Memaparkan catatan dengan label Praktikal Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Praktikal Ku. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Satu bahagian settle

Assalamualaikum. first sekali, syukur alhamdulillah aku da present da aku punya praktikal siang tadi walapun ada sedikit ketidakpuasan masa dan masalah yang lain. Apa-apa pun ianya da berlalu da tadi. huh.. lepas beban! 

Fasal report pula, aku kena pergi kat firma yang aku praktikal tu minta surat pengesahan report. adeh.. kenapalah tak beritahu awal-awal. huh.. nasib baik firma tu dekat je dengan rumah aku. Esok atau lusa insya Allah aku pergi. Ini pun mata da kuyu... 
sedang berfikir  >___<
Entah kenapa aku rasa macam tak best je nak start semester ni. huhu. kuat sangat rasa tu. Susah ke huh subjek-subjek semester  5 ni? hish.. kalau belajar mana de ada senang. kalau senang baik duk mengadap blog je. Datang masa da nak final terus jawab paper. ok la aku da start fikir perkara-perkara yang mustahil da ni. Thanks for reading. >_< 

*p/s : baru balik dari PD petang tadi.. huhu.. 

Khamis, 31 Mei 2012

Dalam kesibukkanku sempat Bershopping

Assalamualaikum. First sekali ckj bersyukur sangat-sangat. Report ckj da berjaya juga ckj siapkan untuk bab terakhir tu. hehe. So sekarang tinggal nak edit dia punya muka surat dan lain-lain yang berkaitan. Alhamdulillah. Thanks yeah korang yang ada bagi tips macam mana nak buat bila da buntu. >_< Jadi untuk dua tiga hari sebelum ni ckj agak busy la sikit sebab menyiapkan report tu. Sebab tu ckj juz sempat post entry je. tak sempat mau blogwalking. hehe. 
Alhamdulillah hari ni baru lapang.  :) hehe. 

Dalam sibuk-sibuk ckj menyiapkan report, ckj sempat lagi online shopping. hehe. Ckj beli sarung tangan dari blog Hijab For Muslimah  dan beli key pouch dari blog Bear  Bear. Dua-dua barang sampai minggu ni. 

Ni la dia sarung tangan tu atau orang panggil handsock ea? 
Ni pula key pouch tu. ckj tempah designnyer.. comel kan? hehe..
Itulah al kisahnya. Buat report sampai online shopping. Ckj pandai shopping online ni masa first time beli pencil case felt tu. Kali ni ckj puas hati dengan key pouch tu dan report ckj yang tinggal lagi 15 % siap. >_<

Sabtu, 26 Mei 2012

Kebuntuan...

Syukur alhamdulillah tadi aku berjaya juga complete kan satu bab untuk report aku. Sekarang tinggal satu bab je lagi. huh... chaiyok! >_< adeh.. kat mana pula aku nak gali isi untuk bab terakhir ni. huhu...buntu-buntu. 
Aku nak tanya korang ni. kalau korang buntukan, apa yang korang buat? kasi la tips sikit dengan aku. mana tau dengan pendapat korang tu sikit sebanyak dapat bantu aku.. :)  harap ada la yang sudi nyata pendapat. Assalamualaikum. >___<


*p/s : untuk korang yang baru habis praktikal macam aku ni, apa ceita pula dengan korang punya report? da siap? 

Isnin, 21 Mei 2012

tak de apa yang best pun

Assalamualaikum. Biasanya pada waktu macam ni aku da ada kat office da. Tapi hari ni aku ada kat rumah dan tak kan ke office lagi. Iya la praktikal da habis bah. hehe. 

Masa hari terakhir tu, hu.. tak de apa yang best pun. Kakak-kakak yang biasa tolong aku tu, semuanya tak de kat office masa tu. Sedih rasanya tak dapat jumpa dorang untuk hari terakhir tu. huhu.. =(  May be mereka da balik atau ada hal. huhu. Tak pe la tak de rezeki kot. Insya Allah ada jodoh dapat jumpa lagi. Terima Kasih kakak-kakak semua. Tak lupa juga kat abang-abang yang tolong dan tegur-tegur aku yang pendiam ni. :)
Masa praktikal ni waktu yang paling bosan bila tak de kerja langsung. satu hari tu memang tak buat apa pun. huh.. part ni aku agak stress. Masa praktikal ni juga aku dapat tengok kerenah-kerenah orang dewasa. huh.. macam-macam.. Dalam hati aku " la.. ingatkan orang yang sebaya aku je yang perangai macam tu.. rupanya dorang pun sama juga hahaha" 

