Assalamualaikum. Da 2 Minggu aku pratikal. Minggu ni agak bosan la.. masa pun rasa macam cepat sangat berlalu. Bosan sebab Kak Yatie cuti. Hari isnin da cuti krismas. Kerja yang Kak Yatie bagi dah habis aku buat. Jadi untuk masa yang ada ni, aku sempat siapkan bahagian2 report LI aku. Adalah dalam 5% siap. Alhamdulillah Allah bagi kesempat ni untuk aku buat. Kalau nak buat kat rumah memang tak dapat la. Hehe.. aku rasa bersyukur sangat sebab Allah takdirkan aku LI di bahagian Planing. banyak info tentang report aku yang aku dapat. Thanks yeah! :) mudah-mudahan aku dapat belajar banyak lagi benda baru minggu depan. Ok that’s all.
Jumaat, 30 Disember 2011
Isnin, 26 Disember 2011
tunjuk ajar kalian
Assalamualaikum. aku terus sambung je la ea pasal Latihan Industri aku. ok Untuk hari ketiga LI aku duduk dalam pejabat jaga sistem dengan kak yatie. Urm.. agak susah juga la.. banyak benda yang kena ambil tahu dan tak boleh terlepas pandang walaupun satu huruf. Sebab semua maklumat yang ada dalam system, penting. Kalau salah ia akan menyusahkan banyak pihak. Kena tengok kertas plan yang sebesar A1 paper. Dah la semuanya tulisan kecik2 dan tak berapa jelas. Hu.. memang mencabar betul. Pastu nak masukkan maklumat dalam system guna Microsoft excel. Aku ni bukannya tau sangat guna excel. Merangkak-rangkak aku tekan satu-satu button yang ada dalam excel tu. Pastu bila da siap masukkan maklumat, kena update dalam sistem (internet). Sistem mengambil masa 24 jam untuk di update. Jenuh juga kak yatie ajar aku guna semua benda2 tu. Sampai suara dia pun da lain. Huhu. Kesian Kak Yatie. Maaf sangat2 kak.. huhu.
Apa yang boleh aku simbulkan untuk masa sekarang ni kerja dalam pejabat memang tak penat badan tapi penat otak. Kerja di luar (site) penat badan, seronok tapi agak berbahaya. Untuk pengetahuan korang semua start hari ketiga ni sampai la habis minggu pertama aku LI aku buat bahagian sistem. Aku lebih banyak dapat maklumat untuk buku log aku, masa aku kuar(site) berbanding daripada aku dalam pejabat. Sebab abang zefrull dan pak cik nizam banyak bagi info2 tentang kerja yang diorang buat. So Thank to Kak Hayatie, Abang Zefrull dan Pak Cik Nizam atas tunjuk ajar yang diberikan. :)
Sabtu, 24 Disember 2011
TM
Assalamualaikum. Hari ni aku mau share di Kay Jue Blog al-kisah aku pada hari pertama dan kedua LI. Alright. Hari pertama aku melapor diri di TM Bukit Mahkamah di Jalan Raja Chulan. hari pertama ini tak de buat pe. Pegawai tu Cuma tentukan penempatan LI. Alhamdulliah aku dapat minta di tempatkan di TM Bukit Anggerik. Dekat dengan rumah aku. Aku pun boleh merempit je pergi sana. Hu..Lame menunggu. Bukan tunggu pe pun. Tunggu surat penempatan pratikal. Proses dia memakan masa sikit.
Hari kedua, melapor diri di TM Bukit Anggerik. Agak janggal sikit. Sebab aku sorang je perempuan dan yang lainnya lelaki. Semua sekali ada 4 orang. Pegawai di TM Bukit Anggerik tu tak tahu pun yang ada budak-budak pratikal datang melapor diri. Hey.. pelik betul. It’s okay la. Yang penting dia da uruskan dan bahagikan kiteorang di bahagian2 yang ditetapkan. Aku di tempatkan dibahagian planing. aku dikenal dengan bos dibahagian tu. En. Zunaidi Che Hassan. Lepas tu aku dikenalkan dengan En. Ros Nizam b. Ahmad.
Ada dalam 15 minit aku duduk di meja kerja tanpa kerja. Tak buat ape pun. ada sorang abang ni datang. May be meja sebelah aku ni tempat dia kot.dia pun tanya “ practikal ea? Dari mana?” lepastu aku da jawab soalan dia, dia pun pergi dari situ. Tak lame lepas tu. Abg tu datang balik “ awk free kan? Jum ikut saya pergi site.” Elok sangat ar tu ajak aku kuar. Aku pun dah buntu tak tau nak buat apa. Hehe.. wow.. naik kete TM.. sepanjang perjalan dalam kereta, abang tu bercerita la tentang kerja2 yang dia buat. Oh iya, aku sempat tanya nama abang tu. Zefrull.
