Isnin, 30 Julai 2012

Jangan Lupa Doakan saya dalam Doamu...

Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tak sharing sesuatu kat Kay Jue Blog ni. Ckj nak share sesuatu yang Ckj rasa menarik untuk di share. Ckj petik riwayat ni dari buku La tah zan. :) 

Dalam riwayat At-Tirmizi disebutkan : “Umar bin Al-Khattab minta izin kepada Rasulullah untuk melakukukan umrah. Rasulullah pun berpesan : “Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, hai saudaraku.”

Yang Mengucapkan kalimah ini adalah Rasulullah S.A.W.,petunjuk, pemimpin yang maksum yang tidak berbicara menurut keinginan nafsunya. Ucapan ini sangat agung, penuh makna dan sangat mahal nilainya lagi begitu berharganya bagi Umar sehingga sesudah itu Umar menyatakan : “Aku tidak sudi apabila kalimah ini ditukar dengan dunia dan semua isinya.”

Jika anda yang berdiri pada posisi Umar, cuba rasakan ketika Rasulullah S.A.W. menyatakan itu kepada anda : “Jangan lupakan saya dalam doamu, wahai saudaraku.”

kalau ckj.. tak terkata dan tak dapat ckj ungkapkan dalam kata-kata bagaimana perasaan tu... >_________< 

korang pula..? apa perasaan korang bila Rasulullah berkata demikian pada korang?

Jumaat, 27 Julai 2012

Masam Kelat

Assalamualaikum.Hari ini aku mau share fasal apa yang berlaku masa kelas pertama untuk subjek engineering Mathmatics. Pergghh... muka lecture yang ajar kelas aku kali ni masam kelat je... huhu.. gerun pula rasanya.. huhu.. nampaknya tak de chance la nak minta tarik kelas awal sikit untuk hari jumaat ni. Huhu..
Bila lecture tu da start mengajar.. huh.. ternyata. Apa yang aku da tafsirkan pada riak wajah dia yang masam kelat tu menggambarkan personaliti beliau yang garang dan tegas. Huh.. Yang paling aku ingat beliau cakap... “ Dalam kelas saya, tak de nak re-test, re-quiz semua tu. Kalau awak da fail, bermakna awak fail. Faham?”  huhu.. habis la.... (ayat pertama yang muncul di hati comel aku ni.. ) huhu..
Serius weh aku risau giler kat subjek ni . Walaupun aku amat sangat suka Mathmatics. Bila da hampir sejam beliau mengajar... hm.. ok la.. aku suka cara lecture ni mengajar... senang faham. >_< Alhamdulillah. Kelas pun tak bising. Bagus jugakan sesekali dapat lecture yang garang dan tegas? Peratusan pelajar nak respect beliau pun tinggi. Itu yang aku nampak tadi. >_<  Tapi aku ada masalah sikit.. macam mana nak hilangkan rasa takut bila aku nak tanya soalan yang aku tak faham kat lecture tu? huhu..

*p/s : kadang-kadang ketegasan tu cara yang paling berkesan untuk membina jati diri dan membuatkan orang lain hormat pada kita. J

Selasa, 24 Julai 2012

Wujudkan Rasa Suka ^_^

Assalamualaikum. Hari ni aku mau share dengan korang fasal  hari pertama kelas aku. Baru hari pertama dah ada kelas yang cancel. So far so good la.. Best. Subjek Computer Networking Fundamentals,  subjek yang berjaya menambat hati aku untuk tahu lebih lanjut fasal Wireless...  dan buat aku teruja gitu.. hehehe.. harap untuk subjek yang lain-lain pun macam tu.
Iya la kalau kita nak pointer tip top, kita kena  suka atau cuba untuk suka pada semua subjek yang kita ambil kan? Urm.. tapi susah la nak wujudkan rasa/ perasaan/ semangat tu?  huh..  Bagi aku,  nak wujudkan rasa suka tu.. first minat. Bila da minat,  secara automatiknya kita akan suka subjek tu. Bila dah suka baru la wujud keyakinan yang kita akan usahakan untuk lulus subjek tu! Betul tak?
Tapi.. (mesti ada ‘tapi’ kan?) kena tengok juga cara lecture sampaikan ilmu pada kita macam mana... membosan? Selalu buat kita berfikir? Tiap kali kelas lecture tu tak sah kalau tak gelak? Semua tu kena tengok juga betul tak? Hehehe...  Siapa yang tak nak cemerlang kan?

