Isnin, 28 Mac 2011

Cepatnyer masa berjalan!


Haei.. assalamualaikum.. sedar2 jer da nak final sudah. Tinggal lagi 2 minggu lebih jer. Huhu.. takut seh! Subjek2 sem 2 ni memang mencabar daya mental dan kepikapkan aq..(kepikapkan?? Hui pe mende tu?? Peka la.. huhu.. merosakkan bahasa lorh kau ni kay jue!)  sem pendek lagi.. banyak pula aktiviti kamsis sem ni. Pelik pelik.. sem lepas, sem panjang tak de la banyak aktiviti sangat. Hu.. xpe la yang penting aq enjoy ngn aktiviti yang di buat. >_<  hish.. risau la. Final ni ada 4 paper. 4 subjek ar kn. Digital electronic, electrical circuit, semiconductor device, and engineering mathematics 2. Semuanyer killer subject! Aarrrggahhh..! huhu.. harap2  jadual exam ni ada byk gap macam sem 1.. ada gak masa beberapa hari untuk study.  Minggu ni ngn minggu lepas, baru jew lepas habis 2 amali test. Tinggal lagi 2 amali test. Payah lorh nak buat. Sebab aq salu tengok jer org buat. Hm.. sem depan aq berhajat nak cube join mereka dan tanya mereka macam mana nak buat lab tu. Serik2 kena marah ngn lecture sebab tak tahu buat.  >_<!

Adab2 Tandas


Ketika masuk tandas
1. Tutup kepala
2 .Baca doa masuk tandas
3. Langkah dengan kaki kiri
4. Pakai selipar(alas kaki)
*syaitan akan ikut kita masuk rumah jika tidak pakai alas kaki
*pakai selipar juga dapat elakkan bateria masuk dalam kaki
5. Jangan masuk tandas ketika azan berkumandang
*syaitan akan lari masuk tandas ketika azan berkumandang
6. Jangan berada di dalam tandas terlalu lama
7. Jangan bercakap semasa di dalam tandas
*syaitan akan masukkan najis ke dalam mulut orang semasa bercakap di dalam tandas
8. Jangan tengok najis
*cahaya pada wajah akan hilang jika melihat najis
9. Jangan bawa perkataan atau tulisan Allah dan Muhammad di dalam tandas
10. Basuh kemaluan tiga kali dengan tangan kiri
11. Berdehem ketika buang air kecil
*elakkan daripada kencing berdiri, kerana percikan air kencing itu menjadi penyembuh luka2 syaitan
12. Rendahkan kaki kiri, tinggikan kaki kanan, tangan kanan tekan ubun kepala dan tangan kiri  tekan sebelah kiri pinggang ( ketika buang air)


Ketika mandi
1. tutup bahagian bawah pinggang

Ketika keluar tandas
1. keluar dengan kaki kanan

~Taklim Pn.Nurul, Isnin 7/3/2011, lepas maghrib,surau muslimah,polipd~

Selasa, 15 Mac 2011

Lewat (12 mac)

