Selasa, 30 Oktober 2012

beberapa minggu lagi

Assalamualaikum. huh.. tinggal beberapa minggu lagi ckj mau final exam. Untuk semester ni ckj ada enam paper kesemuanya. Paper paling banyak untuk semester ni. Sebelum ni juz 4 paper je.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan ckj dapat la skor semua paper.. 


Good luck juga buat korang yang senasib dengan ckj.. >_< sama-sama la kita berjuang. Yeah! Chaiyok-chaiyok.. Wish me luck ok? 

Isnin, 22 Oktober 2012

Hingga ke Puncaknya...


Assalamualaikum.. >_<  ada sesuatu yang menarik ckj nak cerita kat Kay Jue Blog hari ni. Sebelum cerita nak senyum lebar dulu.. >_______________________< hehehe..  Alright jum..

Pada sabtu lepas 20 Oktober 2012 ckj pergi daki gunung. Gunung Datuk, Melaka. (ada yang pernah daki gunung ni tak?)  ini adalah pengalaman pertama ckj mendaki gunung. Bertolak daripada poli jam 6.30 pagi. Mula mendaki jam 9.30 kot (kalau tak silap ckj) dan ckj sampai kepuncak gunung datuk dalam jam 11 lebih macam tu la.. >_< Alhamdulillah sampai juga ckj ke puncak gunung. 
cantik tak? inilah view dari atas gunung :-)
masa naik mendaki kasut ckj kira ok la.. bersih.. tapi masa nak turun gunung habis kotor..
aktiviti sampingan di atas gunung.. perggh tak sangka ckj ada juga bawa roti potong. tengok la tu siap ada mentaga kacang lagi!
Memang satu kepuasan yang bermakna. Iya la kita dah penat-penat mendaki mengharungi segala kepayahan semasa mendaki dan akhirnya sampai di puncak kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang begitu luas dan cantik. Hilang rasa penat dapat tengok view dari atas. >_<
>_< 
Memang satu pengalaman yang indah bagi ckj dapat mendekati dan menikmati cipta Allah yang Maha Hebat dan Maha Besar.  Susah macam mana pun, kalau kita berkeinginan nak dapatkan sesuatu tu kita akan usaha juga sampai kita dapat betul tak?  Itulah simbolik yang ckj nampak sepanjang ckj mendaki hingga ke puncaknya.. >_<

Alright sampai sini dulu. Thanks for reading my post >__<

Sabtu, 13 Oktober 2012

It's not easy...

Bukan senang nak jadi diantara satu dalam seribu.. Bukan senang nak jadi special di mata semua orang..  betul tak? 

hm.. lama tak buat thinking entry kat Kay Jue Blog..  Alright.. apa maksud tersirat yang boleh korang cari disebalik gambar strawberry hijau ni? >______< 

Rabu, 10 Oktober 2012

Jejakimu...

Assalamualaikum. hebat tak tajuk entry ni? hehehe tak hebat pun kan? Alright ckj terus pada apa yang ckj nak sampaikan. 

Walapun ckj sekarang ni agak sibuk dengan assignment, kuiz, test, dan projek, ckj juga tak sempat nak post banyak entry  macam masa ckj praktikal dulu... Tapi ckj selalu juga la tengok-tengok Kay Jue Blog ni. Terutamanya pada mereka yang komen entry dan tinggalkan jejak di Shout Box ckj. Terima kasih banyak-banyak ea.. >_< insya Allah ada masa ckj akan reply jejak anda. 

Semalam ckj check shout box ckj, ada guest tanya soalan kat ckj. Tapi sayangnya dia tak tinggalkan link kat shout box ckj.. dah tak dapat contact beliau...

Harap fifye baca la entry ckj ni.. Nak tanya fasal report LI ea.. boleh je... tinggalkan link fifye kat shout box ckj.. senang ckj nak contact.. boleh kita private mesej.. ok fifye.. >_<

Jadi ckj harap sangat la siapa yang tinggalkan mesej kat shout box tu tinggalkan link anda juga supaya senang ckj nak blogwalking kat blog korang..  ok.. Have a nice day.. >__________<

Selasa, 9 Oktober 2012

Sayang

Setiap inci dugaan yang Allah berikan kepada kita, adalah tanda sentuhan kasih sayang Allah pada hambanya.. :')


Jadi bersyukurlah jika Allah berikan anda ujian dan dugaan, Kerana Allah masih sayang pada Anda...

Isnin, 1 Oktober 2012

Rindu Muhammadku


Assalamualaikum. Alright straight to the point,  ckj mau share dengan korang satu lagu. Best pula lagu ni. Comel jer... bila dengar rasa macam nak buat muka macam ni.. >_______________<  hehehe. Mungkin ada yang pernah dengar. Jum layan.. 


*p/s : suke sangat-sangat lagu ni! >_< nak buat ringtone handphone ar... :P