Jumaat, 30 Ogos 2013

Tahukah Anda

1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

copypaste from : Dakecik

*Have a nice day. Salam Jumaat. Assalamualaikum. hee~~~

Khamis, 29 Ogos 2013

Pengalaman Baru

Jam 7.10 pagi dengan menunggang motor honda X5 aku menempuh kesesakan jalan raya pada pagi yang penuh dengan debaran dan kerisauan yang membuak-buak. Semalaman aku memikiran tentang hari ini. Apa agaknya yang akan terjadi? apa yang patut aku buat? mampu ke aku ni? boleh ke? Ya Allah permudahkanlah aku. Doa aku berkali-kali didalam hati.

Lebih kurang 15 mint perjalanan, akhirnya aku sampai di sebuah tempat yang menjadi permulaan hari kita semua sebagai seorang pelajar. Tadika Kawanku. Hampir sesat, Alhamdulillah sampai juga. >_<

huh, penat pula bercerita macam buku novel. Back to normal yeah? hahaha.


Pada hari jumaat yang lepas ckj dapat tawaran bekerja sebagai guru tadika. Ini lebih kurang macam guru sandaran je. Hari pertama menjadi cikgu tadika, huh.. serius beb! Blur. Nasib baik ada seorang Cikgu ni guide ckj. Rupanya ckj ni menggantikan tempat dialah nanti. 


Nampak dia mengajar macam senang je nak control budak-budak supaya dengar cakap dia, dengar apa yang dia ajar. Katanya esok dia da tak bekerja da, So ckj la yang kena ambil alih tugas dia. Adeh.. macam mana ni? huhu..

oh ya, ckj kena mengajar iq'ra, jawi dan bahasa melayu. Pelajar-pelajar yang ada disini umur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Serius memang sangat comel dan kecik hahaha. 
Alright sampai situ dulu, nanti ckj cerita apa jadi hari seterusnya ya? Assalamualaikum.

*nampaknya lepas ni al-kisah mengenai tadika dan budak-budak comel memang jadi entry utama lepas ni. wish me luck yeah?