Selasa, 30 Julai 2013

Jimat ruang..

Assalamualaikum. Ckj terjumpa video ni kat fb salah sorang kawan ckj. Menarik.
Serius memang kreatif! tak sangka kat perabot yang macam tu ada perabot lain. haha.. 

*best juga kan macam ni?

Sabtu, 27 Julai 2013

Lepaskan...

Assalamualaikum. Berkat bulan ramadhan ni, ckj ada terima 3 kekosongan kerja sambilan. Kerja-kerja yang biasa korang buat masa tengah cuti semester. Lebih kurang macam tu la.

kerja pertama...

Kerja kedua...

Kerja yang ketiga.. ckj dapat tau daripada mak ckj yang katanya anak kawan dia ajak ckj kerja dengan dia sebagai waitress kat hotel kat KL tolong parents kawan dia punya chatering. Masuk jam 4 petang balik jam 1 pagi. 

Tiga-tiga kerja tu terpaksa ckj tolak. Kerja yang pertama tu ckj da dapat permission da daripada parents ckj, tapi parents si amira ni pula yang tak bagi dia kerja taska. Adeh.. Dia beria-ria tanya ckj macam da dapat permission daripada parents dia. Aleh-aleh belum lagi rupanya.. huh..

Yang kedua tu, kerja kat 7e. Nampak gaya mak ckj bagi.. tapi menurut peramalan mak, ayah mesti tak benarkan anak perempuan comel dia ni berkerja di tempat yang 24 jam buka. Bukan apa takut kena kerja sampai lewat malam. So, bila da mak ckj kata macam tu. Ckj tak jadi la nak ambil kerja tu untuk lepas raya nanti. 

Yang ketiga, pun nampak gayanya sama reason nya macam yang kedua tu. Boss besar tak benarkan. sebab anak dia ni terlampau comel. huhu.. 

tak pe la.. Ckj sebagai anak terima dengan hati yang terbuka dengan keputusan parents ckj yang begitu ambil berat dan memikiran tentang keselamatan anak mu ini. 

*Ingat! walau apa pun yang kita nak buat, kita yang masih lagi bergelar anak ini amat-amat memerlukan redha dan permission daripada parents kita. Especially permission from your dad! Lagi-lagi kalau kita ni seorang perempuan. ingat ye anak-anak. hehehe.. 

Jumaat, 26 Julai 2013

50 Awesome Childhood Checklist

Assalamualaikum. Ckj terjumpa video ni kat youtube. Jadi ckj saje nak share kat Kay Jue Blog ni sebagai koleksi label Menarik ckj. Mungkin ada yang pernah tengok. hehehe.
Lebih kurang dalam 80% yang dia senaraikan ckj pernah buat masa zaman comot-comot dulu. Tergelak tengok video ni. Banyak juga ea benda yang tak masuk akal dan pelik-pelik yang kita buat masa kecil dulu. hahaha. 

Khamis, 25 Julai 2013

Pendiam

Assalamualaikum. secara jujurnya, 'real life'  ckj ni seorang yang pendiam. Lagi-lagi kalau ckj ada kat tempat baru. Apatah lagi dengan orang yang ckj tak kenal atau baru je nak kenal. Ckj pernah juga teman kawan ckj kuar dengan kawan-kawan kolej dia, serius ckj memang diam je. Macam orang bisu. nak bercakap pun juz dengan kawan ckj je. Hm.. pelik ke macam tu huh? Nak buat macam mana ckj bukannya orang yang ramah.

Kadang-kadang ckj perasan, ada juga yang takut nak tegur ckj sebab ckj ni tak banyak ckj dan urm.. orang kata susah nak senyum. Muka nampak garang . huh? see i'm smile. >____<  hahaha. Ckj tertanya-tanya juga kenapa pula nak takut. Ckj ok je la. huh..

Ckj nak tanya korang ni, berdasarkan cara penulisan, blog dan apa yang berkaiatan dengan ckj kat sini, adakah korang nampak ckj seorang yang pendiam dan menakutkan? 

*kalau pendiam sangat pun tak boleh juga kan?

Rabu, 24 Julai 2013

kawan

Biarlah aku tak ramai kawan daripada ada ramai kawan tapi satu pun tak boleh pakai. 
 
Lepas zaman sekolah, ckj da tak jumpa da kawan yang betul-betul sahabat. Serius memang susah nak jumpa. Betul tak? Sebab tu ckj dan kawan ckj sanggup jumpa kalau ada peluang nak jumpa walaupun jauh. 

ok that's all. Assalamualaikum.

Rabu, 17 Julai 2013

Sarjana...

