Jumaat, 20 September 2013

Merak~~

Assalamualaikum.. Salam jumaat semua. Alright. Hari jumaat ni Ckj tak mahu taip panjang-panjang. jum layan gambar hasil kerja budak-budak 5 tahun yang masih suci hatinya daripada dosa. hehehe...


 






Hah.. acam lawa tak? hehehe.. macam-macam warna merak ada.. Yang sakit hati + geram ada yang still tak boleh nak sambungkan titik-titik tu dengan betul.. hish.. sabor je la.. tersenyum je ckj tengok hasil kerja dorang. Tengok cara mewarna je da  boleh agak da  perangai macam mana. hihi.. >__< 

*maaf sangat entry ni banyak gambar. 

Khamis, 19 September 2013

Ambil je apa yang ada dulu..

Assalamualaikum. entry kali ni ckj nak suarakan pendapat ckj mengenai entry semalam.

Bagi ckj, kita tak perlulah nak terlampau memilih... Lagi-lagi kita ni lepasan IPT. Baru lepas grade. Baru je dapatkan title diploma yang tak sampai setahun lagi pun. So tak payah la nak memilih sangat bab-bab kerja ni kalau da dapat restu parents.
Bukan tak boleh memilih boleh. Tapi berpada-padalah. Lagi-lagi kita ni bukanlah pelajar lepasan luar negara. Bukan pelajar yang dapat dekan tiap-tiap semester. Sementara menunggu kerja yang bagus-bagus dan yang sesuai dengan kita punya kelulusan, apa kata kerja je apa jua kerja yang dirasakan sesuai untuk sambilan. Sementara menunggu, dapat juga kumpul duit kan? tak de la duduk rumah tak dapat apa. >_<  
Lagi-lagi kebanyakkan kerja sekarang ni yang ckj da reseacrh, ada yang memerlukan pengalaman kerja. So kerja sambilan begini la yang akan membantu kita untuk jawap interview dan sebagai pengalaman kita untuk diisi dalam resume nanti. Secara tak langsung kerja sambilan yang kita buat ni boleh jadi satu kelebihan pula nanti bila nak apply kerja. Siapa tahu kan? 

Alright. Ini cuma pendapat ckj. Maaf seandainya ada yang kurang setuju, tidak puas hati dan terasa hati dengan pendapat yang ckj nyatakan dalam blog ckj ni. Ok. Thanks for reading yeah! >___<

Rabu, 18 September 2013

Apa kata anda?

Assalamualaikum. Alright tak payah nak cerita panjang mari kita ikuti perbualan sosial cik lopez dan cik kesuie.. jum..




Then, Cik Lopez terus xreply walaupun masih online...
Ckj perlukan pendapat dan respon anda semua tentang situasi diatas... sila suarakannya di ruangan komen ea.. thanks.. >_<