Rabu, 27 Ogos 2014

Tanggungjawab 6 bulan

Assalamualaikum.

Okay ckj sambung cerita yang tertangguh di entry yang lepas. J
Macam biasalah pelantikkan ikut ujian majoriti. I say man! Dah kenapa ramai pula yang undi aku. Hish! Korang pun dah tau kan jawapannya. 

Bila nama da tercalon kena la ke depan naik pentas kenalkan diri pada semua yang ada dalam dewan tu. Pakai microfon kau! Ckj boleh dengar semua ckj kat speaker yang ada dalam dewan tu. Last ckj cakap guna microfon masa ckj jadi pengerusi majlis paling teruk di majlis malam kejuruteraan elektrik kat poli dulu. Ckj ada share kat entry ini
 Aku pun dengan agak gementar cakap dimulakan dengan bismilah dan salam. Lalu aku perkenalkan diri. Masa tu dalam hati aku serius aku rasa takut dan agak berat nak pegang tanggungjawab ni sebab ini pun dikira sebagai amanah. Kan? Semua orang dalam dewan tu pilih kita untuk laksanakan tanggungjawab untuk pimpin meraka. Aku risau aku tak mampu. Tak apalah terdetik di hati, aku nak rasa nak cuba dan ambil pengalaman. 

Ya Allah Permudahkanlah. 


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)