Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan


Syukur alhamdulillah kerana Allah telah panjangkan umurku dan ada rezeki aku untuk berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Dapat juga aku menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini.
Penghayatan dan kehangatan bulan ramadhan kian terasa bila aku solat terawih. Tenang dan gembira aku rasa... walaupun pada ramadhan kali ini aku tak dapat merasa sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang pada 1 ramadhan seperti yang selalunya.
Insyallah moga ramadhan pada kali ini akan memberikan aku manfaat dan keberkatan dengan amal dan ibadah yang aku kerjakan demi mendapat rahmat dan keredhanMu, ya Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah mengaminkan doa malaikat Jibril “ celakalah barang siapa yang tidak mendapat apa –apa manfaat setelah berlalunya ramadhan.”

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Assalamualaikum.
Catatan Ramadhan –Cik Kay Jue-

Sabtu, 30 Julai 2011

Mengetahui sambil menerejah! ring ring...




Assalamualaikum. Haei. Hari ni, 30 Julai 2011 sabtu. aku pergi mengetahui sambil menerejah (lawatan sambil belajar) Muzium Telekom. Memang sesuai sangat la dengan kos yang aku ambil. Aku tak mau cerita panjang2 jum tengok apa yang ada kat Muzium Telekom ni.





Telefon awam


Perkhimatan Radio Polis Diraja Malaysia pada tahun 1929. asas perkhimatan radio-telefon di setiap balai polis diseluruh negara.
Radas tablet untuk mengawal pergerakan keretapi  diantara satu stesen ke stesen yang lain.

 

Semua talifon dan alat2 komunikasi yang digunakan sebelum merdeka dan sebelum aku lahir ada kat Muzium ni. sebenarnya banyak lagi pic tapi ni yang terbaik yang aku da pilih untuk di share kan di Kay Jue Blog. Jomlah terjah Muzium ni . dapat juga habis masa yang terluang tu dengan aktiviti yang berfaedah. ok that's all. Da~~

 

Jumaat, 29 Julai 2011

Tak Faham.. huh... Risaunya..


Aku risau betul la.. risau sebab aku tak faham macam mana mau buat praktikal lab. Serius aku da serik sem 2 masa ujian amali aku kena marah dengan lecturer sebab aku tak tau langsung, buntu dan bingong macam mana nak buat ujian tu. “ei awk ni buat apa hah masa kelas lab? Tengok je ke? Tak asas pun tak tau? “ perrgghh.. malu giler kena marah dalam lab depan kawan2. Huhu.. bukan malas atau tak ambil tau. Tapi aku tak tahu  dan tak diberi peluang oleh mereka yang dah tau untuk buat lab tu. Bila time lab aku mesti jadi macam orang bodoh.
Jadi aku da serik seh macam tu. Untuk  sem ni aku tak nak la jadi macam tu. Lab minggu ni benda yang sama jadi balik. Adush.. macam mana aku nak buat ni. aku tanya pendapat  Syue. Dia ada la bagi tips kat aku sikit macam mana mau buat. Katanya “ aku pun macam kau juga. Yang kau boleh buat sekarang, tengok, perhati dan fahamkan kertas soalan lab tu.  Yang penting kita faham dan tahu ape yang dorang buat.” Insyallah aku cuba Syue buat macam tu.
Nampaknya aku kena kerja keras sini supaya benda lama tak berulang lagi. Serius memang aku risau sangat2 sebab tak faham apa yang mereka buat. Hm.. k ar assalamualaikum.

Khamis, 28 Julai 2011

Spontaneous Thursday*4




Tak Faham.. huh... Risaunya..


Feedback


Assalamulaikum. Haei. Hari isnin lepas aku ada join segmen dari Ben Ashaari. Segmen “ BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?”. Memang aku nak pun orang komen atau kritik blog aku ni.. sebab aku tau aku still baru lagi dalam blog ni.

Banyak juga feedback ataupun kritikan yang aku dapat. Antaranya..

