Suka dengar lagu ni masa ckj tengah down dan putus semangat... :')
Khamis, 27 Disember 2012
Rabu, 26 Disember 2012
ww*39
Assalamualaikum. Ini cubaan pertama ckj buat lukisan ni guna adobe photoshop. Ha.. ini la real face ckj.. hehehe.. agak-agak dapat imagine tak yang betul-betul punya ? hahaha.. biarlah rahsia... >_<
Thanks to Ary sebab ajar ckj macam mana nak buat lukisan ni.. ckj tau warna satu warna je.. tak reti lagi nak warna layer-layer.. acam ok tak?
Selasa, 25 Disember 2012
Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia ...
Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?
Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?
Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Christian : Sekarang......... saya mengerti...
Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi: "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)
SEBARKANLAH utk KEBAIKAN BERSAMA......
Khamis, 20 Disember 2012
Ahad, 16 Disember 2012
Muet!!!
MUET. Hm..
korang da ambil da huh? Ckj da ambil da pada bulan oktober yang lepas. Huh....
entah apa la resultnya nanti.. risau juga ckj menantikannya.
Alright
ckj mau share skit pengalaman ckj ambil peperiksaan MUET ni di Kay Jue Blog. MUET ada 4 paper. Speaking,
reading, writing dan listening. Secara ‘giler’
nya ckj langsung tak ambil apa-apa kelas dan buat apa-apa persediaan untuk
ambil exam muet ni. Bukan sebab ckj rasa ckj da pandai English tapi ckj tak
sempat nak ambil kelas. Lagi pun masa ckj dapat tau untuk daftar muet ni pada hari
terakhir daftar.
Memang
kabut la masa tu. Berbelah bagi nak ambil semester ni, semester depan atau
nanti-nanti. Memang stress juga masa ni. Sebab nak daftar muet kena pergi beli nombor
PIN dengan bayaran RM 101.00 di BSN. Tanpa berfikir panjang, pada hari terakhir
tu ckj dengan kawan ckj berkejar ke pekan PD untuk beli nombor PIN tu dan malam
tu juga daftar online.
Masa
daftar online tu pula tempat untuk buat exam muet di poli dah penuh. Jadi,
untuk sementara ckj dan kawan ckj pilih tempat di KL dulu. Stress juga masa ni.
Buntu entah kat mana la tempat exam muet kat KL yang kiteorang pilih tu.
Dipendekkan cerita, kawan ckj telefon majlis peperiksaan tanya macam mana nak buat dan dikenakan bayaran
RM 25.00 untuk buat pertukaran tempat. Huh.. apa da.. Alhamdulillah dapat tukar
di sekolah bukit saujana PD.
Sebelum
ambil muet.. ckj ingatkan paper paling senang adalah paper listening.. tapi
ternyata lepas ambil exam.. itulah paper yang paling susah bagi ckj.. huhuhu.. Masa
ambil paper speaking pula.. nasib baik ckj dapat group dengan kawan ckj, tak de
la rasa malu sangat. Ckj pun tak tau apa yang ckj cakap masa exam ni. Huhuhu..
ape la.. tapi kawan ckj kata dia terkejut sebab ckj speaking lon don tak de
gagap.. ( huh.. memang la tak gagap tapi asyik ulang point yang sama je..) huhu..
Untuk
paper reading bagi ckj la.. ini paper yang paling senang antara 3 paper yang
lain. Writing.. urm.. entah la.. dia memang macam kita buat karangan english
masa sekolah dulu.. tapi patah perkataan dia banyak. Itu la bezanya dan soalan
dia umum perlukan kita berfikir. Berfikir memang boleh tapi fikiranku dalam
bahasa melayu. Yang payahnya nak translet apa yang difikirkan itu dalam bahasa
inggeris dan tulis perkataan dan ayat yang sesuai dikertas. Huh.. memang payah
bagi cki yang english SPM dapat E ni.
Alright
itulah sedikit sebanyak pengalaman ckj dalam mengambil exam MUET ni. Doakan ckj
dapat keputusan yang ok.... terima kasih sebab sudi membaca entry terpanjang
ckj ni.. Assalamualaikum.
Labels:
Kay Jue
,
Poli
,
Thinking
6 ulasan
:
Jumaat, 14 Disember 2012
Mengalir air mata kerana...
