Rabu, 26 Disember 2012

ww*39

Assalamualaikum. Ini cubaan pertama ckj buat lukisan ni guna adobe photoshop. Ha.. ini la real face ckj.. hehehe.. agak-agak dapat imagine tak yang betul-betul punya ? hahaha.. biarlah rahsia... >_<

Thanks to Ary sebab ajar ckj macam mana nak buat lukisan ni.. ckj tau warna satu warna je.. tak reti lagi nak warna layer-layer..  acam ok tak?

Selasa, 25 Disember 2012

Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia ...



Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

 Christian : Sekarang......... saya mengerti... 


Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi: "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim) 

SEBARKANLAH utk KEBAIKAN BERSAMA......

Ahad, 16 Disember 2012

Muet!!!


MUET. Hm.. korang da ambil da huh? Ckj da ambil da pada bulan oktober yang lepas. Huh.... entah apa la resultnya nanti.. risau juga ckj menantikannya.

Alright ckj mau share skit pengalaman ckj ambil peperiksaan MUET ni di  Kay Jue Blog. MUET ada 4 paper. Speaking, reading, writing dan listening.  Secara ‘giler’ nya ckj langsung tak ambil apa-apa kelas dan buat apa-apa persediaan untuk ambil exam muet ni. Bukan sebab ckj rasa ckj da pandai English tapi ckj tak sempat nak ambil kelas. Lagi pun masa ckj dapat tau untuk daftar  muet ni pada hari terakhir daftar.

Memang kabut la masa tu. Berbelah bagi nak ambil semester ni, semester depan atau nanti-nanti. Memang stress juga masa ni. Sebab nak daftar muet kena pergi beli nombor PIN dengan bayaran RM 101.00 di BSN. Tanpa berfikir panjang, pada hari terakhir tu ckj dengan kawan ckj berkejar ke pekan PD untuk beli nombor PIN tu dan malam tu juga daftar online.
Masa daftar online tu pula tempat untuk buat exam muet di poli dah penuh. Jadi, untuk sementara ckj dan kawan ckj pilih tempat di KL dulu. Stress juga masa ni. Buntu entah kat mana la tempat exam muet kat KL yang kiteorang pilih tu. Dipendekkan cerita, kawan ckj telefon majlis peperiksaan tanya macam mana nak buat dan dikenakan bayaran RM 25.00 untuk buat pertukaran tempat. Huh.. apa da.. Alhamdulillah dapat tukar di sekolah bukit saujana PD.

Sebelum ambil muet.. ckj ingatkan paper paling senang adalah paper listening.. tapi ternyata lepas ambil exam.. itulah paper yang paling susah bagi ckj.. huhuhu.. Masa ambil paper speaking pula.. nasib baik ckj dapat group dengan kawan ckj, tak de la rasa malu sangat. Ckj pun tak tau apa yang ckj cakap masa exam ni. Huhuhu.. ape la.. tapi kawan ckj kata dia terkejut sebab ckj speaking lon don tak de gagap.. ( huh.. memang la tak gagap tapi asyik ulang point yang sama je..) huhu..

Untuk paper reading bagi ckj la.. ini paper yang paling senang antara 3 paper yang lain. Writing.. urm.. entah la.. dia memang macam kita buat karangan english masa sekolah dulu.. tapi patah perkataan dia banyak. Itu la bezanya dan soalan dia umum perlukan kita berfikir. Berfikir memang boleh tapi fikiranku dalam bahasa melayu. Yang payahnya nak translet apa yang difikirkan itu dalam bahasa inggeris dan tulis perkataan dan ayat yang sesuai dikertas. Huh.. memang payah bagi cki yang english SPM dapat E ni.

Alright itulah sedikit sebanyak pengalaman ckj dalam mengambil exam MUET ni. Doakan ckj dapat keputusan yang ok.... terima kasih sebab sudi membaca entry terpanjang ckj ni.. Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Disember 2012

Mengalir air mata kerana...


