Rabu, 2 Mei 2012
Selasa, 1 Mei 2012
First time aku buat ni untuk exam!
Assalamualaikum. Masuk je bulan Mei ni, tempoh praktikal aku bersisa 2 minggu saja lagi. Tengah aku duk fikir-fikir dari mana aku mau dapatkan bahan untuk report, teringat pula masa sehari sebelum aku jawab final exam subjek telephony.
Perrgghh! serius aku memang takut betul kalau aku gagal subjek tu! memang killer subjek. Lagi-lagi subjek tu banyak teori dan memerlukan daya hafalan yang tinggi. Aku ni bukan jenis yang suka sangat bab-bab nak menghafal ni. huhu. Disebabkan pointer yang ada tak cukup untuk menampung subjek ni lulus, aku kena usaha lebih la untuk final ni.
Satu hari aku tumpukan perhatian sepenuhnya pada subjek tu. Tak cukup dengan tu, aku pergi ke bilik kawan aku study sama. Hafal segala teori dan formula yang ada dengan pelbagai cara. Sampai kat satu tahap aku rasa otak aku ni penuh sangat-sangat dengan data untuk subjek tu. sakit kepala. iya mana tak nye non-stop study. masukkan maklumat selagi mampu. Malam tu, serius aku sakit kepala sangat-sangat sampai nak tidur pun tak boleh. kena letak minyak angin baru dapat tidur.
Keesokkan harinya, masa exam subjek tu. Wah... segala data maklumat tentang subjek tu mencurah-curah ke keluar bagaikan coklat mengcurah-curah ke ladang gandum dan pop! jadi la koko krunch! hahaha. Exam untuk subjek tu berjalan dengan lancar berserta senyum. Alhamdulillah.
Serius first time aku study macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. May be aku takut sangat subjek tu gagal. Sesungguhnya kegagalan adalah motivasi yang paling baik dalam meraih kejayaan. betul tak?
*p/s : korang pula macam mana? meh la share dengan ckj. >_<
Keajaiban Azan
Assalamuaikum. Semalam aku search video di youtbe lagi. Niat asal mau cari lagu-lagu yang slow melodinya buat penenang hati yang dukacita ni. Sekali lagi aku Allah tunjukkan cara lain untuk aku tenangkan dijiwa ni. Aku terjumpa video ni. Subhanallah! Betapa... Tak tau aku mau luahkan dengan kata-kata tentang keajaiban Azan.
Subhanallah! Sesungguhnya azan itu tak berhenti berkumandang dibumi 24 jam menyeru nama Allah s.w.t. terus menerus, bersambung- sambungan di antara daerah, negeri, dan negara. Subhanallah Allah Maha Kuasa, Maha Agung. :)


