Jumaat, 31 Ogos 2012

Jadi tak?

Assalamualaikum. Tempoh hari kawan ckj Farah Amirah, dia juga seorang blogger.. mungkin ada juga yang kenal beliau.. hehe.. Dia kawan poli ckj dulu. Tapi ckj sempat kawan dengan dia face to face selama satu sem je.. lepas tu dia tukar pengajian ambil nursing. Then sejak tu kitaorang just contact by media elektronik je.. 

Alright sambung cerita hehe. Dia minta ckj buatkan Header untuk blog dia.. (wah first time aku buatkan header untuk orang) berminggu juga la dia minta ckj buatkan.  minggu lepas baru sempat ckj buat, disebabkan masalah-masalah teknikal yang menghalang. hehe.
Farah juga mintak ckj buatkan doodle nurse. Tengok ni..jadi tak?
Banyak kurangnya doodle ni kalau orang yang prob tengok. huhu.. ckj kena banyak belajar lagi ni.. ckj still tak tau macam mana nak buat tangan huhu... 

Farah juga nak header yang simple je.. kalau nak tengok boleh la pergi ke blog Beliau.. 

Thanks ea Farah sebab percayakan aku untuk buat header dan doodle blog kau.. :P

*p/s : oh ya.. Salam kemerdekaan dari Cik Kay Jue untuk korang semua.. >_<

Rabu, 29 Ogos 2012

ww*34

Subjek : Circuit Analysis
Effect kepada otak aku : argghh.. fening-fening... what going on? 

Isnin, 27 Ogos 2012

serbe serbi....

Assalamualaikum.. 
Cak! hehe... acam terkejut tak? hehe..Syukur Alhamdulillah.. dapat juga ckj update entry hari ni.. 
Hari ni bermula la segala aktiviti harian yang penuh dengan kebisian seperti biasa.. untuk ckj pula... 
huh.. untuk permulaan hari pertama memulakan kelas... Serbe serbi malas hari ni. Iya la mood raya still ada lagi. Bangun tidur pun lambat. Bila da pergi kelas.. Alih-alih lecture tak datang pula! huhu.. kalau tau baik sambung tidur je tadi.. huhu..

Lepas tu hari ni sepatutnya ada 3 kelas. Satu kelas je yang ada hari ni.. dua lagi cancel. adeh... penatnyer...  

Sabtu, 25 Ogos 2012

kejapnyer...!

Assalamualaikum. huh.. tepat je jam 12 tengah malam ni dah masuk hari ahad kan? huhu... Tak puas la cuti seminggu je.. rasa macam malas pula nak balik poli... masuk je minggu ni.. ada dua kuiz da tunggu giliran nak kena jawab.. adeh... 

Ada lagi beberapa jam je lagi ckj nak berangkat ke Negeri Sembilan dan meninggalkan Ibu Negara, Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian.. huh.... sabar je la.. setahun je lagi aku nak grade! yeah! mesti kuat dan semangat..! 
Nampaknya bersawang lagi la kot Kay Jue Blog ni... huh? ckj da nampak da Encik dan Puan labah-labah bawa lori, angkut perabot rumah dia nak memulakan hidup baru di blog Ckj... huhu.. korang tolong tengok-tengok kan Kay Jue Blog untuk ckj ea.. hehehe... 

Kepada korang yang sama nasib dengan ckj.. jum jum balik ke sarang semut masing-masing.. cuti da habis da.. Good Luck juga buat korang ya? adios... >____<

Khamis, 23 Ogos 2012

Al-kisah disebalik nyalaan api pelita...

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah untuk malam raya kali ni ckj dapat la merasa bersiapan malam raya yang ckj tak pernah rasa sebelum ni. Ckj tukar sarung kusyen, masukkan minyak tanah dalam pelita, masukkan kuih dalam mulut dan balang.. dan macam-macam la.. hah.. kalau macam ni baru la ada feel raya betul tak.? kesian kan ckj, raya kali ni baru dapat merasa semua tu.. huhu..

Ni ckj mau kongsi dengan korang.. Sebenarnya ada satu kisah yang terjadi masa ckj tengah tuang minyak tanah dalam pelita ni.. hehehe.. Ckj tuang minyak tanah ni kat tepi tangga rumah.. then minyak tu tumpah.. habis tepi tangga tu bau minyak tanah.. ckj dengan sepupu ckj da panik da ni.. jenuh duk fikir macam mana mau hilangkan bau minyak tanah tu. Last-last kiteorang lap je dengan kain basah... huhu..
Esok tu kan... tangga rumah tu baru je cat then cat tu tanggal sebab terkena minyak tanah.. yang sepupu ckj ni.. cakap kat mak dia yang adik-adik dia yang buat.. tak ngaku.. adeh.. Ckj da serbe salah da ni.. Tapi kalau nak fikir logik adik-adik sepupu ckj tu memang nakal pun.. 
Bila ckj keluar tengok tangga rumah tu terpaksa la dilapik dengan tikar getah.. huhu.. da mencacatkan pandang da kat tu... huhu.. Nasib baik atuk dia tak perasan.. huhu.. er.. bukan salah saya cat tangga tu tanggal.. hehehe.. Masing-masing buat tak tau je. Macam tak de apa-apa yang berlaku.. kiteorang siap dapat duit raya lagi daripada atuk dia.. hahahaha.. kenangan di Aidilfitri.. syuuuhh... :P

