Ahad, 1 Januari 2012

2012

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2012. :) tak sangka aku yang aku boleh kekal berblog. :) Alhamdulillah Allah panjangkan usia aku. Dapat aku melangkah ke tahun 2012. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang tahun 2011 yang lalu, banyak juga kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan rasai. Aku sendiri tak tau nak bagitau sama ada aku gembira atau pun sedih. Tapi, pada ujung tahun 2011 aku agak terkilan dengan kawan2 sepermainan aku masa aku kecik2 dulu. May be jodoh persahabatan kami setakat ini. Dah tak serapat dahulu. Tapi aku rehda dengan semua tu. Terima kasih sebab mereka semua pernah jadi kawan2 yang terhebat dan best buat aku. :)

Ok. Tutup buku pasal tahun 2011 yang telah meninggalkan kita sama ada kita sedar, tak sedar atau buat2 tak sedar. Hehe. Azam tahun baru? Hm… tak de kot. Setahu aku , aku tak de azam. Tapi impian banyak. Impian dan angan-angan yang tak logik, merepek2 dan mustahil untuk jadi kenyataan.  Hehe.. walapun macam tu, aku suka. Hanya tu je yang menjadi penghibur aku masa aku bosan.. ngee~~  dan setiap apa yang aku inginkan kebanyakkan nyer semua nya tak menjadi seperti yang aku harapkan. Hehe.. it’s ok. Aku tahu Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku. :)

Walapun apa pun aku tetap punya harapan untuk tahun 2012. Aku harap  persahabatan aku dan Elliza akan terus kekal hingga ke syurga. Aku harap aku akan ceria sentiasa untuk memulakan lembaran baru 2012 ini. Harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknye. Ok.itu saja ulasan dan luahan hatiku sempena tahun baru ini. Semoga dirahmati Allah. :)

Jumaat, 30 Disember 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum. Da 2 Minggu aku pratikal. Minggu  ni agak bosan la.. masa pun rasa macam cepat sangat berlalu. Bosan sebab Kak Yatie cuti. Hari isnin da cuti krismas. Kerja yang Kak Yatie bagi dah habis aku buat. Jadi untuk masa yang ada ni, aku sempat siapkan bahagian2 report LI aku. Adalah dalam 5% siap. Alhamdulillah Allah bagi kesempat ni untuk aku buat. Kalau nak buat kat  rumah memang tak dapat la. Hehe.. aku rasa bersyukur sangat sebab Allah takdirkan aku LI di bahagian Planing. banyak info tentang report aku yang aku dapat. Thanks yeah! :) mudah-mudahan aku dapat belajar banyak lagi benda baru minggu depan. Ok that’s all.

Isnin, 26 Disember 2011

tunjuk ajar kalian

Assalamualaikum. aku terus sambung je la ea pasal Latihan Industri aku. ok Untuk hari ketiga LI aku duduk dalam pejabat jaga sistem dengan kak yatie. Urm.. agak susah juga la.. banyak benda yang kena ambil tahu dan tak boleh terlepas pandang walaupun satu huruf. Sebab semua maklumat yang ada dalam system, penting.  Kalau salah ia akan menyusahkan banyak pihak.  Kena tengok kertas plan yang sebesar  A1 paper. Dah la semuanya tulisan kecik2 dan tak berapa jelas. Hu.. memang mencabar betul. Pastu nak masukkan maklumat dalam system guna Microsoft excel. Aku ni bukannya tau sangat guna excel. Merangkak-rangkak aku tekan satu-satu button yang ada dalam excel tu. Pastu bila da siap masukkan maklumat, kena update dalam sistem (internet). Sistem mengambil masa 24 jam untuk di update.  Jenuh juga kak yatie ajar aku guna semua benda2 tu. Sampai suara dia pun da lain. Huhu. Kesian Kak Yatie. Maaf sangat2 kak.. huhu.
Apa yang boleh aku simbulkan untuk masa sekarang ni kerja dalam pejabat memang tak penat badan tapi penat otak. Kerja di luar (site) penat badan, seronok tapi agak berbahaya. Untuk pengetahuan korang semua start hari ketiga ni sampai la habis minggu pertama aku LI aku buat bahagian sistem.  Aku lebih banyak dapat maklumat untuk buku log aku, masa aku kuar(site) berbanding daripada aku dalam pejabat. Sebab abang zefrull dan pak cik nizam banyak bagi info2 tentang kerja yang diorang buat. So Thank to Kak Hayatie, Abang Zefrull dan Pak Cik Nizam atas tunjuk ajar yang diberikan. :)