Khamis, 30 Jun 2011

Tirai ditutup bagi bulan JUN...


Sisa-sisa cutiku da hampir habis. Ayat standard yang selalu digunakan “cepatnyer masa berlalu.. pejam celik, pejam celik dah sampai sini..” hehehe.

 Banyak jugak rupenya entry yang da aku post sepanjang bulan Jun. Tiap-tiap hari ada je bende yang nak di ‘post’. Huh.. masa cuti ni boleh la update blog tiap2 hari, nanti bila da start study... mungkin tak sekerap ni aku akan update blog. Walau apa pun aku tetap akan curi masa untuk berblogging.(betul ke aku eja ni?).  ^_^ Mudah-mudahan wireless kat poli aku ok dan laju.
Selama lima bulan aku dalam dunia blog ni, banyak tentang blog yang aku dapat tahu. Ternyata blog bukan sekadar dairi, tapi tempat untuk menyatakan pendapat, untuk berniaga online, beramal, sebarkan berita dan info-info terkini,  berdakwah dan macam2 la. >_< wow.. besor rupanya skop blogger ni. tapi aku punya blog ni hanya blog peribadi je. :P
Dikesempatan ini (ai ceh ceh ayat buku lagi meh..) CKJ memohon maafandai ada di antara entry CKJ yang tak best ke salah eja ke, entah apa-apa ke.. yang menyinggung perasaan mane2 pihak ke.. dan semua la yang berkaitan. Saya budak baru belajar dalam dunia blog ni. sebab itu la CKJ selalu skodeng2 blog senior yang da lame dalam dunia blog ni..hihi.


Terima kasih kepada muz pemilik http://komputer-milikku.blogspot.com/ , atas penghargaan anda pada Cik Kay Jue sebagai pengomen setia di blog anda. Cik Kay Jue memang agak teruja dengan info2 yang berkaitan dengan komputer. Thanks sebab sudi buat entry khas tu ea muz.



Wow.. panjangnya entry ni.terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.

Zone VIPku da 3 angka!



Assalamualaikum.. haei. Jumpe lagi. Al Maklum la may be hari ni last entry aku yang berturut-turut, berderet-deret dan tiap-tiap hari sebelum aku kembali ke Poli. Hehe. Tadi aku online.. wow.. Macam kebetulan pula, da alang-alang hujung bulan JUN ni pula genap VIP ZONE aku da ada 3 angka.. Hihi... macam tahu-tahu je...

thanks yeah sebab sudi follow blog CKJ yang tak seberapa ni. :P


Yeh berjaya juga!


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur aku pada Allah s.w.t. kerana hari ni aku telah berjaya menghabiskan pembacaan aku pada buku ‘Uswatun Hasanah’ ni, sebelum aku start study. Ini pun disebabkan elektrik tak de. Tu yang aku berjaya habiskan baca tu. Hehe.Buku ni aku pinjam daripada Syue. Tapi dia tak baca lagi aku da rasmikan dulu. Hehe.. thanks Syue sebab bagi izin pada aku untuk baca buku ni dulu. Buku ni memang best. Banyak menceritakan tentang keperipadian dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w daripada segala segi yang boleh kita jadikan teladan yang baik. Sama macam maksud tajuk buku ni iaitu teladan yang baik. Nak tau apa keperibadian dan akhlak Baginda yang boleh kita ikut? Dapatkan buku ni.. hihi..


Oh ya.. Salam  Israk Mikraj.