Selasa, 19 Januari 2016

Setahun ++... hish...

Assalamualaikum. 

err.. urm.. apa ea...

hai.. hello.. 

Janggal pula. 

lama sangat da kan? Setahun ++ tak update blog. teruknya! aku da agak da benda ni akan jadi punya. Nasib baik niat nak beli domain sendiri tak jadi. kalau tak... ish membazir. 

Iye. aku bukan blogger tegar. blogger kejap ada lepastu lebuh... hilang entah kemana dengan cerita hari- hari aku yang agak.. agak.. sibuk mungkin? entah. iye la kot. 

Sekarang. Jam 12. 13 pagi. entah apa mimpi nak catat beberapa patah perkataan di sini. kenapa? aku tak tahu. Mungkin sebab mood nak ber "perkataan" di alam maya muncul kembali. 

2016. Kita masih dalam mood tahun baru? kan? ok. mungkin ini salah satu azam tahun baru aku. Nak blogging semula. siapa tahu kan? 


Rabu, 27 Ogos 2014

Tanggungjawab 6 bulan

Assalamualaikum.

Okay ckj sambung cerita yang tertangguh di entry yang lepas. J
Macam biasalah pelantikkan ikut ujian majoriti. I say man! Dah kenapa ramai pula yang undi aku. Hish! Korang pun dah tau kan jawapannya. 

Bila nama da tercalon kena la ke depan naik pentas kenalkan diri pada semua yang ada dalam dewan tu. Pakai microfon kau! Ckj boleh dengar semua ckj kat speaker yang ada dalam dewan tu. Last ckj cakap guna microfon masa ckj jadi pengerusi majlis paling teruk di majlis malam kejuruteraan elektrik kat poli dulu. Ckj ada share kat entry ini. 
 Aku pun dengan agak gementar cakap dimulakan dengan bismilah dan salam. Lalu aku perkenalkan diri. Masa tu dalam hati aku serius aku rasa takut dan agak berat nak pegang tanggungjawab ni sebab ini pun dikira sebagai amanah. Kan? Semua orang dalam dewan tu pilih kita untuk laksanakan tanggungjawab untuk pimpin meraka. Aku risau aku tak mampu. Tak apalah terdetik di hati, aku nak rasa nak cuba dan ambil pengalaman. 

Ya Allah Permudahkanlah.