Khamis, 23 Ogos 2012

Al-kisah disebalik nyalaan api pelita...

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah untuk malam raya kali ni ckj dapat la merasa bersiapan malam raya yang ckj tak pernah rasa sebelum ni. Ckj tukar sarung kusyen, masukkan minyak tanah dalam pelita, masukkan kuih dalam mulut dan balang.. dan macam-macam la.. hah.. kalau macam ni baru la ada feel raya betul tak.? kesian kan ckj, raya kali ni baru dapat merasa semua tu.. huhu..

Ni ckj mau kongsi dengan korang.. Sebenarnya ada satu kisah yang terjadi masa ckj tengah tuang minyak tanah dalam pelita ni.. hehehe.. Ckj tuang minyak tanah ni kat tepi tangga rumah.. then minyak tu tumpah.. habis tepi tangga tu bau minyak tanah.. ckj dengan sepupu ckj da panik da ni.. jenuh duk fikir macam mana mau hilangkan bau minyak tanah tu. Last-last kiteorang lap je dengan kain basah... huhu..
Esok tu kan... tangga rumah tu baru je cat then cat tu tanggal sebab terkena minyak tanah.. yang sepupu ckj ni.. cakap kat mak dia yang adik-adik dia yang buat.. tak ngaku.. adeh.. Ckj da serbe salah da ni.. Tapi kalau nak fikir logik adik-adik sepupu ckj tu memang nakal pun.. 
Bila ckj keluar tengok tangga rumah tu terpaksa la dilapik dengan tikar getah.. huhu.. da mencacatkan pandang da kat tu... huhu.. Nasib baik atuk dia tak perasan.. huhu.. er.. bukan salah saya cat tangga tu tanggal.. hehehe.. Masing-masing buat tak tau je. Macam tak de apa-apa yang berlaku.. kiteorang siap dapat duit raya lagi daripada atuk dia.. hahahaha.. kenangan di Aidilfitri.. syuuuhh... :P

Rabu, 22 Ogos 2012

kuih raya yang wajib ada di rumah CKJ

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya. urm.. raya kekok pula ckj nak mulakan story di Kay Jue Blog ni. Al maklumlah agak lama juga tak meng 'update' entry.. hehehe. Alright..

Pada tiap-tiap tahun sejak ckj tau nak buat  Kuih Cornflakes Madu  ni, kuih cornflakes ni  jadi macam tradisi / kuih raya wajib ada di rumah ckj tiap kali raya.. .tapi untuk raya kali ni Ckj tak sempat pun mau buat  kuih ni. Dladola yang buat kali ni.. Atas sebab ckj balik ke  Kuala Lumpur agak lewat sikit kerana  poli PD cuti lambat. Semua kolej-kolej, Universiti, Matrix dan lain da cuti da..  
goooglepunyagambar.com
Dapat la buat dalam satu atau dua bekas besar. Dan kuih ni la yang paling cepat habis.. bukan tetamu yang makan.. tuan rumah yang makan.. hahaha.. Serius.. kuih ni sedap! dan senang nak buat.. 

p/s:  korang pula apa kuih wajib yang mesti ada di rumah korang tiap kali raya? meh la share dengan ckj.. >_<

Selasa, 21 Ogos 2012

Terima Kasih!

Assalamualaikum. >__< Ckj terus pada cerita nya ea.. Sampai je ckj di rumah sehari sebelum raya yang lepas ckj terima sepucuk surat daripada seorang blogger... 
urm.. dapat agak tak siapa? hehehe.. alright sambung cerita.. :P

Ckj pun buka la sampul surat tu.. dalam sampul tu ada sekeping kertas. Nampak macam kad.. 
Dia tulis gores dengan cermat.. kat bawah kad tu ada tulis alamat blog beliau... arisyalee.. owh... tau da siapa yang bagi ni.. ary! hehehe... alright... jum gores dan tengok apa yang ada disebalik cat warna biru ni..

taaraa.. da gores da.. 
wah... comel la ary... doodle ary main bunga api.. >___<  nak tengok yang clear? 
ni dia.. wah.. kreatif la ary.. buat kad raya macam ni.. owh.. patut la hari tu ary minta alamat rumah ckj.. nak bagi kad rupanya. huhu.. terharu rasanya... huhu.. terima kasih ary.. ckj tak bagi apa-apa pun... huhu.. insya Allah tahun depan.. hehehe... 

Terima kasih sangat-sangat ary.. ckj tak tau nak cakap apa.. huhu.. :')