FONT ENTRY


RUANG BLOG

Terima Kasih banyak2 kepada semua yang mengkritik. Kritikan yang menbangun dan amat2 membantu. Special Thank to : BEN ASHAARI sebab buat segmen ni untuk kali yang kedua.  ^_^

 “Kritikan anda kebanggaan Cik Kay Jue”


*p/s : acam? ok tak trademark tu? hehe.. :P

Isnin, 25 Julai 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


Saya budak baru belajar. Agak baru juga dalam dunia blog ni.  saya dengan lapang dada menerima segala kritikan yang membangun. Thanks. >_<

*p/s: untuk join klik banner. 

Ahad, 24 Julai 2011

Prihatin betul la..


Tadi aku beli roti kat cafe. Da beli mesti la mau bayar kan? Cashier dia prihatin betul la.. dia tengok tarikh yang tertulis kat roti yang aku beli. Then tanya aku “ hari ni berapa haribulan? 24 kan? Roti ni luput hari ni dik.. jap2..” dia datang balik dengan bawak roti yang lain.
Perrgghh.. memang aku tabit ar kat cashier tu! Prihatin terhadap pembeli. Iya la biasa kan mereka just ambil duit then jual. Aku pun tak tengok tarikh luput kat roti tu. Ape la... lain kali mesti tengok. Yup! Mesti tengok! Hehe..
Ok itu yang menarik  mau aku share hari ni di Kay Jue Blog. Thanks for reading yeah. Assalamualaikum. :)

bekalan


Apa yang korang akan fikir bila tengok gambar ni? hehe. ada budak sem 1 yang masuk bilik aku terkejut. Then tanya “akak jual air ker? Banyak nyer..” haha..  Tu la bekalan air aku untuk semester ni. acam gempak tak? Hahaha.. (poyo je)  Maklum la cuaca semakin panas. Aku memerlukan air untuk dapatkan tenaga. Hehe.

*p/s : sorry kalau entry kali ni agak tah apa-apa.


Sabtu, 23 Julai 2011

Operasi oppss DURIAN!


Assalamualaikum. Haei. Kali kedua aku post entry fasal durian. Entry pertama tekan sini. Hari ni aku pergi pasar malam dengan mak aku. Cari barang aku sikit. Jalan2 nampak orang jual durian. 5 biji RM 10. Tapi masa mak aku beli tu dia bagi free 1 biji. Tu pun yang dah busuk sikit la. biasa la orang berniaga. Jadi semuanya jadi 6 biji selonggok. (bajet je durian kecik je weh!)
Memang manis. Sedap. Lemak dan berkrim! Hingga menjilat jari.. hihihi. 6 biji durian  yang baru di beli tadi sekelip mata je da tinggal kulit dan biji. Hahaha.. ajaib kan?
camera aku tertinggal la kat poli. Dla Dola tak bagi aku pinjam handphone dia untuk capture the pic. Sebab dia tak suka durian dan bau durian. Handphone aku pula handphone cikai jer.. boleh capture pic tapi tak de bluetooth, tak de USB, tak de memory kad. Jadi tak dapat nak tunjuk bukti. Tak pe tak pe. Kat entry yang pertama tu ada gambar durian. Hehe.
Sesungguhnya aku memang suka makan durian. Raja segala buah. Hahaha.

Jumaat, 22 Julai 2011

Boleh berzina kalau…



Seorang anak murid bertanya kepada gurunya.. “boleh tak kalau saya mau berzina, guru?”

Tok guru pun menjawab.. “boleh , Kalau kamu Berjaya melepasi 4 syarat ini.” (sebenarnya 5 tapi maaf CKJ tak ingat yang kelima. Huhu.)

1. Jangan makan dan minum segala apa nikmat Allah s.w.t

2. Kalau ajal dating, cuba lari daripada malaikat maut dengan apa cara sekali pun.

3.  Masa dalam kubur cuba haling malaikat daripada menyeksa kita.
4. cuba berpaut pada mana-mana tiang ketika malaikat menarik kita ke neraka.

Adakah anda akan Berjaya melepasi 4 perkara ini setelah melakukan dosa ?
Semoga apa yang CKJ sampaikan ini dapat kita ambil pengajaran dan sampaikan kepada mereka yang lain. Sekian. Wassalam.  :)

Duit melayang.. Apa pun tak dapat..


