Ahad, 11 September 2011

Kena tambah 0.60 sen?


Assalamualaikum. Baru2 ni aku dapat mesej daripada celcom (aku guna celcom) menyatakan mulai 15 september 2011 (kalau tak silap aku), kadar top up dinaikkan sebanyak 0.60 sen. Huh? Apa ni? kenapa pula kena tambah 0.60 sen. Aku ingat celcom je macam tu rupa-rupanya semua pengguna telefon bimbit (skema  je perkataan) kena. Ramai yang buat andaian kerajaan da tak de duit. Sebab tu la harga semua benda naik. Huh? Betul ker? Aku pun tak tau.
Tapi kalau kena tambah 0.60 sen, baik top up RM 10 daripada top up RM 5 ( ni pandangan aku, tak tau la orang lain macam mana kan.) . rasa rugi pula kalau top up sikit. Hm.. tapi aku agak tak puas hati la dengan perkara ni. huh.. apa boleh buat bukan aku yang berkuasa atas semua benda ni. aku sebagai orang bawahan, sebagai pelajar yang tak punya pendapatan terpaksa akur dengan semua ni. (skema punya ayat. Huhu) kesian parents aku. Nampaknya lepas ni kena lebih berjimat cermat. Barang makin lama makin mahal.

*p/s : korang pun ada dapat mesej tu kan ? So apa pandangan korang? Puas hati tak?

Khamis, 8 September 2011

Adush.. pening pale otak aku..



Aku da tak boleh nak simpan benda ni sorang . huhu.. Masalah betul la. aku sekarang ni tengah pening ni. pening fasal tempat praktikal (LI). Dek kerna takut tak dapat tempat, aku dengan kalutnye telah memohon dua tempat LI secara serentak. Last2 hah... ambik kau kay jue! Dua-dua tempat terima permohonan aku. Ceritanya begini..
            Kekalutan aku tak terhenti di situ jer, aku siap tanya lagi member-member aku fasal tempat yang sesuai dengan kos yang aku ambil ni. elok jer habis cuti raya aku, berlambak2 info fasal tempat LI yang aku dapat. Sampai serba salah aku dibuatnya mau pilih mana satu ataupun terima je tawaran yang aku dah dapat then buat surat penolakkan untuk salah satu tempat  yang aku terima. Hush..
            Masa cuti raya kemarin, aku sempat mohon lagi satu tempat LI yang agak dekat la juga dengan rumah aku. Tengah dalam proses bersetujuan tempat tersebut, ada masalah pula... nak surat sokongan daripada pengarah pula. Adush.. ni kerja susah ni. bukan senang tau mau buat itu. Rasa macam give up pun ada, sebab aku da terima feedback daripada dua tempat yang terima permohonan aku. Aku rasa macam mau ambil jak salah satu daripada tempat tu. Senang. Da conform da aku dapat buat LI kat tempat tu. Tak payah nak mohon2 da. Bikin problem je. Tapi kat seremban la dua-dua tu. Jauh sangat seh daripada rumah aku. Kena sewa rumah :| aku da la tak pinjam PTPTN. Hush.. patut ke aku dapatkan surat sokongan pengarah tu untuk dapatkan tempat LI yang dekat dengan rumah? Tapi.. huhu.. payah kerja nyer.. tu masalahnya.. hish.. i’m still thinking about this. It’s make me trouble on my mind to do the right choose. Assalamualaikum.


Spontaneous Thursday*8


Terperangkap dalam kekalutan sendiri...