Ahad, 13 Mei 2012

Tersilap sebut


Assalamualaikum. huh.. aku agak busy sikit dekat-dekat nak habis praktikal ni. Alright. back to the topic.

Aku cukup malu betul kalau aku tersalah sebut satu satu perkataan. terutamanya perkataan bahasa inggeris. iya la ejaan lain, sebutan lain. huh... serik aku mau speaking english ni. huhu. contohnya hacker. aku sebut 'hak ker' yang betulnya 'hec ker' kan? lagi-lagi kalau ada orang yang tegur. "weh bukan macam tu la sebutan dia macam ni. hish kau ni"  dalam hati aku. huhu.. "malu malu.tak suke.... =_=  " aku diam je la.. down sekejap. huhu..
 Aku juga pernah  kena gelak dengan kawan-kawan aku sebab aku tak tau sky jus tu apa. huhu.. rasa malu sangat masa tu. macam nak menangis. huhu. Dah aku tak tau aku tanya la. alih-alih kena gelak pula. huhu. Biasa la masa tu aku lepak dengan budak-budak pandai. Bak kata kawan-kawan aku budak-budak kelas A.  huhu.
 
Hah itulah aku dulu. Sekarang ni, masih sama juga aku memang lemah dalam bab-bab sebutan perkataan selain daripada perkataan Bahasa Melayu. (urm..kadang-kadang bahasa Melayu pun sama juga!)  sebagai cover malu dan juga untuk protect diri aku yang memang tak tahu ni, aku cakap macam ni "owh salah sebut ea.. it's ok.. sekurang-kurangnya aku tau. daripada tak tau." secara automatiknya rasa malu itu hilang. Serius aku dapat rasakannya. (macam ada aura dalaman hahaha)

Kesimpulannya disini jangan malu kalau kita da tersalah cakap /sebut. Biarlah  kita kena marah dan kena gelak sekarang. Daripada kita tak tau langsung. betul tak? 

*p/s : maaf sendainya entry ini tidak mencapai mesej yang hendak di sampaikan.

36 ulasan :

  1. hehe , teya pun pernah kena gelak sebab salah sebut perkataan .maluu ==' tapi tak ingat pkataan ape ?

    BalasPadam
  2. lah sama la,, dulu penah kena gelak sbb xtau sky jus tu apa.. =.=

    betul tu! dprd xtau langsung... sy stuju dgn CKJ! hikk ;D

    BalasPadam
  3. Samalah CKJ ^_^ Saya kalau dalam bab2 menyebut perkataan BI memang tak berapa okay jugak. haha :D

    BalasPadam
  4. better try than never kan ckj. Hee :)

    BalasPadam
  5. biasa laa tu.. tapi kdg2 yg tukang gelak tu pun ada part jgak yg diorg x tau, org gelak dia pun join jaa, hukk...

    BalasPadam
  6. diaorang gelak tapi diaorang still betulkan silap kita, yedak? ;)

    BalasPadam
  7. sah ke bi..bhs melayu pun dila asyik salah sebut..patut ayat lain jd ayat lain..malu ler org mlayu ayat tunggang langgang..hehe..bi?lg ler xreti..:P

    BalasPadam
  8. sama laa kiter .. kadang2 tuhh tersasul2 nak sebut

    BalasPadam
  9. yes..mne leyh malu bab2 mcm ni..hehe..

    *kdg2 malu jgk.. >.<

    jln slmt.."..apebenda ue?.."

    hehe..~

    BalasPadam
  10. yup. memang. sy pun malu klu tersalah sbut. Walau mcm mana pun, kita kenala blajar dari kesilapan.

    BalasPadam
  11. Salam kjue.. tima kasih singgah blog akak..akak tau kjue sibuk skrg,hehe. Hopefully, semua leh settle dgn baik ea.. :)

    hurmm..akak asa, kbnykkn kita, smua ad mslh srupa cam kjue,buwehehe. Akak pun sama..ingt gi mula2 masuk uitm, kls BI, memg segan. Rasa mcm org lain lagi pndai, tpi bila turn msing2 baca artikel dlm class, baru sedar, hampir suma dlm kelas ad mslh serupa!

