Jumaat, 31 Mei 2013

Result..


Result final exam da 4 hari da keluar. aku da tengok da result aku.. alhamdulillah kali ni aku berjaya juga akhirnya dapatkan 3 pointer above. tapi belum sampai tahap dekan lagi. Aku bersyukur yang tak terhingga pada yang Maha Esa atas result aku ni. First time dapat result macam ni. =) Alhamdulillah. Thanks kepada korang yang doakan dan beri semangat pada diri ni tika ia jauh dan berduka terluka. :') 


Assalamualaikum.



Khamis, 30 Mei 2013

Mari lipat pakaian

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share cara-cara melipat pakaian dengan mudah. ckj terjumpa video ni di FB. jum tengok.. heheh.. 

Senang cepat dan kemas kan? Menarik! >_< siapa yang malas nak lipat pakaian tu boleh la cuba.. hehehe..


Isnin, 27 Mei 2013

Spontan

Hari Sabtu lepas ckj keluar dengan kawan comot-comot ckj. Ckj terima mesej wechat daripada kawan ckj, Qu. Dia ajak keluar makan. Dah hampir tiga tahun juga tak jumpa, Kali ni dapat keluar bersama Riuh suasananya dengan gelak ketawa bercerita tentang hal-hal yang lalu dan kini. Aktiviti yang tak dirancang. spontan. Da alang-alang semua ada kat rumah hujung minggu lepas. memang ok sangat la kan?
ok that's all. terima kasih atas kesudian anda membaca. Assalamualaikum. >_<

*Kadang-kadang hal yang berlaku spontan tu lebih menyeronokkan daripada hal yang dirancangan kan? Sebab bila kita da merancang, Kita akan bayangkan macam-macam yang bakal berlaku. Bila apa yang kita bayangkan tak berlaku, itu yang menghampakan. betul tak?

*huhu esok result final exam keluar.. wish me luck ok? 

Rabu, 22 Mei 2013

Hamba & Pencipta

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak review buku ni.
Sebenarnya ckj da lama da habis baca buku. Buku ni lebih kepada cara-cara untuk kita perbetulkan hubungan kita dengan Pencipta kita. Dalam buku ni da 4 bahagian. Ketuhanan. Kitab. Hubungan kemanusiaan. Kehidupan. 


Topik yang menarik yang ckj pilih dalam buku ni ialah Belajar No.1 tapi Dakwah bukan No.2. Topik ni menceritakan dakwah boleh dilakukan dalam aktiviti seharian kita. Ia juga membetulkan prespektif  masyarakat mengenai dakwah. Serta banyak lagi. 
Alright that's all. >_<

Selasa, 21 Mei 2013

Setiap orang ada rezeki masing-masing

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas aku chatting dengan kawan lama aku... wah.. bestnyer dia da sambung degree da... Semalam dia baru je lepas konvo untuk diploma dia. Aku pula.. semester depan ada lagi melagut kat poli extend semester tujuh.  T_T  6 bulan (1 semester) untuk carry satu subjek je! Memang tidak adil dan tak patut kan?

Da macam-macam usaha da aku dan kawan-kawan yang senasib dengan aku buat pada awal semester 6 yang lepas. Namun segala-galanya menuju jalan buntu. Sebabnya jadual tak boleh nak match dengan kelas carry yang ada. Berharap pada semester pendek, tapi lecture kata sem ni semester pendek tak de. Berharap pada MP (mengulang pengajian tanpa ambil final), tapi itu pun lecture kata anggap macam tak de. Aku terpaksa pasrah dan redha je.

Sekarang da cuti sem. Bila aku jumpa kawan-kawan lama, aku terpaksa tipu kata aku belum habis lagi belajar sebab aku lambat masuk. Pada hal tak pun. Maafkan aku kawan-kawan lama. Aku malu nak beritahu korang. ;’(

Walau apa pun aku tahu ini ketentuan Allah. Selepas aku da usaha. Tawakal. Ini yang ditentukan. Aku pasti ada sesuatu kebaikkan yang tersembunyi dibalik semua ni.

Masa final exam, aku sakit pada hari paper yang aku terpaksa extend tu. Seandainya aku dapat ambil subjek tu untuk semester 6 , mesti aku tak dapat datang ambil exam sebab aku sakit. Nak tak nak kena extend juga kan? Sekarang aku da nampak da kenapa Allah tak izinkan aku ambil subjek yang aku carry tu masa aku semester 6. Terima Kasih Ya Allah. :') Semoga diri ini terus kuat untuk menempuh segala dugaan dan ujian dari Mu Ya Allah. 