Sebenarnya banyak juga info yang aku dapat daripada abang zefrull untuk report aku nanti. Tapi aku rasa cukup la tu untuk entry ni. Ok? Hehe. Thank Abang Zefrull. (aku terlupa mau cakap thank kat dia.. huhu) Seharian aku tak de kat pejabat TM hari kedua LI ni. :). Ok that’s all.
p/s : aku bersyukur pada Alllah sebab makbulkan doa aku supaya dapat tempat LI yang dekat dengan rumah aku J
Ahad, 18 Disember 2011
JAM 8.30 PAGI
19 DISEMBER 2011, ISNIN. Esok. JAM 8.30 PAGI. Pada tarikih, hari, tika dan saat itu aku akan memulakan hari pertama aku sebagai pekerja. Hari pertama pratikal. Huh.. debaran. Penuh debaran. Takut..?? urm.. entah la.. huh.. segala-gala nya akan diketahui esok. Doakan aku ea. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amin~~ wish me luck ok! :P
Macam tak percaya je. Akhirnya dapat juga aku kuar daripada politeknik yang membosankan tu. Huh.. J walaupun hanya satu semester je, aku da cukup bersyukur pada Allah. Sekurang-kurangnya aku tak la terkurung je kat kolej kediaman. J entah apa la agaknyer esok kan? Kita tunggu je la esok macam mana ea? Ok ringkas je entry kali ni. That’s all. Da~~ Assalamualaikum J
Sabtu, 17 Disember 2011
.........
Huh.. lame tak update blog.. (itu je la yang mampu aku katakan setiap kali aku updata blog hm.. ) lepas je aku habis final exam yang lepas aku dapat tau opah aku masuk ICU kat hospital taiping, perak. Agak terkejut jugak la bila dapat tau. Nampaknye Allah lebih sayangkan opah aku. Pada 30 november 2011 bersamaan dengan hari rabu opah aku menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tanpa ditemani oleh sesiapa pun. (aku tau nurse mesti ada kat situ kan? Kan? Kan?) kesian opah aku. Meninggal sorang2.. :’( aku pun tak sempat nak jumpe dia buat kali terakhir.. sepi… pilu..
masa aku tau dapat tau berita sedih ni, reaksi aku.. biasa..kosong.. tak tau nak kata apa2.. aku bangun je solat subuh terus mak aku kata “opah da xde.. sedekahkan yassin kat opah. “ opah… semoga opah selamat di alam sana.. mudah-mudah roh opah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh… yassinku hadiahkan buat opah di sana..
aku hanya sempat ziarah kubur opah setelah 4 hari kemudian. Al fatihah ku sedekahkan untuk opah sebaik saja sampai di depan kubur opah… hanya batu nisan sebagai tanda bahawa jasad opah dikebumikan di sungai galah, perak. ai sedih bercampur sayu pula aku nak menulis entry ni.. ok that’s all.. thanks for reading. Assalamualaikum.
Sabtu, 26 November 2011
Yeah selesai sudah..
Alhamdulillah pada 24 november 2011 (khamis) hari last aku final exam… dan sekarang aku da ada kat rumah. Lega rasanya.. J penat betul la aku sepanjang minggu peperiksaa ni. First time aku rasa study sampai sakit2 kepala, tak boleh tidur, nak muntah dan tak de selera nak makan. Huh.. dahsyat! Nampaknya untuk final kali ni memang aku berusaha kuat nak dapatkan 3 pointer above. Kalau aku tak dapat nak naikkan pointer aku juga, aku pun tak tau la.. bila Allah nak bagi rezeki tu kat aku. Nak study kuat macam mana lagi.. aku pun tak tahu. Kita tunggu je la result kuar nanti. Apa-apa pun aku ni sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Nya hanya mampu tawakal dan doa je la setelah aku da bertungkus lumus berusaha dan beriktihar.. mudah-mudahan usaha aku membuahkan hasil. Amin~~
Rabu, 16 November 2011
Sakit tengkok aku!
Assalamualaikum. Saya Cik Kay Jue pemilik rasmi Kay Jue Blog, dengan ini melaporkan hari ini saya telah menjawab final exam saya yang pertama iaitu kertas Engineering Mathematics 3 pada jam 11.15 pagi hingga jam 1.15 petang. Alhamdulillah.. selesai sudah satu subjek. J
Tapi.. (mesti ada ‘tapi’ ) aku tak cukup masa la nak habiskan soalan yang terakhir. Hm.. tawakal je la Kay Jue nak buat macam mana.. aku da cuba da untuk siapkan hingga ke titisan dakwah(??) pen yang terakhir.. masa tu jalan cepat sangat. Lepas tu lecture yang jaga tu lambat kasi tau yang paper soalan tu ada pembetulan. (patut ar ada beberapa soalan yang pelik :P ) hm.. Alhamdulillah aku dapat jawab semua soalan yang aku sempat jawab dengan lancar dan jayanya..
Lepas da antar kertas soalan.. perrgghh.. sakit seh tengkok aku.. mane tak nyer 2 jam asyik tunduk je fokus kat soalan. Tak pernah2 aku rasa macam ni. Kepala aku pula sakit + pening = tak boleh study untuk satu hari. ( macam tu pula.. :P) itu al-kisah aku untuk hari pertama aku jawab final exam. Korang pula macam mana? Mai la share dengan aku.. hehe..
*p/s : aku still sakit tengkok lagi ni! Huhu.. tak pe la demi mendapatkan segulung diploma, akanku korbankan segalanya. Yeah! J
Isnin, 14 November 2011
Bila da tak de baru terasa..