    Mujur dpt lecturer yg baik..sgt2 baik..dia sgt memahami..sementelah,dia pun org melayu juga. Dia banyak membantu kitaorang macamna nak tmbh kyakinan. Smpai skrg, teringat satu persoalan dia, "cuba awak suma fkir, knapa bangsa kita sangat lemah dalam menguasai BI? Ikutkan, dari tadika lagi kita blaja BI, smpai ke U, tak habis2, tpi tak reti2 gak, bangsa lain pun melalui benda yg sama, tpi mereka ada peningkatan. Kenapa kita tidak?"

    Hurmm..renung2kan..dan selamat menemui jawapan dan jalan..bhahahaha, ada gaya cam prof izzi tak?bhahahaha

    BalasPadam
  12. lorhhh. malu jugak. hehe.
    biasa la tuh. fisha pon kekadang tersalah gak sebut.
    pastu tersengih2 jer bila kwn tegur :D

    BalasPadam
  13. biasa la tu kalau ada salah2 sebut. tmbh2 perkataan english...mmg bukan bahasa kita. tmbah kalau sebulan sekali sebut perkataan tu, mmg tinggi la kebarangkalian nak slh...aku pun gitu gak. bila baca confident je. bila sebt, failed...

    BalasPadam
  14. ea eh macam tu pula putryteya.. kalau ckj, ckj akan ingat perkataan tu sampai bila2.. sebab kita pernah malu gara2 menyebutnya.. :)

    BalasPadam
  15. ueah ! kita geng FARHAN.. hehehe... terima kasih sebab setuju.. :)

    BalasPadam
  16. tu la berbelit lidah ni kan Sally Yatiey? huhu..

    BalasPadam
  17. yup |shuhadaothman|TM.. sekurang-kurangnya kita cuba.. biar la malu kali sekali... :)

    BalasPadam
  18. yup zera eira.. :) tapi kena gelak dulu.. huhu..

    BalasPadam
  19. lidah terpeleot kadang2 kan ~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~? tu yang salah sebut tu.. hehe.. :P

    BalasPadam
  20. Hani Shaa : hehehe.. 'ter' nak buat macam mana kan?

    BalasPadam
  21. tu la mana boleh malu kan ★ aIsyaH ★? tapi nak buat macam mana kadang2 nak malu juga.. hehe..

    jln selamat? tak pe tak pe perkataan baru tu.. hehe.. :P

    BalasPadam
  22. hai kak Tinta Lana..

    sama2 kak.. :) insya Allah sy pun harap macam tu la hendaknya.. :)

    keyakinan tu perlu dan kena praktik kan.. :)

    sebenarnya memang ramai lagi org Melayu kita yang lemah bi ni.. :)

    thnks kak for sharing.. :)

    BalasPadam
  23. ckj pun sengih je masa tu Dak Fisha.. dalam hati Allah je yang tau. huhu..

    BalasPadam
  24. betul juga ea APAN.. sebln sekali je sebut.. tu fasal la.. kalau kita ni memang bergaul dengan orang yang totally speaking je may be boleh perbaiki.. ckj pula bila baca ke sebut ke.. dua2 failed..

    BalasPadam
  25. wa'alaikumussalam. hehe. takpe. practice makes perfect. same la kita.. ada gak salah sebut :D

    BalasPadam
  26. tu la.. nak practice tak sempat2 mau practice ciksukaberangan.. tu la tersalah sebut tu.. huhu..

    BalasPadam
  27. ok..kat sini baru perasan part "..dekat2 nak habis praktikal.." ue..ada kait dgn entry y ade tulis "..last day.." kan..yes..now i know..hehe :)

    BalasPadam
  28. hehehe.. yup. thanks ★ aIsyaH ★ sebab sudi selongkar blog ckj.. hehe.. :P

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)