun kot aku tinggalkan dua muka surat tu kosong. kerja yang lepas-lepas kerja tu semuanya clear je.. cantik aku buat sampai habis. hui.. ni memang aku da kantoi. aku dapat ni kat buku aku..
Adeh rasa macam kena lempang weh. Aku tunduk je.. Takut nak pandang Cikgu tu.huhu. Kenangan yang paling menakutkan dan mengerikan masa sekolah rendah. huh... 

*p/s : korang ada buat helah macam aku tak? meh la story mory dengan aku. teringin nak tau.. hehe.. :P

Khamis, 10 Mei 2012

Siapa punya karangan tu?

Tahun 2003. Peperiksaan PertengahanTahun. Kertas Bahasa Melayu 2 (Penulisan). Darjah 5. 

Soalan :-
 a) surat kiriman tak rasmi
b) laporan
c) syarahan
d) dialog
e) mulakan karangan anda dengan "Tiba-tiba..."

Aku dah buntu masa ni. Buntu tak tau mau jawab soalan yang mana. Sebab semuanya susah! huhu last2 aku pilih soalan e.
 (perenggan pertama) Tiba-tiba aku terdengar tangisan dari semak di belakang sekolah............
(perenggan isi)............rupa-rupanya tangis itu tangis bayi............ aku pun mendukung bayi tersebut........
(perenggan penutup) Aku kembalikan bayi itu kepada emaknya dan bertanya sebab kenapa dia tinggalkan bayi tu dalam semak.........

huh! siap! titik. 

Beberapa minggu selepas cuti peperiksaan. Masa mata pelajaran Bahasa Melayu.

 "Cikgu, kertas karangan kami cikgu da tanda da?" tanya salah seorang pelajar dalam kelas aku.
"Da. Saya tergelak baca satu karangan. Dia cerita fasal bayi dalam semak.. siapa punya karangan tu? Klakar la karangan dia."

Dalam hati aku " Adeh! karangan aku tu! huh... macam mana ni.. macam mana ni...huh... " aku duduk diam-diam kat tempat aku berlagak cool... dalam hati punya la risau ni.. malu aku seh! 

"Tapi saya minta maaf saya tertinggal la kertas karangan awak semua di kampung. saya tanda kertas awak semua di kampung alih-alih tertinggal pula. " 

"fuh.... selamat aku"

Aku punya serius buat karangan tu. Cikgu boleh gelak pula baca. adeh... Maklum karangan budak 11 tahun. of cause melalut entah apa-apa kan? hehe.. Maaf sangat aku tak ingat karangan penuh untuk cerita yang aku karang tu.. huhu. 

*p/s : kenangan aku dan karangan darjah lima.. huhu

Sabtu, 5 Mei 2012

Kay Jue's Dairies

Assalamualaikum. Hari ni mau story fasal aku dan dairiku. Sebelum ni aku asyik luarkan apa yang aku rasa dengan menulis dairi di buku. Hah.. bukan buku biasa ya. Buku berkunci. Lebih kurang macam ni..
Kalau tak silap aku, aku start ada dairi ni masa aku umur 11 tahun kot. hahaha. Mula-mula je semangat mau tulis dairi, muka surat pertama tulisan wah.. lawa kemain. Bila da lama-lama, tulisanku makin lama semakin buruk. Akhirnya langsung aku tak tulis dairi tu. hahaha. Masa ni aku da mula rasa macam membebankan pula mau tulis dairi ni.

Al kisah dairiku ini tidak terkubur di situ ja. Aku start balik tulis dairi masa aku 17 tahun. Dari sini memang nekad tulis dairi sampai habis muka surat buku tu. Aku siap bagi nama lagi kat dairi aku tu. Nama dia Beb. haha. Macam-macam cerita yang aku tulis kat dalam dairi tu. bila aku baca balik, ada juga peristiwa yang aku da hampir lupa. 
Bila dah sampai masa yang sesuai, aku kumpulkan dairi-dairi aku dan aku bakar semuanya. Aku sendiri pun tak tau apa motif aku bakar dairi-dairi tu. Dan sekarang aku beralih arah pula daripada private dairy kepada public dairi. Iaitu blogging. Blog ini juga merupakan dairi kan? siapa setuju dengan kenyataan tu? 