Assalamualaikum.. hui.. berabuk, berdebu, bersawang Kay Jue Blog ni! Aaa..aa..cccuumm! bersin Cik Kay Jue.. hehe.. (gimik je tu.. sorry la kalau ter’over’ :P)
lame tak update entry. busy ngn preparation untuk final aku rabu ni 16 November 2011. Tarikh yang menggembarkan. Hari yang pembuka segala debaran. Hu.. rasa macam nak muntah, sakit kepala, sakit otak aku dibuatnya. Iye la seharian seh, aku menjalankan aktiviti “MESRA BERSAMA BUKU-BUKU TERCINTA”. Itu al-kisahnya untuk bulan November ni.
Ok, apa yang aku nak story untuk entry kali. Hah.. hui.. semalam memang terasa deritanye.. (tak la derita sgt) memang terasa seksanya..(tak la seksa sgt) apabila salah satu keperluan atau nikmat Allah s.w.t yang selama ni kita guna tiap-tiap hari diambil balik buat seberapa ketika. Masa ni la baru terdetik di hati aku “ya Allah sesungguhnya aku sebagai hamba-Mu hampir terlupa bersyukur kepadaMu, dengan nikmat yang Engkau kurniakan.”Apakah nikmat itu?? Hehe.. AIR la.. semalam hampir sehari suntuk tak de air kat kolej kediaman puteri. Makne nyer hampir sehari suntuk Cik Kay Jue tak mandi.. (ei.. busuk!) tak suka aku keadaan yang sebegini rupa. Hinggakan aku boleh bau, bau badan aku sendiri. Hish, itu baru hampir sehari tak mandi.. last merasa keadaan yang sebegini masa kat PLKN. Hu.. MEMANG BUSUK. :PAlhamdulillah dalam jam 6 petang baru ada air. Itupun di paras 1. Hm.. jadi la asalkan dapat mandi. Ini pun belum tentu samaada esok ada air atau tak. mudah-mudahan ada la hendak nyer.. ok.. da.:)
*p/s : Hm. Macam tu rupanya Allah nak suruh hambaNya ingat padaNya. Itu baru diuji dengan ujian yang kecil. Macam dengan saudara-saudara kita di luar Negara sana. Hm.. aku doakan mereka sentiasa dalam lindungan Allah dan di kuatkan semangat dan imam mereka untuk hadapi dugaan dari Nya… Amin..
Khamis, 3 November 2011
Settle! seterusnya pula...
Assalamualaikum. Aku hepi sangat2. Sebab hari ni aku mau balik rumah. Hehe. Da sebulan lebih aku kat poli ni. Stress, tension, assignment (EOC), quiz, test dan tak cukup tido semuanya aku rasai sepanjang minggu2 akhir kuliah ni. Maklumlah, markah dan nak masuk dalam sistem banyak benda lagi yang tak buat. Kiteorang yang sebagai pelajar ni jadi mangsa dapat kerja hah.. amek kau selonggok quiz, test, assignment dan presentiation, nak settle kan minggu ni jugak! Aduh.. sabar je la adab belajar. Memang begitu. Semakin kita belajar di tahap yang lebih tinggi, semakin hebat cabarannya.
Alhamdullillah semuanya berjaya diselesaikan dengan jayanya. Lepas ni nak mengadap FINAL EXAM lak. Pastu LATIHAN INDUSTRI. Huh.. mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
Ok da otw balik rumah ni time to break! To realese tension! Yeh!.. :)
Rabu, 2 November 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Sabtu, 22 Oktober 2011
Nama Allah Di Tapak Kaki???
Assalamualaikum. seharian aku study hari ni sambil dengan radio i luv islam. Hehe. Nak dengar juga? Klik sini. Alright, da study menipu la kalau aku tak boring kan? Aku pun online la fesbuk. Terjumpa satu Community. name community ni “~awak~. tadI mAsA AwAkglak. GigI awAk tERjaToh. ~niEW~ saya bg BalIk.” Klakar kan? Aku pun klik la. belik-belik pic community tu. Terjumpa pic ni.
tapak seliper |
mungkin ramai yang da tau. Tapi aku baru tau. Tak salahkan mau share. So, lepas ni kalau korang beli seliper ke kasut ke atau apa2 je la hati-hati ea. That’s all.
*p/s : Adakah ni salah satu cara orang yahudi nak memperdayakan umat islam atau satu kebetulan? Wa’ wahua’lam..
Khamis, 20 Oktober 2011
Spontaneous Thursday*11
Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan~
Rabu, 19 Oktober 2011
Nak tapi tak boleh
Hari ni di poli aku ada kempen derma darah dan kempen derma organ. Da dua sem 2 da kempen ni diadakan kat poli aku. Aku pun teringin juga la nak merasa macam mana rasanya derma darah. Sem lepas aku tak sempat nak derma. Sem ni la peluangnya. Kebetulan pula kelas aku hari ni ada satu kelas je, memang ada masa la untuk aku join kempen ni.
Lepas da ambil borang pendaftaran dan isi, aku terus la pergi cek. Alhamdulillah stage pertama lulus. Aku boleh derma darah. Darah dalam badan aku ni ada lebih dan pekat. Ada harapan ni. ok seterusnya Stage kedua. Cek tekanan darah. Tang ni yang aku tak lepas. Tekanan darah aku rendah. Huhu.. Ya Allah aku mau derma darah gak. cemburu aku tengok orang derma berbeg-beg darah. Mungkin sebab semalam aku tido lewat la rasanya.hmm..
