Sabtu, 26 November 2011

Yeah selesai sudah..


Alhamdulillah pada 24 november 2011 (khamis) hari last aku final exam… dan sekarang aku da ada kat rumah. Lega rasanya.. J penat betul la aku sepanjang minggu peperiksaa ni. First time aku rasa study sampai sakit2 kepala, tak boleh tidur, nak muntah dan tak de selera nak makan. Huh.. dahsyat! Nampaknya untuk final kali ni memang aku berusaha kuat nak dapatkan 3 pointer above. Kalau aku tak dapat nak naikkan pointer aku juga, aku pun tak tau la.. bila Allah nak bagi rezeki tu kat aku. Nak study kuat macam mana lagi.. aku pun tak tahu. Kita tunggu je la result kuar nanti. Apa-apa pun aku ni sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Nya hanya mampu tawakal dan doa je la setelah aku da bertungkus lumus berusaha dan beriktihar.. mudah-mudahan usaha aku membuahkan hasil. Amin~~


Rabu, 16 November 2011

Sakit tengkok aku!

Assalamualaikum. Saya Cik Kay Jue  pemilik rasmi Kay Jue Blog, dengan ini melaporkan hari ini saya telah menjawab final exam saya yang pertama iaitu kertas Engineering Mathematics 3 pada jam 11.15 pagi hingga jam 1.15 petang. Alhamdulillah.. selesai sudah satu subjek. J
Tapi.. (mesti ada ‘tapi’ ) aku tak cukup masa la nak habiskan soalan yang terakhir. Hm.. tawakal je la Kay Jue nak buat macam mana.. aku da cuba da untuk siapkan hingga ke titisan dakwah(??) pen yang terakhir..  masa tu jalan cepat sangat. Lepas tu lecture yang jaga tu lambat kasi tau yang paper soalan tu ada pembetulan. (patut ar ada beberapa soalan yang pelik :P ) hm..  Alhamdulillah aku dapat jawab semua soalan yang aku sempat jawab dengan lancar dan jayanya..

Lepas da antar kertas soalan.. perrgghh.. sakit seh tengkok aku.. mane tak nyer 2 jam asyik tunduk je fokus kat soalan.  Tak pernah2 aku rasa macam ni. Kepala aku pula sakit + pening = tak boleh study untuk satu hari. ( macam tu pula.. :P) itu al-kisah aku untuk hari pertama aku jawab final exam. Korang pula macam mana? Mai la share dengan aku.. hehe..

*p/s : aku still sakit tengkok lagi ni! Huhu.. tak pe la demi mendapatkan segulung diploma, akanku korbankan segalanya. Yeah! J

Isnin, 14 November 2011

Bila da tak de baru terasa..

Assalamualaikum.. hui.. berabuk, berdebu, bersawang Kay Jue Blog ni!  Aaa..aa..cccuumm! bersin Cik Kay Jue..  hehe.. (gimik je tu.. sorry la kalau ter’over’ :P)
lame tak update entry. busy ngn preparation untuk final aku rabu ni 16 November 2011. Tarikh yang menggembarkan. Hari yang pembuka segala debaran. Hu.. rasa macam nak muntah, sakit kepala, sakit otak aku dibuatnya. Iye la seharian seh, aku menjalankan aktiviti  “MESRA BERSAMA BUKU-BUKU TERCINTA”.  Itu al-kisahnya untuk bulan November ni.

Ok, apa yang aku nak story untuk entry kali. Hah.. hui.. semalam memang terasa deritanye.. (tak la derita sgt) memang terasa seksanya..(tak la seksa sgt) apabila salah satu keperluan atau nikmat Allah s.w.t  yang selama ni kita guna tiap-tiap hari diambil balik buat seberapa ketika. Masa ni la baru terdetik di hati aku “ya Allah sesungguhnya aku sebagai hamba-Mu hampir terlupa bersyukur kepadaMu, dengan nikmat yang Engkau kurniakan.”Apakah nikmat itu?? Hehe.. AIR la..  semalam hampir sehari suntuk tak de air kat kolej kediaman puteri.  Makne nyer hampir sehari suntuk Cik Kay Jue tak mandi.. (ei.. busuk!) tak suka aku keadaan yang sebegini rupa. Hinggakan aku boleh bau, bau badan aku sendiri. Hish, itu baru hampir sehari tak mandi.. last merasa keadaan yang sebegini masa kat PLKN.  Hu.. MEMANG BUSUK. :PAlhamdulillah dalam jam 6 petang baru ada air. Itupun di paras 1. Hm.. jadi la asalkan dapat mandi. Ini pun belum tentu samaada esok ada air atau tak. mudah-mudahan ada la hendak nyer.. ok.. da.:)

*p/s : Hm. Macam tu rupanya Allah nak suruh hambaNya ingat padaNya. Itu baru diuji dengan ujian yang kecil. Macam dengan saudara-saudara kita di luar Negara sana. Hm.. aku doakan mereka sentiasa dalam lindungan Allah dan di kuatkan semangat dan imam mereka untuk hadapi dugaan dari Nya… Amin..

Khamis, 3 November 2011

Settle! seterusnya pula...


Assalamualaikum. Aku hepi sangat2. Sebab hari ni aku mau balik rumah. Hehe. Da sebulan lebih aku kat poli ni. Stress, tension, assignment (EOC), quiz, test dan tak cukup tido semuanya aku rasai sepanjang minggu2 akhir kuliah ni. Maklumlah, markah dan nak masuk dalam sistem banyak benda lagi yang tak buat. Kiteorang yang sebagai pelajar ni jadi mangsa dapat kerja hah.. amek kau selonggok quiz, test, assignment dan presentiation, nak settle kan minggu ni jugak! Aduh.. sabar je la adab belajar. Memang begitu. Semakin kita belajar di tahap yang lebih tinggi, semakin hebat cabarannya.
Alhamdullillah semuanya berjaya diselesaikan dengan jayanya. Lepas ni nak mengadap FINAL EXAM lak. Pastu LATIHAN INDUSTRI. Huh.. mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
Ok da otw balik rumah ni time to break! To realese tension! Yeh!.. :)