Rabu, 18 Januari 2012

Ramai yang membantu :D

Assalamualaikum. Alright  aku terus saja kepada apa yang aku mau share kan dalam entry hari ini. Sepanjang  4 minggu ataupun sebulan aku pratikal, Syukur Alhamdulillah. Banyak info dan maklumat yang aku dapat dengan bantuan dan tunjuk ajar staf-staf di sini. Ramai yang berlapang dada mencurahkan ilmu yang mereka tahu kepada aku yang masih lagi sedang menuntut ilmu ni. Macam-macam bahan dan cara yang aku dapat tahu. Doa aku tiap kali lepas solat tu Allah kabulkan. Aku minta supaya semua kerja-kerja dan urusan aku dipermudahkan dan berjalan lancar. Iya aku yakin betul-betul yakin Allah makbulkannya. Syukur Alhamdulillah.  :D

Pada mulanya aku memang risau takut tak dapat info untuk report aku. Iye la bagi orang pendiam macam aku ni memang susah la nak dapat maklumat kalau aku tak ringankan mulut untuk bersuara. Tapi dengan doa aku tu maklumat yang aku perlukan sekarang lebih daripada cukup. Malah aku siap boleh pilih-pilih lagi yang mane nak yang mane tak nak. Subhanallah... hebat betul la kuasa doa dan kekuasaan Allah s.w.t... :D

Aku berterima kasih kepada En.Zunaidi, En. Nizam, En. Zefrull, Pn. Nurhayatie, Pn.Rusma, En.Ibrahim, En. Che Ani, En.Amin dan lain2.. tak mampu untuk aku nak senaraikan nama mereka kerana banyak membantu diriku yang pendiam ini. hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Semoga mereka semua di berkati Allah s.w.t. :D Thank a lot!

2 ulasan :

  1. ALHAMDULILLAH,SYUKUR ADA ORG2 GITU KAN..

    PENDIAM KER CIK KEJU NI..HEHE

    BalasPadam
  2. @Bui Junaidi iye.. pendiam.. gelak pula kak bui ni.. tak caye ke? huhu

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)