Isnin, 30 Mei 2011

Kejadian menyimbah cecair asid. Utusan Malaysia online- Kesihatan

Langkah keselamatan andai menjadi mangsa simbahan sebarang cecair sama ada berasid atau alkali, kata Prof Zainudin, setiap individu perlu bersedia tidak kira mangsa.

“Kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan kena. Jika bukan diri sendiri, sekurang-kurangnya kita boleh membantu mangsa jika berada di tempat kejadian sebelum membawa mereka ke klinik atau hospital.

“Perlu diingat, asid pada kadar kepekatan tinggi ia sangat merbahaya dan jika kita melengahkan rawatan, ia boleh memberi kesan yang teruk kepada mangsa,” kata beliau.
Sebagai persediaan, beliau menyarankan supaya membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair.

Jelas beliau,  biasanya di tempat awam sukar untuk mendapatkan bekalan air. Jadi dengan membawa sebotol air, jika bukan untuk diri sendiri, ia mungkin boleh membantu mangsa yang berada berdekatan dengan kita.

Selain itu, mangsa juga katanya perlu menanggalkan pakaian yang terkena asid. Selepas itu katanya, bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.
Satu lagi katanya, bagi mereka yang memahami asas kimia yang mudah, sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali.

“Mungkin bunyinya seperti lucu, namun soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid,” kata beliau.

Mengambil contoh serbuk yang banyak dijual di pasaran untuk melegakan perut yang sebu, ia juga sangat membantu.

Selain itu, pemakaian pakaian yang bertutup juga katanya mampu menghalang cecair daripada mencederakan tubuh mangsa.

Beliau turut menyarankan wanita memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.
“Mata merupakan pancaindera yang sangat sensitif. Jika tidak kena gaya, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk. Pemakaian kaca mata sangat membantu,” kata beliau.

Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula kata beliau, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.


Semoga apa yang disampaikan ini dapat memberikan sedikit sebanyak info yang berguna kepada kita semua. >_<


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)