Kalau kerja kat luar office, kalau kau perempuan memang kau la perempuan  tunggal yang ada kat kawasan tu. Sebab tu masa aku ada kat bahagian pelaksaan aku tak boleh nak pakai baju kurung. Kena jumpa dengan banyak pihak, meeting dan macam-macamlah yang berkaitan. Kadang-kadang takut juga. Nak buat macam mana dah kerja kan? aku pun memang ambil kos ni. redha je la. :)Kalau kerja dalam office pula, memang tiap-tiap hari tak de kerja lain la. Mengadap komputer je. Duduk dalam aircorn. Kadang-kadang mengantuk juga. Sejukkan. hehe.
So sekarang kena mengadap report pula. Memang cuti semester lama. Kena start buat daripada sekarang kan? nanti payah dah last minute. Aku nak bersusah-susah dulu,  bersenang-senang nanti. :)


Jumaat, 18 Mei 2012

Saya seorang pekerja dan Saya seorang pelajar

Assalamualaikum. Huh.. jenuh mau habiskan 1 hari je lagi praktikal ni. Rasa sedih sikit la pula.. huhu. Tak pe la da adat alam.. setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kan? :) Insya Allah panjang umur ada jodoh dapat jumpa lagi. :) banyak sangat benda yang aku dapat belajar .
Serius, memang berbeza bergaulan orang da bekerja dengan orang yang belum bekerja macam student ni. Bila kita bekerja kita bergaul dan bekerjasama dengan semua peringkat umur. Pemikiran pun lebih terbuka dan matang. Bila kat tempat belajar,  lain. Kebanyakkannya fasal study, duit, dan hal-hal yang remeh temeh. Itu la perbezaaan yang paling ketara yang aku nampak. Lagi satu, time study boleh lagi kalau kita duk sambil lewa dan main-main. Time kerja uih.. tak boleh bah..  semua yang kita buat tu melibatkan banyak aspek. Real life. Terutamanya kerja-kerja yang ada kaitan dengan orang ramai. Kadang-kadang risiko pun lebih tinggi. Betul tak?
Fasal duit pula. Time study  boleh dikatakan kita di support sepenuhnya oleh ibu bapa kita. Jadi kita tak rasa beban susah cari duit tu. Tau nak habiskan duit je. Huh.. walaupun macam tu, aku takut-takut mau guna duit yang parents aku bagi walaupun duit yang mereka bagi tu memang khas diperuntukkan untuk aku.  Time kerja, yang aku perasan la bagi mereka yang masih bujang tu, memang bebas dan mewah juga la belanja. Iya la siapa mau kisah, duit gaji kita sendiri kan? Boleh beli apa je yang kita nak. Tapi kena pandai la berjimat cermat. Betul tak? Ini salah satu part yang paling aku suka bila aku da kerja nanti.. hehe.. :P
Sampai situ dulu yang dapat aku ulaskan mengenai praktikal secara umum. Secara peribadi insya Allah coming soon.. hehehe..

*p/s : lebih kurang 2 jam setengah lagi sisa practical aku. Keadaan sama macam aku mula-mula masuk practical…

Jumaat, 11 Mei 2012

Sepetang bersama Bos

Assalamualaikum. Sebenarnya benda ni tak dirancang pun. Tiba-tiba je. Ceritanya begini..

Memandangkan tinggal lagi seminggu je nak habis praktikal, minggu ni kitaorang da sibuk-sibuk la mau minta cop borang-borang yang poli nak. Termasuk borang pengesahan tamat praktikal. Alright semua borang yang ada kat aku semuanya da siap cop. Terima Kasih sangat2 kat Kak Yatie sebab sudi nilai aku melalui borang-borang yang aku minta Kak Yatie isi. :) tinggal satu borang je lagi tak cop. Dalam 3 hari ni, aku dan kawan2 praktikal aku duk cari bos. Alhamdulillah petang semalam dapat juga cop dan tanda tangan beliau. 
Tak semena-mena kitaorang  kena 'mini interview' dengan bos. Nasib baik semuanya boleh jawab. :) Tiba-tiba bos ajak kuar minum pula petang semalam. Katanya takut tak sempat jumpa next week. Apa lagi kita orang on je. hehe. Lama juga duk kat cafe tu berbual-bual dengan bos. Bagi aku bos ni supporting orangnya, cuma bila bekerja tu kena la tegaskan. hehe. :)

Alhamdulillah settle sudah bab cop mengecop ni. Sekarang tinggal mau siapkan report dan habiskan lagi seminggu je praktikal. huhu.. sedih la pula.. 

