Selasa, 31 Januari 2012

Januari Tammat

Ea eh! Da 31 Januari hari ni! tak sedar pun.... cepatnyer masa berlalu! (tak nak la guna ayat ni. standard  sgt. Da biasa da.) aku ubah sikit. Macam ni ----> Ea eh! Da 31 Januari hari ni! ish ish ish.. cepatnyer nak tua.. aku terima hakikat dan kenyataan tu. Biar tua usia, asalkan muda paras rupa. Hehehe (tak nak ngaku tua gak tu)  ok. 


Perubahan yang aku rasa...urm.. dari segi pemikiran.. urm.. matang?? Adalah sikit.. fikir macam2 hal, macam2 benda, huh.. malas nak kusutkan kepala otak ni. biar la dulu perubahan-perubahan yang baru je nak mula ni. tengok ar nanti apa jadi kat aku. baru surprise sikit kan?

Macam-macam jadi sepanjang bulan Januari ni. Tapi tak mencabar sangat la. Best memang best. Sebab tak tension. Tak de assignment.tak de bengkel Dan yang penting tak de PRESENTATION. Hehehe. :)  hah.. itu yang tak mendatangkan stress. Yang seronok.. ada family. Makan sedap, mak masak. Bilikku kawasanku. Televisionku.Peraturanku.. dan banyak lagi.. haha. Haish.. macam-macam. :) ok la, dengan ini tirai Januari ditutup. Assalamualaikum.


*p/s : sambil2 tu jom layan lagu ni. best. OST cerekarama TV3 sabtu lepas. :)




Khamis, 26 Januari 2012

huh?!

Assalamualaikum. Ok seperti yang aku gtau semalam, aku akan cerita kenapa reaksi aku macam gambar semalam. Walaupun apa yang berlaku bagi korang tak la gempak sangat macam dalam gambar semalam. Huhu.

Sebab pertama, huh?! alamak.. ada orang kat office da tau yang aku ada blog! Huhu... terkejut juga la aku macam ni http://www.emocutez.com tapi aku tak tau siapa dia. Huh.. pelik. Mungkin sebab aku letak logo TM kat Kay Jue Blog ni kot. yang cerita fasal hari pertama LI aku. Hu.. it’s okay la. Tapi memang tak sangka.

Sebab kedua,.oh, tidak! Aku kena menjejakkan kaki aku ke polipd hari ini. Hu.. tak suka ar.. huhu... aku pun tak tahu mau kasi tau macam mana. Yang penting tempat tu tak best. Bosan. Jiwa aku tak ngham dengan suasana kat situ. Tapi kat polipd ni la tempat aku dapat belajar kos yang hebat tu. Engineering. (hebat bagi aku sebab tahap kepandaian aku ber ‘status’ sederhana) kat poli ni juga la aku akan mengengam segulung diploma. Huh.. aku redha dengan ketentuan Mu, ya Allah.. :) sebenarnya tujuan aku pergi ke polipd hari ni, nak ambil boucer RM 200 tu. Ni dia... taaaaraaaa.... hehe..
oppss! boucer ini BUKAN untuk dijual. tq. :)

*p/s : Rasa macam nak cuti kerja la hari ni. boleh tak? bos tak de kat office. cuti. Tak pe kot? Aku Cuti je la.. Tuzki Bunny Emoticon

Rabu, 25 Januari 2012

Wordless Wednesday*13

Hrum.. lama tak post ‘Wordless Wednesday’  ni. Sepatutnya  tak de word dalam post ni. Tapi tak pe la blog aku. Suka ati aku la kan? Hehe. Ok ni yang aku rasa hari ni. 
Esok aku cerita. Huhu..