Isnin, 20 Mei 2013

Black Jack

Assamualaikum. Korang pernah tengok anime Black Jack tak? Selama seminggu ckj layan anime ni. hehehe. Habis mood nak ber 'blogging' ditarik oleh anime ni. Tadi ckj baru je habis tengok episod dia kat you tube. rasanya banyak lagi ni episod dia. Tapi kat you tube cuma sampai episod 63 je. :(

Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pakar bedah yang hebat tapi tidak mempunyai lesen kedoktoran. Walaupun tiada lesen, ada saja orang / pesakit yang mahu menggunakan khimatnya untuk membuat pembedahan walaupun kosnya agak tinggi.

Menarik anime ni. Banyak juga cerita fasal penyakit-penyakit yang ckj tak tahu. >_<

Sabtu, 18 Mei 2013

Tutorial Tudung Bawal

Assalamualaikum. 


Menarik cara penyampaian dorang. Sebenarnya video ni lebih kepada syarat-syarat bertudung yang mengikut cara islam. Semoga ia memberi maanfaat dan panduan buat kita semua dalam memperbaiki diri. 

Berfesyen tak salah. Janji kita memenuhi syarat-syarat yang tentukan dalam islam. 

Selasa, 14 Mei 2013

Hahaha..

Assalamualaikum.. Ckj terjumpa gambar yang menarik dan klakar bagi  ckj. Saja nak share kat Kay Jue Blog gambar-gambar ni.. jum layan.. hehehe..
kucing pun mau manjakan diri hehehe..
serius aku cemburu tengok kucing ni! iye2 je dia drive.. haha...

adeh. kesian dia.. hehehe...

adeh.. apa kes ni? repair kerete sorong sendiri? hehehe.. klakar pic ni..
Ckj tersenyum tengok gambar-gambar ni.. >_< mesti korang pernah jumpa gambar yang sebegini kan? hehehe..

Ahad, 12 Mei 2013

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum. Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu semua.. >_< terutamanya my mum >_< love u.. 
*p/s : malu nak wish face to face.. :P

Sabtu, 11 Mei 2013

Ekonomi

Assalamualaikum.Alrigth ckj tak mau tulis panjang-panjang, biar gambar yang menyampaikannya. =)
so, apa kata anda? >_<

Jumaat, 10 Mei 2013

Rasulullah SAW Romantik

Assalamualaikum. Salam Hari Jumaat semua..

Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.  Rasulullah saw hanya tersenyum lalu berkata, “saya akan beritahu kamu kemudian~.

” selepas daripada pertemuan itu, rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. 
 
Rasulullah saw lalu menjawab “orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini.


*p/s : so sweet! >____<

Khamis, 9 Mei 2013

Addicted!

Sekarang ni ckj kat rumah memang tengah mood mengemas dan asingkan barang-barang lama. So, kali ni ckj terjumpa keychain Naruto and the geng. hehehe.. Dulu masa ckj Sekolah Menengah ckj memang minat giler ar dengan anime ni. Tak sangka pula ckj ada kumpul keychain watak utama anime ni.  May be dulu ckj ketagih or minat sangat kot kat anime Naruto ni. 
Tapi sekarang ckj da tak minat da. sebab tak lalu la nak ikut episodenya.. banyak sangat. huhu..
>____<
Assalamualaikum. 

Rabu, 8 Mei 2013

Segmen : LUPUS Awareness Month

Assalamualaikum. hari ni ckj join segmen yang dianjurkan oleh DayangDeno. Thanks Haruno Hana sebab sudi tag ckj untuk join segmen ni. bagi yang nak join juga boleh la klik banner dibawah ni ea.

Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) awareness month pada bulan ini iaitu bulan mei. Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE yang sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya.. ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.

Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronil di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Anyibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Alright. Mengikut kehendak segmen tu kita kena buat satu banner dengan perkataan : LUPUS.. learn about it .. dan banner tersebut mestilah ada gambar rama-rama kerana rama-rama ialah lambang SLE.. tak kisah saiz macam mana pun. ini dia banner ckj untuk segmen LUPUS Awareness Month. 
untuk segmen ni ckj nak tag..

Jum sama-sama kita support. >_<



Master of Ceremonies???

Master of Ceremonies (MC) atau nama lainya Pengacara Majlis. 
Entry kali ini ckj nak share pengalaman ckj jadi MC. Kisahnya begini, Ada lecture ni dia mencari orang bagi pengacarakan Majlis Malam Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Katanya dia da puas da mencari orang. Yang volunteer nak jadi pun pelajar semester satu. Dia perlukan volunteer pelajar semester enam sebab Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar semester enam. 