It’s ok la. aku da check da. Tapi tak de rezeki lagi nak buat pahala dengan darah yang aku ada ni untuk semester ni. aku akan cuba lagi untuk semester yang akan datang. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. .. assalamualaikum.
*p/s : korang da derma ka? :)
Jumaat, 14 Oktober 2011
Dia da dekat dan semakin hampir!
Assalamualaikum pembuka bicara buat semua yang sudi membaca isi kandungan blog aku yang tak seberapa ni. terima kasih ya! :D alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaan Allah s.w.t aku masih diberi peluang untuk hidup dan menjalani rutin seharian aku yang penuh dengan pelbagai konflik dan cabaran ini... alhamdulillah syukur pada yang Esa. :D
Ceh wah! Bermadah-madah lak.. hehe.. acam ok tak? Hebat tak? Huhu. baiklah. siapa yang dah dekat tu? Hish memang da hampir. Lagi beberapa minggu je tinggal. FINAL EXAM. Aku start exam 16 november 2011 , hari rabu kalau tak silap aku (nak tgk jadual exam aku tak? Klik sini). Paper eng.math. tu kira ok la lagi. Yang membuatkan aku terkaku masa tengok jadual exam tu,ada dua subjek dalam satu hari. dah la dua-duanya killer subjek. Berkait-kait lak tu. Huh... teruk ni. kena stduy betul2 ni. kalau tak boleh tertukar fakta .
walaupun aku punya final hanya empat paper je, bukan senang nak jamin yang aku boleh jawab apatah lagi boleh dapat 3 pointer above. Tapi untuk sem 3 ni aku memang berhajat dan berharap sangat dapat 3 pointer. Kalau dapat 3.00 pun tak pe. Janji dapat 3 pointer. Aku tak pernah dapat 3 pointer. Sedih n teruk kan? Huhu.. so, aku berharap dengan berkat usaha dan tawakal aku pada Allah s.w.t aku dapat la 3 pointer tu. Amin~~~
*p/s : good luck untuk semua yang bakal mengambil final macam aku. Buat sehabis baik dan terbaik selagi kita mampu. Selamat belajar! :D
Khamis, 13 Oktober 2011
Rabu, 12 Oktober 2011
Isnin, 3 Oktober 2011
Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Assalamualaikum.. alhamdulillah dengan
cancel nyer class aku jam 8 pagi tadi membuatkan aku tak dapat nak sambung
tidur balik. Sebab da pakai siap2 nak g class. Muka pun da pakai bedak segala
bagai (aku tak make up ea) last2 di pertengahan jalan. Aku menerima satu SMS. “Pls
inform to everyone class is cancelled today, thanks ~miss Vaina~" geram seh. Kenapa tak bagi tau awal2. Nasib baik
tak jauh lagi daripada blok. Nak tau betapa jauhnya asrama aku dengan tempat
kuliah aku. Klik sini.
Alright,
oleh asbab tu. Aku sempat la luangkan masa blogwalking. Aku terjumpa satu entry menarik di blog fara myra.
Missionary
: Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Selanjutnya
boleh baca di sini.
Mudah-mudahan
entry daripada fara myra ni dapat memberikan kita serba sedikit pengetahuan apa
bila berhadapan dengan persoalan yang
sebegini rupa. Ada logiknya jawapan pendakwah tu. Ok happy reading.
Ahad, 2 Oktober 2011
Kecelakaan
Assalamualaikum.
minggu ni aku balik rumah. Dengar2nya mak aku excident. Tapi alhamdulillah tak
teruk sangat cederanya. Tapi kereta je la teruk sikit. Masa nak membelok tu
tiba-tiba ada motor melintas. Then excident.
Risau gak
aku. alhamdullilah semuanya tak apa-apa. Semuanya da settle. Mudah-mudahan apa
yang berlaku ni memberikan peringatan dan pengajaran buat aku dan family aku.
*p/s:
kadang-kadang pengalaman menjadi guru yang paling terbaik buat kita, tapi kadang-kala
pengalaman juga memberikan kesan buruk terhadap kita. Seperti trauma yang
mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Betul tak?
Ahad, 25 September 2011
14 strow 2 gelong getah
Syukur Alhamdulillah aku masih di beri masa
lapang untuk update blog kali ni. hari ni aku join satu seminar. Seminar skor
AKJ (anugerah ketua jabatan) untuk
dapatkan pointer 3 above. Banyak input
yang aku dapat daripada seminar ni.
rupa2nya kita kena tau dan kenal dulu
diri kita ni dari segi psikologinya pastu tu baru la kita dapat tau cara dan
teknik belajar yang betul. insyallah akan aku pratik kan apa yang aku dapat.
Alright, apa yang aku mau share kan kali ni,
ialah apa yang kita orang buat masa LDK (latihan
dalam kumpulan) seminar tu. Kita orang kena hasilkan bangunan yang tinggi
dan kukuh dengan mengunakan dalam 15 atau 14 batang strow dan 2 gelung getah.
