Selasa, 3 April 2012

Bungkusan Misteri daripada Pemandu Van

Assalamualaikum.. urm.. macam mana aku nak mulakan entry ni ea.. +_+ 
Alright serba sedikit mengenai sejarah persahabatan aku dan Cik Payung. 

Aku bersahabat dengan Cik Payung dah bertahun dah. Ada la dekat 8 tahun macam tu. Alhamdulillah persahabatan kami kekal hingga sekarang. :) Di sebabkan birthday Cik Payung dekat-dekat je dengan birthday aku, masa sekolah-sekolah dulu tiap kali birthday kita orang di sambut esoknya kita orang akan bawa kek birthday masing-masing ke sekolah. lepas tu sistem bater berlaku. hehe.. aku makan kek Cik Payung, Cik Payung pula makan kek aku. :)  sweet sangat rasanya masa tu. :') Tapi (ish mesti ada 'tapi' kan?)... lepas habis sekolah menengah, dia pindah kat Melaka. huhu. sejak daripada tu kita orang tiap kali birthday saling tukar-tukar hadiah je. itu je yang mampu buat.

Ok, cukup sampai situ dulu. Nak cerita fasal aku dengan Cik Payung memang panjang cerita. itu baru 10% daripada sinopsis cerita hehehe. Alright. Tentang bungkusan tu. Sebenarnya pemandu van tu Abang Posmen pos laju yang hantarkan hadiah dari Cik Payung kat rumah aku. hehehehe :P  ini dia bungkusan tu.
 
Tergiur aku mau buka bungkusan ni. Tapi.. ('tapi' lagi..hish) Cik Payung tak bagi buka selagi tak sampai hari lahir aku. huhu.. Tengok je la bungkusan tu. Agak-agak macam dah geram pegang.. then goncang-goncangkan bungkusan tu. Bila da geram lagi, belek-belek tengok corak love yang ada kat pembalut hadiah tu.. huhuhu.. kejam kau Cik Payung. seksa aku begini.. huhu.

*p/s : agak-agak korang la kan, apa benda ek yang ada disebalik dan dalam pembalut love ni? huhu.

Isnin, 2 April 2012

ala sweetnyer...! comel je aku tengok.

Assalamualaikum. rasanya entry ini pendek je kot. semalam masa aku hang out, di stesen LRT masa nak beli koin guna mesin. aku ternampak pasangan yang lebih kurang macam ni.
tapi aku tengok dari jauh je. tak sempat nak ukur berapa cm jaraknyer antara aku dan pasangan tersebut.. hahaha... si isteri macam saje je nakal mengacau si suami yang sedang menekan-nekan button pada mesin tu. hehehe.. nampak sweet sangat. comel! >_<

yang halal itu, Indah kan?

Tapi boleh la berzina sebenarnya.. klik sini.
hehe.. >_< 

Boleh berzina kalau…

Seorang anak murid bertanya kepada gurunya.. “boleh tak kalau saya mahu berzina, guru?” Tok guru pun menjawab.. “boleh , Kalau kamu berjaya melepasi 4 syarat ini.” (sebenarnya ada  5 tapi maaf CKJ tak ingat yang kelima. Huhu.)

1. Jangan makan dan minum segala apa nikmat Allah s.w.t
2. Kalau ajal datang, cuba lari daripada malaikat maut dengan apa cara sekali pun.
3. Masa dalam kubur cuba halang malaikat daripada menyeksa kita.
4. cuba berpaut pada mana-mana tiang ketika malaikat menarik kita ke neraka.

Adakah anda akan berjaya melepasi 4 perkara ini setelah melakukan dosa ?

Semoga apa yang CKJ sampaikan ini dapat kita ambil pengajaran dan mohon sampaikan kepada mereka yang lain. 
Sekian. Wassalam. :)