Rabu, 23 Mei 2012

Helah tak Siap Kerja sekolah!

Assalamualaikum. Korang pernah tak siap kerja sekolah tak? mesti pernah kan? Aku teringat pula masa sekolah  rendah dulu. Aku ni jenis yang agak malas juga mau buat kerja sekolah. Terutamanya kerja sekolah yang jenis macam ni..
Tulis benda yang sama banyak kali. huh.. bosan. Aku pernah tak siap dua muka surat benda ni. Lepas tu kerja bertambah la jadi banyak. Bila nak hantar kat cikgu, aku buat helah.. Aku ambil gam then lekatkan dua-dua muka surat kerja yang tak siap tu. Settle. Nakal betul. Bila cikgu aku tengah duk tanda buku aku, dia tanya kat aku...

"kenapa muka surat ni tak boleh buka. Ish! susah nak buka ni."

Aku pula buat-buat tak tau. lepas cikgu pulangkan buku tu kat aku, aku pun buat-buat pelik cuba buka muka surat yang melekat tu. hahaha. Nakal betul aku masa tu. adeh... Malu + serbe salah pula rasanya bila aku ingatkan balik peristiwa tu. huhu. Maafkan saya cikgu. :P 

Itu masa aku sempat buat helah. kes kali ni aku terlupa yang aku tak buat kerja tu. Kerja yang sama. tapi kali ni subjek khat. da berkurun kot aku tinggalkan dua muka surat tu kosong. kerja yang lepas-lepas kerja tu semuanya clear je.. cantik aku buat sampai habis. hui.. ni memang aku da kantoi. aku dapat ni kat buku aku..
Adeh rasa macam kena lempang weh. Aku tunduk je.. Takut nak pandang Cikgu tu.huhu. Kenangan yang paling menakutkan dan mengerikan masa sekolah rendah. huh... 

*p/s : korang ada buat helah macam aku tak? meh la story mory dengan aku. teringin nak tau.. hehe.. :P

36 ulasan :

  1. selalu gak cam tuw. gam muka surat yang tak siap. cikgu tak tanya. yang tanya abah. hehe. wut tak tau jew.

    BalasPadam
  2. penah x buat kje skola. lps tu kne bediri sorang2 ats bangku. wuuuu. malu gle time. kwn2 dok gelak. haha

    BalasPadam
  3. ta pernah buat, tapi macam bijak pulak. hehe

    BalasPadam
  4. masa sekolah rendah akak rajin..sekolah menengah je malas..heheh

    BalasPadam
  5. Nakalnya. haha. Saya tak pernah buat macam tu sebab tak terfikir pun cara tu. Cuma tak siapkan kerja sekolah tu memang selalu sangatlah. Sampai Form5 macam tu. Haha :p

    BalasPadam
  6. ahaha..pu3 pun pnh buat jgk.
    mmg sllu x anta buku.hee..kejam sgh pu3 nie :D

    btw..best entry nie

    BalasPadam
  7. Dinie pe,alas tapi tak reti nak buat trick pape. So every time tak buat keje, masatu laa akan kena denda. Haha. Kalau turn cikgu yang baik hati, dia biar je. Serunuk sangat laa takyah buat. Hahaha :D

    BalasPadam
  8. haha, mase skola rendah x pena buat mcm tu sbb skola rendah msih lg rajin buat keje skola. .hehe
    msuk skola menengah slalu gak buat mcm tu sbb tkut cikgu mara x siap keje skola. .hee ^^

    BalasPadam
  9. huhu... xpe...mls cikit2 jer.. haha.. nnti cikgu cm saya marah taw if x buat kerja sekolah... lalala

    BalasPadam
  10. notie laa cKj ni, siap gam lagi cmtu, hukk...

    BalasPadam
  11. klo sye sek mnengah lg malas, nota kimia xsmpai 10 muke... hahahaa
    lps msok poli pn xbrubah, assigmnt kene hntar pkol 8, pkol 9 blom tentu buat lg... hehee xD
    tp chill jew... ahahaa xD

    BalasPadam
  12. haha bab gam tuh ada lah~pastu buat2 buku tertingal lah~kawan yg xhadir pinjam lah~~haha nakal sungguh :)

    BalasPadam
  13. hui.. bahaya tu Hanim Irsyad... abah yang tanya...

    BalasPadam
  14. itu la |shuhadaothman|TM macam tu la masa dulu2 kan? hehe..

    BalasPadam
  15. diana : macam pula kerenahnya.. hehe

    BalasPadam
  16. hehehe agak nakal la juga Sally Yatiey bila di fikir2kn balik.. hehe..

    BalasPadam
  17. Puteri Diyana pun pernah buat? hehehe yeay ada geng.. betul2 rasa macam kejam sangat kan.. huhu..

    thnks.. :)

    BalasPadam
  18. hehehe.. betul tu bila turn cikgu yang baik hati tu memang terlepas la Ardini Izzati.. :P

    BalasPadam
  19. alamak ChEnTA LiEYza ni cikgu ka? adeh kantoi rahsia... hehe

    BalasPadam
  20. hahaha nakal sikit je caliph shuriken.. ini semua tkt kena marah...

    BalasPadam
  21. adeh shar90 ni... itu da kes berat da.. boleh lagi chill.. memang berani ar..

    BalasPadam
  22. hahaha nakal betul coklat susu.... tak fasal2 kawan yang tak hadir tu jadi mangsa.. haha..

    BalasPadam
  23. hehehe .. Hani pun pernah buad camni mase sekolah rendah .. kelakar laa semua gara2 takut kene mara cikgu sebab x siapkan kerja sekolah :)

    BalasPadam
  24. x berapa nak ingat dah...rasa2 x penah buat mcm ni...sebab dulu rajin lagi nak buat keje sekolah masa kecik2...bila semakin membesar, baru aku semakin malas :)

    BalasPadam
  25. ahaha memang kene atas batang hidung .

    BalasPadam
  26. Wa'alaikumussalam. Pernah3. Banyak kali. Kena markah penalti la, berdiri luar kelas, buku dicampak, isk3. Tragis sungguh. Kalau dulu tak siap keje sekolah takot2 je nak bgtau cikgu. Kadang2 na lepas diri cakap kat cikgu kerja dah siap tapi buku tertinggal kat rumah. Ish3. Naif tentang menipu ni ==

    BalasPadam
  27. hahaha betul tu Hani Shaa ni semua gara tu la.. :P

    BalasPadam
  28. macam tu pula gaya APAN.. urm.. betul juga tu.. bila makin membesar makin malas.. sebab da lama sangat asyik beljar..:P

    BalasPadam
  29. wah siap ada markah penalti ciksukaberangan?? hui dahsyat.. hah yang buku di campak tu pun ckj pernah kena.. huhu.. memang tragis! hahaha.. :P

    BalasPadam
  30. ahhhha... xD sy un x suka buat benda sama.. buat tulisan besar2... hahaha xD

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)