Assalamualaikum. Selamat hari jumaat. Agak lama juga ckj tak kongsikan info islamic kat Kay Jue Blog ni. Jum renungkan bersama situasi dibawah:-
SITUASI 1 :
Rindu dia → Baca text dia yang lama lama → Tengok gambar dia → Teringat kenangan dengan dia → Masuk bilik → Baring → Akhirnya mengalir air mata :'(

SITUASI 2 :
Rindu DIA → Baca al-Quran → Teringat dosa-dosa lama → Solat Taubat & Hajat → Berdoa & Sujud akhir lama2 → Akhirnya mengalir air mata :'(
Mana yg pernah anda lakukan??? MUHASABAH..

diambil dan dikongsikan daripada : Mencari REDHA Ilahi

*p/s : sama-samalah kita berbetulkan niat dan amal kita... :')

Isnin, 10 Disember 2012

huhuhu....

hari ni result final exam keluar. result ckj teruk. ada satu paper fail :`( huhu...  sedih rasanya... walaupun ramai dikalangan kawan-kawan ckj ramai yang fail juga, ckj tetap rasa terkilan dengan diri ckj sendiri... :`( mana taknyer satu sem je lagi. hurm.. entah...
apa yang penting sekarang ckj kena kuat kan? tak boleh putus asa.. esok da nak balik poli da... hu... ok la that`s all for today... assalamualaikum...

Ahad, 9 Disember 2012

bedebar-debar la..

Assalamualaikum. dup dap dup dap dup dap.. risau betul la ckj... esok result final exam ckj keluar.. semester lima ni banyak subjek yang killer. Banyak subjek teori. Banyak subjek lisan. subjek praktikal kurang. tu yang membimbangkan ckj. huh... risau takut kantoi! rugi la lagi satu sem da ni mau merdeka.. alih-alih kena tambah satu sem kalau kantoi. tak nak tak nak tak nak... ckj tak mau itu semua terjadi pada ckj. ckj risau + takut = berdebar-debar ni.. huh..

wish me luck ok.. moga-moga result ckj tak de yang kantoi. Amin..
menanti hari esok yang belum pasti...

Saya suka musim buah!

Assalamualaikum. Minggu lepas ckj balik kampung. Biasalah kalau dah hujung tahun ni mesti banyak orang kahwin.  korang pun mesti banyak dapat jemputan kahwin kan? Tak lupa juga tengah musim gugurnya buah daripada pokoknya. Kan? Hehehe.

Alright tujuan asal balik kampung sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu ckj pada 1 disember yang lepas.. Alhamdulillah da selamat da dia jadi diijab kabulkan.. :) ini la pelamin dorang.. simple je.. tema merah pink kalau tak silap ckj.
Alright tutup cerita kahwin tu. Ok kat kampung ckj ada juga pokok buah-buahan. Pokok rambutan, duku dan langsat.Untuk musim buah kali ni ckj berpeluang pelik sendiri buah rambutan bersama mak ckj di pokok rambutan arwah nenek. Tgk ni pokoknya..
 pokok langsat
pokok rambutan
Untuk raja buah pula itu eshan dari pak cik ckj yang ambil dari dusunnya dan juga kiteorang beli je kat tepi jalan. Kalau beli di kampungkan memang sah la buah tu baru pelik dari pokok. Of cause la fresh lagi rasanya.. >_< tak sempat mau capture pic.. hehehe... buah ni paling banyak kiteorang dapat. Entah berapa biji. Tapi lebih dari 10 biji. >_<
Secara jujurnya tulus dari hati (ceh wah!) ckj, ckj bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa suasana musim buah sebenar... ckj harap generasi akan datang dapat merasakannya juga nanti. So, jum la tanam buah! :P

Sabtu, 8 Disember 2012

Serangan makhluk kecil!

Assalamualaikum. Sebelum ckj cerita ckj nak korang tengok gambar-gambar kat bawah ni dulu…
Teruk kan? Ini semua kerja ‘cik anai-anai and the geng’. Dahsyat betul la serangan anai-anai ni. Ini memang boleh dikait dengan peribahasa kecil-kecil cili padi.. hehehe betul tak? Nasib baik ckj sedar awal tentang serangan anai-anai ni. Kalau tidak habis la buku-buku kesayangan dan almari ckj dimakan oleh makhluk kecil ni. Huh.. penat ckj dan mak ckj dibuatnya menghapuskan kawasan serangan dan jajahan si anai-anai ni. Barang-barang yang terkorban dan tercedera terpaksa la dipindahkan ke kawasan pembuangan.. huhu..

