Khamis, 10 Oktober 2013

Mohon..

Assalamualaikum. Baru-baru ni UiTM da buka permohonan Kemasukkan Pelajar untuk sesi 2 nya pada 30 september yang lalu...

Memang ckj tertunggu-tunggu permohonan tu buka dan Alhamdulillah ckj da selesai pun beli no pin, isi borang online dan pos dokumen yang diperlukan. Tapi kos yang ckj nak tak berapa nak ada la.. cipi cipi je.. huh.. mohon je la. dapat tak dapat belakang kira.

Bulan november ni dengar-dengar UPU punya pula buka. Ckj tunggu juga yang UPU ni. Nak cuba nasib juga. hehe.. 


Siapa-siapa yang masih ada minat nak sambung belajar tu, cepat-cepat la mohon sebelum tarikh tutup. grap je apa yang ada kalau dapat ambil. tak dapat cari jalan lain. Nak seribu usaha malas buat tak tahu cukup. hehe.. 

Rabu, 9 Oktober 2013

Tak perlu fikir apa-apa pun.. happy je..

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share gambar  kat blog ni. jum tengok..





Bestnyer jadi budak-budak.. Happy je.. >_< seronok tengok dorang main..




Isnin, 7 Oktober 2013

Kertas..

Assalamualaikum. huh.. lama tak tengok blog ni. Ckj busy sikit buat draf paper exam. Lepas raya haji ni, dorang da nak periksa akhir tahun da. Ckj pula kena buat paper exam untuk subjek BM 4 tahun, Math 4 tahun,  English 4 tahun, dan Asas Jawi / Asas agama Islam  5 & 6 tahun. 

Huh.. Banyak juga kan? Paper exam yang agak mencabar (ceh mencabar ar sangat kan?) ckj buat paper exam untuk murid 4 tahun. Iya la budak 4 tahun.. mereka ni lebih tertarik pada gambar daripada tulisan. So, pening juga la nak cari gambar yang sesuai kat google tu. hehe..
ini la hasilnya masa draf paper math. Ckj memang tak reti lukis free hand. huhu..
Disebabkan ckj kena buat paper Asas Jawi / Asas agama Islam, sekarang ni ckj punya keyboard perlu ada apps untuk huruf-huruf jawi. Alhamdulillah ada. Segalanya di hujung jari anda! kita google je la.. hah.. kan da ada ni.. 


Alhamdulillah semua paper exam da siap. Cuma tinggal paper English je nak kena tunggu Guru Besar check then baru boleh taip dalam komputer. >_<

*Rasa macam da jadi cikgu betul pula. Padahal juz sambilan je.