Isnin, 5 Mac 2012

Dah ambil kos lelaki kena redha je la

Pada pagi yang yaman selepas hujan rintik-rintik. Sejuk.. lagi-lagi masa nak pergi kerja tu aku memang selalu kat kawasan yang banyak pokok dengan kenderaan dua roda aku. hehe. Best dapat menikmati panorama alam di pagi hari. Itu yang aku selalu rasa tiap-tiap pagi hari bekerja. :) (ceh ceh ceh satu pembuka bicara yang menarik kan? Hehe )

Alright kat office tingkat 1. Kawan aku tanya aku.

“weh kau dah jumpa bos?”
“dah jumpa dah.”
“bos kata apa?”
“Aku minta dengan bos kalau aku tak de kerje boleh ke aku naik kat tingkat 4. Bos tak bagi dah aku naik.. “
“La.. macam tu pula. Kat sini tak ramai perempuan. Ada pun seorang dua je. Kat atas ramai.”
“tu la fasal. Ini yang aku stress ni. sebab tu aku bawa lappy.huhu”

Bila kawan aku cakap macam tu baru aku perasan hari ni, kat bahagian NI ni tak ramai perempuan. Da pun 2, 3 orang je. Dalam hati aku “haaa terima je la Kay Jue.. dah kau ambil kau lelaki. Memang la ramai lelaki.” Ok fine aku redha.  Huhu.. aku dah la pendiam.  Nampaknya kena biasakan diri mulai sekarang. Takut nanti masa aku dah betul-betul bekerja, kekok pula. Huhu.. Assalamualaikum. 


Ahad, 4 Mac 2012

Jom Exchange Banner dengan Cik Kay Jue

Jom exchange banner dengan CKJ >_<

Assalamualaikum. ok, hari ini secara rasminya CKJ telah meletakkan banner CKJ di Kay Jue Blog, setelah bertungkus-lumus meng ‘design’ nya semalam hehehe. acam ok tak? First time buat gambar animated guna photoscape.  Mula-mula design dulu guna adobe photoshop. Lepas tu baru guna photoscape untuk buat animated. So, CKJ da ada page untuk exchange banner ni. boleh kilik ‘banner bar’ kat atas tu.  :) diharap ada la yang sudi mau bertukar-tukar banner dengan CKJ. Inilah salah satu sistem bater yang masih digunakan sekarang di dunia blog. Hehe. ok that's all. thanks. >_<


TO : En Jari/Mrs. Jari..

Nama yang unik namun pasti ada maksud yang tersendiri..
Dengan berbekal jari yang ada.. 
Pasti En/Mrs. Jari akan menaip entri yang mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya..
Namun pasti mesejnya akan sampai pada pembaca.. (Insya'Allah)
Kepuasan akan terpancar di wajah En/Mrs.Jari...
Teruskan usaha murni ini En/Mrs.Jari..
Kerana setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri.. :)

"Semulia-mulia jari ialah jari jemari yang dimilik oleh sepasang tangan yang menadah memohon taubat Ilahi,
  La tahzan ya ukhti ya akhi,
  Jari-jari runcing seorang hamba Allah termasuklah yang sedang membaca ini,
  Mengetuk papan keyboard dihujung jarinya kerana berdakwah biarpun dalam bentuk sisipan mesej entri, 

Berhikmah juga pastinya mendapat ganjaran yang tidak ternilai di sisi Yang Esa."