Hm.. macam2 bentuk ada. Korang tengok la sendiri kat bawah ni.
Ada yang kreatif tu sebab ada budak civil
eng. Dengan budak seni bina. Mana yang hampeh tu hasil daripada budak akaun dan
electric eng. Hehe.. macam2 kan. Ok that’s all for today . assalamualaikum.
Sukan Poli Sesi Jun 2011
Lame tak
update blog. Hehe.. hari ni baru berpeluang nak update. Baiklah. Semalam, 24
september 2011 poli aku ada buat sukan.
Meriah la juga siap ada moskod lagi. dengan Acara sukan yang bermacam2. Senaman erobik dan perbarisan pun ada juga. Aku juz masuk satu je acara. Susun batu bata. Hehe. Banyak lagi games
macam masukan air dalam botol, boling kampung, tarik tali, makan epal dan
berjalan atas tempurung. Yang menarik perhatian aku, moskod yang mewakili
setiap blok untuk sukan ni, memang kreatif ar diorang ni. aku sempat ambil
gambar moskod tu untuk share kat blog ni. jum tengok.
angry bird |
ni moskod yang paling cute dan paling gempak Mereka la orang yang paling famous pada hari sukan ni. ramai yang berebut mau capture pic dengan diorang. hehe. games semua ok,tapi makan agak kurang sikit la untuk sukan kali ni. cabutan bertuah pun tak de. Kalau macam tahun lepas meriah. Boleh baca kat sini. May be bajet lagi untuk jamuan raya. Hehe. Tak pe la. yang penting enjoy! Tul tak? Hehe. Assalamualaikum. :) |
Khamis, 15 September 2011
Selasa, 13 September 2011
Syukur Alhamdulillah
Syukur
alhamdulillah segala kekusutan dan kekalutan aku tentang LI ni macam yang aku cerita sebelum ni.. klik sini , berakhir juga akhirnya dan kini aku hanya menunggu
esok untuk surat jawapan daripada firma di KL tu. Akhirnya aku memilih untuk
dapatkan surat sokongan LI daripada pegawai LI dan buat surat penolakkan tempat
LI untuk kedua-dua tempat yang aku da dapat di seremban tu. Menurut kata dan
pandangan kawan aku, lebih baik kita bazirkan masa kita hanya beberapa minit ni
daripada aku berhabis duit hampir seribu ringgit untuk satu sem (6 bulan) gara-gara membayar sewa
rumah di seremban tu.
3 hari aku turun naik pejabat LI tu
untuk uruskan fasal ni. satu je yang aku pegang “nak seribu daya, tak nak
seribu dalih”. Itulah yang menjadi semangat aku, kalau aku mau dapatkan sesuatu.
Iya la aku ni pendiam orangnya. So, agak susah la untuk aku cakap dengan kerani
LI tu. Tapi sebabkan aku nak seribu daya, aku beranikan diri. Akhirnya membuahkan
hasil. Jadi sekarang aku cuma perlu
tunggu email daripada firma tersebut. Sesungguhnya aku tau bahawasanya Allah s.w.t lah yang melancarkan dan membantu aku untuk
keluar daripada kekusutan dan kekalutan ini.
Thanks to Shafiq Najib dan Janggut Emas a.k.a Alif sebab mereka berdua juga banyak membantu
aku. Thanks yeah! Assalamualaikum.
Ahad, 11 September 2011
Kena tambah 0.60 sen?
Assalamualaikum. Baru2 ni aku dapat mesej
daripada celcom (aku guna celcom) menyatakan mulai 15 september 2011 (kalau
tak silap aku), kadar top up dinaikkan sebanyak 0.60 sen. Huh? Apa ni? kenapa
pula kena tambah 0.60 sen. Aku ingat celcom je macam tu rupa-rupanya semua
pengguna telefon bimbit (skema je
perkataan) kena. Ramai yang buat andaian kerajaan da tak de duit. Sebab tu la
harga semua benda naik. Huh? Betul ker? Aku pun tak tau.
Tapi kalau kena tambah 0.60 sen, baik top
up RM 10 daripada top up RM 5 ( ni pandangan aku, tak tau la orang lain macam
mana kan.) . rasa rugi pula kalau top up sikit. Hm.. tapi aku agak tak puas
hati la dengan perkara ni. huh.. apa boleh buat bukan aku yang berkuasa atas
semua benda ni. aku sebagai orang bawahan, sebagai pelajar yang tak punya
pendapatan terpaksa akur dengan semua ni. (skema punya ayat. Huhu) kesian
parents aku. Nampaknya lepas ni kena lebih berjimat cermat. Barang makin lama
makin mahal.
*p/s : korang pun ada dapat mesej tu kan ? So
apa pandangan korang? Puas hati tak?
Khamis, 8 September 2011
Adush.. pening pale otak aku..
Aku da tak
boleh nak simpan benda ni sorang . huhu.. Masalah betul la. aku sekarang ni
tengah pening ni. pening fasal tempat praktikal (LI). Dek kerna takut tak dapat
tempat, aku dengan kalutnye telah memohon dua tempat LI secara serentak. Last2
hah... ambik kau kay jue! Dua-dua tempat terima permohonan aku. Ceritanya begini..
