Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan


Syukur alhamdulillah kerana Allah telah panjangkan umurku dan ada rezeki aku untuk berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Dapat juga aku menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini.
Penghayatan dan kehangatan bulan ramadhan kian terasa bila aku solat terawih. Tenang dan gembira aku rasa... walaupun pada ramadhan kali ini aku tak dapat merasa sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang pada 1 ramadhan seperti yang selalunya.
Insyallah moga ramadhan pada kali ini akan memberikan aku manfaat dan keberkatan dengan amal dan ibadah yang aku kerjakan demi mendapat rahmat dan keredhanMu, ya Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah mengaminkan doa malaikat Jibril “ celakalah barang siapa yang tidak mendapat apa –apa manfaat setelah berlalunya ramadhan.”

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Assalamualaikum.
Catatan Ramadhan –Cik Kay Jue-

Sabtu, 30 Julai 2011

Mengetahui sambil menerejah! ring ring...




Assalamualaikum. Haei. Hari ni, 30 Julai 2011 sabtu. aku pergi mengetahui sambil menerejah (lawatan sambil belajar) Muzium Telekom. Memang sesuai sangat la dengan kos yang aku ambil. Aku tak mau cerita panjang2 jum tengok apa yang ada kat Muzium Telekom ni.





Telefon awam


Perkhimatan Radio Polis Diraja Malaysia pada tahun 1929. asas perkhimatan radio-telefon di setiap balai polis diseluruh negara.
Radas tablet untuk mengawal pergerakan keretapi  diantara satu stesen ke stesen yang lain.

 

Semua talifon dan alat2 komunikasi yang digunakan sebelum merdeka dan sebelum aku lahir ada kat Muzium ni. sebenarnya banyak lagi pic tapi ni yang terbaik yang aku da pilih untuk di share kan di Kay Jue Blog. Jomlah terjah Muzium ni . dapat juga habis masa yang terluang tu dengan aktiviti yang berfaedah. ok that's all. Da~~

 

Jumaat, 29 Julai 2011

Tak Faham.. huh... Risaunya..


Aku risau betul la.. risau sebab aku tak faham macam mana mau buat praktikal lab. Serius aku da serik sem 2 masa ujian amali aku kena marah dengan lecturer sebab aku tak tau langsung, buntu dan bingong macam mana nak buat ujian tu. “ei awk ni buat apa hah masa kelas lab? Tengok je ke? Tak asas pun tak tau? “ perrgghh.. malu giler kena marah dalam lab depan kawan2. Huhu.. bukan malas atau tak ambil tau. Tapi aku tak tahu  dan tak diberi peluang oleh mereka yang dah tau untuk buat lab tu. Bila time lab aku mesti jadi macam orang bodoh.
Jadi aku da serik seh macam tu. Untuk  sem ni aku tak nak la jadi macam tu. Lab minggu ni benda yang sama jadi balik. Adush.. macam mana aku nak buat ni. aku tanya pendapat  Syue. Dia ada la bagi tips kat aku sikit macam mana mau buat. Katanya “ aku pun macam kau juga. Yang kau boleh buat sekarang, tengok, perhati dan fahamkan kertas soalan lab tu.  Yang penting kita faham dan tahu ape yang dorang buat.” Insyallah aku cuba Syue buat macam tu.
Nampaknya aku kena kerja keras sini supaya benda lama tak berulang lagi. Serius memang aku risau sangat2 sebab tak faham apa yang mereka buat. Hm.. k ar assalamualaikum.