Rabu, 22 Ogos 2012

kuih raya yang wajib ada di rumah CKJ

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya. urm.. raya kekok pula ckj nak mulakan story di Kay Jue Blog ni. Al maklumlah agak lama juga tak meng 'update' entry.. hehehe. Alright..

Pada tiap-tiap tahun sejak ckj tau nak buat  Kuih Cornflakes Madu  ni, kuih cornflakes ni  jadi macam tradisi / kuih raya wajib ada di rumah ckj tiap kali raya.. .tapi untuk raya kali ni Ckj tak sempat pun mau buat  kuih ni. Dladola yang buat kali ni.. Atas sebab ckj balik ke  Kuala Lumpur agak lewat sikit kerana  poli PD cuti lambat. Semua kolej-kolej, Universiti, Matrix dan lain da cuti da..  
goooglepunyagambar.com
Dapat la buat dalam satu atau dua bekas besar. Dan kuih ni la yang paling cepat habis.. bukan tetamu yang makan.. tuan rumah yang makan.. hahaha.. Serius.. kuih ni sedap! dan senang nak buat.. 

p/s:  korang pula apa kuih wajib yang mesti ada di rumah korang tiap kali raya? meh la share dengan ckj.. >_<

Selasa, 21 Ogos 2012

Terima Kasih!

Assalamualaikum. >__< Ckj terus pada cerita nya ea.. Sampai je ckj di rumah sehari sebelum raya yang lepas ckj terima sepucuk surat daripada seorang blogger... 
urm.. dapat agak tak siapa? hehehe.. alright sambung cerita.. :P

Ckj pun buka la sampul surat tu.. dalam sampul tu ada sekeping kertas. Nampak macam kad.. 
Dia tulis gores dengan cermat.. kat bawah kad tu ada tulis alamat blog beliau... arisyalee.. owh... tau da siapa yang bagi ni.. ary! hehehe... alright... jum gores dan tengok apa yang ada disebalik cat warna biru ni..

taaraa.. da gores da.. 
wah... comel la ary... doodle ary main bunga api.. >___<  nak tengok yang clear? 
ni dia.. wah.. kreatif la ary.. buat kad raya macam ni.. owh.. patut la hari tu ary minta alamat rumah ckj.. nak bagi kad rupanya. huhu.. terharu rasanya... huhu.. terima kasih ary.. ckj tak bagi apa-apa pun... huhu.. insya Allah tahun depan.. hehehe... 

Terima kasih sangat-sangat ary.. ckj tak tau nak cakap apa.. huhu.. :') 

Khamis, 16 Ogos 2012

We gonna miss you

Assalamualaikum. Alhamdulillah... semua kerja-kerja da siap... da siap ka? hahaha.. Wah da ramai da yang wish hari raya kat entry blog korang ea.. belum raya lagi la.. hish... hehe.. ckj nak wish nanti la.. hehe.. 

Alright.. So macam mana dengan puasa korang ok? bangun sahur tak? pergi terawih tak? Banyak manfaatnya yang kita dapat.kalau kita buat. Cuma ckj kesal sikit la... baru ramadhan yang ke sepuluh lagu raya da kedengaran di radio.. huhu.. rasa macam..  Bulan ramadhan ni tak bermakna..  sedih pun ada... kalau zaman dulu orang suka kat bulan Ramadhan ni.. sebab boleh dapat banyak manfaat darinya.. rasa tenang je... kalau boleh nak setahun macam bulan ramadhan. tanda-tanda dunia akhir zaman kot.. 

Kini ramadhan hanya bersisa dua hari saja lagi... sedih dan sayu rasanya nak biarkan ramadhan pergi...  
 Semoga kita semua telah berjaya kecapi nikmat dan kemuliaan yang ada di bulan ramadhan yang penuh berkat ni... Semoga kita akan bersua lagi ya Ramadhan...

Sabtu, 4 Ogos 2012

dugaan bulan ramadhan...

Assalamualaikum. huh.. lama tak update blog. Sebab yang pertama kerja banyak. Sebab yang kedua sebab internet block. Dugaan yang terbaru charge lappy aku hilang. Kena curi rasanya.. huhu. dugaan. Lappy aku pula da habis bateri. huhu..Sabar je la.. 
Mungkin ada sesuatu yang lebih baik akan berlaku kan? huh.. ok nak sambung buat assignment. Kreadit beruk band and lappy to safya.. :)