Kekalutan
aku tak terhenti di situ jer, aku siap tanya lagi member-member aku fasal
tempat yang sesuai dengan kos yang aku ambil ni. elok jer habis cuti raya aku,
berlambak2 info fasal tempat LI yang aku dapat. Sampai serba salah aku
dibuatnya mau pilih mana satu ataupun terima je tawaran yang aku dah dapat then
buat surat penolakkan untuk salah satu tempat yang aku terima. Hush..
Masa
cuti raya kemarin, aku sempat mohon lagi satu tempat LI yang agak dekat la juga
dengan rumah aku. Tengah dalam proses bersetujuan tempat tersebut, ada masalah
pula... nak surat sokongan daripada pengarah pula. Adush.. ni kerja susah ni.
bukan senang tau mau buat itu. Rasa macam give up pun ada, sebab aku da terima
feedback daripada dua tempat yang terima permohonan aku. Aku rasa macam mau
ambil jak salah satu daripada tempat tu. Senang. Da conform da aku dapat buat
LI kat tempat tu. Tak payah nak mohon2 da. Bikin problem je. Tapi kat seremban
la dua-dua tu. Jauh sangat seh daripada rumah aku. Kena sewa rumah :| aku da la
tak pinjam PTPTN. Hush.. patut ke aku dapatkan surat sokongan pengarah tu untuk
dapatkan tempat LI yang dekat dengan rumah? Tapi.. huhu.. payah kerja nyer.. tu
masalahnya.. hish.. i’m still thinking about this. It’s make me trouble on my
mind to do the right choose. Assalamualaikum.
Rabu, 7 September 2011
Ahad, 4 September 2011
Alorrr... nak cuti lagi..
Tak puas la cuti.. seminggu je mane cukup
seh.. hari ni ada da balik poli da. Hm.. da ada kat poli da pun. Tak sempat pun
nak beraya dengan kawan2 lama. 3 hari kat kampung. Duit raya pun tak banyak
mane la, dah besar2 ni. ada la dalam RM 50 atau RM 69 kot. Tak pe la. daripada
tak dapat langsung kan? Nanti bila da kerja kena bagi duit pula kat budak2. Kejap
je dah nak dewasa. Dewasa yang sebenar-benarnya. Dewasa yang banyak
tanggungjawab. Huh.. bulan 12 ni dah nak LI. Merasa gak la aku macam mana gaya
nya kehidupan orang bekerja. Takut pula hish..
Tak cukup ni cuti. Huhu.. Memang tak sempat
la nak jumpa kawan2! Sedih betul la. tapi bila sekali dapat jumpa.. memang
best. To all my old friends... CKJ here really miss u all. Miss a lot. (betul ke BI aku? Hehe still improving it..)
Alright sekarang nak mengadap segala bagai
assignment dan kerja2 yang tengah beratur tunggu giliran nak disiapkan. Tapi jauh
disudut hari ni teringin sangat2 mau blogwalking dan terjah blog kawan2 blogger
lain. Hish.. apa kan daya belajar lebih utama sekarang. Tak pe tak pe nanti
kalau berkesempatan aku akan buat MEGA BLOGWALKING. Insyallah, dalam perancangan.
eh ea.. lupe pula kita tengah raya kan lagi kan? CKJ je yang da tak raya.. huhu..
selamat hari raya untuk semua kawan2 blogger sama ada baru atau lama, yang otai2 juga tak dilupakan. salah dan silap CKJ selama berblog ni harap diampun hendaknya. semoga raya korang tahun ni lebih bermakna. lebih ceria. lebih duit raya. uhuk2.. haha. That's all. assalamualaikum.
eh ea.. lupe pula kita tengah raya kan lagi kan? CKJ je yang da tak raya.. huhu..
selamat hari raya untuk semua kawan2 blogger sama ada baru atau lama, yang otai2 juga tak dilupakan. salah dan silap CKJ selama berblog ni harap diampun hendaknya. semoga raya korang tahun ni lebih bermakna. lebih ceria. lebih duit raya. uhuk2.. haha. That's all. assalamualaikum.
Khamis, 1 September 2011
Rabu, 31 Ogos 2011
Ahad, 28 Ogos 2011
Terkejut setibanya di rumah
Tah ape-apa la tajuk entry ni kan? Biar
la.. blog aku. Haha. Alhamdulillah setelah hampir sebulan aku terkurung di poli
dan kamsis, akhirnya aku balik rumah juga hari jumaat kemarin. Dugaan betul la
masa nak balik tu. Hampir 3 kali aku ulang alik dan turun naik daripada tingkat
3 blok aku ke pusat islam, gara2 mengangkut baju sidaian aku yang basah akibat hujan, ke
pusat islam (tempat tunggu bas). Mula2 beg baju basah tu bocor, sebab aku
letak dalam beg kertas. Sebab terlalu basah beg tu pun koyak. aku pun
terpaksa la jinjing beg tadi ke blok dan naik tingkat 3 ambil beg lain. Pastu aku da tunggu bas ni.. bas tu tak
sampai2. Bajet jam 11.30 pagi, tapi da nak jam 1 petang tak sampai2 lagi. Tak lama lagi
orang da nak solat jumaat. Mak aku da bising2 da lama sebab lambat nak bas.