*p/s : korang pula macam mana? ada tips tak macam mana nak wujudkan rasa suka kat sesuatu subjek tu? Meh la share with me... :P

Isnin, 23 Julai 2012

Banyak pula blocknyer!

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah aku da ada internet. Baru je daftar WiFi poliPD minggu lepas. Tapi WiFi ni  tak leh nak post entry n reply komen lorh.. huhu.. then lepas kul 12 tengah malam da tak leh nak guna da... memang dia da setting macam tu... huhu.. apa da... banyak block huh..  Katanya weekend je boleh buka website yang di block tu.. huhu.. tak tau la betul ke tak. sabar je la.. huh kira ok la tu daripada tak de internet langsung kan? Bersyukur dengan apa yang ada. May be di specific WiFi khas untuk kegunaan study.. tapi.. huhu.. sabar je la.. Alhamdulillah.. ada juga line internet kan? (pujuk hati comel sendiri)
Nak beli Broadband rasa macam payah la pula... lagi pun aku tak mau susahkan parents aku untuk bayar bil internet tu bulan-bulan. :)  Betul tak? Bila da semakin dewasa ni, kalau boleh tak mau la menyusahkan parents lagi kan? Kalau boleh aku sedaya upayanya nak kurangkan perbelanjaan aku kat sini selagi boleh. Tak gitu? Hehe..

Sabtu, 21 Julai 2012

Syukur Aku masih hidup..

Assalamualaikum. Selamat sudah satu hari kita semua berpuasa hari ni. Alhamdulillah.. >_< macam mana? ada yang terlupa tak yang dia puasa hari ni? ke ada yang da habis sepinggan nasi baru teringat yang dia sedang berpuasa? kalau TER lupa tak pe.. dimaafkan.hehe. Jangan sengaja lupa tau. Batal. :-)
Syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang kepada kita untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa kita untuk menikmat kenikmatan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. Ada juga yang tak sempat nak menyambut ramadhan kan? Allah lebih sayangkan mereka. Siapa tau mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir buat kita. Jadi kecapilah setiap ganjaran istimewa yang Allah berikan pada kita semua. 
Kita bertuah sangat sebab menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Kerna pada bulan yang mulia ini ada 1 malam yang istimewa iaitu malam lailatul qadar.. Sama-sama la kita berusaha agar kita bertemu dengan malam tersebut. Insya Allah.

*p/s : Maaf ayat berterabur.. perut kenyang.. ngee~~ :-P

Jumaat, 20 Julai 2012

Bangun... bangun.. hish..

Assalamulaikum.. huh.. Sampai juga ckj kat rumah dapat pun update entry untuk Ramadhan... >_< yeay! esok puasa... ! Ckj bw tadi da ramai da blogger-blogger buat entry fasal kebaikan bulan ramadhan dan cara untuk mendapatkan ganjaran MEGASALE yang Allah berikan kepada kita semua. Semoga kita semua berjaya manfaatkan dan rebut peluang yang ada ni sebaik mungkin. Alright? 

Memandangkan ckj ada di sarang sepanjang Ramadhan ni, ada sesuatu yang nak ckj share dengan korang mengenai cara-cara nak kejutkan orang bangun pagi terutamanya bersahur. Kalau boleh bangun la sahur tu  ikut sunnah Nabi. Ambil berkat. >__< Maaf juga ckj tak ingat di mana ckj dapat benda ni. Dah lama da ada dalam external.. >_<

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. 
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia... 
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia... 
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia... 
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect..
1. jerit nama dia kuat kuat... 
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit 
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang 
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam ..
6. jerit api! api! api! 
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bagi ambil bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak.. 