Rabu, 18 Januari 2012

Ramai yang membantu :D

Assalamualaikum. Alright  aku terus saja kepada apa yang aku mau share kan dalam entry hari ini. Sepanjang  4 minggu ataupun sebulan aku pratikal, Syukur Alhamdulillah. Banyak info dan maklumat yang aku dapat dengan bantuan dan tunjuk ajar staf-staf di sini. Ramai yang berlapang dada mencurahkan ilmu yang mereka tahu kepada aku yang masih lagi sedang menuntut ilmu ni. Macam-macam bahan dan cara yang aku dapat tahu. Doa aku tiap kali lepas solat tu Allah kabulkan. Aku minta supaya semua kerja-kerja dan urusan aku dipermudahkan dan berjalan lancar. Iya aku yakin betul-betul yakin Allah makbulkannya. Syukur Alhamdulillah.  :D

Pada mulanya aku memang risau takut tak dapat info untuk report aku. Iye la bagi orang pendiam macam aku ni memang susah la nak dapat maklumat kalau aku tak ringankan mulut untuk bersuara. Tapi dengan doa aku tu maklumat yang aku perlukan sekarang lebih daripada cukup. Malah aku siap boleh pilih-pilih lagi yang mane nak yang mane tak nak. Subhanallah... hebat betul la kuasa doa dan kekuasaan Allah s.w.t... :D

Aku berterima kasih kepada En.Zunaidi, En. Nizam, En. Zefrull, Pn. Nurhayatie, Pn.Rusma, En.Ibrahim, En. Che Ani, En.Amin dan lain2.. tak mampu untuk aku nak senaraikan nama mereka kerana banyak membantu diriku yang pendiam ini. hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Semoga mereka semua di berkati Allah s.w.t. :D Thank a lot!

Jumaat, 6 Januari 2012

Hukum memotong kuku dan rambut ketika haid


Assalamualaikum.. syukur alhamdulillah aku punya sikit kesempatan hari ini untuk blogwalking di blog kawan2 blogging yang lain. Aku terjumpa satu entry yang menarik dan selama ini mungkin kita was-was atau kurang pasti tentang hukum memotong kuku dan rambut ketika haid. Jum baca lebih lanjut di blog nurul ain (klik sini). Thanks to ain sebab share entry ni. :)

Ahad, 1 Januari 2012

2012

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2012. :) tak sangka aku yang aku boleh kekal berblog. :) Alhamdulillah Allah panjangkan usia aku. Dapat aku melangkah ke tahun 2012. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang tahun 2011 yang lalu, banyak juga kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan rasai. Aku sendiri tak tau nak bagitau sama ada aku gembira atau pun sedih. Tapi, pada ujung tahun 2011 aku agak terkilan dengan kawan2 sepermainan aku masa aku kecik2 dulu. May be jodoh persahabatan kami setakat ini. Dah tak serapat dahulu. Tapi aku rehda dengan semua tu. Terima kasih sebab mereka semua pernah jadi kawan2 yang terhebat dan best buat aku. :)

Ok. Tutup buku pasal tahun 2011 yang telah meninggalkan kita sama ada kita sedar, tak sedar atau buat2 tak sedar. Hehe. Azam tahun baru? Hm… tak de kot. Setahu aku , aku tak de azam. Tapi impian banyak. Impian dan angan-angan yang tak logik, merepek2 dan mustahil untuk jadi kenyataan.  Hehe.. walapun macam tu, aku suka. Hanya tu je yang menjadi penghibur aku masa aku bosan.. ngee~~  dan setiap apa yang aku inginkan kebanyakkan nyer semua nya tak menjadi seperti yang aku harapkan. Hehe.. it’s ok. Aku tahu Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku. :)

Walapun apa pun aku tetap punya harapan untuk tahun 2012. Aku harap  persahabatan aku dan Elliza akan terus kekal hingga ke syurga. Aku harap aku akan ceria sentiasa untuk memulakan lembaran baru 2012 ini. Harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknye. Ok.itu saja ulasan dan luahan hatiku sempena tahun baru ini. Semoga dirahmati Allah. :)