Petang ni aq dgn 5 org lagi member aq nak kuar g pasar batu 4. Al maklum la tak penah pergi. Ni yang nak pergi ni. Tapi dari pukul 6.00 tggu bas tak sampai2.. pukul 6.40 baru ada bas. Fikir jugak dlm 2, 3 kali nak pergi ke tak, sebab limit kuar kamsis sampai kul 7 jer biasanyer. Nasib baik pak gruad tu bagi limit paling lewat sampai jam 8 sebab kafe tutup.( tak patut betul... xpe la redha je la may be ada kecemasan kot. Tu sb dia tutup) sampai jer kat pasar kiteorg terus g cari ape yang nak beli. Kalo da membeli... biasa la perempuan of cause lame tak sedar yang hari makin lewat.  Bahananyer  bas tak de nak balik.  Ayok tak tahu.. huhu..  mane tak nyer da kul 7.30 da masa tu. bas terakhir kul 7.45 tapi menurut kata orang yang tegah tggu bas kat situ, bas tak kan behenti sebab bas memang penuh kalau dah waktu2 macam ni, Jadi  Kiteorg tahan teksi tapi teksi tak leh ambil sampai 6 org sekaligus.(mmg la tak boleh da lebih had kan?) diorg sume da risau da. Last2 member aq yang sorg ni call member dier (penyelamat kami hihi) Nasib baik member dia leh ambil. Lega sikit seh. Sampai poli da pukul 8.17 malam.(da lebih limit seh!!!) Aq da risau takut kad kamsis kena tahan. Tapi nasib baik masa kiteorg balik tu ada budak2 kamsis nak  kuar beli makan kat luar sebab kafe tutup. Hihi.. hari ni penuh dgn nasib baik. uhkuwah yang terjalin antara aq dan kawan2 aq semakin bertambah baik . sesungguhnya aq seronok sangat hari ni, penuh advanture dan kenangan yang bermacam hihi. Thank you Allah.. >_<

Kelas ganti hari sabtu

Hah.. itu kisah konvokesyen di polipd aq. Ini kisah hari ni punyer. Hari sabtu yang penuh dgn kenikmatkan dan rahmat Allah bg org2 yang xde kelas dihabiskan dengan tido da bangun lewat di pagi hari dan rest di bilik jerk! Tp bagi aq insan yang bernama Kay Jue(bukan nama sebenar) pagi2 lagi sudah bergegas bangun tika mereka yang lainnyer sedang nyenyak dibuai mimpi......( oi oi !! ape ni.. asal di bunga sgt ayat huh? Da2 tukar channel! Hish.. budak ni.. main2 remote larh.. uhuk uhuk..)

Maaf2 ada iklan tdi..:P hari sabtu hari bersamaan dgn 12 mac 2011. Aq ada kelas ganti untuk subjek koko aq.. (kaunseling) lame seh.. 4 jam.. dari kul 8 pagi sampai kul 12 tgh hari.. hui.. kalo tak datang ni terus gagal seh! Nasib baik lecture tak fokus pada subjek koko. Lebih fokuskan pada kaunseling. Jadi tak de ar boring. Yang aq nak share di sini, kiteorang di suruh present tentang satu jurnal yang di tulis oleh orang yang da ada ijazah. Serius aq tak paham jurnal tu citer pasal ape.. rasa2nyer hampir satu kelas tu tak paham tentang jurnal yang diorg dapat. Dia present by group (ai  ceh ceh.. spoking  seh! :P) nak buat macam mane nak tak nak kene wat gak.. kalau tak dapat markah. Jadi present je la tah ape2 tah.. lantak ar.. huhu... yang paling boring ada satu group tu dia baca jer sume yang ada kt dlm jurnal tu.. fuh dahsyat! Lame + boring = melebihi had masa (wah ada equation lak.. :P) ish2..  yang best nyer kiteorang buat kuiz tapi open book.. (acam? Bagus kan? Tp bukan salu dapat cm tu.. jarang-jarang. Hihi.) senang betul lak kuiz tadi. Comfrm ar aq dapat 100%..( berlagak seh dier ni! Maafkan dier ea..huhu)