Assalamualaikum. Selamat hari jumaat. Agak lama juga ckj tak kongsikan info islamic kat Kay Jue Blog ni. Jum renungkan bersama situasi dibawah:-
SITUASI 1 :
Rindu dia → Baca text dia yang lama lama → Tengok gambar dia → Teringat kenangan dengan dia → Masuk bilik → Baring → Akhirnya mengalir air mata :'(
SITUASI 2 :
Rindu DIA → Baca al-Quran → Teringat dosa-dosa lama → Solat Taubat & Hajat → Berdoa & Sujud akhir lama2 → Akhirnya mengalir air mata :'(
diambil dan dikongsikan daripada : Mencari REDHA Ilahi
*p/s : sama-samalah kita berbetulkan niat dan amal kita... :')
Isnin, 10 Disember 2012
huhuhu....
hari ni result final exam keluar. result ckj teruk. ada satu paper fail :`( huhu... sedih rasanya... walaupun ramai dikalangan kawan-kawan ckj ramai yang fail juga, ckj tetap rasa terkilan dengan diri ckj sendiri... :`( mana taknyer satu sem je lagi. hurm.. entah...
apa yang penting sekarang ckj kena kuat kan? tak boleh putus asa.. esok da nak balik poli da... hu... ok la that`s all for today... assalamualaikum...
Ahad, 9 Disember 2012
bedebar-debar la..
Assalamualaikum. dup dap dup dap dup dap.. risau betul la ckj... esok result final exam ckj keluar.. semester lima ni banyak subjek yang killer. Banyak subjek teori. Banyak subjek lisan. subjek praktikal kurang. tu yang membimbangkan ckj. huh... risau takut kantoi! rugi la lagi satu sem da ni mau merdeka.. alih-alih kena tambah satu sem kalau kantoi. tak nak tak nak tak nak... ckj tak mau itu semua terjadi pada ckj. ckj risau + takut = berdebar-debar ni.. huh..
wish me luck ok.. moga-moga result ckj tak de yang kantoi. Amin..
menanti hari esok yang belum pasti... |
Saya suka musim buah!
Assalamualaikum. Minggu lepas ckj balik kampung. Biasalah kalau dah hujung tahun ni mesti banyak orang kahwin. korang pun mesti banyak dapat jemputan kahwin kan? Tak lupa juga tengah musim gugurnya buah daripada pokoknya. Kan? Hehehe.
Alright tujuan asal balik kampung sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu ckj pada 1 disember yang lepas.. Alhamdulillah da selamat da dia jadi diijab kabulkan.. :) ini la pelamin dorang.. simple je.. tema merah pink kalau tak silap ckj.
Alright tutup cerita kahwin tu. Ok kat kampung ckj ada juga pokok buah-buahan. Pokok rambutan, duku dan langsat.Untuk musim buah kali ni ckj berpeluang pelik sendiri buah rambutan bersama mak ckj di pokok rambutan arwah nenek. Tgk ni pokoknya..
pokok langsat |
pokok rambutan |
Secara jujurnya tulus dari hati (ceh wah!) ckj, ckj bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa suasana musim buah sebenar... ckj harap generasi akan datang dapat merasakannya juga nanti. So, jum la tanam buah! :P
Sabtu, 8 Disember 2012
Serangan makhluk kecil!
Assalamualaikum.
Sebelum ckj cerita ckj nak korang tengok gambar-gambar kat bawah ni dulu…
Teruk kan? Ini semua
kerja ‘cik anai-anai and the geng’. Dahsyat betul la serangan anai-anai ni. Ini
memang boleh dikait dengan peribahasa kecil-kecil cili padi.. hehehe betul tak? Nasib baik ckj sedar awal tentang serangan anai-anai ni. Kalau tidak habis
la buku-buku kesayangan dan almari ckj dimakan oleh makhluk kecil ni. Huh..
penat ckj dan mak ckj dibuatnya menghapuskan kawasan serangan dan jajahan si
anai-anai ni. Barang-barang yang terkorban dan tercedera terpaksa la dipindahkan ke kawasan pembuangan.. huhu..
*p/s : korang pernah
kena serang dengan makhluk kecil ni? Meh la share dengan ckj.. >_<