Khamis, 3 Mei 2012

Kentakey Fered Ciken

Jam 12 lebih tengahari. (maaf tak sure jam berapa hehe)
Hari ni waktu lunch aku lunch dengan Janggut Emas, En.Zack, dan  Hannan Putra Luchador. Memandangkan mereka dapat boucer KFC  TM, (kalau tak silap aku) Kiteorang lunch di KFC. Memandangkan juga tempoh practical kiteorang bersisa dalam seminggu setengah, saja-saja  la keluar makan berempat. 
pinjam google 
Dalam hati aku, "Adeh.. korang ni time aku pakai baju kurung la korang nak ajak pergi makan. hish.. dah la aku naik motor adeh.. hilang comey aku.. hahaha."  It's ok  la. Yang penting sebelum habis praktikal kitaorang ada la juga kuar makan sama-sama. Lepas  ni tak tau la entah jumpa ke tak lagi dengan diaorang. 

Rasa macam bertuah juga la kenal dengan korang bertiga. Masing-masing ada kelebihan. Janggut, dia ni kreatif. Pandai cari benda yang pelik-pelik. Sepelik-pelik dia pun aku nampak dia ni caring dan jiwang orangnya. Walapun dia baru je putus cinta beberapa bulan yang lepas. haha. Yang  Zack ni pula,  pakar komputer. Tanya la apa-apa pun fasal computer kat dia, insya Allah dia leh jawap.Seronok kalau borak-borak dengan dia fasal computer. Yang aku perasan En Zack ni tertib orangnya bila lepas makan, pinggan dia lah paling bersih. hahaha.  Hanan ni pula, bagi aku dia pandai dalam bab-bab agama. perggh dia azan sedap weh macam dalam tv. (sempat aku skodeng dia azan kat surau nak pasti kan siapa la yang empunya suara hehehe). Dia ni suka sangat menyanyi. sampai lagu tamil pun dia boleh nyanyi. haha.

Yang pasti diantara ketiga-tiga orang budak ni ada satu persamaan fizikal. Tiga-tiga rabun. hahahaha. Ada satu persamaan  sikap, tiga-tiga giler haha.
Thanks korang sebab banyak tolong aku sepanjang aku praktikal. :)

Selasa, 24 April 2012

Dua bab


Assalamualaikum. Masuk minggu ni tinggal lagi lebih kurang 3 minggu saja lagi aku nak habis praktikal. Kemarin aku saja ler tengok report aku. Adeh... lagi dua bab tak cukup. huhu..pening kepala aku. Kalau sampai habis praktikal pun still tak dapat juga, nampaknya kena pandai-pandai la cari dan ambil bahan-bahan dari mana-mana sumber. huhu.. risau pula jadinya bila aku fikirkan. Payah juga praktikal ni walaupun tak de assignment, presentation, test dan lain-lain yang spesis denganya. Nak tak nak kena buat juga.huh! ok. tak pe aku tau apa nak buat sekiranya itu berlaku walaupun aku masih blur-blur daripada mana aku nak ceduk bahan untuk dua bab tu. hish... Wish me luck tau.. hehe.. :)

Isnin, 16 April 2012

Hari ni Hari Isnin

Hari ni Hari Isnin. Hari-hari aku malas. Malas-malas sebab tak de kerja. Huhu.. Saje je aku datang lambat pagi tadi sebab malas nak datang sebenarnya.. Tapi hanya kesabaran yang mampu mengatasi segalanya. Kugagahkan juga hati dan diri ini pergi pejabat juga! Walaupun hati aku da bercampur baur sama ada mau atau tidak. Huu..

Pagi tadi masuk-masuk je pejabat mata aku terus tertumpu pada bilik bos. Syukur Alhamdulillah. Hari ni bos ada kat pejabat. Yeay! Hehe.. gumbira rasanya setelah sekian seminggu menunggu. Dan hari ni aku di tukarkan kat bahagian Fundamental pula kat tingkat 4 lagi hehehe... bestnyer!