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali... 
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir..

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya..

hehehe.. Dikesempatan ini, ckj memohon sejuta kemaafan andai selama ckj berblogging ni ckj ada buat silap pada korang semua ya.. >_< Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita. Good Luck! >____<

Isnin, 16 Julai 2012

Serve Meletup rupanya.. huu

Assalamualaikum. Kemarin da masuk hari kelima aku berada di kamsis poliPD. Huh.. rasa janggal pula nak bahagikan atau nak setting masa. Iya la da 6 bulan aku tak berada di poli. Macam kena mula dari awal balik. Isnin ni aku da start kelas da. Bermula la kehidupan aku sebagai pelajar semester  5 bersama tekad dan semangat baru untuk memulakan kelas. Harap semangat ni tak padam sampai aku hari terakhir aku berada di poli. Amin..
Huh.. masih tak de line internet kat sini. Dengar-dengarnya serve TM WiFi kat sini meletup tempoh hari.. so lambat sikit la mau stabilkan balik line... dan aku di sini punya banyak cerita yang hendak dikongsikan di Kay Jue Blog ni. Tertangguh la jawabnya, di Microsoft Word dulu. Huhu.. 
Entah kenapa bila kat sini aku rasa kesorangan seh... huhu. Rindu da nak balik rumah... 

*p/s : tak dapat nak bw lagi untuk sementara waktu sebab internet tak de.. huhu..
Kredit beruk band to Safya.. >_<

Ahad, 15 Julai 2012

huhu... hampir gila

Assalamualaikum. Nampaknya entry aku yang seterusnya banyak cerita fasal aku di poli. sebab itu yang aku tengah hadap sekarang. Alright.. 
Bosan giler kat sini.. huhu dalam sehari aku boleh habiskan 5 movie... huh.. memang tak buat apa weh. Lagi-lagi aku ni pendiam.. so roomate aku ni senior.. selalu kuar pergi bilik kawan dia... jadi dalam sehari tu boleh di kira la berapa potong ayat yang kuar dalam mulut aku ni.. huhu.. kadang-kadang sampai aku cakap sorang-sorang sebab aku agak lama juga berdiam. (tak fasal-fasal giler lak aku.. huhu.. minta jauh la benda-benda yang tak di ingini ni kan?)  Ni aku nak tanya korang apa yang korang rasa dalam sehari tu korang tak bercakap... tak mengeluarkan suara yang korang ada? Huh... 
Rindunyer  kat rumah... Rindu kat Kay Jue Blog juga! Rindu kat kawan2 blog juga.. huhu.. Setakat ni dulu... nanti aku tokoh tambah lagi.. huh... so sad when i stay here! Arrrgghh... 

Sabtu, 14 Julai 2012

Poli..

 
Assalamualaikum. Iyer betul kau da ada kat poli sekarang.. huhu.. er... poli PD bukan warna tu.. itu poli PD imaginasi aku. Hehehe.. :P huh.. Hari pertama di kolej kediaman putri.. yang pertama-tama sekali...
 huhuhu aku dapat aras tiga... sia-sia je datang awal...  rupa-rupanya dorang memang bagi senior duk paras tiga.. huhu.. apa da... da orang datang awal, bagi la duk aras bawah.. huhu.. tak adil la..
Lagi satu.. kat sini line internet tak stabil lagi... so blog aku ni memang da berabuk giler ar bila entry ni di post nanti. Ni pun aku taip kat Microsoft Word dulu..  Walaupun cerita ni may be da basi.. aku tetap nak post juga. Blog aku kan? Hehe.. 

