Jumaat, 29 Julai 2011

Tak Faham.. huh... Risaunya..


Aku risau betul la.. risau sebab aku tak faham macam mana mau buat praktikal lab. Serius aku da serik sem 2 masa ujian amali aku kena marah dengan lecturer sebab aku tak tau langsung, buntu dan bingong macam mana nak buat ujian tu. “ei awk ni buat apa hah masa kelas lab? Tengok je ke? Tak asas pun tak tau? “ perrgghh.. malu giler kena marah dalam lab depan kawan2. Huhu.. bukan malas atau tak ambil tau. Tapi aku tak tahu  dan tak diberi peluang oleh mereka yang dah tau untuk buat lab tu. Bila time lab aku mesti jadi macam orang bodoh.
Jadi aku da serik seh macam tu. Untuk  sem ni aku tak nak la jadi macam tu. Lab minggu ni benda yang sama jadi balik. Adush.. macam mana aku nak buat ni. aku tanya pendapat  Syue. Dia ada la bagi tips kat aku sikit macam mana mau buat. Katanya “ aku pun macam kau juga. Yang kau boleh buat sekarang, tengok, perhati dan fahamkan kertas soalan lab tu.  Yang penting kita faham dan tahu ape yang dorang buat.” Insyallah aku cuba Syue buat macam tu.
Nampaknya aku kena kerja keras sini supaya benda lama tak berulang lagi. Serius memang aku risau sangat2 sebab tak faham apa yang mereka buat. Hm.. k ar assalamualaikum.

4 ulasan :

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)