Pada pandangan aku  : Public dairy ni ada batasannya dan banyak perkara yang kita kena jaga. Tak macam private dairy. Kita boleh tulis apa saja yang kita nak dengan riang rianya tanpa batasan. 

*p/s : korang pernah ada private dairy tak?

Selasa, 1 Mei 2012

First time aku buat ni untuk exam!

Assalamualaikum. Masuk je bulan Mei ni, tempoh praktikal aku bersisa 2 minggu saja lagi. Tengah aku duk fikir-fikir dari mana aku mau dapatkan bahan untuk report, teringat pula masa sehari sebelum aku jawab final exam subjek telephony.

Perrgghh! serius aku memang takut betul kalau aku gagal subjek tu! memang killer subjek. Lagi-lagi subjek tu banyak teori dan  memerlukan daya hafalan yang tinggi. Aku ni bukan jenis yang suka sangat bab-bab nak menghafal ni. huhu. Disebabkan pointer yang ada tak cukup untuk menampung subjek ni lulus, aku kena usaha lebih la untuk final ni. 
Satu hari aku tumpukan perhatian sepenuhnya pada subjek tu. Tak cukup dengan tu, aku pergi ke bilik kawan aku study sama. Hafal segala teori dan formula yang ada dengan pelbagai cara. Sampai kat satu tahap aku rasa otak aku ni penuh sangat-sangat dengan data untuk subjek tu. sakit kepala. iya mana tak nye non-stop study. masukkan maklumat selagi mampu. Malam tu, serius aku sakit kepala sangat-sangat sampai nak tidur pun tak boleh. kena letak minyak angin  baru dapat tidur. 

Keesokkan harinya, masa exam subjek tu. Wah... segala data maklumat tentang subjek tu mencurah-curah ke keluar bagaikan coklat mengcurah-curah ke ladang gandum dan pop! jadi la koko krunch! hahaha. Exam untuk subjek tu berjalan dengan lancar berserta senyum. Alhamdulillah.
Serius first time aku study macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. May be aku takut sangat subjek tu gagal. Sesungguhnya kegagalan adalah motivasi yang paling baik dalam meraih kejayaan. betul tak?

*p/s : korang pula macam mana? meh la share dengan ckj. >_<

Ahad, 22 April 2012

Tamagotchi

Assalamualaikum.Tiba-tiba pula aku teringat kat benda ni. Tamagotchi ni kalau tak silap aku, macam kita pelihara haiwan kesayangan. Kena bagi dia makan, minum, main dengan dia... kalau dia sakit kita kena rawat dia. kalau dia penat dia tidur. Tapi dia ini haiwan peliharaan dalam bentuk digital. Best jaga dia. Bila dia lapar, tamagotchi ni akan berbunyi macam bunyi jam digital. 

Dulu aku pernah ada tamagotchi ni. Masa tu umur aku baru berapa tahun entah. tak ingat. Aku pun tamagotchi warna ungu. haiwan peliharaan yang aku dapat kalau tak silap aku anjing ke arnab lebih kurang macam tu. Rupa tamagotchi aku hampir serupa macam ni...
Tapi aku punya bentuk segi empat, button dia warna oren. Aku sendiri pun tak tau tamagotchi ada kat mana dalam rumah aku sekarang. entah-entah dah buang da. huhu. 

Teringin pula nak main balik benda ni. hehe. Entah ada ke tak jual lagi sekarang benda ni kat Malaysia? hehe. 

*p/s : korang pernah tak ada/ main tamagotchi ni?