Ni pun aku guna member aku punya broadband... huhu.. Thank you so much much to Safya sebab pinjamkan beruk band ni.. :) nanti aku update lagi... :)

Ahad, 8 Julai 2012

Doodle Champs

Assalamualaikum. Korang pernah tak tengok channel astro TVIQ 610? hehehe ckj kadang-kadang ada juga la layan channel tu. Tengok Oh My English dengan lain-lain rancangan yang menarik hati ckj hehehe. Salah satu daripadanya rancangan Doodle Champs. 

huh... best pula tengok budak-budak ni lukis doodle spontan. macam ni..
huh.. kreatif la mereka.. Dalam rancangan ni dorang ada doodle master. Gambar lelaki yang dalam gambar pertama tu. Dialah master nya. Hebat la dia. Dia suruh tiga orang budak buat contengan spontan, then daripada contengan tu dia gunakan imaginasi dia lukis sesuatu. 

Seronok la tengok orang kreatif-kreatif ni.. sebab mereka boleh buat sesuatu yang kita tak terfikir di fikiran kita. Itu yang membuatkan ckj tak sabar mau tengok hasil kreativiti mereka. >__<

Sampai 3 beg kau...

Assalamualaikum. Semalam aku shopping barang-barang keperluan untuk asrama. First time pergi beli barang - barang ni sendiri tanpa bonda sisi. Hanya bertemankan kawan shopping aku. Siapa lagi kalau bukan Ezzaty. hehehe. 
Rancangan asal aku hanya nak pergi ke Carrefour yang berdekatan dengan rumah aku, menunggang kenderaan dua roda. Tetiba ayah Ezzaty ada hal di Wangsa Maju. Dia pun ajak aku ke Carrefour Wangsa Maju tumpang kereta ayah dia. Dalam hati aku, "Cantik la...! aku memang malas nak bawa motor. "

Besar juga Carrefour kat Wangsa Maju ni. Masuk-masuk je aku dengan Ezzaty tercari-cari escalator dia. haha. Beli punya beli sampai tiga beg kau! aku borong. Da la semalam hari tanpa plastik. Nasib baik aku da buat persediaan awal! bawa beg dari rumah. (semangat mau borong satu carrefour! :P)  
err.. memang tiga beg... tapi selepas sesi pengemasan dan penyususan barang jadi 4 beg pula... ngee~~
Malu pula rasanya diri ni... sebab Ezzaty hanya beli sebotol febreze dan aku... sampai tak mandang tangan nak bawa barang-barang borongan aku. huhu. Da la aku tumpang kereta Ayah Ezzaty. Entah apa kata Ayah Ezzaty. Biar je la... lagi pun aku da beritahu Ezzaty suruh dia teman aku beli barang kemarin. hehehe.. Buat tak tau je la.. :P 

Barang aku yang WAJIB beli.. taaraa..
saya MESTI pilih! hahaha..

*p/s : korang pula macam mana? da siap2 packing dan beli barang-barang keperluan balik ke sarang? hehe..

Sabtu, 7 Julai 2012

Menjadi!

Assalamualaikum. apa yang hangus? hehehe.. begini ceritanya.. Kemarin yang lepas-lepas ckj bw kat blog JAAkechik CORNER ternampak pula jaa buat entry fasal puding gula hangus . Tetiba tergerak  hati mau buat juga, pakai resepi yang jaa bagi tu..

Dah alang-alang bahan semua ada, apa lagi operasi membuat puding dijalankan. hehehe.. 
googlepunyagambar.com
huhu tak sempat nak capture pic
Alhamdulillah la menjadi.. tapi bahagian gula tu keras sikit. hehe. Thanks Jaa. 

Korang nak try juga tak? klik sini tengok resepi... >_<

Jumaat, 6 Julai 2012

Kali kesembilan baru dengar..!

Ayah ckj selalu panggil ckj masa ckj tengok mengadap lappy. Bila da mengadap lappy, ckj gemar dengar lagu pakai earphone. so faham-faham je la ea. hehehe.. Selalu la ayah ckj membebel bila ckj tak dengar beliau panggil. katanya..

"sumbat telinga la tu.. Kali kesembilan ayah panggil baru dengar! hey..."