Risau jalan sibuk sebab hari jumaat kemarin memang semua budak2 balik raya. Last2 mak aku kata nak ambil aku.
Aku pun patahlah balik ke blok dan naik tingkat 3 bawa segala bagai beg yang
berat tu. Huh.. da ar aku puasa seh masa tu. Sabar je la. dalam jam 4 petang
baru aku balik. Mak aku yang ambil. Huh..
Hah ni yang aku mau cerita ni. hehe.
Setibanya di rumah.. ya Allah.. terkejut aku tengok kawasan perumahan aku. Cube
korang tengok gambar ni.
sabar je la weh... mereka buat macam ni sebab ada pertandingan
menghias blok dengan jalur gemilang.. hm.. serabut dan pening pale aku tengok.
Bukan tak boleh nak buat macam ni. bagus.. tapi agak2 ar.. huhu. ni baru
sebulan aku tak balik rumah.. kalau setahun entah macam mana agak nyer. Huhu..
sabar je la.. aku dengar mak cik – mak cik kat kawasan perumahan aku ni
berlawan2.
Hai... macam2 la kerenah manusia ni. siapa lah agaknya yang menang kan? . apa-apa pun selamat menyambut hari merdeka dan selamat berpuasa yang tinggal lagi beberapa hari saja lagi. assalamualaikum.
Khamis, 25 Ogos 2011
Sabar...
Huu.. jenuh seh.. aku da tak boleh nak
fokus kat study. Jiwa dan raga aku da terlebih dahulu balik rumah. Jasad
je still ada kat sini. TAK SABAR NYE MAU BALIK!!! Huhuhu.. sakit hati aku tengok mereka yang da tak de
kelas esok. Hari ni da angkat beg, balik. Huhu. tapi aku still di sini menanti esok
then pergi kelas menghabiskan waktu kuliah yang masih berbaki. Siap ada kuiz
lagi tu. Memang TERBAIK..
Tak cukup dengan itu kiteorang belum
bercuti lagi dah diberi segala bagai assignment dan presentiation untuk stok
lepas raya. So, lepas cuti seminggu ni kerja2 da beratur da tunggu giliran
untuk disiapkan. Perggghh.. aku rasa kurang enak ea disitu. Huhu. balik bercuti
dengan meninggalkan stok kerja2 yang berlambak. Aiseyman.. mana best macam ni.
hati mau beraya, otak duk fikir kerja mana mau disiapkan dulu sebaik saja da
balik poli nanti. Huhu.. (tak boleh blah)..
sabar je la.. assalamulaikum.
“Belajar ni susah tau tak?”
Rabu, 24 Ogos 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
Aku nak balik! Nak balik!
Huhu.. nak balik! Da lame tak balik rumah. Aku
belum sempat lagi merasa sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang. Dek kerna
kerja2 yang terlalu banyak membantutkan niat aku untuk balik rumah pada tiap2
hujung minggu sepanjang ramadhan ni. aku redha semua tu. Lumrah orang menuntut
ilmu.banyak perkara yang terpaksa dikorbankan demi kejayaan di masa depan.
Ni baru study dalam Malaysia. Belum study
kat luar negara macam sepupu aku. Raya ni pun dia tak balik. Raya kat luar
negara. Lagi sedih. Kalau macam tu tak mau la study jauh2. Rindu~~ hehehe. Arrgghh!
Apa-apa je la! yang penting aku akan balik rumah juga JUMAAT INI!
K that’s all. Assalamualaikum. >_<
*p/s : korang lak macam mane? Da ada kat
rumah bersama famliy ka? Ataupun korang pun sama macam aku? Hehe.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Tolonglah jangan PAKSA!
Paksaan. Salah satu perkara yang aku kurang
suka kalau ia terjadi dalam rutin harian aku. Kadang-kadang paksaan itu baik. Kadang-kadang
tak baik untuk emosi dan konsentrasi aku. Yang tak baik ni, yang aku tak suka. Aku
tak suka paksaan sebab ia buat aku jadi muddy, semua kerja yang aku tengah buat
akan jadi tak perfect, hati memberontak, marah, dan muka masam je. Kalau senyum
pun, tak nampak macam senyum. Ini memang negetive. Tak best. Betul tak? Setiap orang
ada hak dan kehendaknya sendiri untuk menolak dan menerima sesuatu perkara...
Assalamualaikum.
p/s : . Korang suka ke kena paksa, kalau
korang boleh katakan tak nak, ataupun tidak?
Khamis, 18 Ogos 2011
Huh... jenuh seh!
Huh... alhamdulillah.. habis juga aku baca
buku ni dalam sibuk2 aku dengan assignment dan macam-macam kerja lagi. Iya bila
da baca kena habiskan.. kalau tak, nanti kat akhirat nanti buku tu tuntut macam
mana? Risau gak kan? Buku ni tak tebal mana pun.. 144 muka surat jer... baru hari ni dapat
habiskan. Hehehe.. :P
Buku ni cerita pasal seorang adik yang
benci sangat2 kat kakak dia. Then bila semuanya da terlambat, barulah si adik
menyesal. So, kalau berminat nak tau cerita selanjutnya, dapatkan buku ni.
hehe. Sayang kakak! Hehe tapi aku tak de kakak. Aku lah kakak.. hahaha.. ok. Assalamualaikum.