Jumaat, 13 April 2012

Ais Kream Tradisional

Assamualaikum. Malam ni aku mau cerita fasal Ais Kream Tradisional. Aku biasa panggil ais krem ni, Ais Kream Malaysia. Mungkin sebab ais kream ni ada kat Malaysia je kot. entah la. hehe.  ais kream ni jarang ada jual kat kedai-kedai runcit. Biasanya jual kat rumah-rumah orang dengan harga 20 sen sebatang ikut zaman sekarang ni.
Dulu lepas balik sekolah, kalau dahaga  aku beli ais kream ni. Ramai budak-budak suka makan ais kream ni. Terutamanya ais kream berperisa coklat atau lebih sinonim dengan perisa milo. Ais kream paling murah dan mampu beli. betul tak? aku tak ingat bila first time aku makan ais kream ni. tau-tau je ais kream ni da wujud da. lama da. Masa tu harga ais kream ni 10 sen dapat 2 batang ais kream. hehe. Sampai sekarang ada lagi jual ais kream ni kat rumah-rumah orang dan permintaan kepada perisa milo tak pernah berkurang. Betul tak? 

*p/s : tinggalkan komen  korang kalau korang  pernah makan ais kream Malaysia ni.hehe

Rabu, 28 Mac 2012

Kisah Cecair Pemutih Kasut

Assalamulaikum.  Hari ni menjelma satu perkataan dalam kepala aku. KAPUR KASUT. Hm..
Fasal kapur kasut. Mesti ada kaitannya dengan sekolah. KASUT SEKOLAH. Betul tak?

Mengimbau kembali zaman sekolah. Paling malas betul aku nak basuh kasut. Tapi aku suke kapur kasut. Macam kita buat kerja seni. Aku kapur kasut pakai berus warna. alar berus water colour tu.  Baru ada feel membuat karya seni. Hehehe. (kononnyer) Aku tuang kapur dalam bekas lepastu celup dan warnakan pada kasut yang dibasuh tapi nampak kotor tu. Hm.. memang best. Dengan teliti aku mewarna kasut. Hehe.
Hah, yang paling sakit hati hari isnin masa balik sekolah, hujan… agak-agak korang apa perasaan aku terhadap kasut sekolah yang dah di kapur dengan terliti dan penuh kasih sayang? Huhuhu..

Tapi agenda kapur kasut aku berakhir bila aku da form 5. Masa ni aku pakai kasut sekolah warna hitam. Aku jadi PRS. Perosak Rakan Sebaya. Hehe.. tak la.. mane ada jawatan tu kat sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya, sebetulnya. Ngee~~  bila da pakai kasut hitam aku jarang atau langsung tak basuh kasut. Iya la warna hitam kan, bukan nampak kotor pun. aku sembur je febrez. then jemur. Da siap. Hehehe teruk kan?

*p/s : korang pula, ada cara yang tersendiri tak mengapur kasut? Meh la share. CKJ setia membaca dan membalasnya. >_<

Jumaat, 9 Mac 2012

Terbersih dan Ceria

Assalamualaikum. hari ni tiba-tiba pula teringat kat zaman sekolah-sekolah dulu. Teringat pula kat satu aktiviti ni..  “Pertandingan Kelas terbersih dan ceria”.

Paling best masa aku form 1. Masa tu sekolah aku ni baru lagi. Baru 3 atau 5 tahun beroperasi. Jadi disebabkan tu, kiteorang hanya ada satu sesi je. Sesi pagi. Kelas pun jadi hak milik sendiri la. Siap kunci mangga lagi pintu kelas. :)

Aku ingat lagi masa tu ada taman tema mini, ada aquarium dan ada perpustakaan mini dalam kelas. Hehe.. hasil kerja ketua kebersihan dan sumbangan duit kelas daripada ahli-ahli kelas. Setiap hari ada je orang yang bertugas kemas kelas. Ada yang lap tingkat, padam papan hitam, ada yang tukar air aquarim dan macam-macamlah. :) kalau ada yang degil, siaplah dorang kena marah dengan ketua kebersihan.. hehe..
Setiap minggu keputusan “Pertandingan Kelas terbersih dan ceria” di umumkan masa perhimpunan hari Isnin. Tiap-tiap minggu tak de kelas lain la mesti kelas kiteorang menang. Hehe.. bukan aku nak berlagak, tapi Cuma berkongsi kenangan manis bersama korang yang sudi baca entry ni. memang indah sangat saat tu. 