Aku nak share sikit la rasa ketidakpuasan hati aku ni... untuk semester 3 ni ada penambahan alatan untuk kos aku ni. Soldering Iron. Kepada sesiapa yang  memang da pro dalam bab ni... memang tau macam mana rupe benda ni. bagi aku yang baru setahun jagung melibatkan diri... agak bingung juga la mau dapatkan alatan tu. Kali terakhir aku guna masa aku darjah 4 atau 5, masa subjek Kemahiran hidup. (da lame da weh..)
Disebabkan benda ni penting untuk subjek baik pulih, pensyarah aku wajibkan setiap orang mesti ada soldering iron ni. aku tak balik rumah minggu lepas jadi aku kirim je kat kawan aku yang balik untuk belikan. Kalau tak silap benda tu dalam RM 20 je. Tapi entah macam mana kawan kata harga dia RM 7.20. pelik?? Kenapa murah sangat? Hm..
Da tiba masa lab, aku pun pakai la soldering iron tu. Tengah leka buat pateri tiba-tiba benda tu tak berfungsi. Perrgghh.. tak sampai sejam weh pakai. Last2 soldering tu rosak.
Aku pun check la cover soldering iron tu. Perrgghh.. cop sirim pun tak de?! Patut la murah sangat. Huhu.. Apa pun tak dapat. Duit melayang.. hm.. aku bukannya tau sangat fasal benda2 ni. hm.. kena beli baru la nampaknya.. Assalamualaikum.

Ahad, 17 Julai 2011

Hari Lahir..


17 Julai 2011. Ahad. Today is my dad’s birthday... dan aku.. tak dapat balik rumah seperti selalunya.. dek kerna assignmentku. Tak pe la. aku redha. Aku dah nampak pun apa hikmahnya. :)
Disebabkan aku tak dapat nak balik rumah, aku just wish pakai mesej je kat ayah aku. Kalau aku kat rumah ni.. aku tak wish pun. Malu. Huhu. tadi pun first time seh aku hantar wish kat ayah aku. Berdebar-debar juga la rasanya. Tapi.. aku ketepikan semua tu. Walau apa pun aku nak wish juga! Nak tunjuk yang aku ingat birthday ayah aku. (tapi takut jugak seh.. kalau-kalau ayah aku call lepas dapat mesej tu.. huhu.. malu.. :P)
“Selamat Hari Lahir Ayah. Yang ke 52 tahun. I love u.” Lebih kurang macam tu la mesej yang aku taip. Then aku search contact number. Then i press send button. Alamak.. dah hantar.. dah hantar.. huhu.. messege delivered. Ayah dah baca.. huh... huh.. takut berselitkan malu. (first  time aku buat benda2 yang straight to the point. Tu pun pakai mesej. Ayah aku ni garang orang nya. Dari kecil lagi aku memang takut dengan ayah aku.)
Then ayah aku send balik mesej. “Ok. Terima Kasih.” Perrrgghh.. cool nye ayah aku ni. hehe. Aku je yang gelabah kat sini. Tapi kan aku teringin nak tau apa reaksi ayah aku bila dapat mesej tu. Hm..
Tak pe la yang penting aku berpeluang tunjukkan sayang aku pada ayah aku  kan?  ^_^ Assalamualaikum.

*p/s : korang pula macam mana? Macam aku ka? Atau pun korang da biasa terus cakap face to face dengan ayah korang? Ataupun tak wish langsung? Hehe.

Sabtu, 16 Julai 2011

Sampah punya fasal


Assalamualaikum. Haei. Tadi aku tengah duk buat assignment. Agak lama juga. bosan la pula. Aku pun online jap kat FB nak relax kan otak sekejap. Aku terjumpa video ni. menarik  cara dia sampai kan mesej tentang jangan buang sampah merata-rata. Aku rasa ada yang pernah tengok video ni. tapi tak pe la aku baru tengok kejap tadi.  Then aku mau share kat blog ni. hope u all enjoy.