Assalamualaikum. Semalam ckj buka fb kat group kelas ckj ada beritahu berita tentang program degree yang ada ditawarkan di Politeknik. Hui! mana tak terujahnya ckj. Apa lagi terus klik ke sini

Tapi program degree yang ditawarkannya tak match dengan ckj punya kos. Kos Elektronik. tengok.. 
Banyak untuk kos Awam dan Perdagang. huh.. Belum ada rezeki lagi ni. Tak pe la. So, kepada korang yang lepasan politeknik atau daripada mana-mana IPT yang berminat, boleh la mohon degree kat Poli. kalau nak tau lebih lanjut boleh la klik sini. 

*Kalau boleh ckj memang nak sambung degree kat Poli je. 

Selasa, 16 Julai 2013

Ni Nak Puasa ke Nak Gaduh?

Assalamualaikum. Kemarin ckj nak cari sesuatu kat google. Then terjumpa video parodi tentang puasa ni kat sini. serius klakar. haha. jum tengok. Selamat berpuasa >__<

Isnin, 15 Julai 2013

kita da tak seserasi dulu...

Assalamualaikum.Salam ramadhan you all.. >_< Alright, hari ni ckj nak berbual (berbual??) mengenai kesesasian. terutamanya dalam persahabatan. Keserasian ni penting dalam perhubungan juga dalam kerja kan?

Apa yang ckj nak share kat Kay Jue Blog hari mengenai apa yang ckj rasa dengan kawan baik ckj. Kawan lama yang ckj da kenal dia sejak daripada sekolah menengah lagi. Macam yang biasa berlaku, kawan ckj ni berpindah ke negeri lain masa kami di tingkatan empat. Sejak daripada tu kami cuma berhubung melalui telefon.
Dipendekkan cerita, makin lama, makin jarang kami berhubung. kadang-kadang sampai setahun sekali. ada kalanya timbul dalam hati ckj rasa macam dia da jadi asing bagi ckj. Situasi dan persekitaran kita da kian berbeza. kian berubah mengikut arus masa dan kematangan  kita sendiri. Mungkin dulu dia kawan rapat, kawan baik ckj. Kini tidak lagi. Hanya sekadar kawan. ya kawan. 

Keserasian kami kian lenyap. Ckj dengan cara ckj dan kawan-kawan yang berada disekeliling ckj. Begitu juga dia. Tapi.. jauh di sudut hati ckj, ckj amat rindu masa kami rapat dulu. masa kami serasi. :')
Kalau tak serasi macam mana ngham? kan? 

Ahad, 14 Julai 2013

ok la tu.. tp.. aku redha..


Assalamualaikum. result MP da 4 hari da keluar. Syukur Alhamdulillah, result ok la.. aku redha. yang penting ada ayat tamat pengajian. ini dia bukti..


C+ ok la.. aku redha. subjek ni memang susah. bila baca note memang tak boleh masuk. Kira ok la daripada kena mengulang semester. Alhamdulillah. Tunggu nak konvo je next year. oh topi empat segi.. i'm waiting for you.. hehehe.. :D

Sekarang aku masih dirumah gemukkan badan. ngee... peace~~ >_<V

Khamis, 11 Julai 2013

kejadian sebelum ramadhan tiba..

Assalamualaikum semua.. >__< Salam Ramadhan.. Macam mana di hari kedua berpuasa? ok sudah? ndak da yang termakan? hehehe. Biasanya pada hari kedua berpuasa ni puasa kita semua da stabil da.. tak de yang 'TER' hehehe. 

Alright. Hari ni ckj nak share kat Kay Jue Blog kejadian beberapa hari sebelum ramadhan tiba. (kejadian?? macam dahsyat sangat. padahal tak de la hebat mana pun) Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan ckj dengan kawan baik ckj, Cik Payung. Lama juga kami tak berjumpa. Ada jodoh lagi rupanya nak berjumpa dengan dia. >_< 
Banyak perubahan yang berlaku antara kami. Terutamanya dari segi fizikal. hehehe. disebabkan lama sangat tak bergambar bersama, sampai 51 keping gambar berjaya direkodkan pada hari tersebut. Siap buat gwiyomi lagi. hahaha. Gembiranya tak berkata, jelas digambarkan pada riak muka masing-masing. Syukur Alhamdulillah. oh ya tak lupa juga pada adik Cik Payung yang jadi cameraman percuma pada hari itu. hehehe.

*kenapa ayat dalam entry 'agak' skema?? 

Selasa, 9 Julai 2013

fasting..

Assalamualaikum. Esok da mula puasa kan? Tadi da mula da solat terawih. Korang pergi tak? hehe. Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur ckj untuk berada di bulan ramadhan yang penuh barakah ini. >_<  untuk ramadhan kali ini ckj dapat meraikannya bersama keluarga tersayang selama sebulan penuh. Insya Allah. Ckj harap ckj dapat memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dari segi amalan dan ibadah ckj kepada Allah. Tak lupa juga dalam menjaga hubungan kita sesama manusia juga makhluk Allah yang ada dimuka bumi ini. Jadi untuk itu ckj ucapkan kepada anda semua yang membaca entry ini... 