Minggu konvokesyen di Poliku


Assalamualaikum..
Haei...maaf sgt2 sb aq tak update  blog ni untuk beberapa hari ni.. bukan aq sengaja.. WiFi ar buat hal.. asal aq buka computer icon WiFi xde..  da nak seminggu da kot.. byk citer yang aq nak share kt blog ni tertangguh-tangguh , tp walau apa pun ha.. da alang2 leh connect ni.. aq citer sume yang aq nak citer ea.. (buleh tak? Huh? Ish.. mst ar buleh.. blog aq. Aq punyer suke ar kn? Hihihi :p) minggu lepas , 8-11 mac poli aq da Majlis Konvokesyen.. hui.. banyak seh kete. Ramai gak yang grade! Patut la poli buat sampai 4 hari. Kalau buat dalam satu hari je.. mst sesak poli dgn manusia2 dan kete2 mereka. May be parking  penuh sampai depan kamsis.. (hihi..pandai 2jer wat andaian!) tapi best lorh minggu konvo ni.. sebab ada gerai konvo. Macam2 diorg jual. Tudung, kasut,  baju, bunga, teddy bear(geram seh aq negok yang kecik2 n cute2 sume nyer..!!!) , makanan(ni paling byk) dan yang same dgnnya. Da macam hari kantin sekolah da. >_< suke suke suke..  seronok aq tgk orang2 yang konvo tu.. pakai topi empat segi dgn jubah biru.. pastu pegang sejambak bunga.. berjambak2 pn ada gak aq tgk. Hish.. ni yang buatkan aq nak habis kan study cepat-cepat ni! Nak konvo! :D mahu mahu! Hihihi.. 2 tahun daripada sekarang! Chaiyok Kay Jue! Yeah!! Haha..(ter  ’over’ spirit larh.. hohoho.. sorry   ~_~ )

Comel kan? hihi..^_^

Ahad, 6 Mac 2011

Dah lamaku cari akhirnya ketemu jua

Assalamualaikum. Haei.. Aq happy hari ni. Sebab dapat juga aq beli buku ‘Rabiyatul Adawiyah’ ni. Da lame seh aq cari. Tengok2 ada kat kedai buku yang dekat-dekat dengan rumah aq. Syukur la sekarang buku ni ada di tangan aq untuk aq baca. aq memang teruja mau tau siapa dia Rabiyatul Adawiyah ni. Dengar-dengar, seorang wali Allah.
Hm... ok that’s all aq mau baca buku ni.Harap selepas baca buku ni aq dapat mengenali siapakah Rabiyatul Adawiyah. >_< 

Khamis, 3 Mac 2011

Fire Drill



Huhu... kul 12.57 pagi tadi kejadian tersebut berlaku. Sedang aq nyenyak tido bersama bantal-bantalku yang tersayang. Tiba2.. siren bunyi.. adush!! Fire drill!! Aarrgghhh.. cepat2 ambil bende2 yang perlu then kuar g kat padang futsal.. huhu.. hah.. iye2 la tu aq buat macam tu.. xde makne nyer.. aq dgr bunyi siren tu.. tapi aq masa tu tgh blur2, mamai2 dan terbingga2 ikut jer dorg sume kuar.. dalam hati aq adush.. time time ni ler nak buat fire drill.. asal tak buat sem lepas jer  adush..  aq da plan baik da mlm ni nak tido dengan nyenyak nyer..tengok-tengok ada aktiviti ni lak.. hm.. ikut jer la..  sambil-sambil tu aq sempat gak perhatikan gelagat dak2 ni.. macam2. Ada yang pakai baju tido, ada yang pakai kain batik, ada yang sempat bawa beg lagi... wah bagus betul.. hihihi.. macam2..  ada gak yang rentung. Limit masa yang dihadkan utk berkumpulan kat padang futsal  5 minit jer.. ish3.. mane yang rentung tu kene denda.. denda nyer lari 5 pusingan padang futsal. Kesian seh aq negok  mereka. Kul 1 pagi kene exercise.. ish3.. lepas da settle semua.. baru la kiteorg  dibenarkan balik bilik. Aq pn ape lagi.. sambung tido lorh.. hihi..  fire drif ni kira fire drill yang pertama bagi aq di poli ni. Sebab sem lepas x de buat pun. Ape ape pn lps ni dapat ar aq tido lena. Da xde da nak risau2 kat fire drif lg. (jangan-jangan ada fire drill kali kedua.. hui.. janganlah.. huhu)