Yang lagi best, masuk-masuk je da ada kerja. Wah-wah sukenyer.. da lama aku tak masuk bilik LNMS, tadi duduk kat bilik tu kejap buat kerja yang kak Niza bagi.. tak de ar bosan macam ni kan? Hehe.. huh.. aku betul-betul lega hari ni.
Mudah-mudahan aku dapat belajar banyak benda kat bahagian ni dan dapat sedikit sebanyak maklumat untuk report aku yang tak cukup lagi 2 atau 3 bab selanjutnya.. huhu.. jenuh aku nak menyiapkannya.. mudah-mudahan juga dapat lengkapkan sebelum bulan mei berakhir. Amin~ 

Assalamualaikum. Terima Kasih atas kesudian kalian membacanya.. :) 


*p/s : yeay !aku da boleh pakai baju kurung lepas ini ! hehehe..

Selasa, 10 April 2012

Minggu-minggu terakhirku

Bulan April ni, secara automatic nyer tempoh praktikal aku hanya tinggal lebih kurang 6 minggu saja lagi aku di ANDKL... :) 

Alright, untuk minggu ni sepatutnya aku da tukar kat bahagian lain.. tapi macam biasalah, disebabkan bos tak de aku tak dapat nak tukar ke bahagian. Sebabnya, aku memerlukan cop dan autograf mereka. Lagi pun bos ada pesan kat aku masa nak tukar kat bahagian lain tu, kena jumpa dia dulu Jadi aku tunggu je la. Da takdir...  aku pun dah malas nak stress-stress. 

Kak Rusma asyik tanya je bila aku mau naik tingkat 4 balik. huh.. selagi bos tak menghadirkan diri di pejabat selagi tu aku tersepit di sini. adeh... tak pe lagi 6 minggu je la.. sabar ea wahai diriku yang comel.. >_< pujuk diri sendiri supaya senyum. :) ok that's all. Assalamualaikum. 



Jumaat, 30 Mac 2012

En.Zack Excident!

Petang tadi macam biasa di office tak de kerja. aku mengadap lappy aku la blogging. tiba-tiba Hannan Putra Luchador bersuara 

" Weh Zack excident! nak ikut tak pergi tengok dia.."
"huh? excident?!"

terus keluar dengan tergesa-gesa dan muka yang sangat risau. aku pun apa lagi... tutup lappy terus keluar  sampai kat lobi office, aku tengok hanan ada lagi kat situ tengah tunggu Janggut Emas. aku tak puas hati lagi, blur-blur sebenarnya tentang status keadaan En.Zack. aku pun tanya.

"Zack sekarang ada kat ner?"
"kat rumah.."
"teruk ke weh?"
"tak tau la. aku call dia tadi. tapi tak dapat.."

terus masuk balik dalam office. may be dia pergi kat tempat Janggut Emas kot.
tak lame lepastu dorang pun muncul dengan bawa beg En.Zack dan kita orang gerak pergi rumah En.Zack.

Sampai kat rumah En.Zack, aku tengok dia da terlentang baring kat ruang tamu dengan kaki dan tangan yang berbalut. huh.. teruk juga ar. buat sementara ini Allah ambil nikmat tangan yang Dia beri pada En.Zack. dia tak boleh nak gunakan kedua-dua belah tangan dia sebab jari dan tangan luka-luka. Kaki dia pula lulut sebelah kiri dia berbalut. seksa aku tengok dia tadi. Tapi Janggut Emas dan Hannan Putra Luchador boleh gelak tengok dia. ish.ish. ish.

ish,ish, ish, sabar je la aku dengan zack ni. sakit2 pun boleh on9 fb. tadi punya  parkinson tangan dia aku tengok. 
Syukur Alhamdulillah dia tak apa-apa. cuma motor dia teruk juga ar dengarnya.Mudah-mudahan En.Zack dapat pengingatan daripada apa yang da terjadi pada dia. Jangan bawa motor laju-laju ya En.Zack. Semoga  cepat sembuh dan boleh kembali teruskan praktikal. ok.Assalamualaikum.