*yeay! iblis kena ikat! haha.. Jum beramal dengan tenang dan bahagia.. >__<

Isnin, 8 Julai 2013

Habis sudah...

Assalamualaikum. Pada 5 julai yang lepas tamat la sudah program MP yang aku ambil di politeknik PD. Syukur Alhamdulillah, habis juga diploma aku dengan jayanya walaupun terpaksa extend sebulan. >_< result MP akan keluar pada 11 julai nanti. Semoga aku dapat result yang terbaik untuk MP ni. Wish me luck yeah you guys!
Fasal rumah sewa, Alhamdulillah. Ada orang yang ganti tempat aku dan kawan aku. So, duit sewa rumah untuk kawan-kawan aku yang masih tinggal tetap sama. Hilang rasa serbe salah aku yang selama ni menghantui diri ini. :P 

Sekarang aku da ada kat KL. Kembali duduk dirumah, gemukkan badan dan tolong mak aku apa yang patut. Perancangan aku lepas ni, urm.. entah la masih keliru lagi. May be lepas raya aku akan cari kerja kot.. tak pun aku masuk giatmara... huh.. runsing juga fikiran ni. blur la weh.. yang pasti aku akan mohon UPU tahun depan. Kalau ikutkan hati aku malas da nak sambung belajar.Tapi disebabkan aku da ambil MUET, rasa macam membazir pula kalau tak sambung kan?  Rupanya kehidupan selepas habis diploma ni lagi susah daripada masa tengah ambil diploma sebab usia kita da semakin meningkat dan semakin matang juga dewasa untuk tentukan masa depan kita sendiri. Huh? masa depan?? takut pula tetiba.. huh..
*kalau korang kan, apa korang buat ea? ckj tengah runsing ni.. 

Rabu, 3 Julai 2013

Apa yang korang perlu buat untuk speaking test MUET

Assalamualaikum. Sejak beberapa hari ni kawan-kawan ckj sibuk duk berlatih bercakap dalam bahasa inggeris. Ini semua gara-gara mereka nak ambil exam MUET. Klakar la tengok gelagat dorang. Nasib baik ckj da ambil da tahun lepas. Alhamdulillah. Oleh kerana itu, kawan-kawan ckj ni tanya la ckj macam mana exam MUET tu. Apa nak buat. adeh... buntu ckj. sebab ckj tak study dan tak ambil apa-apa kelas pun untuk MUET ni. Macam yang ckj da share tempoh hari kat sini.

Alright disini ckj nak share beberapa tips. urm.. bukan tips tapi apa yang korang perlu buat untuk speaking test . Sebab speaking ni paper first yang korang kena jawab bila ambil muet. Ini berdasarkan pengalaman ckj.
beberapa hari sebelum MUET test. Carilah maklumat tentang isu semasa, ekonomi, sosial, politik dan segala yang berkaitan dengan pengetahuan am. kalau da malas sangat  rajin-rajin la tengok berita ke baca surat khabar ke dengar radio atau sesuatu yang boleh bagi korang pengetahuan tentang Malaysia. Benda ni banyak membantu masa korang buat writing test. Speaking pun sama. 

 masa nak keluar rumah tu, check semua barang-barang. kad pengenalan dan slip exam mesti bawa tau! ini penting. Lebih baik korang siapkan semua tu malam sebelum nak exam tu. senang.
Sebelum jawap tu, korang kena tunggu kat bilik menunggu. nanti dia akan susun korang ikut nombor giliran dan korang akan disusun dalam kumpulan. 1 kumpulan 4 orang. So, masa ni korang bincang la dengan ahli kumpulan korang siapa yang nak mulakan perbincangan dan siapa yang nak buat kesimpulan. kalau orang yang sama pun boleh. terpulang la pada korang.

Masa speaking test, korang diberi masa 2 minit kalau tak silap ckj untuk tulis point yang korang nak bincang. So, jangan blank pula. Nanti tak de point, tak tau nak cakap apa. Masa nak cakap tu, kalau da blank sangat otak da tak boleh nak translet BM ke BI, korang cakap je la apa yang korang rasa nak cakap, yang penting dalam bahasa inggeris. Jangan risau korang bukan sorang-sorang. ada lagi 3 orang kat situ yang sama juga macam korang sebenarnya. Tapi berlagak cool. hehe.. 

bila da selesai, boleh la buat apa yang korang nak. Tapi! jangan lupa pula ada 3 paper yang tak selesai lagi. So buat la persediaan untuk Writing, Reading, dan Listening. 

Itu je yang ckj dapat kongsikan. Harap ia membantu. Maaf la jika satu pun tak boleh pakai. Maaf juga kalau ada yang mengarut.Good Luck untuk korang yang ambil MUET! >____<