*p/s : korang pernah kena serang dengan makhluk kecil ni? Meh la share dengan ckj.. >_<

Rabu, 28 November 2012

rabu tanpa kata*38


aktiviti minggu periksa


Assalamualaikum. Hari ni ckj mau story kat kay jue blog tentang aktiviti ckj sepanjang minggu peperiksaaan.

Secara tulusnya ckj ni memang tak boleh nak study sorang-sorang. Lagi-lagi pada subjek yang ckj tak faham. Baru study tak sampai 5 minit, fokus ckj hilang. Macam-macam aktiviti yang luar dari tajuk subjek yang ckj akan buat. Sebagai contoh, ckj akan main conteng-conteng kat kertas, nota dan sebagainya. Huh... bosan kan study sorang-sorang? Siapa setuju? Angkat kening.. ! hehehe..
So untuk mengelakkan perkara-perkara yang ckj sebutkan tadi berlaku, ckj join study group kawan sekelas ckj. Dorang akan start study dari siang hinggalah jam yang paling lewat 11 malam. Acam hebat tak mereka? :P  kiteorang study kat kelas. Jadi ada meja ada kerusi ada papan putih. Syukur Alhamdulillah banyak juga benda yang masuk dalam kepala otak. Rasa macam kelas tuisyen pula. Alright jum layan gambar yang sempat di ambil secara curi-curi dan secara sedar ni.
ini la dia kawan-kawan study ckj selama 6 hari ckj study dengan dorang. ce teka mana satu ckj? hehehe..
pensyarah sementara (kawan ckj juga tu menyamar jadi lecture jap)
ye fokus ya kawan-kawan
bila da bosan dan stress ini la jadinyer...
ini adalah salah satu cara untuk melepaskan tension. Makan sebanyak yang buleh. hehehe..
Hehehe.. Al maklumlah, kiteorang pun bukannya otak komputer asyik mengadap buku je dari siang hingga ke malam. Of cause la ada break, tu yang terjadi macam dalam gambar diatas. Lagi-lagi kalau tengah study teori. Hehehe. Ok that’s all what i want to share today. Thanks for reading. >_<

Sabtu, 24 November 2012

yeay!

Assalamualaikum. hello blogger world! hehehehe ckj da habis final... yahhhoo.. gumbira rasanya tak terkata. Akhirnya pada 23 hari bulan november 2012 bersamaan dengan hari jumaat jam 10.15 pagi selesai sudahku jawab paper terakhirku. Pecah rekod juga ckj keluar awal dalam periksa. bukan apa dah buntu da mau jawab soalan yang ckj tak tau. Jawapan tak muncul-muncul. huh..  mudah-mudahan ckj lulus semua paper yang ckj ambil tu.. amin.. doakan ckj ea.. >_<

Yeay! tinggal satu semester lagi. huh... banyak betul story yang ckj mau kongsikan di Kay Jue Blog ni. Insya Allah akan ckj ceritakan satu per satu jika masa mengizinkan. >__<   Alright sampai sini dulu ya.. thanks for reading... >__< 

Rabu, 14 November 2012

kajian untuk yang lepas.. ww*37

koleksi kertas final exam tahun lepas

*p/s: Maaf la ckj asyik post gambar post fasal exam.. huhu da itu yang ckj tgh buat sekarang.. niat hari mau post entry yang panjang sikit.. tapi keadaan tak mengizinkan.. huhu.. 

Selasa, 30 Oktober 2012

beberapa minggu lagi

Assalamualaikum. huh.. tinggal beberapa minggu lagi ckj mau final exam. Untuk semester ni ckj ada enam paper kesemuanya. Paper paling banyak untuk semester ni. Sebelum ni juz 4 paper je.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan ckj dapat la skor semua paper.. 


Good luck juga buat korang yang senasib dengan ckj.. >_< sama-sama la kita berjuang. Yeah! Chaiyok-chaiyok.. Wish me luck ok? 

Isnin, 22 Oktober 2012

Hingga ke Puncaknya...


Assalamualaikum.. >_<  ada sesuatu yang menarik ckj nak cerita kat Kay Jue Blog hari ni. Sebelum cerita nak senyum lebar dulu.. >_______________________< hehehe..  Alright jum..