:)
Kategori Orang yang Berpuasa
Assalamualaikum. Haie.. Syukur
Alhamdulillah kerna kita dipanjangkan umur oleh Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyanyang untuk meneruskan amal ibadah kita pada hari ke 18 Ramadhan 1432
Hijrah. Ok.. perkongsian ilmu hari ni tentang kategori orang yang berpuasa. Jum baca.
Kategori Orang yang Berpuasa
1. Puasa Orang Awam : Puasa mengelakkan
daripada batal puasa. Hanya menahan lapar dan dahaga tapi boros untuk membeli
makanan berbuka.
2. Puasa Khas : Puasa bukan sekadar menahan
lapar dan dahaga, malah menahan segala pancarindera daripada melakukan dosa.
3. Puasa Qhawatul Khas : Puasa para nabi,
wali-wali. Menggandakan pahala puasa dengan memperingati Allah dan menjaga
batas-batas pergaulan dan aurat.
Insyallah, apa yang di baca ini dapat kita
jadikan sebagai rujukan untuk kita mempertingkatkan pahala puasa kita dan sampaikannya
kepada saudara seislam kita.
*p/s : korang rasa korang kategori puasa
yang mana? Tepuk dada, tanya iman. :)
Rabu, 17 Ogos 2011
Ahad, 14 Ogos 2011
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bulan Ramadhan
Assalamualaikum. Wah.. lame tak update
blog. Alright. Hari ni aku mau share info tentang puasa. Aku rasa still sempat lagi kan ? jum baca.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bulan
Ramadhan
1. Ramai yang puasa tapi tak solat.
2. Pada malam pertama Ramadhan, ramai orang
yang datang solat terawih. Pada penghujung bulan Ramadhan, bilangan makmum
berkurangan dan boleh dikira bilangan.
3. Berbalah semasa sendiri mengenai raakat
solat terawih. (sunat 8 raakat pada 3 hari awal Ramadhan)
4. Mementingkan yang sunat, tidak
menunaikan yang wajib.
5. Tidak mengetahui mengenai hukum hakam
berpuasa. (Banyakkan ilmu di bulan syaaban sebagai persediaan Ramadhan)
6. Tidak menjaga kehormatan bulan Ramadhan.
(tidak menjagan perkara yang mensyawatkan)
7. Meninggalkan sahur dan sahur bukan pada
waktunya.
8. Melambat-lambatkan berbuka. (mulakan
berbuka dengan 3 perkara. 1. Buah kurma/ air masak. 2.solat dulu baru makan
yang berat2. 3. Makan dengan tangan.)
9. Berlebihan ketika berbuka
10. Bertambah-tambah malas
11. Mengaut keuntungan dunia daripada
akhirat.
12. Gagal mengawal kemarahan.
Insyallah pada yang dibaca ini dapat kita
amalkan dan sampai pada mereka yang tidak tahu.
Khamis, 11 Ogos 2011
Rabu, 10 Ogos 2011
Selasa, 9 Ogos 2011
Eiii rasa macam nak menjerit je!!
Arrrggghhhh! Tension! Banyak kerja. Berlambak.
Bertimbun2.. nota tak de. Sebab subjek baru. Kena search sendiri. Tu pasal
kerja banyak yang terbengkalai. Yang paling tension da dua subjek kena rujuk
notes sem 1. Adush.... huhu.. da la minggu ni tak boleh balik rumah. Tiba-tiba
pula ada aktiviti sampai 4 jam. Ambil kedatangan lak tu. Kalau tak datang dapat
surat amaran.Baru je nak merasa berbuka dan bersahur bersama family. Huhu.. :’(
nak cari tempat praktikal lagi. Kalau lambat tak dapat tempat. Minggu depan ada
dua subjek yang ada kuiz. Huhuhu.. meletop pale otak aku macam ni. huh... dugaan bulan ramadhan.
~Jeritan nurani Cik Kay Jue~
Assalamulaikum.
Ahad, 7 Ogos 2011
Cara nak kejutkan orang bersahur
assalamualaikum. aku ada benda menarik mau share ni. sedang aku tengah kodek2 folder kat dalam external, aku terjumpa benda ni. aku tak berapa ingatlah kat mana aku ambil benda ni. sebab da lama sangat aku simpan. may be ada diantara korang yang penah baca benda ni. it's ok. baca je la.
Kalau nak kejutkan orang bangun
tidur especially sahur, cara-caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil panggil nama dia perlahan lahan
2. sentuh bahu orang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
4. tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
5. tutup kipas/air cond
2. sentuh bahu orang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
4. tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
5. tutup kipas/air cond
(tapi kalau still tak ada effect)
1. jerit nama dia kuat kuat
2. gigit ibu jari kaki dia macam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi, kalau boleh air rendaman baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam 6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambil bau sikit
1. jerit nama dia kuat kuat
2. gigit ibu jari kaki dia macam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi, kalau boleh air rendaman baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam 6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambil bau sikit
(tapi kalau still tak ada effect gak)
1. pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
1. pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
(tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir)
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan, kerana tuhan lebih menyayanginya...
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan, kerana tuhan lebih menyayanginya...