Jumaat, 21 Julai 2017

Matang

Alhamdulillah da setahun berada di Ipoh, Perak, Malaysia. Banyak yang aku lalui. Ada yang baik, ada yang buruk, ada yang seronok, dan ada yang tak berapa nak seronok. Biasa la hidup kan? Mesti ada berubahan. Terpulang la pada kita sama ada nak terima atau tak berubahan yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kehidupan kita sehari-hari.

Banyak yang berubah dalam kehidupan aku sekarang. Ada yang atas tindakkan aku sendiri. Ada yang berlaku dengan mengejut yang aku sendiri tak sangka. Mungkin atas sebab kata hati dan kemahuan yang kuat untuk aku keluar dari situasa yang tak menyenangkan hati. Mungkin. Ada yang menyebabkan aku menyesal atas apa yang aku dah buat, dan aku masih tak boleh nak 'move on' .

Harapkan aku lebih baik dari segala sudut lepas ni. Lebih matang mungkin.

Related image

Rabu, 3 Februari 2016

susahnya!

Assalamualaikum. Hampir sebulan aku berada di Ipoh ni. Ini juga bermakna da hampir sebulan juga aku meninggalkan Kuala Lumpur. Aku baru je berpindah disini. Al maklum la tempat baru memang asing la bagi aku. Nak pergi mana-mana pun tak tahu jalan. 

 Disebabkan aku baru disini, Memang tak de kawan la. Dah tempat yang bukan kita membesar dan menghabiskan zaman sekolah. hurm.. Banyak juga la jemputan pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku yang aku dah tak dapat nak pergi atas dasar jarak yang jauh dan aku pun belum punya aset sendiri. Redha je la. huh..
Aku juga dah behenti kerja. Nak mencari kerja disekitar Ipoh ni... uih.... punya susah! siapa yang senasib dengan aku akan faham betapa perit dan susah sangat. Sesak nafas. hufff...  aku kalau boleh nak office hour, sebab dah serik sangat kerja shift. Tak de life! huhu... :'( hari cuti pun kena kerja tu yang tak sanggup tu, Tapi kalau dah tak ada pilihan terpaksa aku rela juga kerja shift. huh..


Selasa, 19 Januari 2016

Setahun ++... hish...

Assalamualaikum. 

err.. urm.. apa ea...

hai.. hello.. 

Janggal pula. 

lama sangat da kan? Setahun ++ tak update blog. teruknya! aku da agak da benda ni akan jadi punya. Nasib baik niat nak beli domain sendiri tak jadi. kalau tak... ish membazir. 

Iye. aku bukan blogger tegar. blogger kejap ada lepastu lebuh... hilang entah kemana dengan cerita hari- hari aku yang agak.. agak.. sibuk mungkin? entah. iye la kot. 

Sekarang. Jam 12. 13 pagi. entah apa mimpi nak catat beberapa patah perkataan di sini. kenapa? aku tak tahu. Mungkin sebab mood nak ber "perkataan" di alam maya muncul kembali. 

2016. Kita masih dalam mood tahun baru? kan? ok. mungkin ini salah satu azam tahun baru aku. Nak blogging semula. siapa tahu kan?