Khamis, 1 Mac 2012

Kejap kat Atas, Kejap kat Bawah

Hari ni aku duduk kat tingkat 1 sekejap je. Mana tak nyer buku yang aku beli tu, da habis da aku baca. Bosan.. huh.. Aku sebenarnya untuk beberapa hari ni tengah tunggu bos kat tingkat 1 tu masuk office, tapi sampai hari ni tak de  lagi... Ok fine. Nak tak nak kena tunggu juga sampai bos ada.

Jam 10.10 pagi aku da gerak da naik tingkat 4. Baik tolong Kak Yatie. Dapat juga tulis sesuatu dalam buku log dan dapat bahan untuk buat report. Kawan-kawan aku yang praktikal sekali dengan aku ni semuanya dari politeknik lain-lain. Jadi penulisan dan cara dorang buat report tak sama dengan kehendak poli aku nak.  Poli aku punya cara buat report, kena research, tahu dan fahamkan apa yang aku buat masa praktikal dan jadikannya salah satu bab dalam report. Bukan macam kawan aku yang sorang ni, poli dia da siap-siap bagi tajuk untuk setiap bab. Jadi dia perlu cari isi je tentang bab tu. beza kan? Jadi di sini aku amat sangat memerlukan aktiviti dan kerja untuk aku buat setiap hari agar aku dapat tulis sesuatu dalam buku log tu. sebab apa aku nak sangat benda2 tu? praktikal ni la satu-satunya peluang untuk aku dapat 3 pointer above. Aku kena buat yang terbaik untuk dapatkan tu sebab markah 80% bergantung  kepada firma di mana kita berkerja.

Jadi kalau asyik macam ni je, tak buat apa macam mana aku nak buat report? huhu.. itu fasal la aku lari kat bahagian planning balik. alasan yang cukup kukuh untuk aku jawab kalau ada orang tanya kenapa aku kat atas.

Aku pun tak nak la buat kerja dalam keadaan aku tak suka dan bosan. Semua benda jadi kabut. Tak best. sekarang ni aku da macam pelarian da.tak de tempat yang tetap. kejap kat NI (tingkat 1) kejap kat Planner (tingkat 4). Mudah-mudahan bos ada la minggu depan. Senang kerja aku. Ok that’s all. Assalamualaikum.

8 ulasan :

  1. xpe la turun naik,janji dpt penuhkan logbook. ehe~ kalo dlu, sy siap reka lg kerja untuk penuhkan logbook. ehe~

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam... hehehe... sabar2.. minggu depan ada la bos tu.. insyaAllah :D

    BalasPadam
  3. nanti bos datang tak cukup tangan pulak :)

    BalasPadam
  4. anNaqia : tu la.. memang tu pun yang saya kena buat. awak reka?? wah.. senang nyer.. :)

    BalasPadam
  5. thanks ciksukaberangan sebab bagi kata semangat.. pagi tadi da jumpa da bos.. :) baru nak buat entry tu.. :)

    BalasPadam
  6. tak tahu kak syiela... same je.. tak de kerja.. huhu..

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)