Jumaat, 15 Julai 2011

Selepas kerjaku selesai


Alhamdulillah dengan keberkatan hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. aku dapat habis kelas awal. Kelas aku hari ni sampai jam 10.00 pagi je tadi. Banyak betul assignment aku ni. padahal baru minggu ke 2. Ni pun aku rest kejap, walking kat blog members yang sempat aku jengah. Pastu nak siapkan lagi 3 assignment.
Terima Kasih kepada mereka yang selalu dan sudi jengah blog CKJ yang tak seberapa ni. bila semua kerja2 CKJ da settle nanti CKJ terjah blog korang ea. Maaflah sebab korang asyik tengok  entry yang sama je kat blog CKJ ni, sebab tak update lagi. Banyak benda yang CKJ nak share. Nanti CKJ post semuanya ea.
Thanks,Sebab sudi komen dan menlawat Kay Jue Blog. assalamualaikum. >_< 

Rabu, 13 Julai 2011

Wordless Wednesday*3


Re-call Memory ku

Hari ini kelas aku dimulakan dengan subjek favourite aku sejak dahulu kala. Subjek Matematik .(wah.. da lame tak eja matematik dalam bahasa Melayu.. :P)  fuuhh.. dah 2 bulan aku tinggalkan.  Iya Alhamdulillah.. subjek math sem 3 ni banyak benda yang aku da study masa form 4 dan form 5 dalam subjek add math kot kalau tak silap aku. Hihi. Just aku kena re-call balik la ingatanku ini. Huhu.. wahai kepala otak.. wahai memory silam ku.. kembali lah dikau  ke dalam ingatan ku... haha.. assalamualaikum.


*p/s : belajar bukan sekadar untuk jawab exam dan lulus exam semata-mata... tapi kita belajar untuk  gunakan ilmunya ke peringkat yang lebih tinggi dan untuk kita bekerja nanti. 
~STUDY SMART~ 

Isnin, 11 Julai 2011

Duit untuk Mini Projek


Assalamualakum. Haei..  baru2 ni, roommate aku ada berbual-bual dengan akak semester 6. Dorang ada projek last sem kena buat mini projek. Apa yang roommate aku cerita kat aku,  Akak tu buat  kerja sambilan untuk cover duit mini projek. Akak tu kerja  hari jumaat, sabtu dan ahad, sebab akak tu tak pinjam PTPTN.
Hm… bila aku da dengar macam tu, terfikir pula aku. Macam mana pula aku bila semester 6 nanti. Aku pun tak pinjam PTPTN. Nak buat mini projek kena banyak pakai duit. Nasib baik buat berkumpulan. Kalau tak mau botak kepala, tak tau kat mane nak dapatkan duit. Patut kah aku pun kena buat kerja  sambilan? Hm.. ataupun… aku kena start kumpul duit daripada sekarang… penting gak benda ni..

Ahad, 10 Julai 2011

Hubungan dalam Berkawan


Assalamualaikum. Haei. Masa aku sibuk packing barang2 poli aku, aku terjumpa satu note tazkirah tentang “Hubungan dalam Berkawan”.  So, aku mau share isi kandungan note tu.

Hubungan dalam Berkawan
1. Ziarah ketika kawan sakit kerana Allah.
2. Tolong kawan yang memerlukan kerana Allah.
3. Menziarahnya di rumah keran Allah.
4. Menerima undangannya ketika dijemput.
5. Mendoakan kawan.
6. Mengeratkan hubungan.
7. Beri hadiah pada musim tertentu. Cth : hari lahir. (kalau tak mampu tak payah bagi, tak wajib pun)
8. Sentiasa menjaga adab dan maruah.


Mudah-mudahan apa yang aku jumpe dan share ni dapat kita amalkan dan sampaikan pada yang lain... 

PERHATIAN !!!

Assalamualaikum. Haei semua.. hm.. dah 2 hari CKJ tak dapat view folower CKJ. CKJ pun tak tau la nape. Kepada yang da folow CKJ. CKJ minta maaf sebab tak dapat nak balas balik folow korang tu ... CKJ tak tau dan tak nampak siapa yang folow.Nanti bila CKJ punya folower da boleh view CKJ jejaki korang ea. Korang lak jangan tak letak link blog korang kat profile ea.. susah CKJ nak jejaki korang.... kalau tak tau macam mane nak letak klik blog kak bui ni. sini :)

Sabtu, 9 Julai 2011

Mau Cairkan otak!


