Isnin, 26 Disember 2011

tunjuk ajar kalian

Assalamualaikum. aku terus sambung je la ea pasal Latihan Industri aku. ok Untuk hari ketiga LI aku duduk dalam pejabat jaga sistem dengan kak yatie. Urm.. agak susah juga la.. banyak benda yang kena ambil tahu dan tak boleh terlepas pandang walaupun satu huruf. Sebab semua maklumat yang ada dalam system, penting.  Kalau salah ia akan menyusahkan banyak pihak.  Kena tengok kertas plan yang sebesar  A1 paper. Dah la semuanya tulisan kecik2 dan tak berapa jelas. Hu.. memang mencabar betul. Pastu nak masukkan maklumat dalam system guna Microsoft excel. Aku ni bukannya tau sangat guna excel. Merangkak-rangkak aku tekan satu-satu button yang ada dalam excel tu. Pastu bila da siap masukkan maklumat, kena update dalam sistem (internet). Sistem mengambil masa 24 jam untuk di update.  Jenuh juga kak yatie ajar aku guna semua benda2 tu. Sampai suara dia pun da lain. Huhu. Kesian Kak Yatie. Maaf sangat2 kak.. huhu.
Apa yang boleh aku simbulkan untuk masa sekarang ni kerja dalam pejabat memang tak penat badan tapi penat otak. Kerja di luar (site) penat badan, seronok tapi agak berbahaya. Untuk pengetahuan korang semua start hari ketiga ni sampai la habis minggu pertama aku LI aku buat bahagian sistem.  Aku lebih banyak dapat maklumat untuk buku log aku, masa aku kuar(site) berbanding daripada aku dalam pejabat. Sebab abang zefrull dan pak cik nizam banyak bagi info2 tentang kerja yang diorang buat. So Thank to Kak Hayatie, Abang Zefrull dan Pak Cik Nizam atas tunjuk ajar yang diberikan. :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)