hehe.. yang klakarnya, masa guru yang bertugas ambil markah kebersihan dan keceriaan kelas datang nak ambil markah, kelam-kabut diorang.. ada yang dari tadi tengah main kejar-kejar tiba-tiba pegang penyapu. Ada tu sibuk lap tingkat (entah dari macam dia dapat kain lap tingkat tu hehe..) . pastu podek-podek cikgu tu. aduyai... hahaha.. macam-macam kerenah dorang ni. nak menang punya fasal. Tapi cikgu tu buat tak layan. Macam dorang tak wujud kat situ. Hahaha..  

I really miss that time! ;) huhu.. sekarang ni da susah da nak jumpa mereka semua. Sebab masing-masing bawa haluan kejayaan mereka. Insya Allah satu masa nanti ada jodoh jumpa juga.. kan?

*p/s : korang pun mesti ada kenangan tentang pertandingan kelas terbersih dan ceria ni kan? Meh la share dengan CKJ.. :P 

Ahad, 12 Februari 2012

Rindunyer tak TERKATA!

Seribu kenangan di kenang kembali. Apa yang dikenang? Kenangan apa yang seribu? Hehe... Dua  tiga hari lepas di wajah buku. Atau lebih di kenal sebagai muka buku. Atau lebih famous dengan nama Facebook dan lebih moden dengan hanya menyebutnya FB. (wah banyak juga ek name untuk Facebook ni. hehe) Alright balik pada topik. Pic ni di like oleh kawan aku.
hasil kreatif Florance Low
Wah da lame tak tengok pic ni. memang rindu. Tersangat rindu! Ini gambar yang paling utama bagi drom Blok Lima. Tempat rehat, tidur, goto-royong dan spot check mingguan masa aku di PLKN.  PLKN kumpulan 1/ siri 7 2010 kat Kem San Shui, Tawau, Sabah. 3 bulan tu aku tak jumpa family aku. Huhu.. Hah.. da nak mula da drama. Hehe.. apa lagi bila gambar ni di Like. Ia mengimbau kembali kenangan2 yang tercatat disitu. Banyak feedback comment  dari budak-budak blok lima untuk gambar tu.

Aku pun apa lagi post la something kat wall. Tengok pic ni.
pergghh! Memang rindu sangat. Tengok ar berapa banyak komen. Sampai 61 komen. Berchatting, bergaduh, bertanya khabar dan mengusik. Ai.. dah macam dalam drom da kat ruang komen tu. Baru kat FB belum jumpa dorang lagi. Kalau da jumpa tak tau apa jadi. :P aku pun masih belum punya kesempatan untuk terbang sekali lagi ke Sabah untuk jumpa dorang.Walau apa pun, di sebalik ketegasan dan disiplin ala-ala tentera,  dorang memang giler dan best! Macam-macam kes. Hehe..  Aku amat rindu masa tu dan ingin merasainya sekali lagi. Assalamualaikum.



*p/s : . Jum korang kita balik Kem! 

Cinta terbahagi Lima


Korang rasa-rasa nyer pernah dengar tak ayat tajuk entry ni? sebenarnya itu tajuk sinetron indonesia. Cerita ni top masa zaman aku sekolah dulu. Kalau tak silap aku masa aku form 1. Kecoh kat kelas fasal cerita ni. sampaikan ada kawan aku suruh panggil dia dengan nama watak yang ada dalam sinetron ni. memang kecoh.ada yang hafal lagu OST sinetron ni. hehe. Klakar la bila ingat balik.  Cerita ini di siarkan kat TV 2 masa tu.
Da lama aku cuba search cerita ini. Teringin nak tengok balik. Tapi tak jumpa la. May be cerita lama dan masa tu internet bukan la satu keperluan sangat macam sekarang betul tak? Ok that’s all yang aku mau share hari ni. terima kasih atas kesudian anda membaca entry saya. Hehe.. Assalamualaikum.

*p/s : ada tak yang terjumpa  cerita ni?