Hari isnin ni aku da start kelas. Kul 8.00 pagi. Aku dengar2 lecturer tak de untuk 8 jam. Maknanyer 2 minggu la. Tapi lecturerda bagi assignment kat kita orang awal2 da. . Perrrgghh!  tak boleh blah la. .Otak aku dah la still beku lagi ni. tangan pun baru je nak berjinak-jinak balik pegang pen/pencil. Memang buruk giler ar tulisan aku. Lawa lagi tulisan budak darjah satu. Tapi tulisan aku lawa sikit daripada budak tadika. Hahaha.
Urm macam mane la nak cairkan otakku yang beku ni. ini pun kalau nak sumbangkan idea atau buat ayat pun susah lagi. Tak pe... aku nak rebus la otak aku ni biar cair pelan-pelan.. hahaha.. (tak logik betul la dia ni...) huhu..  Assalamualaikum.

SEGMEN SIMPLE : AYAT PERTAMA TERFIKIR BILA ..

Asssalamualaikum. Haei.. aku join segmen lagi hari ni. mau join juga? Klik aje banner kat bawah ni ea..
Tarikh tutup 9 Julai 2011 jam 11.00 malam. 


Urm.. ayat pertama terfikir bila tengok gambar ni...
“wow.. plug  dan penghalau lalat yang antik....”



Alright done!

Jumaat, 8 Julai 2011

Coklat Bar Terbesar Di Dunia



Assalamualaikum. Haei.. Tadi CKJ walking.. CKJ ada terjumpa entry menarik ni. pasal coklat! Besor... kat blog mamat.kepada korang yang suka amat makan coklat, CKJ rasa cukup tu untuk setahun.
Nak tengok berapa besor coklat tu? Jom g blog mamat. Klik sini.

Carry Paper

Assalamualaikum. Haei. Semalam aku pergi rumah sewa kawan aku. Saja-saja je nak tengok macam mana kehidupan mereka yang duduk rumah sewa. :P sambil2 tu aku teman kawan aku ni susun jadual. Dorang kena carry paper. Huu... pening kepala aku tengok diorang. Apatah lagi dorang yang nak menyusun jadual. Banyak yang bertindeh la.. tak cukup jam kredit la.. huu.. macam2 seh!
Kawan aku yang carry tu nasihat kat aku, “weh kau jangan la carry paper.. merana...” hui.. aku tak mau la.. minta jauh ar dari carry paper. Biar la lulus janji tak CARRY!
Syukur Alhamdulillah aku tak carry paper. Kena study betul2. Tak mau main2. Nanti susah, merana, pening kepala, sakit otak.. dan macam2 lagi la..


Good Luck to All of You! ^_^


*p/s : kepada korang yang belum pernah carry paper tu, maintain kan result korang.. jangan sampai carry... kepada yang carry paper, jangan putus asa, putus semangat, jangan rendah diri. Chaiyok! Orang yang carry paper pun boleh dapat anuegarah pointer terbaik tau! CKJ tak tipu tentang ni, ini kenyataan.



Khamis, 7 Julai 2011

Spontaneous Thursday*1



Untuk dapatkan sesuatu yang BESAR, kita kena banyak korbankan sesuatu yang kecil...



Dugaan pertama untuk semester ini

Assalamualaikum. Haei. Fuhh.. penat seh. Da dua hari ulang alik Blok P à kawasan pembelajaran. Huhu. baru dua hari. belum 6 bulan.. tadi aku pergi daftar modul. Pergghh! Tiap-tiap hari KELAS PAGI!! Huhuhu. Dah la balik lambat. Tak lama lagi dah nak puasa. Huu.. dugaan betul.. Sabar je la.  ni aku mau share map poli aku kat korang, meh tengok betapa jauhnya aku berjalan tiap2 hari sepanjang sem 3 ni. 

tekan gambar untuk lebih jelas. 
Tak pe Kay Jue demi menuntut ilmu di dada, segala jiwa dan raga aku korban kan! Demi segemgam Diploma! Yeah!



Rabu, 6 Julai 2011

Sejak bila aku da jadi peramah ni?


