Rabu, 30 Januari 2013

Indahnya Ciptaan الله

subhanaallah... tak sangka ckj ada hidupan macam ni... ckj terjumpa gambar ni di FB ini..
Semakin banyak kita tahu semakin banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya... betul tak? 
Assalamualaikum.

Isnin, 28 Januari 2013

Menjadi wanita paling bahagia..!


Syukur Alhamdulillah untuk semester kali ni ckj dapat peruntukkan sedikit masa ckj untuk membaca buku-buku motivasi dan imilah. Ckj berjaya habiskan baca buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, dalam buku ini dia jadikan Asiah (isteri firaun laknattullah), Aisyah (isteri Rasulullah SAW) dan Mariam (ibu Nabi Isa a.s) sebagai inspirasi wanita-wanita yang mendapat ganjaran syurga Allah SWT. Banyak kisah-kisah mengenai mereka diceritakan dalam buku. 
pinjam google
Yang menarik perhatian ckj masa mula-mula nampak buku ini selepas membaca tajuknya ialah saiz buku ini. Kecik je ¼  saiz kertas A4 atau saiz poket. Senang nak bawa ke mana-mana.  Penulis buku ini adalah orang yang sama yang menulis buku Dont be sad. Buku ni juga dilabel sebagai buku best seller. Kalau berkenan try la cari buku. Insya Allah bermanfaat untuk kita sebagai kaum wanita. Ok. That’s All. Assalamualaikum.