Pada sabtu lepas 20 Oktober 2012 ckj pergi daki gunung. Gunung Datuk, Melaka. (ada yang pernah daki gunung ni tak?)  ini adalah pengalaman pertama ckj mendaki gunung. Bertolak daripada poli jam 6.30 pagi. Mula mendaki jam 9.30 kot (kalau tak silap ckj) dan ckj sampai kepuncak gunung datuk dalam jam 11 lebih macam tu la.. >_< Alhamdulillah sampai juga ckj ke puncak gunung. 
cantik tak? inilah view dari atas gunung :-)
masa naik mendaki kasut ckj kira ok la.. bersih.. tapi masa nak turun gunung habis kotor..
aktiviti sampingan di atas gunung.. perggh tak sangka ckj ada juga bawa roti potong. tengok la tu siap ada mentaga kacang lagi!
Memang satu kepuasan yang bermakna. Iya la kita dah penat-penat mendaki mengharungi segala kepayahan semasa mendaki dan akhirnya sampai di puncak kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang begitu luas dan cantik. Hilang rasa penat dapat tengok view dari atas. >_<
>_< 
Memang satu pengalaman yang indah bagi ckj dapat mendekati dan menikmati cipta Allah yang Maha Hebat dan Maha Besar.  Susah macam mana pun, kalau kita berkeinginan nak dapatkan sesuatu tu kita akan usaha juga sampai kita dapat betul tak?  Itulah simbolik yang ckj nampak sepanjang ckj mendaki hingga ke puncaknya.. >_<

Alright sampai sini dulu. Thanks for reading my post >__<

Sabtu, 13 Oktober 2012

It's not easy...

Bukan senang nak jadi diantara satu dalam seribu.. Bukan senang nak jadi special di mata semua orang..  betul tak? 

hm.. lama tak buat thinking entry kat Kay Jue Blog..  Alright.. apa maksud tersirat yang boleh korang cari disebalik gambar strawberry hijau ni? >______< 

Rabu, 10 Oktober 2012

Jejakimu...

Assalamualaikum. hebat tak tajuk entry ni? hehehe tak hebat pun kan? Alright ckj terus pada apa yang ckj nak sampaikan. 

Walapun ckj sekarang ni agak sibuk dengan assignment, kuiz, test, dan projek, ckj juga tak sempat nak post banyak entry  macam masa ckj praktikal dulu... Tapi ckj selalu juga la tengok-tengok Kay Jue Blog ni. Terutamanya pada mereka yang komen entry dan tinggalkan jejak di Shout Box ckj. Terima kasih banyak-banyak ea.. >_< insya Allah ada masa ckj akan reply jejak anda. 

Semalam ckj check shout box ckj, ada guest tanya soalan kat ckj. Tapi sayangnya dia tak tinggalkan link kat shout box ckj.. dah tak dapat contact beliau...

Harap fifye baca la entry ckj ni.. Nak tanya fasal report LI ea.. boleh je... tinggalkan link fifye kat shout box ckj.. senang ckj nak contact.. boleh kita private mesej.. ok fifye.. >_<

Jadi ckj harap sangat la siapa yang tinggalkan mesej kat shout box tu tinggalkan link anda juga supaya senang ckj nak blogwalking kat blog korang..  ok.. Have a nice day.. >__________<

Selasa, 9 Oktober 2012

Sayang

Setiap inci dugaan yang Allah berikan kepada kita, adalah tanda sentuhan kasih sayang Allah pada hambanya.. :')


Jadi bersyukurlah jika Allah berikan anda ujian dan dugaan, Kerana Allah masih sayang pada Anda...

Isnin, 1 Oktober 2012

Rindu Muhammadku


Assalamualaikum. Alright straight to the point,  ckj mau share dengan korang satu lagu. Best pula lagu ni. Comel jer... bila dengar rasa macam nak buat muka macam ni.. >_______________<  hehehe. Mungkin ada yang pernah dengar. Jum layan.. 


*p/s : suke sangat-sangat lagu ni! >_< nak buat ringtone handphone ar... :P

Isnin, 24 September 2012

Semester Lima

Asssalamualaikum. Lama tak update Kay Jue Blog ni.. Semester lima ni macam-macam hal jadi. Semester yang penuh stress, tension dan macam-macam jenis emosi ada. Memang betul-betul menguji kesabaran fizikal dan mental aku sebagai seorang pelajar. huh... rasa macam nak berhenti belajar pun ada weh.. sabar ea ckj.. tinggal satu semester je lagi.. bulan jun tahun depan habis.. huhu...
         Untuk semster ni, aku da start da projek. Projek ini la yang buat aku stress.Banyak kali kena reject je... Alhamdulillah minggu lepas baru lecture approve projek aku. huh... Harap-harap aku dan kawan aku, Syue berjaya juga siapkan tepat pada masanya. Amin...
 