Assalamualaikum. haei.. hah.. ni mau cerita ni.. tadi aku try la tegur dak sem 1. Da dia pun duk senyum kat aku. (hah.. ada can nak tegur ni). pun tegur la.
Di dalam bilik air (tempat acara bermula. Tak boleh blah tak de tempat lain ke), di blok P to the right side.
*p/s :Aduh! Aku tak ingat lak nama budak tu. Ganti ngn adek sem 1 ea. :p

Adek sem 1 : (senyum perkenalan) ~may be takut or tak sedia mau tegur~
Akak senior : sem 1 ea? (soalan yang tak patut ditanya. Tapi berguna untuk memulakan perbualan.) ~sambil basuh kain~
Adek sem 1 : a’ah..
Akak senior : lepas ni ada aktiviti ape lagi untuk orentasi? Semalam balik kul berapa?
Adek sem 1 : ada persembahan peserta kat dewan. Semalam balik kul 12 lebih.
Akak senior : owh.. dari mane ni? amek kos pe?
Adek sem 1 : dari Perak. Amek kos elektrik pure.

Da la sampai situ je la aku share dialognya. Banyak juga tadi aku berbual ngan budak tu. Yang bestnyer aku ada geng ar.. budak elektrik gak! Hehe. Bukan senang nak dapat geng elektrik dalam blok.  Haha.
Aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh tegur budak tu. Hihi. Happy pula rasanya. Bukan senang orang yang pendiam macam aku nak tegur orang. Hehe. :)

Wordless Wednesday*2



Selasa, 5 Julai 2011

Paras 3 weh! Huhu..


Assalamualaikum.. haei.. aku di Port Dickson sekarang! tapi bukan untuk picnic!! study weh! huhu... Jam 7.33 pagi tadi.. aku da bertolak KL à PD. Jam 9.33 pagi sampai. Ema bakal roommate aku (sekarang da secara rasmi jadi roommate aku ^_^) da lama tunggu aku. Sorry seh Ema.. lambat sampai. Kita orang pun bergegas ke Cafe B (tempat daftar kamsis).

Petugas kaunter : Okey, next!
Kita orang pun pergi la ke arah petugas yang panggil tu.
Petugas Kaunter : Blok apa?
Kita orang : P...
Petugas Kaunter : Alright.. paras tiga.. nak paras dua ni ha.. orang last yang ada patner da ambil...
Masa tu diorang tengah isi borang. Aku tengok2 la juga siapa orangnya.. larh.. member aku sendiri kot!! NADDYYA!
Aku : larh... kau! Ish...kau ni! (aku pukul-pukul manja lengan dia) ~geram~
Dia senyum jer.. may be happy dapat buat aku agak sakit hati. Huhu.

Tak pe la.. aku redha jer la.. salah aku.. datang lambat. Memang dapat paras 3 la jawabnya.
Ehhh... nanti dulu. Ada orang yang datang lagi lambat daripada aku dapat lak paras bawah. Hish.. ini tidak adil!! Macam mana dia boleh dapat paras bawah! Hish... geram geram geram!
Dengan keringat dan kudarat aku dan adik aku. Aku angkut barang-barang sikit-sikit. Perrrgghhh! Penat seh.. basah lenjun baju aku. Huu.. panas. Lepas da angkut barang kena kemas bilik pula. Hu.. memang penat hari ni.


Konklusi bagi perjalan untuk ke kelas bagi semester ini.. adalah.. aku dapat blok paling jauh dalam map poli, paras 3 pula tu! Huhu.. memang kurus aku sem ni.

Sabtu, 2 Julai 2011

.........

Hari ni bila aku berjumpa/berdepan dengan semua orang aku macam ni...


Bila aku sorang-sorang... aku sebenarnya macam ni...


Huuu... Ya Allah, ya Tuhanku.. mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.. :( assalamualaikum........

Jumaat, 1 Julai 2011

list..


Huh.. serabut betul la aku hari ni. haa.. aku tengah buat list barang-barang yang aku kena kemas ni.. adush.. baru buat list da serabut seh.. belum packing lagi ni. serabut bukan sebab apa, takut kalau2 ada barang yang tertinggal.Aku malas bah mau buat kerja 2,3 kali. Hihihi. Hm.. nampaknya banyak juga barang yang aku tak beli lagi...  Ok i’m still thinking about this list..( broke english.. still improving it.. haha. Sorry kalau ada salah..) :P  Assalamualaikum..

*kepada mereka yang mau pergi sambung belajar macam aku..
sudah kah anda packing barang?? haha.. jika belum.. better korang start buat list daripada sekarang.. susah kalau buat kerja last minute ni... :) betul tak?