Ahad, 28 Ogos 2011

Terkejut setibanya di rumah


Tah ape-apa la tajuk entry ni kan? Biar la.. blog aku. Haha. Alhamdulillah setelah hampir sebulan aku terkurung di poli dan kamsis, akhirnya aku balik rumah juga hari jumaat kemarin. Dugaan betul la masa nak balik tu. Hampir 3 kali aku ulang alik dan turun naik daripada tingkat 3 blok aku ke pusat islam, gara2 mengangkut baju sidaian aku yang basah akibat hujan, ke pusat islam (tempat tunggu bas).  Mula2 beg baju basah tu bocor, sebab aku letak dalam beg kertas. Sebab terlalu basah beg tu pun koyak. aku pun terpaksa la jinjing beg tadi ke blok dan naik tingkat 3 ambil beg lain.  Pastu aku da tunggu bas ni.. bas tu tak sampai2. Bajet jam 11.30 pagi, tapi da nak jam 1 petang tak sampai2 lagi. Tak lama lagi orang da nak solat jumaat. Mak aku da bising2 da lama sebab lambat nak bas. Risau jalan sibuk sebab hari jumaat kemarin memang semua budak2  balik raya. Last2 mak aku kata nak ambil aku. Aku pun patahlah balik ke blok dan naik tingkat 3 bawa segala bagai beg yang berat tu. Huh.. da ar aku puasa seh masa tu. Sabar je la. dalam jam 4 petang baru aku balik. Mak aku yang ambil. Huh..
Hah ni yang aku mau cerita ni. hehe. Setibanya di rumah.. ya Allah.. terkejut aku tengok kawasan perumahan aku. Cube korang tengok gambar ni. 


sabar je la weh... mereka buat macam ni sebab ada pertandingan menghias blok dengan jalur gemilang.. hm.. serabut dan pening pale aku tengok. Bukan tak boleh nak buat macam ni. bagus.. tapi agak2 ar.. huhu. ni baru sebulan aku tak balik rumah.. kalau setahun entah macam mana agak nyer. Huhu.. sabar je la.. aku dengar mak cik – mak cik kat kawasan perumahan aku ni berlawan2.
Hai... macam2 la kerenah manusia ni. siapa lah agaknya yang menang kan? . apa-apa pun selamat menyambut hari merdeka dan selamat berpuasa yang tinggal lagi beberapa hari saja lagi. assalamualaikum. 

2 ulasan :

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)