Selasa, 13 September 2011

Syukur Alhamdulillah



Syukur alhamdulillah segala kekusutan dan kekalutan aku  tentang LI ni macam yang aku cerita sebelum ni.. klik sini , berakhir  juga akhirnya dan kini aku hanya menunggu esok untuk surat jawapan daripada firma di KL tu. Akhirnya aku memilih untuk dapatkan surat sokongan LI daripada pegawai LI dan buat surat penolakkan tempat LI untuk kedua-dua tempat yang aku da dapat di seremban tu. Menurut kata dan pandangan kawan aku, lebih baik kita bazirkan masa kita hanya beberapa minit ni daripada aku berhabis duit hampir seribu ringgit untuk  satu sem (6 bulan) gara-gara membayar sewa rumah di seremban tu.
            3 hari aku turun naik pejabat LI tu untuk uruskan fasal ni. satu je yang aku pegang “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Itulah yang menjadi semangat aku, kalau aku mau dapatkan sesuatu. Iya la aku ni pendiam orangnya. So, agak susah la untuk aku cakap dengan kerani LI tu. Tapi sebabkan aku nak seribu daya, aku beranikan diri. Akhirnya membuahkan hasil.  Jadi sekarang aku cuma perlu tunggu email daripada firma tersebut. Sesungguhnya aku tau bahawasanya  Allah s.w.t  lah yang melancarkan dan membantu aku untuk keluar daripada kekusutan dan kekalutan ini.  Thanks to Shafiq Najib dan Janggut Emas a.k.a  Alif sebab mereka berdua juga banyak membantu aku. Thanks yeah! Assalamualaikum.

3 ulasan :

  1. Alhamdulillah, bagus lar. kat mana tuh LI kt KL ?
    Kita plak maybe next week baru nak hantar resume semua.
    kt TM Jalan Semarak. Wish me luck :)

    BalasPadam
  2. @Rashidah Idris tak sure lagi kat ner.
    awak student poli gak ke? poli mane? :) good luck ea.. >_<

    BalasPadam
  3. apa software tu?

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)