*p/s : Janggut Emas, Hannan Putra Luchador dan En.Zack, mereka adalah kawan-kawan yang praktikal bersama Cik Kay Jue di ANDKL Bukit Anggerik. :)

Selasa, 27 Mac 2012

Tukar lagi

Assalamualaikum. Ok story fasal praktikal aku.  Hari ni baru aku dapat ambil cop bos untuk buku log aku. Hari ni juga aku tukar bos lain pula. Lagi 2 minggu aku tukar bahagian lain. Huh.. harap-harap ada la kerja yang aku buat. Jenuh da aku selongkar nota untuk catat sesuatu dalam buku log. Sampai aku sendiri pun kurang  faham tentang apa yang aku catat. Huh.. rasa macam praktikal ni tak de maknanye da. Entah apa-apa. Huhu. Sabar je la. Penat macam ni weh. 


Ahad, 25 Mac 2012

Alaarr...

Malas mula la menyelubungi diri ini. Malas nak pergi kerja esok. Malas bukan sebab malas nak buat kerja. Malas sebab tak de kerja. Membuang masa dengan buat benda-benda yang tak berfaedah kat office tu. Kalau nasib baik adalah Abang Hasif ajak kuar pergi site. Kalau tak, duduk je la kat office tanpa sebarang kerja sampai petang. Huh! BOSAN!

Tapi lagi best duduk rumah. Tolong mak aku uruskan kerja-kerja rumah. Lepastu boleh tengok TV sambil gemokkan badan. Boleh online dengan tenang kat dalam bilik tanpa risau-risau macam kat office. Iya dak?

Ini yang membuatkan aku merindui saat-saat berada di poli. Busy.. busy dengan assignment yang berlambak yang semuanya nak cepat submit. Busy dengan presentation, kuiz, test, lab dan persatuan rakan pusat islam. Lagi bagus macam tu. Huh.. bila la nak habis praktikal ni. (ea eh terpancul pula soalan tu.. hahaha) huh.. that’s all. Assalamualaikum.

*p/s : sesungguhnya situasi mempengaruhi emosi seseorang dalam sesuatu pekerjaan. betul tak?


Selasa, 6 Mac 2012

Sesuaikan Diri

hari ni tak sama seperti hari-hari lain. Hari ini aku keluar ikut Abang Hasif pergi site bersama 2 orang lagi kawan aku, Jangut Emas dan En. Zack. Thanks juga pada Hannan Putra Luchador sebab tinggal kat office dan bagi aku ikut dorang hari ni. hehe.. banyak juga kawasan ibusawat yang kiteorang pergi. Abang hasif pun banyak bagi maklumat fasal ibusawat dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah aku semakin dapat sesuai diri kat bahagian NI ni. :) (tapi kadang-kadang teringat juga kat akak-akak dan abang-abang kat planner :'( ) Assalamualaikum. 

*p/s : kat sini susah la nak dapat sehari untuk pakai baju kurung.. huhu.


Isnin, 5 Mac 2012

Bab 3 : Granite System, siap!

Assalamualaikum. huh.. Syukur Alhamdulillah siap juga report aku , bab Granite System ni. jenuh juga la nak habiskan satu bab.. dapat la dalam 37 muka surat semuanya. Aku buat sendiri weh! No copy paste tau! Cuma konsep dan format je rujuk senior punya report. Berminggu kerah otak, dengan segala bahan yang aku dapat selama 2 bulan lebih di bahagian Details Planning. Ianya banyak membantu.

 Puas rasanya. Hehehe.. (ele baru satu bab.. ada ber bab-bab lagi tak buat :P)
Setelah seminggu lebih di bahagian NI ni , aku dapati memang aku tak de kerja dan tak diberi kerja di sana .Jadi.. dengan ini aku ishtiharkan sebulan di bahagian NI adalaha bulan buat report sampai lebam!  Hm.. ok juga kan? Hehe..  nanti tak de la terkejar-kejar buat kerja last minute. Ini la nama nyer tak de kerja buat kerja yang ada. Hehe.. :)

Ok esok aku nak start buat bab OCTiS System pula. Hehehe.... :D



Dah ambil kos lelaki kena redha je la

Pada pagi yang yaman selepas hujan rintik-rintik. Sejuk.. lagi-lagi masa nak pergi kerja tu aku memang selalu kat kawasan yang banyak pokok dengan kenderaan dua roda aku. hehe. Best dapat menikmati panorama alam di pagi hari. Itu yang aku selalu rasa tiap-tiap pagi hari bekerja. :) (ceh ceh ceh satu pembuka bicara yang menarik kan? Hehe )

Alright kat office tingkat 1. Kawan aku tanya aku.

