Sabtu, 24 Mac 2012

Cita-cita masa kecilku

Assalamualaikum.Huh.. pelik betul la hari ni. Apa yang aku buat semuanya aku rasa tak best. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu. Huh.. Lupakan tentang tu. Biar je la.

Alright. Hari ini tiba-tiba pula aku teringat tentang cita-cita. Cita-cita masa aku kecil-kecil dulu. Hehe. Asal pekerjaan tu Nampak hebat dimata dan gah di sebut, itulah yang menjadi pilihan aku. Mula-mula aku nak jadi nurse. Aku bayangkan masa tu aku dengan seragam nurse, lepas tu bawa kereta yang mahal. Alar kereta yang tak de atap tu. Hakikatnya, bukan senang dek oi.. kena ambil bidang perubatan baru dapat jadi nurse. Masa tu kecil lagi memang tak terfikir langsung macam mana caranya nak jadi nurse pada laluan yang betul.

Lepastu, bila aku da sekolah, aku tukar cita-cita. Nak jadi pengarah filem pula. Ceh! Kononnya tak de orang yang terfikir mau jadi pengarah filem masa tu. Aku punya bangga sebut cita-cita tu masa cikgu tanya. Pengarah filem tu apa pun aku masih samar-samar sebenarnya ketika tu. Hahaha. Klakar pula bila aku ingat balik. Lepastu tukar lagi cita-cita. Sejak ada radio besar kat rumah, selalu la juga dengar radio. Terus aku pasang cita-cita mau jadi DJ radio pula. Siap berlakon gaya alar-alar DJ radio lagi dengan adik aku. Pilih lagu kat computer lepastu ke udarakan. Hahaha. Memang best masa tu, mengisi masa lapang dengan memekak kat rumah.
Huh.. bila da meningkat dewasa ni, segala cita-cita tu pun lenyap bersama usia aku yang kian meningkat ni. Aku tak tau apa cita-cita aku sekarang. Masa aku dapat tawaran masuk politeknik dulu, aku sendiri malah mereka juga tak tau apa kerjaya yang bakal aku jawat bila da grade nanti. Sebab kos yang aku ambil tak menampakkan apa sebenarnya kerjaya aku. Huh.. aku hanya berserah dan belajar kos tersebut. Insya Allah mudah-mudahan kerjaya yang bakal aku jawat suatu hari nanti bersesuaian dengan kemampuan dan bakat yang ada pada aku. Amin~~ :)

*p/s : korang pun masa kecil-kecil mesti ada cita-cita kan? meh la share dengan CKJ. :)

26 ulasan :

  1. wa'alaikumussalam. hehehe. cite2 berubah mengikut kematangan diri...samelah. masa kecik2 dulu cite2 nak jadi ustazah masa sekolah rendah, dah besar sikit, nak jadi penjaga tol la...nak jadi pengacara tv la.. haha. macam2 je. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  2. hehe...nak share juga. tapi fyna nak wat macam entri cik CKJ nih jugak la..
    ^^;

    BalasPadam
  3. kecik2 dulu nk jdi ckgu.. tpi xksmpaian.. :(

    BalasPadam
  4. betul ciksukaberangan.. cita-cita berubah mengikut kematangan.. hehe.. macam2.. klakar.. welcome.. thanks sebab sudi baca n komen entry saya.. >_<

    BalasPadam
  5. hehe buat ar fyna.. nanti CKJ terjah ke blog fyna baca.. :P

    BalasPadam
  6. biasa la tu ieyza afieyna.. masa kecil memang tak fikir panjang. tapi kalau ada semangat dan minat insya Allah boleh jadi cikgu.. :)

    BalasPadam
  7. wahhh df dulu nak jadi doktor. noww. hahaha ntah tak tau :D

    BalasPadam
  8. betul2..kecik2 dulu slalu tukar cita2.
    dah besar ni, cita-cita nk jd cikgu, tp mcm x je sbb x msuk upsi or maktab n x ambk kos pendidikan.hehe.

    BalasPadam
  9. Dalila Diela : tu la.. da besar ni lain pula jadi nyer.. hehe..

    BalasPadam
  10. kite ada byk tau cita2 ms kecik..haha
    tp bila dah besar xtau la jd apa plak..

    BalasPadam
  11. klau cita2 nk jadi kamen rider ok x? hukk...

    BalasPadam
  12. caliph shuriken : Kamen rider? hehehe.. ok kot kalau ada super power.. :P

    BalasPadam
  13. KAK BUI DULU MS KECIK2 CITA2 NK JADI PRAMUGARI..HAHAHAHA..

    BalasPadam
  14. cita-cita ckj ni mmg unik la. lain btol. first time kte bace orang nak jadi pengarah filem. hehe. saye dulu nak jadi doktor, tak kesampaian. tapi, syukurlah, Allah bagi jalan yang terbaik utkku. :)

    BalasPadam
  15. hehehe.. tu la fasal.. entah macam mana boleh terfikir mau jadi pengarah filem pula. hehehe.. betu tu anNaqia.. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya.. :)

    BalasPadam
  16. alahai... same r kite... akhirnya masok poli... hahhaaa xD

    BalasPadam
  17. hahaha... poli juga ke shar90? poli mana?

    BalasPadam
  18. woot... dtg lagi,,, ade soklan utk sye,,, nk jwab xP

    sye poli sultan mizan zainal abidin... cik kay jue plak? xD

    BalasPadam
  19. hehe...suka la entry nih..^_^ ..
    kecik2 dulu..berangan nak jadi polis..tentera..sume yg ganas2..maklumla siblings ramai laki..
    last2 mai besa baru nampak kehidupan..:P
    so cita2 nak jd lawyer lecturer jelaa..

    BalasPadam
  20. thanks faizah husna.. sebab suka entry ni.. hehe..

    wah ganas juga ea.. hehe.. mudah-mudahan cita-cita awak tercapai.. amin.. :)

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)