Ahad, 25 September 2011

14 strow 2 gelong getah


Syukur Alhamdulillah aku masih di beri masa lapang untuk update blog kali ni. hari ni aku join satu seminar. Seminar skor AKJ (anugerah ketua jabatan) untuk dapatkan pointer  3 above. Banyak input yang aku dapat daripada seminar ni. rupa2nya  kita kena tau dan kenal dulu diri kita ni dari segi psikologinya pastu tu baru la kita dapat tau cara dan teknik belajar yang betul. insyallah akan aku pratik kan apa yang aku dapat.
Alright, apa yang aku mau share kan kali ni, ialah apa yang kita orang buat masa LDK (latihan dalam kumpulan) seminar tu. Kita orang kena hasilkan bangunan yang tinggi dan kukuh dengan mengunakan dalam 15 atau 14 batang strow dan 2 gelung getah. Hm.. macam2 bentuk ada. Korang tengok la sendiri kat bawah ni.









Ada yang kreatif tu sebab ada budak civil eng. Dengan budak seni bina. Mana yang hampeh tu hasil daripada budak akaun dan electric eng. Hehe.. macam2 kan. Ok that’s all for today . assalamualaikum.

Sukan Poli Sesi Jun 2011


Lame tak update blog. Hehe.. hari ni baru berpeluang nak update. Baiklah. Semalam, 24 september 2011  poli aku ada buat sukan. Meriah la juga siap ada moskod lagi. dengan Acara sukan yang bermacam2. Senaman erobik dan perbarisan pun ada juga. Aku juz masuk satu je acara. Susun batu bata. Hehe. Banyak lagi games macam masukan air dalam botol, boling kampung, tarik tali, makan epal dan berjalan atas tempurung. Yang menarik perhatian aku, moskod yang mewakili setiap blok untuk sukan ni, memang kreatif ar diorang ni. aku sempat ambil gambar moskod tu untuk share kat blog ni. jum tengok.
angry bird


ni moskod yang paling cute dan paling gempak
Mereka la orang yang paling famous pada hari sukan ni. ramai yang berebut mau capture pic dengan diorang. hehe. games semua ok,tapi makan agak kurang sikit la untuk sukan kali ni. cabutan bertuah pun tak de. Kalau macam tahun lepas meriah. Boleh baca kat sini. May be bajet lagi untuk jamuan raya. Hehe. Tak pe la. yang penting enjoy! Tul tak? Hehe. Assalamualaikum. :)

Khamis, 15 September 2011

Selasa, 13 September 2011

Syukur Alhamdulillah



Syukur alhamdulillah segala kekusutan dan kekalutan aku  tentang LI ni macam yang aku cerita sebelum ni.. klik sini , berakhir  juga akhirnya dan kini aku hanya menunggu esok untuk surat jawapan daripada firma di KL tu. Akhirnya aku memilih untuk dapatkan surat sokongan LI daripada pegawai LI dan buat surat penolakkan tempat LI untuk kedua-dua tempat yang aku da dapat di seremban tu. Menurut kata dan pandangan kawan aku, lebih baik kita bazirkan masa kita hanya beberapa minit ni daripada aku berhabis duit hampir seribu ringgit untuk  satu sem (6 bulan) gara-gara membayar sewa rumah di seremban tu.
            3 hari aku turun naik pejabat LI tu untuk uruskan fasal ni. satu je yang aku pegang “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Itulah yang menjadi semangat aku, kalau aku mau dapatkan sesuatu. Iya la aku ni pendiam orangnya. So, agak susah la untuk aku cakap dengan kerani LI tu. Tapi sebabkan aku nak seribu daya, aku beranikan diri. Akhirnya membuahkan hasil.  Jadi sekarang aku cuma perlu tunggu email daripada firma tersebut. Sesungguhnya aku tau bahawasanya  Allah s.w.t  lah yang melancarkan dan membantu aku untuk keluar daripada kekusutan dan kekalutan ini.  Thanks to Shafiq Najib dan Janggut Emas a.k.a  Alif sebab mereka berdua juga banyak membantu aku. Thanks yeah! Assalamualaikum.

Ahad, 11 September 2011

Kena tambah 0.60 sen?


Assalamualaikum. Baru2 ni aku dapat mesej daripada celcom (aku guna celcom) menyatakan mulai 15 september 2011 (kalau tak silap aku), kadar top up dinaikkan sebanyak 0.60 sen. Huh? Apa ni? kenapa pula kena tambah 0.60 sen. Aku ingat celcom je macam tu rupa-rupanya semua pengguna telefon bimbit (skema  je perkataan) kena. Ramai yang buat andaian kerajaan da tak de duit. Sebab tu la harga semua benda naik. Huh? Betul ker? Aku pun tak tau.
Tapi kalau kena tambah 0.60 sen, baik top up RM 10 daripada top up RM 5 ( ni pandangan aku, tak tau la orang lain macam mana kan.) . rasa rugi pula kalau top up sikit. Hm.. tapi aku agak tak puas hati la dengan perkara ni. huh.. apa boleh buat bukan aku yang berkuasa atas semua benda ni. aku sebagai orang bawahan, sebagai pelajar yang tak punya pendapatan terpaksa akur dengan semua ni. (skema punya ayat. Huhu) kesian parents aku. Nampaknya lepas ni kena lebih berjimat cermat. Barang makin lama makin mahal.