Aku? diam je.. huhu.. nampaknya sepanjang berada dirumah, tak boleh la nak dengar muzik pakai benda ala tu. huhu.  May be ada sesetengah orang yang tak suka pakai earphone atau headphone tapi bagi ckj, tak de feel la kalau tak pakai earphone bila dengar muzik  hehehe.. Thanks for reading. Assalamualaikum.
dengan sepenuh perasaan!
*p/s : maaf entry ni agak entah apa-apa. :P

Obses??

Assalamualaikum.Salam hari jumaat. Alright obses.Maksud obses ialah besar, atau keterangannya kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu..
Bagus ke kalau kita obses kat sesuatu tu? mungkin ada kata bagus ada kata tak bagus. kan? Ckj nak fokuskan kepada blog. korang obses tak dengan blog korang? Maksudnya macam ni, kalau korang tak post something untuk hari ni korang akan rasa macam gelisah je.. risau... pernah tak? ke tiap-tiap memang rasa macam tu? hehehe ckj pernah rasa macam tu. Tapi tu masa ckj mula-mula buat blog la. Bahaya dibuatnya. terseksa jiwa gitu. hehe.  
obses sangat sampai tak berganjak dari pc.. 
Sekarang Alhamdulillah ckj da betulkan balik mind set ckj. Uruskan yang mana penting dulu. Kalau ada kesempatan baru blogging. Kalau nak post entry tapi tak de cerita pun tak ok juga kan? ckj pernah terbaca kat mana entah tak ingat (maaf ea :P) Nak menuliskan biar dari hati. Baru la apa yang kita nak sampaikan ni sampai kepada pembacanya. Tak gitu? hehehe.

*p/s : korang pula macam mana? meh la share.. Obses tak? 

Selasa, 3 Julai 2012

Satu bahagian settle

Assalamualaikum. first sekali, syukur alhamdulillah aku da present da aku punya praktikal siang tadi walapun ada sedikit ketidakpuasan masa dan masalah yang lain. Apa-apa pun ianya da berlalu da tadi. huh.. lepas beban! 

Fasal report pula, aku kena pergi kat firma yang aku praktikal tu minta surat pengesahan report. adeh.. kenapalah tak beritahu awal-awal. huh.. nasib baik firma tu dekat je dengan rumah aku. Esok atau lusa insya Allah aku pergi. Ini pun mata da kuyu... 
sedang berfikir  >___<
Entah kenapa aku rasa macam tak best je nak start semester ni. huhu. kuat sangat rasa tu. Susah ke huh subjek-subjek semester  5 ni? hish.. kalau belajar mana de ada senang. kalau senang baik duk mengadap blog je. Datang masa da nak final terus jawab paper. ok la aku da start fikir perkara-perkara yang mustahil da ni. Thanks for reading. >_< 

*p/s : baru balik dari PD petang tadi.. huhu.. 

Contest Word Search Puzzle

Assalamualaikum. Untuk memulakan entry hari ni.. ckj join contest dulu. Terima Kasih Caliph Shuriken sebab sudi tag ckj. Nampak contest ni macam menarik je. Word Seacrh ea. Ckj pun minta gak cari-cari perkataan ni. Meh la join same.. ini banner contest tu..
klik banner untuk join >_<

Untuk memenuhi kehendak contest ckj tag..


ok.... selamat mencuba dan mencari-cari. >___<


Ahad, 1 Julai 2012

Aku pilih...

Assalamulaikum. huh... nampaknya hari-hari busy ckj dah nak makin dekat dengan ckj. huh.. Alright. Ckj nak minta pandangan korang untuk pilih sesuatu...
antara..

Pringles
Mister Potato
Jacker
rempeyek
Agak-agaknya yang mana yang menjadi pilihan snack korang untuk bersantai-santai atau apa jua la keaadannya... Kalau Ckj, pilih rempeyek.. hehehe tak tau la kenapa.. may be ada macam-macam kat rempeyek tu.. ada kacang, ada ikan bilis.. kan? 

*p/s :  korang pula macam mana? >_<