Khamis, 21 Februari 2013

Koleksi pengatas blog

Assalamualaikum. Hari ni sempena hari terciptanya Kay Jue Blog, ckj nak view koleksi pengatas atau header Kay Jue Blog yang pernah menghiasi Blog ini selama hampir 2 tahun  Kay Jue Blog wujud di alam maya blogger ni.





Header pertama hingga sekarang. semuanya ckj buat sendiri dengan tangan ckj sendiri menggunakan sofware adobe photoshop. >_<  Sedar tak sedar hampir 5 header yang da ckj hasilkan. huh.. tak sangka. hehehe.. da alang-alang ni, ckj ada satu soalan yang ckj nak korang semua jawab.. hehe.. apa ea first impression korang bila tengok blog ckj? rasa-rasanya dapat agak tak ckj ni orang yang macam mana? hehehe.. tiba-tiba teringin pula nak tau.. :P

Terima kasih atas kesudian anda follow dan baca entry post ckj yang pelbagai cerita tu. Terima Kasih banyak-banyak ckj hargainya. >_< 

*p/s : mana satu header yang paling cantik ea? hehehe..

Isnin, 18 Februari 2013

baru nak contact?

Situasi diantara dua orang kawan yang da berkawan lama..
perbualan sistem SMS...

text A :  D kau kat mana?
text D : aku kat rumah. kau?
text A : aku kat hospital.
text D : kenapa??  Siapa sakit??
text A : aku tengok G .
text D : kenapa dengan G??
text A : hish kau ni.. G kan nurse. of cause ar dia kat hospital. 
text D : Sengal...!! sakit hati aku.. kau kan.. hish... nasib baik aku ni penyabar..
text A : hahaha :P jangan ar marah da lama tak usik kau rindu..

perbualan diringkaskan..
text A : hish kau ni.. ini pun kalau aku tak mesej kau ni bukan nak mesej aku..
text D : haha.. kau kena tahu, aku kedekut kredit. hehehe..
text A : huh.. kedekut kredit  sampai nak tanya khabar member sendiri pun tak nak.. huhu :( tau kau takut    risau bila aku cakap aku ada kat hospital.. hehe..
Tak kan lah bila ada kecemasan je baru nak contact? 

apa pandangan dan pendapat korang mengenai situasi diatas?

 ok that's all. Assalamualaikum.

Sabtu, 16 Februari 2013

Budak Botak

Assalamualaikum.  Baru-baru ni ckj berjaya juga habiskan tengok cerita   budak botak yang ada anak panah kat kepala tu. atau nama lainnyer Avatar. hehehe.. Berjaya juga tengok dari book 1 sampai book 3. Memang best ar cerita dia. Layan ~ >_< ada yang da tengok da cerita ni?
Ckj ingat nak download semua episode yang ada tapi software yang ada tak berfungsi pula. Jadi ckj just watch online je kat Chia-anime. . huh jadilah asalkan dapat tengok full episode. >_< hehehe..

Da alang-alang kat website chia-anime  ni ckj pun tengok-tengoklah senarai anime yang ada situ.. pergghh! banyak 'giler'! lebih daripada 100 anime! arrgghh.. pening +_+ rasa macam nak tengok semua. hahaha..

Ok. Stop sampai situ dulu. kang giler pulak! >_<V

*p/s : Korang  suka watch online tak? Meh la share dengan ckj.. korang tengok cerita apa? Kat website mana? >_<

Jumaat, 15 Februari 2013

4S 4F

Assalamualaikum. Salam hari jumaat semua. Kali ni ckj nak share kat Kay Jue Blog mengenai 4S 4F. apakah itu? Yahudi bagi pengaruh pada kita dengan fomula 4S 4F. 


wah ada fomula lagi tu. Jadi kita sebagai umat islam harus bangkit daripada kealpaan ini. Gunakannya  dengan akal dan minda kita untuk dakwah dan mengajak orang ke arah kebaikan dengan kemudahan yang ada. Sama-samalah kita nasihat dan menasihati, ingat-mengingati sesama kita.
Ayuh kita ke syurga bersama. Insya Allah.

*p/s: ckj juga sedang perbaiki kelemahan dan kekurangan diri. sama-samalah kita ya? >___<

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

Assalamualaikum. tetiba pula rasa macam nak join giveaway ni.. 
nak join tekan banner ni ea.. 

alright ikut syarat kena tag dua orang.. ckj tag...

tarikh tutupnya pada  9 mac 2013. 

ok done! >_<

Isnin, 11 Februari 2013

Touch Screen atau Keyboard


Assalamualaikum. Hari ckj nak suarakan pendapat ckj serta apa yang ckj rasa mengenai touch screen dan keyboard. Hehehe.. nampak macam tak penting pun kan? Tapi saje je la nak santai-santai bercerita.

Alright.. baru-baru ni ckj baru la dapat merasa pakai yang touch-touch tu... sebenarnya tak terfikir pun nak ada gadget yang touch screen. Ternyata aku kekok menggunakanya.. payah la.. asal tersentuh ada je benda lain yang keluar.. hish...

So, ckj lebih prefer dan selesa guna keyboard atau lebih tepat lagi guna komputer untuk suff internet dan juga apa saja la yang ckj nak buat yang berkaitan dengan benda-benda ni.  Bagi ckj , tekan-tekan button lebih mesra alam dan sebati dengan jiwa ckj. Biarlah orang nak kata ckj ni kuno.. yang penting ckj selesa dan bahagia. Hehehe.. kalau untuk touch-touch tu ckj guna juga tapi.. jarang.. hanya sekadar untuk main games yang memerlukan application touch dan dengar lagu. Hm..
Itu Cuma pandangan ckj. So korang pula macam mana? Meh la suarakannya di komen box ckj..  >_<

Petikan kata...


Ahad, 10 Februari 2013

Nasib henset oren

inilah henset oren yang aku selalu jadikan dia jam meja tulis aku dan lampu suluh tika koridor asrama black out. Yang sebelah kanan tu henset harian aku yang da cacat dalamannya. Tapi masih berjasa hingga kini. Tengok Encik Testpen da ready nak jalankan tugasnya. Alright standby disitu yeah en. testpen.

akhirnya... 


*p/s : maaf idea nak buat entry best not coming...  -_- 
Assalamualaikum.
  

Isnin, 4 Februari 2013

Pemilik Cintaku...


Hebat tak tajuk entry kali ni? Hehehe.. sebenarnya itu tajuk buku. Mesti ramai yang tahu dan baca karya Ustazah Fatimah Syarha kan? Ckj baru tahu mengenainya daripada roomate ckj. Setakat ni dia ada 2 buah buku hasil karya ustazah Fatimah Syarha. Ckj baru saja habis baca buku beliau yang bertajuk “Pemilik Cintaku Setalah Allah dan Rasul”. 
Ckj suka cara penulisan beliau. Sesuai dengan jiwa ckj . sedikit sebanyak dapat juga memberikan ckj ilmu dan motivasi buat diri ini yang sebelumnya tidak tahu jadi tahu. Itulah manfaatnya bila kita membaca.. betul tak?

Bagi yang belum pernah baca atau sedang mencari  buku yang sesuai untuk dibaca cuba la baca buku ini. Insya Allah memberikan kesan dan manfaat buat anda. Apa lagi jum membaca! >_<
Assalamualaikum.