Sabtu, 24 Disember 2011

TM

Assalamualaikum. Hari ni aku mau share di Kay Jue Blog al-kisah aku pada hari pertama dan kedua LI. Alright. Hari pertama aku melapor diri di TM Bukit Mahkamah di Jalan Raja Chulan. hari pertama ini tak de buat pe. Pegawai tu Cuma tentukan penempatan LI. Alhamdulliah aku dapat minta di tempatkan di  TM Bukit Anggerik. Dekat dengan rumah aku. Aku pun boleh merempit je pergi sana. Hu..Lame menunggu. Bukan tunggu pe pun. Tunggu surat penempatan pratikal. Proses dia memakan masa sikit.

Hari kedua, melapor diri di TM Bukit Anggerik. Agak janggal sikit. Sebab aku sorang je perempuan dan yang lainnya lelaki. Semua sekali ada 4 orang. Pegawai di TM Bukit Anggerik tu tak tahu pun yang ada budak-budak pratikal datang melapor diri. Hey.. pelik betul. It’s okay la. Yang penting dia da uruskan dan bahagikan kiteorang di bahagian2 yang ditetapkan. Aku di tempatkan dibahagian planing. aku dikenal dengan bos dibahagian tu. En. Zunaidi Che Hassan. Lepas tu aku dikenalkan dengan En. Ros Nizam b. Ahmad.

Ada dalam 15 minit aku duduk di meja kerja tanpa kerja. Tak buat ape pun. ada sorang abang ni datang. May be meja sebelah aku ni tempat dia kot.dia pun tanya “ practikal ea? Dari mana?” lepastu aku da jawab soalan dia, dia pun pergi dari situ. Tak lame lepas tu. Abg tu datang balik “ awk free kan? Jum ikut saya pergi site.”  Elok sangat ar tu ajak aku kuar. Aku pun dah buntu tak tau nak buat apa. Hehe.. wow.. naik kete TM..   sepanjang perjalan dalam kereta, abang tu bercerita la tentang kerja2 yang dia buat. Oh iya, aku sempat tanya nama abang tu. Zefrull.

Sebenarnya banyak juga info yang aku dapat daripada abang zefrull untuk report aku nanti. Tapi aku rasa cukup la tu untuk entry ni. Ok? Hehe. Thank Abang Zefrull. (aku terlupa mau cakap thank kat dia.. huhu) Seharian aku tak de kat pejabat TM hari kedua LI ni. :). Ok that’s all.  

p/s : aku bersyukur pada Alllah sebab makbulkan doa aku supaya dapat tempat LI yang dekat dengan rumah aku J

Ahad, 18 Disember 2011

JAM 8.30 PAGI

19 DISEMBER 2011, ISNIN. Esok. JAM 8.30 PAGI. Pada tarikih, hari, tika dan saat itu aku akan memulakan hari pertama aku sebagai pekerja. Hari pertama pratikal. Huh.. debaran. Penuh debaran. Takut..?? urm.. entah la.. huh.. segala-gala nya akan diketahui esok. Doakan aku ea. Mudah-mudahan semuanya  berjalan lancar. Amin~~ wish me luck ok! :P
Macam tak percaya je. Akhirnya dapat juga aku kuar daripada politeknik yang membosankan tu. Huh.. J walaupun hanya satu semester je, aku da cukup bersyukur pada Allah. Sekurang-kurangnya aku tak la terkurung je kat kolej kediaman. J entah apa la agaknyer esok kan? Kita tunggu je la esok macam mana ea?  Ok ringkas je entry kali ni. That’s all. Da~~ Assalamualaikum J

Sabtu, 17 Disember 2011

.........

Huh.. lame tak update blog.. (itu je la yang mampu aku katakan setiap kali aku updata blog hm..  ) lepas je aku habis final exam yang lepas aku dapat tau opah aku masuk ICU kat hospital taiping, perak. Agak terkejut jugak la bila dapat tau. Nampaknye Allah lebih sayangkan opah aku. Pada 30 november 2011 bersamaan dengan hari rabu opah  aku menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tanpa ditemani oleh sesiapa pun. (aku tau nurse mesti ada kat situ kan? Kan? Kan?)  kesian opah aku. Meninggal sorang2.. :’( aku pun tak sempat nak jumpe dia buat kali terakhir..  sepi… pilu..
masa aku tau dapat tau berita sedih ni, reaksi aku.. biasa..kosong.. tak tau nak kata apa2.. aku bangun je solat subuh terus mak aku kata “opah da xde.. sedekahkan yassin kat opah. “ opah… semoga opah  selamat di alam sana.. mudah-mudah roh opah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh… yassinku hadiahkan buat opah di sana.. 
aku hanya sempat ziarah kubur  opah setelah 4 hari kemudian. Al fatihah ku sedekahkan untuk opah sebaik saja sampai di depan kubur opah… hanya batu nisan sebagai tanda bahawa jasad opah dikebumikan di sungai galah, perak. ai sedih bercampur sayu pula aku nak menulis entry ni.. ok that’s all.. thanks for reading. Assalamualaikum.