Rabu, 2 Mac 2011

Adush.... huhu.. :'(

hari ni dapat result test semiconductor devices. huhu.. aq kena dende.. :'( lecture kata sape yang dapt bwh 70% kene denda.. huhu.. aq dapat 58% jer.. nasib baik ada teman. lecture suruh pilih nak denda ape, sama ada "Chicken Dances" atau nyanyi. huhu.. dua-dua aq tak nak! :'( last2 lecture suruh nyanyi kat depan kelas. nyanyi lagu P.Ramlee, MAAFKAN KAMI. aq tak mampu nak buat ape2.. senyum jer la nak ttp malu.. padahal ati aq menjerit2, geram ngn diri aq sendiri, then kecewa sgt2.. huhuhu..:'( nasib baik nyanyi ramai2 kalau seorang2 may be aq da nangis da kat situ. aq mmg tak faham sgt la subjek ni. huhu.. risau betul la da la subjek ni masuk final. runsing2.. ape2 pn aq mst kene cari jalan tu mahirkan subjek ni! aq x nak carry!!

Petang tadi jam 2.15. aq ada kelas kokurikulum (kelab Kaunseling). lecture bagitau hari sabtu mggu depan da kelas pulak... adush.. aduh.. sakit ati aq.. ddk kamsis lagi! huhu.. da sbln lebih aq tak balik rumah.. baru je plan mnggu dpn nak balik rumah.. sb mnggu ni kemungkinan ada kelas ganti digital electronic. huhu..(harap2 kelas tu ganti hari lain.. aq nak balik lorh.. huhu..) sabar jak la weh.. huhu.. tak pe... demi mendapatkan segulung diploma. aq tabahkan hati. aq pujuk hati ini dengan memikirkan masa depan yang cerah.. huhu.(ceh ayat baik punyer!)



go  Kay Jue go! you must do it!! yeah!

Selasa, 1 Mac 2011

Amali Pengurusan Jenazah


Pukul 2.15 tadi, waktu agama islam. Di Pusat Islam. (fresh lg ni dalam ingatanku) Hari ni semua budak2 yang ambil kos elektrik buat amali mengkafankan jenazah. Termasuklah kelas aq gak. Budak2 perempuan kafankan cara perempuan dan sebaliknyer. Amali ni gak penting untk makah agama bg sem dua ni. Klakar la.. tapi benda ni benda serius kan? Fardhu kifayah. Yang jadi model nyer bukan org lain pun.. member2 aq gak. Jadi ramai gak ar jenazah yang di kafankan tadi di Pusat Islam. Hui.. dahsyat.. siap ada yang bergambo ngn model jenazah yang da siap di kafan lg tu! Ish3.. pusat islam td tu da bau kapur barus, cempaka.. dan semua ar bahan2 yang digunakan utk urusakan kafan jenazah. (tak sangka lak amali.setahu aq sem lepas tak de. hebat sem ni. hihi.. )

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM


Minggu ini berlangsungnya ‘Minggu Penghayatan Islam’ (MPI) di poli aq selama 4hari. Aq sbg salah seorang ahli rakan PI , terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.. (wah.. ayat da macam buat laporan daa..  ~_<  ) utk MPI ni biro aq iaitu biro sukan diberi tugas utk handle aktiviti kuiz. Da selamat da dijalankan semalam.(28 febuari 2011) sampai kul 11 lbh.. sebab susah sgt nak cari pemenang.. sebab  markah nyer asyik seri jer.. (agak nyer la..hehe..:P) finally dapat gak.. pemenang tempat pertama dan ketiga di menangi oleh muslimat dan tempat kedua dimenangi oleh mulismin. Tahniah dan terima kasih kerana menyertai kuiz ini..
Lega... settle sudah kuiz dengan jayanyer.. (^_^)  lepas habis kuiz tu, aq join ahli2 PI yg manage pameran buat penanda buku untuk bg kpd sesiapa yang da dtg berkunjung ke pameran tu.. cantik penanda buku ini.. geram lorh tgk.. huhu..



 


Acam cantik x? (^_^) hihi.. semua aq suke! (maaf la aq just capture je.. sebab tu x jelas. kalau scan mst jelas kn?)