Dipendekkan cerita, entah macam mana ckj boleh volunteer nak jadi MC. huh??
Sebenarnya ckj memang lama teringin nak jadi MC. Sebab ckj tengok macam best je. hehehe. Lagi pun saje la nak ambil pengalaman, nak cuba macam mana rasanya jadi MC.
Hari yang dinanti da tiba. huh.. Takut pula. Serius ckj banyak tersasul-sasul masa tu. Malu tak terkata la masa tu! huhu. Rasa macam nak balik masa tu juga! huhu.. Nasib baik ckj jadi MC berdua dengan kawan ckj. so dia la yang banyak cover dan handle majlis pada malam tu.
Malu.. serik da nak jadi MC lepas ni. hehehe.. Alhamdulillah da berakhir pun semua tu. :P

SEGMEN REVIEW PERCUMA


tiba-tiba teringin pula nak join.. :P

siapa-siapa mau join klik banner ea.. :)

Selasa, 7 Mei 2013

Ada lagi ke subjek ni kat sekolah hari ni?

Assalamualaikum. Hari ni ckj dengan tak sengajanya telah mengemas rumah. Bukan kemas apa pun.. kemas barang-barang yang tak digunakan lagi. alih-alih tak sangka boleh jumpa lagi benda ni..


Perrrgghh! ada lagi buku sekolah rendah dalam rumah aku! hahaha...

Sekarang ckj da nak habis poli da.. Buku ni da bertahun. Buku Tahun Enam, masa tu tahun 2004.. lama kan? hehehe.. oh ya ada lagi ke subjek kajian tempatan ni kat sekolah rendah hari ni?? 
rasanya da tak de kan?

Isnin, 6 Mei 2013

tanpa kita sedar atau tidak

Assalamualaikum. Ckj terjumpa maklumat menarik mengenai kandungan gula dalam minuman yang kita selalu atau suka minum. Ckj jumpa di blog Farhanah Azlan. 


tanpa kita sedar atau tidak, tahu, lupa atau buat-buat tak tahu yang sebenarnya  minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi adalah minuman yang berkabonat. wow! tengok gambar tu..! 

Jadi marilah kita sama-sama kurangkan atau beralih kepada air yang hujung sebelah kiri sekali tu.. >_<




Sabtu, 4 Mei 2013

Final Sem Projek.. taarrraa!


Assalamualaikum. Hari ckj nak share kat Kay Jue Blog ni fasal Projek Final sem ckj, dari awal pembuatan sampai jadi satu produk. Alright ckj tak mau tulis panjang-panjang, biarlah gambar dibawah ni menceritakan segala yang berlaku sepanjang proses dan kerja-kerja yang berlaku pada tika dan detik itu. 

Part 1 sampai Part 3 ckj mengambil masa selama 1 sem untuk siapkannya bersama kawan ckj, Syuhaidah. Gambar yang last sekali tulah projek untuk semester 5 ckj. Hasilkan litar yang lengkap.
Alright inilah Part kemuncak projek. Siapkan projek sampai jadi satu produk. Inilah dia 'Security Box' (kotak keselamatan). Projek biasa je.. penuh dengan cabaran dan dugaan yang menimpa ckj dan syuhaidah sepanjang proses menyiapkan projek ni. hingga ckj menangis kerananya. Give up kerananya. Rasa macam nak drop subjek projek kerananya. Rasa macam nak extend je projek. Rasa macam nak berhenti belajar kerananya. huh! pelbagai rasa! Syukur Alhamdulillah. terhasil juga Projeknya. >_< 

Jumaat, 3 Mei 2013

i'm back!

Assalamualaikum.. Adeh da macam tongkang pecah da Kay Jue Blog ni... Kesian dia... entry tak ber'update'. Alright.. ckj baru je balik dari poli PD ni. tengah hari tadi sampai. Rindu giler nak berblogging.. tapi masa tak mengizinkan. tengok-tengok da sebulan juga la ckj tak sentuh blog ni. 

As a student semester 6 ni serius banyak benda yang kena hadap. Semalam ckj baru je selesai jawab last paper final exam. Entah apa la resultnye nanti. Alright, sebenarnya banyak sangat story yang ckj nak share kat blog ni. Insya Allah akan menyusul sedikit demi sedikit.
So I'm Back >_<  

Sampai sini dulu. nak goto royong ni bersihkan blog.. adios..