        Tak sabar nak habis study. Penat pula study lama-lama ni.. betul tak? Korang pula macam mana? ada tak rasa macam ni ?

Sabtu, 8 September 2012

Oh My English!

Ini adalah salah satu mini projek ckj yang da 4 kali  di reject oleh lecture.. huhu.. tension banyak membazir kertas, ink printer. Kiteorang mau hantar by hand writing tapi beliau tak mau tanda.. huhu.. ini la jadinya.. 

*p/s : lama tak update Kay Jue Blog.. huhu.. Miss you all.. <3

Jumaat, 31 Ogos 2012

Jadi tak?

Assalamualaikum. Tempoh hari kawan ckj Farah Amirah, dia juga seorang blogger.. mungkin ada juga yang kenal beliau.. hehe.. Dia kawan poli ckj dulu. Tapi ckj sempat kawan dengan dia face to face selama satu sem je.. lepas tu dia tukar pengajian ambil nursing. Then sejak tu kitaorang just contact by media elektronik je.. 

Alright sambung cerita hehe. Dia minta ckj buatkan Header untuk blog dia.. (wah first time aku buatkan header untuk orang) berminggu juga la dia minta ckj buatkan.  minggu lepas baru sempat ckj buat, disebabkan masalah-masalah teknikal yang menghalang. hehe.
Farah juga mintak ckj buatkan doodle nurse. Tengok ni..jadi tak?
Banyak kurangnya doodle ni kalau orang yang prob tengok. huhu.. ckj kena banyak belajar lagi ni.. ckj still tak tau macam mana nak buat tangan huhu... 

Farah juga nak header yang simple je.. kalau nak tengok boleh la pergi ke blog Beliau.. 

Thanks ea Farah sebab percayakan aku untuk buat header dan doodle blog kau.. :P

*p/s : oh ya.. Salam kemerdekaan dari Cik Kay Jue untuk korang semua.. >_<

Rabu, 29 Ogos 2012

ww*34

Subjek : Circuit Analysis
Effect kepada otak aku : argghh.. fening-fening... what going on? 

Isnin, 27 Ogos 2012

serbe serbi....

Assalamualaikum.. 
Cak! hehe... acam terkejut tak? hehe..Syukur Alhamdulillah.. dapat juga ckj update entry hari ni.. 
Hari ni bermula la segala aktiviti harian yang penuh dengan kebisian seperti biasa.. untuk ckj pula... 
huh.. untuk permulaan hari pertama memulakan kelas... Serbe serbi malas hari ni. Iya la mood raya still ada lagi. Bangun tidur pun lambat. Bila da pergi kelas.. Alih-alih lecture tak datang pula! huhu.. kalau tau baik sambung tidur je tadi.. huhu..

Lepas tu hari ni sepatutnya ada 3 kelas. Satu kelas je yang ada hari ni.. dua lagi cancel. adeh... penatnyer...  

Sabtu, 25 Ogos 2012

kejapnyer...!

Assalamualaikum. huh.. tepat je jam 12 tengah malam ni dah masuk hari ahad kan? huhu... Tak puas la cuti seminggu je.. rasa macam malas pula nak balik poli... masuk je minggu ni.. ada dua kuiz da tunggu giliran nak kena jawab.. adeh... 

Ada lagi beberapa jam je lagi ckj nak berangkat ke Negeri Sembilan dan meninggalkan Ibu Negara, Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian.. huh.... sabar je la.. setahun je lagi aku nak grade! yeah! mesti kuat dan semangat..! 
Nampaknya bersawang lagi la kot Kay Jue Blog ni... huh? ckj da nampak da Encik dan Puan labah-labah bawa lori, angkut perabot rumah dia nak memulakan hidup baru di blog Ckj... huhu.. korang tolong tengok-tengok kan Kay Jue Blog untuk ckj ea.. hehehe... 

Kepada korang yang sama nasib dengan ckj.. jum jum balik ke sarang semut masing-masing.. cuti da habis da.. Good Luck juga buat korang ya? adios... >____<