“weh kau dah jumpa bos?”
“dah jumpa dah.”
“bos kata apa?”
“Aku minta dengan bos kalau aku tak de kerje boleh ke aku naik kat tingkat 4. Bos tak bagi dah aku naik.. “
“La.. macam tu pula. Kat sini tak ramai perempuan. Ada pun seorang dua je. Kat atas ramai.”
“tu la fasal. Ini yang aku stress ni. sebab tu aku bawa lappy.huhu”

Bila kawan aku cakap macam tu baru aku perasan hari ni, kat bahagian NI ni tak ramai perempuan. Da pun 2, 3 orang je. Dalam hati aku “haaa terima je la Kay Jue.. dah kau ambil kau lelaki. Memang la ramai lelaki.” Ok fine aku redha.  Huhu.. aku dah la pendiam.  Nampaknya kena biasakan diri mulai sekarang. Takut nanti masa aku dah betul-betul bekerja, kekok pula. Huhu.. Assalamualaikum. 


Jumaat, 2 Mac 2012

Dah tak boleh dah

Lanjutan daripada entry ini


Syukur Alhamdulillah, pagi tadi bos kat bahagian NI ada. Terima kasih Ya Allah, kerana menamatkan penantian aku yang menyeksa emosi ini. (ceh wah!) aku jumpa bos. Hahaha hari ni baru lapor diri. Aku di letakkan bawa En. Khairul Hafiz. Tiap 2 minggu sekali akan tukar bos lain. Nampaknya aku da tak boleh da nak naik tingkat 4 (planner) bos tak bagi. Huhuhu.. sedih nyer!
Aktiviti hari ini di NI, buat report sampai lebam! Aku bawa lappy hari ni. kalau tak lagi bosan. Huhu.. kata En. Khairul, kerja da tak banyak dekat bahagia NI ni. jadi tengok la macam mana... Huhu.. susah la aku macam ni.  ok aku redha. Tak kan la kita nak semuanya ok je kan?  Wish me luck ok? That’s all. Thanks for reading my entry.. :) assalamualaikum.

Khamis, 1 Mac 2012

Kejap kat Atas, Kejap kat Bawah

Hari ni aku duduk kat tingkat 1 sekejap je. Mana tak nyer buku yang aku beli tu, da habis da aku baca. Bosan.. huh.. Aku sebenarnya untuk beberapa hari ni tengah tunggu bos kat tingkat 1 tu masuk office, tapi sampai hari ni tak de  lagi... Ok fine. Nak tak nak kena tunggu juga sampai bos ada.

Jam 10.10 pagi aku da gerak da naik tingkat 4. Baik tolong Kak Yatie. Dapat juga tulis sesuatu dalam buku log dan dapat bahan untuk buat report. Kawan-kawan aku yang praktikal sekali dengan aku ni semuanya dari politeknik lain-lain. Jadi penulisan dan cara dorang buat report tak sama dengan kehendak poli aku nak.  Poli aku punya cara buat report, kena research, tahu dan fahamkan apa yang aku buat masa praktikal dan jadikannya salah satu bab dalam report. Bukan macam kawan aku yang sorang ni, poli dia da siap-siap bagi tajuk untuk setiap bab. Jadi dia perlu cari isi je tentang bab tu. beza kan? Jadi di sini aku amat sangat memerlukan aktiviti dan kerja untuk aku buat setiap hari agar aku dapat tulis sesuatu dalam buku log tu. sebab apa aku nak sangat benda2 tu? praktikal ni la satu-satunya peluang untuk aku dapat 3 pointer above. Aku kena buat yang terbaik untuk dapatkan tu sebab markah 80% bergantung  kepada firma di mana kita berkerja.

Jadi kalau asyik macam ni je, tak buat apa macam mana aku nak buat report? huhu.. itu fasal la aku lari kat bahagian planning balik. alasan yang cukup kukuh untuk aku jawab kalau ada orang tanya kenapa aku kat atas.

Aku pun tak nak la buat kerja dalam keadaan aku tak suka dan bosan. Semua benda jadi kabut. Tak best. sekarang ni aku da macam pelarian da.tak de tempat yang tetap. kejap kat NI (tingkat 1) kejap kat Planner (tingkat 4). Mudah-mudahan bos ada la minggu depan. Senang kerja aku. Ok that’s all. Assalamualaikum.