*p/s : korang pun ada dapat mesej tu kan ? So apa pandangan korang? Puas hati tak?

Khamis, 8 September 2011

Adush.. pening pale otak aku..



Aku da tak boleh nak simpan benda ni sorang . huhu.. Masalah betul la. aku sekarang ni tengah pening ni. pening fasal tempat praktikal (LI). Dek kerna takut tak dapat tempat, aku dengan kalutnye telah memohon dua tempat LI secara serentak. Last2 hah... ambik kau kay jue! Dua-dua tempat terima permohonan aku. Ceritanya begini..
            Kekalutan aku tak terhenti di situ jer, aku siap tanya lagi member-member aku fasal tempat yang sesuai dengan kos yang aku ambil ni. elok jer habis cuti raya aku, berlambak2 info fasal tempat LI yang aku dapat. Sampai serba salah aku dibuatnya mau pilih mana satu ataupun terima je tawaran yang aku dah dapat then buat surat penolakkan untuk salah satu tempat  yang aku terima. Hush..
            Masa cuti raya kemarin, aku sempat mohon lagi satu tempat LI yang agak dekat la juga dengan rumah aku. Tengah dalam proses bersetujuan tempat tersebut, ada masalah pula... nak surat sokongan daripada pengarah pula. Adush.. ni kerja susah ni. bukan senang tau mau buat itu. Rasa macam give up pun ada, sebab aku da terima feedback daripada dua tempat yang terima permohonan aku. Aku rasa macam mau ambil jak salah satu daripada tempat tu. Senang. Da conform da aku dapat buat LI kat tempat tu. Tak payah nak mohon2 da. Bikin problem je. Tapi kat seremban la dua-dua tu. Jauh sangat seh daripada rumah aku. Kena sewa rumah :| aku da la tak pinjam PTPTN. Hush.. patut ke aku dapatkan surat sokongan pengarah tu untuk dapatkan tempat LI yang dekat dengan rumah? Tapi.. huhu.. payah kerja nyer.. tu masalahnya.. hish.. i’m still thinking about this. It’s make me trouble on my mind to do the right choose. Assalamualaikum.


Spontaneous Thursday*8


Terperangkap dalam kekalutan sendiri...

Ahad, 4 September 2011

Alorrr... nak cuti lagi..

Tak puas la cuti.. seminggu je mane cukup seh.. hari ni ada da balik poli da. Hm.. da ada kat poli da pun. Tak sempat pun nak beraya dengan kawan2 lama. 3 hari kat kampung. Duit raya pun tak banyak mane la, dah besar2 ni. ada la dalam RM 50 atau RM 69 kot. Tak pe la. daripada tak dapat langsung kan? Nanti bila da kerja kena bagi duit pula kat budak2. Kejap je dah nak dewasa. Dewasa yang sebenar-benarnya. Dewasa yang banyak tanggungjawab. Huh.. bulan 12 ni dah nak LI. Merasa gak la aku macam mana gaya nya kehidupan orang bekerja. Takut pula hish..
Tak cukup ni cuti. Huhu.. Memang tak sempat la nak jumpa kawan2! Sedih betul la. tapi bila sekali dapat jumpa.. memang best. To all my old friends... CKJ here really miss u all. Miss a lot. (betul ke BI aku? Hehe still improving it..)
Alright sekarang nak mengadap segala bagai assignment dan kerja2 yang tengah beratur tunggu giliran nak disiapkan. Tapi jauh disudut hari ni teringin sangat2 mau blogwalking dan terjah blog kawan2 blogger lain. Hish.. apa kan daya belajar lebih utama sekarang. Tak pe tak pe nanti kalau berkesempatan aku akan buat MEGA BLOGWALKING. Insyallah, dalam perancangan. 


eh ea.. lupe pula kita tengah raya kan lagi kan? CKJ je yang da tak raya.. huhu.. 
selamat hari raya untuk semua kawan2 blogger sama ada baru atau lama, yang otai2 juga tak dilupakan.  salah dan silap CKJ selama berblog ni harap diampun hendaknya. semoga raya korang tahun ni lebih bermakna. lebih ceria. lebih duit raya. uhuk2.. haha. That's all. assalamualaikum.